Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, December 21, 2011

Alhamdulillah...

fuh.. lama tak berblog kan... macam sibuk sangat je... padahal langsung tak.. buat-buat sibuk je. hehehe.. cuma seronok baca kisah kawan-kawan. kat FB kat blog. paling best tengok aksi-aksi haris yang mama haris (DD dudu) upload. hari-hari mokcik tunggu tau. nak pergi mesti tak berkesempatan. padahal Putrajaya Abngi je pun. tapi sekarang haris ada kat rumah Nek Ma (maklong saya) kat Gombak. ada masa mokcik pergi ye. sekarang mokcik takde nafsu nak duduk dalam kereta lama-lama...

Semalam pergi scan kat Klinik Syifa di Bandar Baru Bangi seksyen 3. Best lah pergi klinik tu. suka sangat dengan keramahan doktornya. Tak menghampakan.. sebenarnya berbelah bahagi nak pergi ke tak. Isnin malam tu dah pergi tapi doktor tu takde. so, batalkan. ajak Mr J pergi kedai Manjaku kat Bandar Baru Bangi. orang kata ada sale. memang ada. 

Cakap kat Mr J " Abang... tutup mata jelah ek beli baju baby ni. jangan bagitau mak ek. nanti mak marah....."
Mr J gelak je. siap letak syarat lagi " Ok. Tapi no blue, no pink" uwaagghhhh.. tensi tau.. tak boleh beli warna pink.. sempatlah sambar 5 pasang baju tanpa ada warna pink ngan biru. tapi kan suka tengok baju baby boy kan. tapi kadang-kadang tersalah angkat skirt baby girl warna pink tu ketaq jugak jiwa ni.. uhuhuhu

Tengahari selasa, rasa tak sabar pulak nak tunggu 5 Januari ni appointment dengan Klinik kerajaan untuk scan. Rasa nak pergi scan jugak kat Klinik Syifa. Bukan apa, rasa risau sangat kat hati ni. camne keadaan si tecit dalam ni. yelah kalau dah mummy nye asik membantai je makan. pantang jumpa. risau jugak kan. susu pun tak minum... mungkin perasaan keibuan tu dah nak ada kot. chewwah.. 

Mr J cakap kul 11 mungkin free. terus set masa nak pergi klinik Syifa tu. Alhamdulillah berkesempatan jugak akhirnya. tunggu setengah jam jugak sebab ada patient lain lagi. sampai turn aku. wah. rasa hepi jap. doktor pun dah kenal. mesti syak aku nak scan. hehe...

scan-scan. alhamdulillah. si tecit ni bersifat dah dia. syukur sangat-sangat Ya Allah. masa mula-mula tengok. Doktor cakap "tengok anak kamu ni, menyanyi nasyid dia ye" mana taknye.. tangan dia straight ke atas eh ke depan camtulah. alah, macam budak-budak nyanyi lagu nasyid tu..comel je.. 

doktor scan lagi tunjuk tangan, kaki. Alhamdulillah. semuanya ok. pastu kan. minta doktor nak tengok jantina. jeng jeng.......  tak kisahlah boy or girl kan janji sihat. tapi kalau betullah apa yang doktor tu ramalkan. mesti ayah suka. moksu dia lagi suke..... hehehe..... semoga semuanya selamat.. amin~~ terima kasih pada yang mendoakan saya... saya jugak doakan anda sentiasa dalam kesejahteraan.... amin~~~

Tuesday, December 13, 2011

Banjir..




uwaa.. gambar ni aku dapat dari FB. moksu telah meng "tag" aku. hehe.. ni gambar banjir lokasinya adalah belakang rumah MIL. ketika banjir ni berlaku my MIL adakan majlis tahlil hari ke 40 arwah abah... kitorang tak balik sebab... banyak sebab lah... hehehe... apa yang pasti Krismas kami balik. hehehe. tapi kan best tau banjir camni. dapat main air. patulah Paksu Iwan seronok sangat cerita dia main air. memang tinggi rupanya. tapi tak pulak diceritanya kena marah dengan abang dia. hehehe. comel je adik tau...

ok. untuk pengetahuan korang tempat ni adalah di bahagian belakang umah MIL. tempat ni banyak memainkan fungsinyacontohnya, di sinilah tempat MIL potong segala ayam atau ikan. di sini jugak tempat ma masak-masak bila menggunakan kawah atau periuk besar...

paling sadis sinilah jugak tempat aku uwek2.. tapi atas tanah ok. paling hebat nun pergi kat pokok-pokok. sebab tu pokok tu segar je. hehehe... kat area sini juga aku basuh yak yak adik ipar aku si Poksu Iwan tu.. hehehe. tapi lepas tu bersih. dont wori... bila dah banjir ni macam best je kalo main kat situ.. harap-haraplah kitorang balik nanti banjir jugak. kalo best lagi kalo banjir kat selekoh nak pergi umah Maklong Mr J. boleh naik sampan. cari ikan... hehehe...

Rindu Mr J..

Assalamualaikum.. selamat pagi. baru teringat rupa-rupanya hari ni hari selasa. syok sangat cuti 3 hari sampai ari ni hilang mood nak keje. walaupun ada benda yang cuba nak disetelkan dalam hari ni sebelum esok.. walau apapun masih sempat berblog. hehe... minggu lepas nak berblog pun tak sempat.. ada keje nak disetelkan. setakat rest 15 minit rasa macam tak cukup masa nak blogging. kan?

semalam kan Mr J pergi kursus kat Kelang. samapai Khamis. Lama kan? uhuhu.. ari ni bangun pagi dah kelam kabut bangun pergi kerja. lain je suara yang kejut aku bangun tido.. biasa romantik je. ari ni suara kelam kabut tapi halus je.. hahaha.. itulah Bibi.. orang yang sudi temankan 'kami'. motip 'kami'? pagi ni takde orang yang buat milo kosong separuh mug. ari ni takde orang tolong kupaskan buah untuk aku. sedihnya..

Semalam mak SMS tanya keadaan aku. ok ke tido. padahal sebelum-sebelum ni ok je. maklumlah anak dia kan penakut. kalo dah semua benda laki buatkan. mau tak berlemak anak dia ni. aku cakap ok je. cuma rindu sangat kat menantu dia. mak cakap padan muka. hahaha... mak cakap Mr J aku selalu buli dia. ini Mr J itu Mr J. dah takde sekejap menggelabah.... Abang..cepatlah balik...... Baby abang rindu sangat kat abang. motip guna alasan anak kan???

6 Disember lepas aku ada checkup untuk 4 months.. Alhamdulillah semua berjalan lancar. alhamdulillah jugak diberi kesihatan yang baik... cuma berat tak naik tak turun. aku ingatkan dipuji nurse. rupanya merah jugak tulisannya pada buku weght statik. apakah? mak cakap takpe nanti jaga makan je.... 

ramai yang dah marah aku pakai baju kurung nampak ketat. nampak seksa. jadi dengan permintaan semua orang aku pkailah jugak blouse besar2 dan skirt yang ada. lega sikit. tapi segan sikitlah. bukan apa. nanti orang tanya. "eh pregnant ke? dah bape bulan?" nak jawab 4 bulan pun terketar-ketar. mesti orang ingat dah 8 bulan 9 bulan kan?



Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday ~~~ rindu lagi...

 Rindunya kat Muhammad Dameer Amsyar bin Mohd Helmi..

Rindu geram kat Muhammad Airil Farhan bin Mohd Fakhrul Azman.

Wordless wednesday~~ Miss them....




Rindu sangat kat mak saya ngan adik saya yg perasan comel.

Tuesday, December 6, 2011

Rindu pada TTC' ans...

Assalamualaikum wbt.. semalam sambil-sambil blogwalking banyak jugak aku memfollow kawan-kawan yang masih mencuba. rasa rindu sangat kat kawan-kawan TTC. aku bukanlah TTC yang aktif memberi petua dan penglaman. aku hanya memfollow TTC hanya secara senyap-senyap.. tapi bagi aku TTC group memang best. aku ambik banyak iktibar, banyak kekuatan, banyak sokongan dan dorongan. bila aku rasa aku sedih, aku rasa aku sunyi dan bila aku rasa hepi mesti aku nak share ngan kawan-kawan jugak kan. tapi seriously, susah untuk mencari kawan yang betul-betul memahami dan rasa apa yang kita rasa. biarpun saat suka duka.. tapi dalam TTC aku dapat.. 

setiap hari aku mendoakan kawan-kawan TTC agar diberi rezeki , kabulkan doa kawan-kawan aku... aku gembira setiap kali membaca berita gembira dari kawan-kawan. aku jugak turut menangis andai ada kawan-kawan berduka. tak semestinya yang TTc, yang sakit, anak sakit, suami sakit. pasti aku akan menitiskan air mata. sumpah. aku rindu kawan-kawan TTC. pesan ku pada kawan-kawan (walaupun ada pangkat kakak, hehehe...) InsyaAllah apa yang kita usahakan akan membuahkan hasil. lagi tinggi kita diuji lagi tinggi nikmat kita dapat..... ini realiti. jangan putus asa ye kawan-kawan.... percaya pada janji Allah "kun fayakun".... ok kawan-kawan. miss u so much... maafkan saya andai ada keterlanjuran kata-kata sepanjang kita kenal dalam alam maya. dan saya harapkan semoga ukhwah ini akan terus berterusan... amin~~~

Monday, December 5, 2011

Pasal Hattan...

