Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 22, 2011

Selamat Hari Bapa..

Hari Bapa 19 Jun ek. aku dah lupa. hehe. maklumlah. jarang nampak ayah depan mata. cuma di hati je. tak banyak yang aku mampu cerita pasal ayah. sebab aku hanya tinggal dengan ayah dari kecik sampai aku habis SPM. banyak pergolakan berlaku lepas tu..

Selamat Hari Bapa untuk ayah, terima kasih kerana pernah menjadi the best untuk kami dulu. tanpa ayah, tanpa usaha ayah kami tak mampu membesar dengan baik.. ayah gigih ke laut mencari rezeki untuk kami adik beradik. terima kasih ayah pernah mengajar kami insan berguna. teringat kita saat ayah tarik rambut kita masa kita dah berumur 11 tahun. niat ayah hanya nak kita menutup aurat. kita ingat sampai sekarang. terima kasih. banyak pengajaran yang ayah bagi pada kami. tentang kehidupan. tentang tanggungjawab. terima kasih ayah.

Ayah,
apa yang berlaku sekarang ketentuan Allah. kami menganggap semua ni qada' dan Qadar Allah. Demi allah kami tak berdendam. Kami tetap menyayangi ayah. walaupun dari jauh. Mungkin ayah tak nampak kasih sayang kami.

Ayah,
anak-anak ayah dah besar sekarang. masing-masing dah ada komitmen. tapi kami tak pernah lupa ayah. setiap kali balik Kuantan kami selalu rindu ayah. kami rindu zaman kecil kami. kalau boleh taknak berganjak kalau kami tahu saat dewasa kami, kami terpaksa bahagi kasih sayang ayah. kalau diberi peluang Allah. kami nak putar balik masa dulu. masa-masa bersama ayah. masa bersama ayah masih bahagia dengan mak. Sumpah. kami rindu.


Ayah,
kami tinggal bertiga dari 6 zuriat ayah dengan mak. hanya kami yang mampu menjaga mak sekarang. andaikata ayah sakit, kami sanggup menjaga ayah. ini janji kami. kami doakan ayah semoga panjang umur, semoga ayah diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan seharian.. Kami sayangkan ayah.


Selamat Hari Bapa jugak untuk Along dan Abah (FIL). semoga mereka dirahmati Allah sepanjang masa. Bilalah nak wish hari bapa untuk Mr. J nih..~~

No comments: