Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, July 23, 2013

Ramdhan oh Ramadhan

Assalamualikum. Salam Ramadhan. 14 Ramadhan dah hari ni. Sekejap je masa berlalu. Lama tak update blog nih. Serously sibuk. kalo ada masa pun aku akan lepaskan hajat aku ke tempat lain. Blog pun tak sempat nak bukak. Sempat blogwalking je. padahal banyak je benda nak dicerita. Alasan cliche kan. Tapi seriously sibuk..

Ramainye update status juadah berbuka. Aku cuma berkesempatan upload dalam FB je. Sebab cepat sikit. Hehehe.. Nak tayang jugaklah. Kot boleh bagi idea pada orang lain. hehehe.

Salad sayuran + popcorn chicken

Kuey teow goreng + Buah melaka (onde-onde) + soya

Mandy chicken rice + salsa

Popia basah + Tortila wrap + Agar-agar oreo

Tauhu sumbat dan sos kacang

Talam berlauk dan puteri mandi

Mee hailam

Somtam
Selama Ramadhan kali ini, tak pernah lagi aku jejakkan kaki ke bazaar. Kagum tak?? Hehehe. puas hati bila semua juadah dimasak sendiri. Walaupun bekerja. Walaupun bersesak dalam jem padahal rumah dekat. Tapi kena bergegas ambik anak dara kat rumah mama nya.

Lagi 14 hari nak raya kan. Persiapan camne?? Hehehe. Pentingkan persiapan raya pulak. Puasa cukup ke? Tarawih sempurna ke? Adoi. berat nak jawab tu.

Thursday, July 11, 2013

Anak sedara baru..

Alhamdulillah. Baru berkesempatan nak update blog.. Padahal dah berzaman anak sedara baru ni keluar. hehehe. Maaflah. Mummy sibuk lah anak. Tak sempat nak upload gambar awok...


Alhamdulillah. bertambah ahli keluarga belah Mr Daddy. Bertambah cucu Ma (MIL). Dapat cucu girl lagi. Anak kepada adik perempuan Mr Daddy. Lahir 1 Julai 2013 seberat 2.65 kg. 11 Julai baru nak upload. Ape daa Mummy. Uhuhu. Mummy okeh. Bukan Makngah. Hahaha. Janggal je nak panggil makngah or what so ever. Sebab anak-anak aku yang lain panggil Mummy. uhuhu.

Baby ni diberi nama Nor Alisha Dayana. Betul kot ejaan namanya. Sebab uminya sebut. tak eja satu-satu. Hehe. Panggilnya Shasha.

Bertambah seronoklah Ma ada dua cucu. Yaya ada. Shasha ada. Pasni YobYob pulak. Ke boboiboy. Hehehe. Gurau je. Kita hanya merancang kan. Tapi sedih.. Lagi-lagi bulan Ramadhan ni. Rindu kat arwah abah (FIL). kalo arwah abah ada mesti abah paling happy. Sebab abah sayang budak-budak.. Rindu sangat kat abah. Rindu masakan abah. Rindu kat gurau senda kat abah. Walau aku hanya menantu. Aku hanya sempat menagih kasih abah hanya beberapa tahun. Cukup untuk aku sayang abah macam ayah aku sendiri. Sebab arwah abah orang yang baik. Suka menolong orang.

Semoga arwah abah tenang di sana. Al-Fatihah untuk Abah. Semoga Abah ditempatkan di kalangan orang beriman. Kali kedua berpuasa tanpa abah.  Sedih...

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan



Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dipanjangkan usia. Bertemu lagi kita dengan Ramadha tahun ini. Bulan penuh barakah. Semoga ibadah kita diterima Allah dan selalu dititpkan rasa keinsafan dan keikhlasan dalam melakukan ibadah. Amiin~~~

Sibuk sikit kebelakangan ni. Padahal banyak cite nak share. Gambar banyak nak diupload. Tapi bila taip separuh jalan. Alamak ada kerja. Nak sambung lagi. Ada orang panggil pulak. Beginilah saya adat manusia mencari rezeki di perantauan. Eh. ada kaitan ke? hahaha.....

Apa-apa pun. Esok dah nak puasa. malam ni dah start tarawih. Aku?? Tak dapat pergi. Si anak dara belum bersedia untuk behave kat surau. Apaknya je boleh pergi... Kali ni kali kedua berpuasa bersama Mr Daddy dan Yaya. Aku nak train Yaya jadi alarm pulak. Kejut sahur kami. heehehe...

Jangan ponteng puasa ye!! Hehehe.