Semalam tengok melodi tak??? pasal hattan. ada orang kata Hattan bercerai talak tiga isteri barunya. mula-mula aku tak amik port sangat.yelah. kehidupan artis kan. aku ni orang biasa. so, juzt dengar apa Hattan komen iaitu menafikan. kita accept lah kan.

then, around pukul 2 gitu aku, Mr J dan Bibi berangkat ke Mantin untuk menghadiri Majlis Menyambut Menantu sahabat Gagak Berantai aku masa kat UMT dulu iaitu Nurul Husna Binti Jaafar dan Mohd Bakhtiar. diorang nikah minggu lepas lagi. Tapi aku tak dapat attend sebab jauh kot kat Pari Buntar. Rindu gila kat geng Gagak Berantai. si Husna a.k.a Hipo ni pulak gilos macam aku gak. ape lagi kecohlah kalo jumpe.

masa sampai tu, aku diberitahu mak pengantin lelaki yang pengantin takde kat majlis sekarang sebab menghantar keluarga Hipo ke homestay. so, kitorang makan dulu.. ~~ iklan jap. sekarang si tecit tengah menggedikkan badannya. terasa kat bawah ni.. comelnye anak mummy nak gurau2 ye.. tau-tau je mummy nak bergosip..~~~ sambung balik cite tadi. sambil-sambil makan. mata aku melilau jugak mencari pasangan pengantin ni. pastu Mr J cuit peha aku.. "Sayang, hattan..." aku terus paling muka cari mana Hattan.. tu dia. aku nampak bertopi. nampak jelas semalam sebab kenduri rumah taman. so, tak crowded sangat..

nampak Hattan ni friendly tak sombong pun. masuk ni 2 kali dah aku jumpa Hattan. first masa kat Kuantan. time tu mak nampak dulu. excited sangat jumpa Hattan sampai tak sedar terlambai tangan kat Hattan. mak cakpa Hattan comel sebab botak. tapi Hattan tak lokek ngan senyum dia..walaupun muka garang kan?

ok. pasal gosip tu plak. bila dah nampak Hattan tu aku pun mulalah melilau mata mencari aman bini baru dia kan. oo dah nampak. tangah borak-borak. hattan pergi beramah mesra dengan orang-orang kat situ. nampak ok je. pastu dah nampak Hipo balik. aku bangun nak jumpa Hipo. Hipo cakap Hattan tu pakcik suami dia. oo.. patutlah.. aku ingat dia jemput Hattan sebgaiai artis undangan kan. tapi kan.. aku nampak Hattan ok je ngan bini dia.. takde masalah pun.. kenapalah fitnah orang macam-macam.. tak baik tau. cuba dalam penulisan tu doakan kebahagiaan rumahtangga orang kang ke dapat pahalanya..

so, pada abang Hattan. proven rumahtangga anda tak bermasalah. semoga bertambaha bahagia. sorry takde gambar sebagai bukti. maklumlah kamera cikai. nak amik gambar artis pun segan...

selamat pengantin baru kepada Nurul Husna a.k.a Hipo dan Mohd bakhtiar. semoga kekal hingga ke syurga dan berseri dengan kehadiran cahaya mata. ppssstt~~ ingat pesan aku po.....

Lamanya tak berblog....

Assalamualaikum pembuka bicara... cewwahh.. Lamenye tak berblog.... Rasa rindu nak bercerita.. Rasa rindu nak menaip. hehehe.. Maaflah agak buat-buat sibuk sikit 2 3 minggu ni. Yelah.. kerja aku bukannya ngadap pc. kena hadap alat2 radas sume. belum masuk gie wat keje run alat. hehe.~~ motip explain? ada ke orang nanti-nantikan entry aku. hehehe.. kalo ada terima kasih banyak-banyak.. ~poyo kan...

bila dah lama tak berblog camni.. konon-kononya banyak benda nak dicerita. tapi bila dah start menaip. lupa dah apa yang diceritakan... uhuhuhu... cuma tak lupa nak memanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas segala rezeki, nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita semua. memberi kehidupan seharian yang semakin bertambah kematangan nya... Alhamdulillah..
sekarang kehidupan kami suami isteri sudah berjalan lancar, mampu hidup dengan flow yang baik. tak lagi huru hara macam sebelum ni. hehehe. bermakna  apa saje yang dirancang insyaAllah boleh dilakukan bersama-sama.
si tecit ni pulak sudah hampir memasuki 4 bulan. Alhamdulillah. kami bersyukur sangat-sangat.. trimester pertama berlalu dengan indahnya. aku dah mula merindui trimester pertama sebab masa tuelah kita nak tengok orang-orang di sekeliling kita amik berat pasal kita, sayang kita, doa kita. Alhamdulillah aku bersyukur dikurniakan mak yang penyayang, suami yang penyabar, adik beradik yang supportive dan keluarga mentua yang sangat memahami...

sekarang dah 4 bulan dah rasa pergerakan si tecit yang jarang-jarang. biasanya malam dia gerak. siang dia tido kot ek? malam je, papa to be dah tunggu kat perut duk mencari mana si tecit ni main. indah sangat momen ni. ada sekali tu, papa to be dapat rasa kick lembut. dia tekapkan telinga dia pada perut nak dengar.. papa to be menjerit " Hahahaha.. papa dah jumpa kamooo..". Mr J cakap dia dengar bunyi jantung si tecit, pastu bunyii macam dia menyorok je.. "bblluuupppp" bunyinye.. comelnye Mr J. Over excited kan kami. maaflah. izinkan lah kami excited sebab penantian pun agak lama. tak salah kan kami gembira di atas rezeki Allah yang kami tunggu selama ni? boleh kan?

Tuesday, November 15, 2011

blog saya boring kan????

selamat petang... fuh.. baru balik dari SIRIM Sepang... sambil blogwalking blog kawan-kawan punye barulah terpikir.. blog saya ni makin lama makin bosan kan.. gambar dah takde.. mesti kawan-kawan bosan dah baca blog ni.. excited melampau.. menyampah kan dengan diri sendiri.. hehehe.. maaflah teman-teman... 

sebenarnya kan saya nak sangat upload gambar-gambar best.. tapi keadaan say sekarang sangatlah tidak memberi peluang langsung untuk excited upload gambar macam dulu... kepala fenink2 dah weng-weng sangat.. uhuhu... bukan merungut ye.. cuma membentang realiti sebenar.. satu perkara lagi aku tak berani dah nak upload gambar pakai pc opis ni.. sebab dah banyak virus.. my beri hitam pun dah off terus.... sekarang pakai C3 je.. uhuhu.. nak transfer pun dah fobia...

dan realiti sebenarnya adalah...... saya dah lupa mana saya letak kamera saya.. tulun.. hehehe.. dah banyak kali Mr J tanya mana kamera... tapi aku diamkan je..jangan bagitau Mr J ye... nanti dia dah banyak duit sangat baru kita bagitau ek.. masa tu mungkin dia tak marah.. harap-harap dia cakap camni " oh hilang. ok jom kita beli LUMIX model baru tu....." harap-haraplah kan.. amin~~~ tolong doakan ye kawan-kawan.....

Monday, November 14, 2011

week 12++

Alhamdulillah.. dah masuk 3 bulan kandungan aku. aku bersyukur sangat2. walaupun diuji dengan macam-macam keadaan. si tecit sangat kuat. semoga terus kuat ye anak mummy... aku bersyukur sangat-sangat semasa arwah abah sakit si tecit ni behave sangat-sangat. aku langsung takde muntah-muntah. pening. walaupun makan sekali sehari aku masih mampu bertahan. si tecit sangat memahami. Alhamdulillah.... 

selepas pemergian abah. aku kena buat checkup sebab dah lama postpone. klinik seri putra hari-hari call aku mintak tarikh appointment baru. at last aku mintak buat checkup di kampung je. so, tarikh 30 oktober aku buat checkup kat Pekan. berat naik 4kilo. o mak ai. serius aku takleh terima hakikat. sebab aku rasa aku tak makan banyak. doktor kat sana suruh aku standby minum air gula. aku mintak untuk checkup semula di Klinik Sri Putra.

bukan takleh terima hakikat. tapi macam unbelieveable.. nasib baik doktor tu ok je.. balik timbang kat Klinik Seri Putra. naik 2 kilo je. see.. i told u.. hehehe... siap tanya misi lagi.. kena minum air gula ke? misi tu jawab takyahlah. biasalah awal kehamilan kita selera makan. cuma nanti berjaga-jaga ye.. hehe.. suka tau misi ni. since aku first wat buku merah lagi... ramah gile... so, next appointment adalah 6 Disember 2011. doakan semuanya selamat....

perut dah nampak membulat sangat sekarang. ada yang menyangka aku pregnant dah 6 7 bulan hehe.. sebab aku asalnya memang gemuk... Aidiladha baru-baru ni, ma (my MIl) bagi 2 pasang baju preggy. suke2... Kakak.. jangan jeles ye... hehe... nielah untungnya bila menantu sama saiz dengan mertua kan... tapi kan.. malu lagi nak pakai. nanti-natilah..

sekarang kan Mr J dah excited listkan barang-barang keperluan baby.. siap suruh aku tanya mak lagi dah boleh beli belum. haruslah mak cakp NO kan. mak cakap 5 6 bulan bolehlah beli-beli. Last sekali Mr J cakap besen mandi je. bolehlah beli ek?? aku dah segan ngan mak. besen pun besenlah abang oi...


Al Fatihah......

Assalamualaikum... lama rasanya tak menaip.. tak berblog.. bukan menyepikan diri. cuma kesempatan tak ada... keadaan tidak mengizinkan. dan cuma untuk pulihkan balik semangat....

tanggal 29 Oktober, bapa mertuaku (abah Mr J) telah pergi untuk selama-lamanya. meninggalkan kami... pemergiannya sangat mengejutkan dan buat kami hilang semangat untuk sebentar... perginya seorang insan, seorang ayah yang penyayang, yang kuat semangatnya.....

Arwah abah meninggal akibat kanser paru-paru yang hanya dikenalpasti 2 hari sebelum arwah pergi untuk selama-lamanya.  sebelum tu, abah pernah sakit. pergi klinik, hospital. diberitahu hanya gastrik, kemudian lelah. lepas tu paru-paru berair. tapi arwah abah kuat. dia merelakan setiap apa je yang doktor buat kat abah. aku ssedih bila tengok tangan abah lebam-lebam. selalu dicucuk. bila abah dibedah. abah terlantar. tapi semangat abah kuat. mahu bercakap walaupun tak bersuara. abah tulis setiap apa yang abah rasa di kertas. hati aku tak sanggup. apatah lagi anak-anak kandungnya...

apa yang aku terkilan. abah tak sempat tengok cucu sulungnya. Abah excited bila tau aku pregnant.. abah dah start bahasakan diri abah dengan nama tok abah. bahasakan adik Mr J yang paling bongsu nama Pak su Iwan...

semoga allah mencucuri rahmat ke atas roh abah.. dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman... Al-Fatihah untuk Allahyarham M Adnan Bin Jantan. amin~~~

Monday, October 24, 2011

hampir 10 minggu..

setelah berminggu tak taip entry.. hari ni dah menggeletis balik nak taip blog. hehehe.. bukan apa. 2 minggu sebelum ni mood turun naiklah... taip sikit je pening kepala. baru nak excited taip wek-wek dah. oohh.. sekarang dah berani wek-wek kat opis.... bukan tak segan tapi tak tertahan. sampai tahap minggu lepas aku terpaksa ambik MC. sebab dah biasa bangun pagi2 amik masa lama dalam bilik air. asal nak amik wudhu' dia stat muntah2. takpe2.. ni pengalaman kan?

minggu lepas pergi klinik sebab Klinik Syifa suruh datang untuk scan. nak tengok ukuran bayi katanya. 9minggu. scan. Alhamdulillah. nampak budak tecit ni. papa to be dah senyum-senyum. kembang hidungnya ketara.. tapi kan doktor kat Klinik Syifa tu baik sangat. spoting gile. siap tunggu papa to be berlari-lari ke kereta nak amik buku merah....siap tunggu papa to be lagi baru scan mummy kan. dia kata tengok anak kamu bergerak-gerak. Mr J kan duk mencari-cari macamana dikatakan bergerak... comel je muka dia... Doktor cakap "Alhamdulillah anak kamu hidup, sihat. sekarang dia masih ketulan daging dan darah ye. roh dia belum ditiupkan. insyaAllah segalanya dipermudahkan.. kita sama-sama berdoa.... "
wah.. terharu jap.rasa nak feeling-feeling nangis gitu. tapi kan bila keluar je dari klinik tu Mr J tanya kata aku.
Mr. J :"sayang nampak ke anak kita gerak. kenapa abang tak nampak?"
aku: "nampak. dia gerak macam golek-golek je. takkan tak nampak?"
Mr J: "lor.. yang golek-golek tu abang nampak. ingatkan bila doktor cakap gerak-gerak tu macam melantun toing-toing je dalam kantung dia..." (sengih tanpa rasa bersalah...)

kalut betul papa to be ni...... hehehe..... rambut Mr J panjang lagi. tapi tak sempat nak botakkan lagi....

thanx pada my BFF yang datang rumah weekend baru-baru ni. semua kehendak aku diturutkan.... masa ni lah nak demand-demand.... contohnya.... "Bi... nak makan asam pedas ikan merahlah. nanti kita beli ikan merah. Bibi masak ye..." Bibi pun jawab " Ok jam.. nanti bibi masak ek...."
"Kadilah.. rasa nak makan dominos lah..." " petang ni kita beli dominos ok.." tu jawapan kadilah....
"wan. bestnya dapat minum air oren" 5 minit lagi siap datang air oren. terharu gila ada kawan-kawan yang gila caring. alasan diorang ibu mengandung. thanx semua......hehehe......

petua?

terlebih dahulu aku nak dahului ucapan terima kasih pada semua pembaca blog ni. pada mulanya, aku tak sangka akan ada yang sudi nak baca blog aku yang serba daif ni. tapi alhamdulillah ada jugak yang sudi. baik follower. kawan-kawan. sedara mara. dan jugak silent reader yang aku hargai semua. aku tau semua yang Allah kurniakan ni berkat dari doa anda semua. aku hargai sangat2..

semalam ada sorang silent reader yang komen pada entry yang lepas. terima kasih sangat dear kerana sudi baca blog daif saya ni... saya hargai sangat2.. ok. beliau mintak saya share petua bagaimana saya boleh hamil.. terlebih dahulu saya nak bagitau semua yang kehamilan ni berlaku tanpa diduga. tanpa ada petua khas. mungkin dah tersurat oleh Allah saya berpeluang hamil pada kali ini.. tapi suka jugak saya nak kongsikan banyak dah cara saya buat sebenarnya. tapi tuelah. kuasa Allah tiada siapa yang mampu menyangkal kan?

1) Berurut
mula-mula sekali cara yang aku guna adalah berurut. hampir 4 orang jugak tukang urut aku dah pergi. yang pertama aku pergi. makcik tu cakap aku ada masalah peranakan jatuh. tak paham jugak sebenarnya dan merelakan jelah. orang yang mengurut aku yg pertama dan kedua tu aku hanya berurut sekali sahaja. septutunya datang 3 kali berturut-turut kan. memandangkan balik kampung pun hujung minggu. banyak aktiviti keluarga. memang tak berkesempatan nak pergi berturut-turut. tapi selepas berurut dapat rasakan pada ari-ari menjadi sedikit tinggi. agak percaya. cuma tidak berkesempatan. kali ketiga masih berurut jugak. mampu pergi 3 kali. tapi belum rezeki. yang keempat pun hanya sekali pergi. belum nak menjadi rezeki...

2) BIODEX
gambar ambik dari google. 
maaf ye google.

sempat menggunakan selama 10 hari je. aku berhenti sebab terpikir sepatutnya waktu subur atau waktu sepatutnya bertemu Mr J kebetulan jatuh hari Rabu. hari bekerja. takkan nak amik cuti sehari semata-mata kan? aku berhenti sebab pikir abis makan ni nak kena beli lagi bulan depan. harga pun boleh tahan. katakan bulan depan pun waktu subur jatuh hari bekerja. sama je kan. so, terpaksa berhenti. tapi memang dapat rasa perubahan bila dah gunakan biodex ni. berat turun 10kg. kebetulan aku guna bulan puasa. memang efisien sangat. tapi tak mampu teruskan lagi. stop. aku guna ni masa Ramadhan tahun 2010.

3) Bidadari DCL





aku cuba yang ini atas saranan kawan-kawan. Alhamdulillah. rasa perubahan. ringan rasa berat badan. tapi rezeki belum berpihak. aku hanya menggunakan sebotol sahaja. bukan tak mampu. tapi dalam hati sudah give up..

4) Maajun Anggun Bistari.

ada kawan yang cadangkan aku gunakan maajun ni. pada awalnye aku takut jugak. yelah. maajun kan panas. kot-kotlah aku makan ni tetibe je takleh lekat langsung... tapi bila dah jumpa sendiri dengan pengedar yang di Sri Putra. dia sendiri cerita testimonial kata boleh hamil. dia sarankan aku guna 4 botol. maknenye 4 bulan. tapi bila dah abih botol kedua. period aku dah datang lambat. aku stop terus. terus berharap. tapi belum ada rezeki. 
inilah maajun tu..

5) kordial ROZAS

cara terakhir sekali aku guna ialah kordial rozas. asalnya untuk suka-suka. sebab kawan sarankan untuk buang angin. memang ada fungsi untuk kesuburan. tapi tujuan aku hanya nak buang angin dalam badan. aku minum hanya di hujung2 bulan puasa.. memang buang angin giler. kentut pun dhsyat. puas hati. menggunakan tanpa menghrapkan untuk hamil... tapi segalanya tertulis Allah. rezeki di bulan Syawal. mungkin jugak rezeki sempena pertukaran Mr J. Alhamdulillah......



suka aku nak tekankan segalanya tertulis dari Allah. rezeki yang tak dijangka. aku bersyukur sangat-sangat. apa yang aku coretkan kat sini hanyalah sebagai panduan diri sendiri dan hanya untuk berkongsi pengalaman. penantian sangat menyeksakan. memang betul. tapi anugerah Alllah sangat nikmat. aku berterima kasih sangat2 kepada sesipapa sahaja yang selalu mendoakan kebahagiaan kami. tanpa doa anda semua siapalah kami.

# dah lama sebenarnya entry ni duk dalam draft. tak larat nak edit untuk publish......



Tuesday, October 11, 2011

8 minggu....

Alhamdulillah dah 8 minggu.. means 2 bulanlah kan.... sekejap je kan. sebenarnya hati tetap masih risau...rasa takut.. rasa macam takut nak mengharap. Alhamdulillah setakat ni belum ada masalah. dan juga berharap tiada masalah. mengharapkan segalanya berjalan lancar...doakan saya ye kawan-kawan...

dah 8 minggu aku tak mampu nak telan susu lagi. walaupun susu coklat.. bukan mengada-ngada tau. tapi tekak ni memang takleh terima. belum sempat minum lagi bau je dah menolak. kesian Mr J. semangat dah buat. pujuk2. last2 ke sinki jugak susu tu. tapi langkah alternatif. aku kena minum susu jugak. aku minum susu HL. alhamdulillah. boleh telan. tapi ada orang kata tak sesuai. ye ke? kalo sape2 ada info bagitau ye.... sebab kalo tak silap susu HL pun ada Vitamin B bagai. ada asid folik....


sekarang aku dah stat bawak bekal buah-buah ke opis. ari tu bawak jambu. bawak penuh. balik dah separuh. at last Mr J jugak yang abiskan. semalam bawak oren. petang tu muntah balik. hari ni bawak buah delima. akak kat opis ni bagitau buah delima baik untuk kulit anak. aku pun cubalah mengenangkan kulit sendiri tak lah cantik. nak anak cantik kena makan. boleh? hehe.. ada kena lempang jugak kang....

pagi tadi kan bangun tido. pening sangat. semalam balik keje pun pening. mintak Mr J urutkan. sekali muntah. uwahaha.. bila dah muntah tu start mengada-ngadalah. nak makan tu nak makan ni. uhuhu. kesian Mr J kena siapkan breakfast pagi tadi..lebiu lah abang..... 

tapi kan pagi tadi Mr J pakai baju kemeja dia. ketat sangat.. adoi. sebelum ni baju tu ok je... ni dah bambam tau kat perut dia. boolat pulak tu..... risau pulak aku. kang dah sampai bulan sama tinggi pulak perut aku ngan dia. hehehe. time sibuk nak shopping baju si kecik. kang kena shopping baju dia sekali. uhuhu~~~

Friday, October 7, 2011

alahai Mr J

lately ni kan rasa macam penat sangat. walaupun tak penat sebenarnya.. peringatan ye. ini bukan rungutan. cuma untuk berkongsi pengalaman. tak merungut ye.. sekarang ni aku cepat betul rasa mengantuk. kalau tengahari selalu sangat tido kat surau opis. balik kerja kan mesti tido..

kisahnya semalam... tekak ni teringin sangat nak makan nasi goreng yang Mr J masak. sebelum balik kerja request pada Mr J. dia cakap OK. wah.. harap-harap lalu lah makan. balik kerja petang tu sakit perut sangat. lapar yang melampau. tambah pulak rasa nak kencing yang tak tertahan. paling bongok aku buat semalam aku tanya toilet kat pasaraya kecik. haruslah takde kan. tak sempat samapi rumah aku singgah di Petronas Sri Putra. Fuh. lega.. dasat betol..

sampai rumah dah terbungkam. tak penat. tapi menahan sakit perut kelaparan. pedih sangat ulu hati. asalnya tengahari memang lapar. tapi tak larat nak keluar. tido jelah kat surau. bahananya, petang tu perut masuk angin. mak dah marah sebab biar perut kosong.. nak wat camne kan. tak larat.

Mr J pulak kebetulan samapi lewat sikit dari aku. katanya ada accident masa nak turun dari bangunan Hentian Kajang tu. ada orang langgar tiang turun parking. tu yang lambat... sampai rumah dia terus ketung ketang ketung ketang kat dapur.

masak nasi, basuh pinggan. cuma satu je dia mintak aku buat. siang ikan. ok. aku cuba buat. perut dah pedih sangat ni. masa aku siang ikan dia prepare sandwich untuk aku.. makan sandwich macam orang kebulur.. alahai terima kasih abang... masa dia tengah goreng nasi dia suruh aku mandi, sembahyang dulu. uwaaa.. masa baca yassin dah semput-semput aku. mengah gile... campur nak muntah. Mr J suruh aku berhenti sambung nanti-nanti je. aku teruskan je... siap baca yassin, Mr J siap sembahyang kat bilik sebelah lagi. sebab tunggu lama kan.. makan nasi pun tak banyak. sebab dah masuk angin perut ni kan..

siap makan dia terus angkat tilam single letak depan tv. dah jadi rutin plak kan.. dia suruh aku baring. aku dah semput sangat. tabiat Mr J kalo dah buat keluar tilam tu mesti pakej selimut dan 3 bantal wajib yang aku perlu. nanti aku publish gambar bantal-bantal tu.... sambil-sambil baring tengok cerita terowong. gediks kan si Memey semalam. dah cantik takbur plak.. aku pun tak sedar masa bila aku tertido. cuma aku dengar sayup-sayup je "sayang nak buah?" pastu dengar lagi "sayang nak susu?" serius tak mampu nak celik lagi.... 

sedar-sedar bangun pukul 2 pagi. tupun sebab takungan ni dah penuh sangat. tup-tup eh dah atas katil? masa bila aku bangun dari luar masuk bilik. apakah? hehehe.. pastu tiba-tiba teringat lepas makan tu ada run washing machine. nak jemurlah kejap walaupun jam 2 pagi.. tak takut pun. rumah flat. bukan flat 3A. kan?  bukak washing machine. eh. kain takde. bukak pintu dapur. alamak. kain dah bersidai... alahai abang... lebiu lebihlah..

mungkin inilah hikmah kenapa Allah belum nak bagi peluang aku hamil tanpa Mr J di sisi kan. aku bersyukur sangat punya suami yang penyanyang, yang sabar dengan karenah aku. yang sabar dengan keadaan ni semua. yang paling penting yang mampu tahan tiap-tiap pagi soalan aku "abang.. apa bau busuk nih?" Mr J dah tau apa perlu dia buat... apa dia buat? hehehe jeng jeng....nanti kita cerita. kihkih.....

Wednesday, October 5, 2011

perubahan di 7 minggu....

7 minggu.. orang kata bayi belum kuat lagi kan? ada orang kata jugak 7 minggu dah ada kantung... kadang-kadang aku risau jugak. macam-macam pikir... yelah. masih baru... selalu doakan agar semuanya berjalan lancar. kata-kata semangat dari sekeliling pun sangat membantu... terima kasih untuk kawan-kawan semua yang selalu mendoakan saya. saya sokmo doakan kalian semoga hidup dalam ceria..... amin~~


base pada tajuk post ni. cewah. macam orang nak tau je kan. tapi takpe. ni kenangan untuk anak-anak kami baca untuk masa depan..nanti biar anak kami akan bercakap sesama sendiri " oo... ini yang mummy kita lalui masa ngandungkan kita" chewahh.. amin~~

perubahan yang pertama yang aku dapat rasa aku sangat ketagih dengan air ICE LEMON TEA especially brand SEASONS. yang ni ha.....
memang heaven gila dapat minum nih...
tapi kan, rasa risau sangat-sangat. aku pun google. cari apa kebaikan teh ni pada kehamilan...dan ada jugak terbaca kafein atau teh boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dan risiko keguguran. alamak. risau sudah gue.. terus hentikan ketagihan itu.... kalau tak 2 3 botol sehari. Mr J pun ikutkan je kehendak isterinya....
sekarang aku perlukan twister oren pulak. kalo berdiri lama, kalo pagi-pagi aku akan mengalami situasi pening plus loya. sangat perlukan benda masam. tapi demand sikit. nak air twister oren je... asam-asam tak jalan...

bahaya ke tak minum air ni? kalau bahaya bagitau saya ye...

jadi perubahannya adalah dulu saya sangat tak suka minum teh. sekarang sangat suka. tapi terpaksa hentikan sebab takut....

dulu saya suka makan roti canai. sekarang tak suka lagi. kalau dulu roti kosong mesti 2 keping atau 3 (time stress). sekarang satu pun tak rasa. kalo makan pun ambik yang roti telur......

dulu kalau bagi aku apa jenis nasi semua aku nak makan. semua nasi nak try. tapi sekarang nasi putih pun tak lalu. nak masak nasi pun aku tak lalu jugak.  camno tu? mula-mula ingat tu perasaan je... tapi memang tak boleh langsung. dah cuba lawan pun... tapi Mr J paksa-paksa jugak makan nasi. untuk tenaga katanya. aku pun cuba makan 2 3 suap. tapi satu nasi je aku leh masuk. nasi lemak yang berbungkus siap. isinya adalah telur rebus. tu je wat aku lalu.. uhuhu... indah kan pengalaman ni...

tapi mak dah pesan awal-awal. jangan merungut. saya tak merungut mak. sekurang2nya leh aku diet jugak kan. tapi kan... hairanlah... minggu lepas masa checkup nak buat buku merah tu. berat aku *5kg. tapi tadi aku pergi checkup untuk pekerja sinaran berat aku jadi *8kg. 3kg naik. biar betul. dalam masa seminggu....

apakah yang patut aku lakukan? akak opis dah nasihat suruh jaga-jaga. takut nanti kerap minum air gula. aku tak tau apa rasanya lagi. tapi ramai kata tak sedap..... tolong daku......


Tuesday, October 4, 2011

perkembangan terbaru....

Assalamualaikum.. dah lama tak berblog. bukan sebab sombong ke apa. jangan salah paham ye.... tapi ada masalah pada line kat opis ni. kalo bukak je blogger mesti untrusted connection. dah aku ni pulak buta it. redha jelah.. malas nak godek kenapa jadi camtu. tambah pulak dengan mood yang turun naik. 

nak sangat menulis. nak bercerita. tapi keadaan kan. hari ni nak pulun jugak.... hehehe.. sekarang aku dah 7 minggu  mengandung. Alhamdulillah.. ramai yang bertanya pada aku. takde morning sickness ke?. mak pun selalu SMS tanya ada alahan tak? alhamdulillah.. setakat ni aku hanya melalui saat loya dan pening2 je... mudah letih. muntah teruk belum aku alami lagi.. 

sekarang ni pun selalu nak kan benda masam. kalau terbayang nasi aku jadi nak muntah... banyak hari dah aku tak masak. balik kerja je collapse. mak marah aku tido petang. tapi nak wat camne. rasa penat walaupun aku bukanlah manusia yang sibuk di pejabat... 

ingat tak pada nazar-nazar kami? Alhamdulillah. satu persatu kami tunaikan. Mr J pun dah botak.. hehe.. aku sangka dia nak botak sekali je. rupa-rupanya sehingga aku bersalin. hehehe... tak dapat aku bayangkan. gambar Mr J botak aku tak dapat transfer lagi. nak kena tunggu dia botakkan semula. sekarang dah dua minggu botak. rambut dia dah tumbuh semula...  cepat je kan....

Doakan saya dan kandungan sihat-sihat saje ye.. terima kasih kawan-kawan...

Thursday, September 22, 2011

Alkisahnya...

salam semua... aku sebenarnya serba salah nak cerita. tapi niat di hati ni nak share jugak kan berita gembira bersama kawan-kawan semua. pertama kali berlaku dalam hidup aku selama bergelar isteri. rasa excited tu tipulah kalau takde kan. tapi masa yang sama aku takut sebenarnya. sebab semuanya masih di peringkat awal. risau melebihi segalanya. tapi aku pegang kata-kata "semuanya kehendak Allah, dariNya kita datang kepadaNya juga kita kembali".

Aku bersyukur pada Allah atas segala rezeki yang Allah bagi pada aku. teringat aku di saat kami diuji dulu. ujian yang hebat. kami hampir patah semangat. tapi ianya berlalu begitu saja. tapi sekarang Allah gandakan hadiah untuk aku. pada hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 25 pada 19 september 2011. Allah bagi aku peluang untuk hidup sebagai seorang isteri 100% iaitu di sisi suami. Allah permudahkan pertukaran Mr J tanpa kita duga. tak terpikir aku. sampai saat ni kitorang masih terasa macam PJJ. time keje jelah. dah balik rumah tak rasa dah.

selepas ulang tahun aku pula Allah bagi lagi berita gembira untuk kami. aku positif mengandung. cuma doktor tak bagi tempoh berapa minggu. mungkin terlalu awal. cuma doktor hanya expect due date nya sahaja..

sepatutnya cik peod tu datang 15 september. aku tak expect apa pun. cuma pada 16 september malam belum ada tanda-tanda nak peod. aku dah start pikir. berharap tu 10% je. tapi wat tak tau je. Mr J pun sama. 16 September siap bergumbira lagi di Sabak bernam, di i-City Shah Alam. 17hb pergi Bahau majlis bertandang sepupu Mr. J. 18hb september masih aktif aku ke hulu ke hilir beli barang, masak2 untuk jamuan kat rumah sewa kitorang. masih tak expect. cuma Mr J mintak aku cek sebab nampak aku melasak sangat katanya. aku tanya mak. mak jawab biar lewat seminggu lebih baru cek..

tapi aku duk agak-agak lagi. risau pun ada. takut nak mengharap pun ye. walau sebenarnya mengharap.. isnin petang mr J belikan UPT tu. dia nak aku cek pagi tu. memandangkan kerja ku tak macam orang lain. kerja aku kat makmal adakalanya perlu bergerak dan angkat barang berat. pagi 20 September. aku bangun 5.30 pagi. kononya nak sahur untuk puasa ganti. teringat pada UPT yang Mr J beli. aku pun meng'test". mr J masih dibuai mimpi. aku tengok mula-mula satu line naik dengan lajunya. pastu bila sume merah dah clear. tiba-tiba ada  dua garisan merah. aku terpikir yeke ni? keluar toilet tengok plastik UPT tu kot2 expired. tapi expirednya 2012. aku tunjuk pada Mr J. mulanya Mr J senyum. pastu dia senyap. dia tanya aku "betul ke? ke alat tu rosak?" aku dah menggelabah. Mr J bangun terus. tak tidur-tidur. duk belek-belek UPT tu.

esoknya pulak. Mr J suruh beli sekali lagi. cadangnya nak test pagi Jumaat je. Mr J dah tak sabar sangat suruh aku cek pagi rabu jugak. jam 5.30 pagi aku bangun untuk sahur (last puasa sunat 6). aku cek jugak. pun sama double line. aku tunjuk pada Mr J. dia senyum. pergi kerja pun senyum je. tengahari tu dia ajak aku pergi klinik confirmkan dengan doktor. lunch hour kitorang ke Klinik syifa. 

mulanya doktor cakap kalau 2 kali double line. maksudnya memang confirm lah. aku masih ragu-ragu. kira nak air tangan doktor jugaklah kan. hehehe. Doktor tu baik sangat. siap dia cakap "entah-entah awak punye strip lagi mahal dari saya punya". aku cakap takpe nak doktor jugak sahkan..

alhamdulillah doktor sahkan aku mengandung 4 minggu lebih. tak tau nak cakap apa. semuanya tak diduga. semuanya datang serentak. aku bersyukur sangat-sangat. sekurangya diberi peluang untuk tengok double line upt aku sendiri.....

dalam masa yang sama aku takut jugak. masih di peringkat awal.... doakan semuanya berjalan lancar ye.... aku jugak doakn kalian semua dapat berpeluang rasa jugak. aku dah lalui betapa payahnya untuk nak dapatkan double line tu kan.... tau sakitnya dicemuh macam-macam. cuma kita kena percaya kun fayakun. kalau Allah berkehendakkan rezeki pada kita, Allah akan bagi. lambat atau cepat. semua yang berlaku akan datang dengan hikmahnya..... tempoh menunggu satu yang menyiksakan. tapi sebenarnya tempoh menunggu itulah hikmah. percayalah. doakan saya dipermudahkan semua urusan ye kawan-kawan.... 

terima kasih juga pada kawan-kawan yang selalu bagi semangat. 

Wednesday, September 21, 2011

WW ~~ Alhamdulillah....

Finally, first time in my life.....

 syukur Alhamdulillah.
hadiah hari jadi paling bermakna.

Thursday, September 15, 2011

Permulaan yang lama...

Assalamualaikum.. uih.. lama betul tak berblog ni. kalau ikutkan banyak je cerita nak cerita. tapi tak pernah sempat. cewah.. macam sibuk sangat je kan...buat-buat sibuklah tu.... hehehe..... bukan apa. 2 3 hari ni ada Nuclear Technology Convention (NTC) kat opis ni. aku ada terlibat satu projeklah. kena bentang poster. tapi taklah bentang beria. aku ni kakitangan sokongan je... haruslah menempelkan diri je. tunjuk kelibat untuk attendance. dapat sijil. status pun penulis bersama.... kihkih..... 

apa kaitan tajuk di atas ek? hari ni bersamaan 15 september bermulalah kehidupan kami suami isteri yang sebenar2nya... selama 2 tahun setengah menanti. Alhamdulillah. aku bersyukur sangat kepada Allah. berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami berdua. semoga ada rezeki yang lebih baik menyusul lagi selepas ini. amin~~~

so, sepatutnya start dari kahwin lagi kitorang boleh menjalankan kehidupan suami isteri yang normal. macam anda-andalah. tapi kekangan kerja kan. tiba-tiba aku jadi over excited pulak hari ni kan. gediks betul kan. lempang laju-laju.... korang bayanglah masa PJJ hari tu bangun sikit punya liat. baju kerja tak gosok. sekarang dah berubah. kena gosok baju Mr J. automatik gosok baju sendiri terus. alang-alang kan..dasar pemalas.. bukan pemalas. jimat. kan? kan?

so, bangun awal-awal. mandi awal-awal. masak air. sediakan roti.~ roti je pun. nak kecoh jugak. tak kira nak cerita jugak. excited ni. hehehe... baju kerja awal-awal semalam lagi dah gosok. sedondon gitu. purple ok. hehehe... tak tau lah fenomena gelenyar ni bertahan sampai bila. kot seminggu pertama je kot. lepas tu kot ada sesi tarik menarik malas nak bangun tido. hehe... maaflah kawan-kawan ye. hari ni je saya menggatal. esok-esok pun saya menggatal lagi. hehehe. janganlah bosan baca blog ni...

walaupun dah duduk dekat. tapi aku masih ke bengkel sorang-sorang. dah terbiasa taknak susahkan Mr J. buatlah sensorang. bukan ape. nak rasa sedap sikit kat kete tu....walaupun kerja satu daerah. hati aku tetap merasakan Mr J macam jauh. sebab dah terbiasa. bila sesekali SMS tu barulah tersedar " eh, suami aku ada dekatlah..' sebab dah terbiasa kan.

dulu masa jauh-jauh. soalan kerap ditanya adalah "dah makan? makan apa tadi?" lepas ni mesti dah bertukar "nak masak apa hari ni?" kan? dah pening kepala mikir nak masak lauk apa.. uhuhu.. dulu kalau balik kerja tak terpikir makan pun. apa ada kat rumah itulah makan. biskut kering tu makanan rujilah.

malam ni nak pergi beli barang dapur serba sikit. nak survey kata barulah. rasa macam tak lama je katil tu. maklumlah tuan dan puan empunya katil ni membangun sangat pesat. katil pun tak daya nak tampung berat kitorang. dah berlekuk kat tengah-tengah tu. kena beli jugak tu..... hehehe...

esok mak nak datang. nak bawak mak jalan-jalanlah. pergi Sg Besar pun best. rindu cucur udang kat sana. nak beli kain pasang. malam tu bawak mak pergi i-City. emm.. bestnya. sabtu nak pergi kenduri Edah bertandang di Bahau. singgah di Kuala Pilah. umah cekda (adik mak). rindu nak makan gulai lemak daging salai. nyum nyum~~~

Friday, September 9, 2011

Last.......

Salam Jumaat... sekejap ke rasanya. baru naik cuti raya. dah nak cuti dah esok.. kan? hehe.. tapi tersa lambat pulak nak menuju tarikh 15 september. gatal je bunyi kan. macam orang nak kahwin je gayanya.. kan? hehe.. sori.. terexcited lebih... banyak benda nak plan nih selepas tarikh tu. nak beli baju baru untuk Mr J. sempena dapat tukar kan. nak jugak hadiahkan baju ke kasut ke yang baru-baru.. Bibi nak belanja A&w. hehe..

lepas tarikh tu jugak nak tengok movie Hantu Bonceng. sorilah bang jijan.. lambat sikit tengok. weekend tak sempatlah nak tengok. banyak kenduri.. pastu on my birthday nak tengok Raya Tak Jadi pulak.. nak paw Fatinlah. duit raya banyak tu. aku yang melabur dia dapat untung. bersiap sedia Fatin ye...

so, ari ni last balik sendiri. akan-akan datang balik berdua pulak. mungkin bertiga~~ kihkih... penat tau balik sorang-sorang. kelam kelibut. nak cepat sampai. Ahad je mesti liat nak balik Bangi semula. lepas ni dah tak berlaku dah.. cuma akan berat hati nak tinggal mak je. kesian mak. rasa nak bawak mak duk ngan aku je.... mak nak ke? mesti mak taknak tinggalkan cucu-cucu dia... kan? emmmm~~

Thursday, September 8, 2011

dah 2 tahun 6 bulan rupanya...

bukak blog tadi.. tengok kat daisypath tu. wah. rupa-rupanya dah 2 tahun 6 bulan kami bergelar suami isteri. rasanya tempoh yang lama jugak tu. tapi dalam tempoh ni jugak kami masih cuba untuk mengenali satu sama lain. nama pun duk jauh kan? hehehe..

2 tahun 6 bulan berkahwin tinggal berasingan. bercinta 3 tahun pun berjauhan. takpe-takpe. minggu depan dah nak bersama. hehe.. macam pengantin baru pulak rasa. kihkih.....

sekarang Mr J sibuk sangat dengan kerjanya. nak serah tugas bagai. rindu sangat kat dia. esok baru balik. Ahad berpisah lagi. Rabu baru jumpa pulak. berkepitlah puas-puas.. hehehe.

Wednesday, September 7, 2011

Pasal bermaaf-bermaafan...

cerita pasal raya lagi. hehehe.. sila jangan jemu...hehehe.. duk godek-godekgambar kawan-kawan sedara mara dalam FB kan. suke tengok gambar suami isteri sedang bersalam bermaaf-maafan... hehehe.. gambar sendiri?? mestilah tak ada. suke tengok orang punye je...

sebab aku kan kalau pagi raya liat sangat nak salam. bukan taknak mengakui kesilapan sendiri. tapi takut nangis.... uhuhu.. sedar diri banyak salah kan...paling susah sekali aku nak salam ngan mak lah. sebab banyak dosa ngan mak.. biasalah anak nakal.. hehehe...

dengan Mr J pun, selama 3 kali beraya bersama.. aku tak pernah bersalam mintak ampun depan khalayak ramai. mesti dah bermaafan dalam bilik. biasa malam raya sebelum tido tu dah mintak ampun.. pagi-pagi sebelum Mr J pergi sembahyang raya dah bermaaf-maafan dulu. opkos takde gambar. keluar bilik je mesti mata merah-merah. 

raya baru ni. dah bermaafan ngan semua. pergi beraya umah tok lagi best... sampai je melulu pergi makan dulu.. hehehe.. cucu degil kan. tak salam sape-sape lagi nih... sebab tok saya masak sedap.. tengah-tengah makan orang dah buat announcement ada sesi bermaaf-maafan. beraturlah kitorang ni panjang-panjang.. ikut kelas ok. mula-mula anak-anak tok tu means mak sedara pak sedara. tapi dah starting pun tok dah buat drama. aku takleh blah dah. dah nangis-nangis ni aku takut aku yang menangis. aku keluar line tu. kebetulan maklong sampai. sambut maklong dulu. masuk Q balik. Tok drama lagi. aduss.. jahat kan aku. 

nasib baik maklong potong Q. so, aku boleh makan kuih dulu sementara nak tunggu turn aku sampai. dah nampak line macam nak clear. turn aku sampai. cium tangan tok. mintak maap ampun bagai. cium tok. tok pun cakap. "tok mintak maaflah sume-sumenye" uwaaa.. aku nak nangis.... sempat bergenang air mata je. terus cover line pergi salam ngan maklong. kalo lama-lama lagi mesti nangis terus.. kan? sob sob....

ni je gambar part salam-salam yang ada.
uhuhu.. sedih betul..

Tuesday, September 6, 2011

Kisah Raya 2011



Assalamualaikum wbt.... Selamat hari raya. masih dalam mood raya... hehehe. Raya tahun ni rasa seronok sikit. sebab banyak kejutan berlaku. first thing. opkos Mr J dapat bertukar. memang betullah kata kawan-kawan raya tahun ni kitorang lah senyum paling melebar. mau tak. asal pergi umah sedara je baik belah aku, atau belah Mr J mesti akan cakap "seronoklah dia. dah dapat duk sekali". mestilah seronok! kan? tapi kan. rasa takut jugak. takut kalau-kalau ada masalah ke atau ada kesilapan ke. tiba-tiba Mr J tak dapat bertukar pulak. ataupun surat orang lain. ish takutnye.......

second thing yang aku suka raya tahun ni. aku dah umum dalam FB inform aku takkan pergi beraya lagi umah kawan-kawan. kejam kan? sedih tau. tiap kali raya. aku dan Mr J asik pergi umah orang je. dari kitorang bujang sampailah kahwin. asal ajak kawan-kawan datang. macam-macam alasan. tahun ni aku nekad mogok ngan kawan-kawan. tak sudi sangat nak datang kan. ada jugak yang datang sebelum-sebelum ni. itupun raya ke 4 ke 5 ke 6. dah semput2 aku nak balik Bangi baru nak datang. 

tahun ni memang aku buat misi kejam. sori ye kawan-kawan. tapi kan. raya pertama tu kawan-kawan buat kejutan. memang surprise gile. kawan-kawan datang serbu sampai tak muat rumah. kebetulan sedara mara tengah ramai lagi. memang penuh rumah. plus keluarga kakak ipar lagi. aku sibuk sangat sampai tak sempat nak layan kawan-kawan. nasib baik kawan-kawan aku pun kawan-kawan Mr J. untung kahwin ngan orang sama sekolah lebih-lebih lagi sekelas.. hehehe...

Lambatnya 15hb ni. 
kentalnya semalam first time anto Mr J kat Putrajaya sentral.

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualaikum. sempena menyambut kedatangan Aidilfitri ni, saya dan suami ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai kami ada terkasar bahasa, terlepas laku dan mengguris hati anda dalam tak sedar sepanjang perkenalan kita di alam maya ini.. Kami mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. kepada yang mahu pulang ke kampung halaman masing-masing. berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang.

Penantian berakhir...

Alhamdulillah. Perkhabaran yang aku terima petang semalam buat aku jadi excited sangat. Mr J call. time tu dia ada kat rumah. balik awal lepas setelkan hal-hal yang berkaitan. Kawan dia call dari opis inform yang surat pertukaran Mr J dah diterima. Mr J dapat tukar ke AADK Daerah Hulu Langat. Kajang. aku rasa macam nak menangis. excited sangat. Lama sangat menunggu. Menunggu untuk hidup bersama macam suami isteri lain.. Ya Allah aku bersyukur dengan rahmat Mu.... Terima Kasih kepada semua yang mendoakan kami... dan aku mendoakan kawan-kawan lain yang PJJ jugak terus dapat bersama suami tersayang...

* gila excited kan aku.... macam excited diajak kahwin.teringat kata-kata Bibi " lepas ni Ijam macam pengantin barulah kan.." hehehe....

Thursday, August 25, 2011

Kisah Tukang Jahit

Tadi ondeway pergi kerja, biasalah aku on Hot FM. kisah tukang jahit vs customer. macam-macam cerita keluar. paling best FAFAU kena bantai ngan 3 orang tu. alahai FAFAU. i loike u lah....

sebelum ni takde masalah sangat pun dengan tukang jahit. sebab tukang jahit aku adalah jiran sebelah umah aku je. so, anytime je hantar. tapi booking dululah. itu dululah. zaman mak yang sponsor bayar tempahan baju. dapat baju besar sikit takleh nak komplenlah. dapat baju kain singkat pun diam je. dapat baju tiba-tiba terketat pun diam jelah. mak bayar. ko nak banyak bunyi lagi?

masa belajar tempah baju sendiri. duit sendiri. nak jugak komplen. tapi tak pernah bertukar tukang jahit.. tetap setia yang satu. walaupun kadang2 menangis jugak kat tukang jahit kalau baju terlebih gedoboh atau terkecik sangat. bukan cerewet pun. tapi nak selesa. tukang jahit tu pun dah masak ngan perangai aku...

bila dah kerja ni. tempah baju pakai duit sendiri. dah pandai kenal tukang jahit. dah boleh compare-compare dah. kalau dulu nak cari tukang jahit yang upahnya RM25 ke bawah je. sekarang mana ada lagi. alang-alang nak RM30 ke atas. aku pun hantar ke tempat yang mahal sikit. hehehe.. Alhamdulillah selesa.

tapi tahun ni, first time beli baju ready made. alasannya tukang jahit tu nak kain sebelum start pose. lepas tu dia nak tutup tempahan. menggelebah aku gak masa tu. sempat beli untuk mak dengan Fatin je. aku redha jelah tak beli pun. baju kerja banyak. 

tapi masa gie repair My Kan hari tu. ternampak lah satu baju yang cantik. tapi risau jugak. ada saiz ke untuk aku. maklumlah GEMUK. tapi suka sangat. kebetulan kaler tu adalah tema keluarga tahun ni. teringin nak cuba. mula-mula mintak saiz 48. cuba-cuba. mak aih. gedobos giler. aku try 48 sebab blaus aku saiz 48. ambik 46 plak. kira ok jugak. cuma kainnya longgar dan bahu jatuh. apakah?

adik tu suggest saiz 44. biar betul. muat ke. cubalah jugak sekali memang ngam2. terletak. Mr J senyum je. siap perli lagi
" sayang abang ni dah kurus dah haaa"

gile perli.tapi serius. kain baju kerja sekarang banyak dah longgar, bahu pun jatuh dah. hehehe... so. jadi beli baju. ikut warna tema... tiba masa cari baju Mr. J pun problem jugak. susahnya nak cari warna yang sesuai.... dah beli sepasang yang warna ala-ala. tup-tup dia terjumpa warna yang kena ngan baju aku. sambar lagi sepasang. amboi abang. 2 pasang sekali naa.. Mr J cakap baju sepasang lagi tu nak bagi ayah. ok. done. ayah pun dah berkenan.

tapi masalahnya aku ada lagi sepasang kain belum berjahit. rungsing nak hantar. mak janji ngan kawan dia. kawan mak cakap boleh. time nak hantar kebetulan ayah tukang jahit ni sakit teruk. tak dapat terima lagi dah. redha jelah... last2 pujuk jugak tukang jahit sebelah rumah. nasib baik dia nak amik.... settle..

*** ni entry semalam. ari ni baru nak publish. semalam sibuk di SIRIM. penat gile...

Tuesday, August 23, 2011

apakah aku tak layak?

tadi duk sesaje.. ~ bukan sokmo duk saje ke?. hehe.. aku online FB. adalah terbaca post FB seorang junior aku ni...
"kata2 Dato' fadhilah kamsah...
Seorg wanita yg mengandung..perutnya besar...ada 6000 urat..
Bila melahirkn anknya...3000 urat akn putus..
Ganjaran kpd wanita mlahirkn ank..
SetiaP 1 urat yg putus,pahalanya adalah seperti pahala 1 kali hji mabrur.
Bangganya mjadi seorg perempuan.:-D :-D"
Terus sentap jap. aku tak salahkan adik ni. niat dia betul dah. tiba-tiba rasa kekurangan diri yang amat. Ya Allah, Ampunilah dosa hamba Mu ini.

Kenapa taknak balik Terengganu?

Mesti orang pelik kan kenapa 2 kali entry aku banyak cakap pasal Terengganu. taknak balik sudahlah kan. banyak cerita pulak. hehe.. sabo2.. pose ke tak nak marah-marah ni? hehehe..... aku cerita dulu kenapa beria sangat pasal Terengganu ni..

ok.mak ngan ayah asalnya dari Terengganu kawasan Batu Rakit. So, kalau balik terengganu tak risau sangat sebab sedara mara ramai lagi. walaupun mak anak yatim piatu tetapi masih ada sedara maranya tinggal di Terengganu. tapi aku masih ada Tok. iaitu mak tiri pada mak. "Tok saya garang tapi Tok saya masak best." Serius Tok masak sedap. Kalau pagi raya aku sengaja kosongkan perut nak makan kat umah Tok.  sokmo aku promote Tok aku kat orang camtu. hehehe  Ayah pun anak yatim piatu, tetapi adik beradiknya ramai di Terengganu...Ayah pun ada ayah tiri yang masih tinggal di Batu Rakit.

2 tahun berturut-turut dah balik Terengganu. yelah, dulu masa bujang aku pun tak pakai kereta lagi, belajar pun kat terengganu. so, Kuantan adalah kampungku. Tapi sekarang dah kahwin, Mr J kan disayangi mak sebab dia sudi bawak mak ke mana saje dia nak pergi. Mak nak balik Terengganu? ok boleh mak. Tapi tidak kali ni. bila aku dah wat drama menyayat hati kat mak. mak setuju untuk tak ajak aku balik. yes! berjaya akhirnya.... hehehehe......

Kenapa taknak balik terengganu?
1-         sebab stress dengan soalan ANAK.
2-        sebab kewangan. duit banyak abis kat My Kan dah. kena berkorbanlah.... sori ye orang Terengganu.  Perut I dah besar nanti I balik.... Doakan I dari kejauhan ye.... Rindu sama cucu Chewe..
3-        Sebenarnya kan. rahsia ni aku ngan Mr J je tau. mak pun tak tau. Sebenarnya, minggu cuti raya tu minggu subur. so, aku nak relax ke ngan Mr J. nak cuba dulu. Kot2 rezeki Syawal kan? lepas bermaafan dengan laki sendiri. mesti dah 0-0. kihkih.... sebenarnya aku taknk Mr J penat drive. aku pun taknak penat. sebab mak kalau balik kampung dia abis semua rumah nak pergi... jahat kan aku... tapi aku rasa mak tau. mak pun paham kot.

Dan untuk itu, sempena raya ni, umah ma baru je siap. jadi bilik-bilik  adik beradik Mr J semuanya belum berpintu. aku dengan ikhlas hatinya nak menyemoncer pintu bilik setiap bilik. yelah, takkan nak pasang pintu bilik kitorang je kan.. hehehe... selama ni takde pintu, kitorang memendam rasa jelah. ko cuit aku. aku cuit ko. raya ni kita pasang pintu ye..... hehehe.....

Monday, August 22, 2011

Plan raya...

Assalamuaalikum... dah lama tak berblog. rupa-rupanya dah 22 hari kita berpuasa... sekejap je masa berlalu. rasa sayang pulak nak biarkan Ramadhan tinggalkan kita. Tahun depan sempat atau tak kita nak bertemu Ramadhan... minggu lepas aku demam lagi. sakit kepala sangat. rasa macam diketuk je. tapi Alhamdulillah sekarang dah ok..beberapa hari lagi nak raya dah kan.... tak sabarnye. bukan tak sabar nak raya... tapi tak sabar nak cuti lama. nak bersama keluarga lama-lama. bersama Mr J. 

apa planning korang raya tahun ni? aku pulak plan lain sikit tahun ni. plan 'jahat' dengan Mr J. sedih tau. tiap2 tahun asik kitorang pergi rumah kawan-kawan. kawan-kawan tak datang pun. alasan diorang. d"iorang dah datang umah". "dah nampak muka". alasan paling takleh blah adalah "diorang takpe, takdok anak. leh berjalan-jalan" alasan je semua tu... kalau dah memang taknak datang umah aku cakap jelah... 

tahun ni kitorang nak "balas dendam". dah plan ngan Mr J. tahun ni duk rumah je. Terengganu pun kitorang taknak balik. dah fedup orang asik tanya. "bila nak bertiga?" "bila nak mengandung?". awal-awal buat drama kat mak. nanti mesti aku sedih kalau orang asik tanye je. so, tahun ni aku nak wat sesi mendiamkan diri. nanti perut besar ke anak dah boleh berlari baru aku nak balik Terengganu. 

awalnye, balik Terengganu bukan agenda pun. sebab 2 tahun berturut-turut dah balik. memang ingat tahun ni memang takde sape pun balik. tup-tup ada kenduri kahwin sedara pulak. memang mak kena attendlah. sebab 3 kali mak buat kenduri, sedara tu selalu datang. so, tanda balas balik. mak pergi. bincang-bincang. aku tak balik. so, mak balik dengan Along jelah..

tahun ni giliran pagi raya umah mak aku. cewah. cara macam kampung jauh-jauh je. padahal tak sampai 10 minit dah smpai umah mak mertua. kecoh je lebih.. hehe. tapi suasana tu penting. kan? hehehe....

Perancangan raya kami..

27 Ogos ~~ Balik dari Bangi. Berbuka di rumah ma.
28 Ogos ~~ Sahur di rumah ma. Berbuka di rumah mak.
29 Ogos ~~ Di rumah mak. Mr J masih bekerja. Jimat cuti.
30 Ogos ~~ Kalau raya. Pagi raya rumah mak. pergi kubur. duk rumah je. Petang balik rumah ma.
31 Ogos. ~~ Rumah ma.
1 september ~~ Rumah mak.
2 September ~Rumah mak. Mr J Kerja.
3 September ~~ Balik Bangi. sebab orang dah balik Terengganu.
4 September ~~ Beraya di Bangi pulak.
5 September~~ Aku kerja pulak. Mr J cuti....

amacam? ok tak?


Tuesday, August 16, 2011

Kesian Airil

tengah-tengah syok tido atas kerusi tadi dapat sms dari mak.

"kesian Airil. tak tau nak apa. dia mengamuk-nganmuk, ambik tudung mak sruh pakai. cakap jom2. heret tangan mak ajak keluar. rupa-rupanya nak pergi kedai. bagi makan roti. abis makan. lapo rupenye"

terbayang-bayang keletah Airil sekarang. rindunya kat Airil......

Monday, August 15, 2011

Berita baik...

Alhamdulillah hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa. semoga hari2 seterusnya dipermudahkan segala urusan dan diberi keberkatan sempena Ramdhan bulan yang barakah ni... tajuk entry ni merujuk kepada apa yang berlaku di sekeliling aku. Alhamdulillah. berita yang aku terima semuanya baik-baik dan menggembirakan hati. walaupun hanya berlaku pada orang lain.

i- Sabtu lepas sepupu aku belah ayah dah selamat melahirkan anak sulungnya. baby girl. tahniah kak Nira dan TK. aku tanya apa nama baby tu. TK jawab " Tuan-tuan dan puan-puan". perli betul si TK ni. yelah sebab TK tu bermaksud Tuan Khairul. so, automatik anaknya diberi nama Tuan kan... kelakar betul TK ni..

ii- Pagi tadi datang opis. baca FB kawan baik kat opis ni. dah melangsungkan perkahwinan bulan Disember lepas. Alhamdulillah rezeki beliau dan suami sebab Ema dah buat upt 3 kali 2 line. sah mengandunglah kan? tahniah. aku tumpang gembira sangat... tahniah buat mereka..

iii-  pagi tadi jugak sambil-sambil sembang aku ada bertana pasal pegawai aku, Kak Norzita. dah pun selamat melahirkan anak ke 4 mereka pada hari Jumaat. dapat 2 pasang anak. hehe.. Tahniah jugak..... perasan tak. acam berjangkit kan. lepas Kak Norzi bersalin. Ema pulak dapat berita gembira. semuanya dah tertulis oleh Maha Pencipta dengan cantik sekali...

iv- Kakitangan awam opkoslah hepi hari ni sebab bonus dah masuk. Alhamdulillah. tak banyak aku dapat katakan pasal bonus ni. sebab dah tau ke mana perginya. tapi bersyukur jugak. dapatlah membantu. Alhamdulillah...

Friday, August 12, 2011

Alhamdulillah siap...

salam Ramadhan.. dah lama tak berblog ye... rindu sangat nak bercerita. tapi agak sibuk sikit (sibuklah sangat kan, cakap jelah taknak kantoi berblog).... sebenarnya aku baru je siapkan poster untuk conference kakitangan sokongan september nanti. nak sangat menaip. nak sangat story mori tapi taknak ketang ketung taip. sekali kantoi tulis blog. bukan wat keje. walaupun dalam bilik ni duduk sorang-sorang. tapi takut-takut jugak.. hehehe...

hari ni dah hampir 2 minggu kita berpuasa kan. walaupun sibuk aku tetap blogwalking blog kawan2.. sempat juagk baca coretan kawan. sempat jugak menitiskan air mata baca kisah-kisah sedih sedara seIslam kita. ramai jugak yang seronok bercerita masak berbuka, masak sahur ( sahur aku tetap dengan kurma dan air kosong) . kecur liur jugaklah... hahahaha (ini membuktikan aku masih sempat baca blog korang). ada jugak yang menerima berita baik di bulan Ramadhan ni. penjawat awam? hehehe... Alhamdulillah. terima kasih PM kita kerana masih prihatin. 

ada jugak yang terima berita baik contohnya upt positif, ada yang baru melahirkan anak, ada yang gembira dengan perkembangan baby masing2.. aku tumpang seronok dan selalu mendoakan anda semua... aminnn~~~ aku? hehehe.. masih dengan flow yang sama. cuma nak bangga sikit sebab poster dah siap. walaupun dibantu pegawai. hehehe.. paling best persiapan raya. tak sabar nak raya kan. sebab raya dapat cuti lama. dapat bersama Mr J lama-lama sikit... ke hulu ke hilir berkepit walaupun Mr J bekerja time aku cuti. sekuranng-kurangnya malam masih dapat bersama. begitu berharga masa berdua walaupun satu saat. kan? inilah hakikat PJJ..

tapi tetap bersedih dengan perangai My Kan. kenapa asik meragam. takpelah. terpaksa korbankan sesuatu demi My Kan. hari ni nak balik kampung. 2 minggu puasa belum lagi bersama mak. kesian mak. tiap-tiap hari berbuka sorang-sorang. kadang-kadang Along ada temankan jugak. minggu ni balik nak shopping baju raya mak, ayah dan Fatin..... harap-harap semuanya berpuas hati..... 

hari ni berbuka kat mana? kitorang berbuka di Restoran Atap-atap. Putra Nilai. BBQ + steamboat. lepas berbuka insyaAllah bertolak balik  ke Kuantan. Rindu sangat kat mak dan Airil.....

Thursday, August 4, 2011

poster vs Mr J

"Ijam. ko dah siapkan ke poster???" aahhh.. ngerinya. dapat reminder semalam kena hantar sebelum 12hb. jammed otak dah! takpe-takpe ambik masa weekend ni struggle buat draft. sebelum pegawai cuti bersalin aku kena pastikan aku siapkan draft poster tu.

Mr J dah ondeway naik bas ke Bangi. Miss him so much. cepat sikit sampai boleh. dah menggelabah nak pikir masak ape. amik kau. selesa sangat kan sebelum ni. laki datang dah menggelabah nak masak apa. siap main request lagi. nak makan sotong goreng kunyit. kang kita kunyitkan sotong tu ek. ngan abang sekali i kunyitkan..

Fenin-fenin.....

Tuesday, August 2, 2011

Sahur ape??

Alhamdulillah. dah selesai satu hari kita menjalankan ibadah pose. semalam ting tong jugaklah aku tengahari tu. semua benda nak setelkan satu hari dalam 8 jam. terkejar-kejar macam orang gila. Sabar..... Alhamdulillah jugak, berkat di bulan Ramadhan, akhirnya setel jugak satu misi aku.

hari ni hari kedua kita menjalankan ibadah. semalam hangat ramai memperkatakan nak masak apa untuk berbuka. semua dah plan untuk terbaik kan untuk diri sendiri dan untuk orang tersayang. aku? haruslah beli je di bazaar. pemalas? adalah jugak. tapi lebih kepada tak tau nak masak apa. makan berdua ngan Bibi. macam orang bujanglah kan..hehehe..

so, ambik kesempatanlah membeli belah di bazaar. dah plan ngan Bibi. bulan pose ni jimat-jimat. beli satu jenis makanan pedas dan satu kuih manis. balance kan?? kihkih..

tajuk entry tu aku nak story sikit beza aku dan Mr J punya sahur. aku ni dari sekolah sampai tua bangka ni payah sikit nak bangun sahur. sayang tido dari makan. hehehe... bujang-bujang dulu bolehlah wat camtu. tapi dah kahwin sekarang pun sama macam bujang. time sahur je mesti dua orang akan call aku. Mak dan Mr J. dah paham sangat aku ni liat nak bangus.

2 hari pose termasuk hari ni maksudnya 2 kali sahurlah kan. so, SMS dengan Mr J pasal sahur.

~1 Ramadhan~

aku:      Sahur ape tadi?
Mr. J:        ayam masak gulai kuning..
aku:        fuyyo. meriahnya.
Mr J:       Alhamdulillah.. syg sahur apa tadi?
aku:         air kosong ngan kurma. alhamdulillah jugak.

~2 Ramadhan~
aku:       sahut tadi makan ape?
Mr J:        ikan masak singgang. syg?
aku:      air kosong dengan kurma.

Beza kan hidangan sahur kitorang. PJJ lah katakan. sedikit jeles dengan Mr J. sebab dia makan best. memanglah sebab dia duduk dengan famili. bolehlah makan best-best. aku? maintain air kosong dengan kurma. ikut sunnah. kan? tapi ada peningkatan sikitlah dari tahun lepas. dulu duduk sorang-sorang langsung tak bangun sahur. ni kira oklah kan. selagi Mr J tak di sisi selagi tu sahur cara bujang. hehehe....

Yes! khamis ni Mr J dapat cuti separuh hari claim operasi hari tu. then sambung cuti hari Jumaat. kenalah gigih aku masak sahur dan berbuka. ala, bukan first time pun. 2 tahun kawin 3 kali puasa bersama. itulah gayanya. nak berbuka sama-sama kena tunggu cuti dulu. sedih kan?

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi....

Alhamdulillah. Allah masih panjangkan umur kita semua untuk menyambut Ramdhan bulan benuh barakah ini untuk terus menjalankan ibadah kepadanya... Saya juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dari anda semua, kawan-kawan di alam maya ni, andai saya ada melakukan kesilapan di dalam sedar atau tak. Semoga Ramdhan kali ini memberi sejuta keinsafan dan kita terus beribadah.

Dari tadi lagi entry ni tertunggak. nak bercerita sangat. sekali ada kerja banyak pulak. letih pun ada. sebelum ni taklah banyak kerja camni. buat dulu. nak setelkan hal penting pun tak sempat....

huh~ kali ni masuk kali ke 3 dah berpuasa sebagai seorang isteri. 3 kali jugaklah berpuasa berjauhan dengan Mr. J. Cuba curi masa di hujung minggu saje. sades betul kan. seronok baca pengalaman orang berpuasa dengan suami dengan karenah anak-anak. aku? nan ado. hari-hari melayan blues sendiri. kepala sendiri. perut sendiri. melayan anak tekak sendiri.

tapi untung jugak. tak pening-pening pikir nak masak ape kan. rasa nak makan murtabak? bazaar ada. rasa malas nak bangun sahur. teruskan tido. very the pemalas kan. bukan pemalas. cuma ambik peluang yang Allah bagi. nanti-nanti allah bagi aku kesibukan yang melanda. Kita tak tahu kan... so, sekarang bergerak dengan flow yang ada. cuma menghitung hari Khamis nie. Mr J plan nak cuti. Bolehlah start balik kena masak sahur. masak berbuka. kehkeh....~~~~

Friday, July 29, 2011

Kisah dongeng yang bukan dongeng lagi...

Kisah Dongeng - Stacy

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja 
 
~~ oh baru aku tersedar lagu ni sesuai aku tujukan pada Mr J  12 tahun dulu. masa kitorang Form 1. gediks kan ko mak jemah. hahaha... tapi sekarang pun masih sesuai. tengok masa first verse tu. 
 
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini  


~~ aku tak seberapa. rupa takde, harta jauh sekali. orang lain lebih segala-galanya dari aku... tapi dia tetap................

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna.


Thanx Mr J. 
yang selalu sudi untuk bersusah senang bersama aku.
yang sudi memberi kasih sayang..
yang sudi menadah telinga dengar aku membebel-bebel..
yang mampu menahan segala rasa bila aku stress.
yang sudi terima aku seadanya.
yang sudi bau kentut aku ~ hahaha..

kisah dongeng ni bukan lagi dongeng untuk kami.

+ motif meroyan pagi-pagi ni dengan jiwang? ~~ miss malam semalam.. hahaha +



 




Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Bosannya PJJ....

salam.. 3 hari tak berblog. tiba-tiba rasa macam lost sangat je.. hehehe.. semalam terpaksa cuti. sebab takde tiket. susah betullah PJJ ni. dah balik kampung takde tiket takelh balik. nak balik takde tiket takleh jumpa suami. jumaat hari tu aku punyalah kelam kabut nak cepat-cepat sampai Pekeliling. nak naik bas awal kononnya. tapi biasalah bila dah naik komuter ni perjalanan dia kan agak slow. Bangi nak sampai ke pekeliling kena bajet masa 2 jam. naik komuter nak kena tukar LRT lagi. penat? oo.. lebih dari itu.

kadang-kadang terpikir sampai bila nak macam ni. fedup? yes. fedup dengan keadaan ini. bila dikira balik berapa juta dah aku melabur kat syarikat bas ni. 6 tahun masa aku habis atas ba. asal weekend je dalam bas. peel bas pun aku dah kenal. bas mana yang cepat. bas ni berhenti RNR mana pun aku tau.

6 tahun... 3 tahun berulang Kuala Terengganu-Kuantan-Kuala Terengganu. 3 tahun lepas sampai sekarang masih berulang Bangi-Kuantan-Bangi. penat. kalaulah ada istilah lain yang nak menggantikan istilah over penat. aku dah guna. pernah ada seorang sahabat cakap pada aku. hidup aku ni seolah-olah tiada kesudahan bila berjauhan. terkejar ke sana sini. 

jumaat lepas aku balik. samapi pekeliling dah awal bagi aku. ingat sempat kejar bas pukul 7.30 malam. beraturlah aku ni panjang-panjang. samapi kaunter. dang!!! tiket hanya tinggal pukul 11 malam sahaja. aku rasa nak gila. terpaksa beli. esok nak mengajar. menunggulah aku kat situ. macam-macam manusia aku tengok. nasib baik ada juga hamba Allah yang baik boleh bersembang. satu lagi masalah bateri hs memang dah abis sangat. sepanjang menunggu tiada aktiviti SMS dan calling-callling. nak jatuh air mata pun ada. cuma terpikir macam mana nak bagitau Mr J bila dah dekat nak sampai.

bila naik bas bersembanglah aku dengan orang sebelah. baik orangnya. Thanx ida yang tinggal kat Air Putih yang kerja kat Petrosains KLCC sebab pinjamkan akak kredit nak SMS Mr J. semoga Ida diberi rezeki yang melimpah ruah. sedih tau. cuba bayangkan kalau takde sape nak pinjamkan aku kredit. kejunglah aku menunggu Mr J pukul 2 pagi tu. 
semalam naik bas pun aku menangis lagi. niat di hati nak sanagt Mr J anto. nak bersama lagi. bila aku tanya    "ada ke kerja tak petang ni?" Mr J jawab " ada meeting kot". aku terus tutup niat aku. takpelah. Redhalah naik bas. bila naik. aku tengok seat semua Bangla-bangla yang konker. bengang dah. pening dengan bau 'wangi' dia takyah cakaplah. aku pun duduk je kat seat depan sekali. Mr J suruh aku letak beg. dia cakap kalau Bangla jangan bagi duduk sebelah. kalau pompuan bagi je. aku cakaplah "kalaulah bas ni bas bapak aku senang". suka hati je kan Mr J ni. tiba-tiba aku menagis. Mr J nampak. dia suruh aku turun. dia nak hantarkan je terus ke Bangi. 

sebenarnya aku menangis sebab dah penat sangat dengan keadaan macam ni. nak sangat life macam orang lain. tak berpenat. balik kampung sama-sama dengan suami. balik rumah sama-sama. tapi tak dapat.

tak tahu lagi nak meluah pada sapa. sesapa yang ada idea tolonglah bagi idea. aku tak mintak banyak pun. cuma nak bersama dengan suami aku je. kalau dia tak dapat pindah Bangi. aku dapat pindah ke Kuantan pun berganda-ganda syukurnya. " Ya Allah. permudahkan segala urusan kami"...

Friday, July 22, 2011

Eh Hazama???

bercerita sambil dengar lagu Hazama ~ Cinta Teragung... ambik mood..

tadi aku ke pejabat am bahagian aku nih. nak ambik air je pun. sambil2 tu belek-beleklah surat kat box surat masuk tu (orang panggil ape eh?~) adalah satu surat untuk aku.... belek-belek kan. kot-kot ada lagi. tamak betul. pastu kan aku ternampak nama Hazama. terkujat aku. HAZAMA?. aku tepuk pipi aku. nak kembali ke alam nyata. rupa-rupanya surat untuk HAMZAH. hampeh tul. ape hal duk koya ke hazama plak ni.. Kaw timm.....

Belum rezeki kami......

kronologinya..

- 1 hb Jun adalah kedatangan cik peod tu. assume as regular customer.

-16 hb Jun. cik peod malu-malu nak kuarkan geng ramai-ramai. tompok-tompok manja je.

- 1hb Julai. ~~ eh, nape cik peod tak datang. 28 day cycle means dah lambat 2 @ 3 hari. ok takpe. mungkin start 16 kot. tunggu 14 hb kata mak.

- 14 hb Julai. ~~ tak datang jugak cik peod ni. mak dah pesan jangan makan itu, jangan makan ini, jangan buat keje berat..

lepas tu bermulalah kunun-kunun penjagaan yang manja. tak manja sangat pun. kunun-kunun. sebab everything pun kena wat sendiri kan. duduk sorang-sorang. travel lagi. Mr J dah pasang nazar. kalau positif terus nak botakkan kepala. tak sabar-sabar ni. tak pernah cik peod tu lambat macam ni. berdoa jugak biar cik peod tak datang terus pun takpe.

dah excited sangat. cuma terpikir. kerja aku macam ni. perlukan pergerakan yang banyak. relevan ke kalau orang pesan jangan angkat benda berat. sebab memang itu kerja aku. kalau bos cakap " oke Nurul. u tolong angkat tong tu" " u tolong alihkan itu ini" semua memerlukan pergerakan.

aku nak jawab ape? "bos.. saya pregnant..." padahal belum meng'test' lagi.... Mr J cakap cuba cek. dah lewat seminggu. oke. aku pun cek pagi semalam. pukul 4 pagi tersedar. terus pergi toilet. satu line. tiba-tiba teringat mak cakap. "awal lagi..." ok. cuba memujuk diri.

sampai opis. teringat-ingat lagi. dah inform Mr. J. dia kata nanti pergi klinik scan. tapi Mr J sangat mengharap. aku? aku pun mengharap. pastu mintak pendapat kawan-kawan yang berpengalaman. tanya mak. mak cakap nanti balik Kuantan pergi scan. kalau tak mengandung pun cuma nak tau kenapa. sebab aku tak pernah alami benda tu. cik peod datang lambat. biasa punctual je. tak pun bila cik peod excited sangat dia datang awal je....

dalam tengahari rasa ada benda panas je keluar. pergi toilet laju-laju. sekali. cik peod datang jugak. punah harapan kami... aku inform kat Mr J. kat mak. tapi Mr J macam frust sangat. dengar sangat suara dia. aku tanya. " abang sedih ke?" dia jawab " taklah.... bukan rezeki kita lagi..." sedihnya dengar suara dia. benda mengharap. sms kawan-kawan.. mengadu.. Alhamdulillah ada yang bagi respon yang aku dengar pun sejuk hati.

tapi yang paling sentap aku dengar " tuelah aku cakap jangan berharap.. sabo ar.. mu baru 2 tahun lebih kahwin.. orang lain sepuluh tahun ilek je.. bla bla.. Allah belum nak bagi mu lagi bla...." sentap tau orang cakap camni....aku mengadu nak mintak pandangan yang bernas. bukan nak kena maki hamun. takpe. aku paham dia tak pernah rasa suatu penantian. sebab dia bunting pelamin. sentap lagi ni. sampai satu point aku boleh simpulkan. dia nak bagitau dia penat kot dengan anak dua tu. dengan kandungan yang sekarang ni. takde tempat nak lepas geram. lepas kat aku. nak marah suami kang dicop derhaka. takpe-takpe. aku maafkan.


tapi ramai kawan-kawan yang bagi positif moral support jugaklah... Alhamdulillah. thanx semua. tapi semalam aku terkilan lagi bila Mr J cerita dia dah create blog untuk progress mengandung. adoyai. mau aku tak nangis.... nasib baik edah call ajak pergi rumah dia. kebetulan memang bosan. cancel kelas semua. pergi Putrajaya. Thanx edah. taklah aku memikir sangat.

teringat pada nasihat sahabat aku. "mungkin semua ni ada hikmah. Allah dah rancang untuk kita. semuanya dah molek tertulis untuk kita. berdoa. jangan putus asa" thanx my friend.....