Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, December 31, 2012

Kelakar wei Zizan!!

Korang tengok tak Maharaja Lawak Mega Jumaat baru ni?? Aku tak dapat tengok yang live okeh. Ada sikit frust di situ. Sebab Yaya meragam and Mr Daddy ada operasi malam. Satu lagi statement yang tak boleh blah dari hamba Allah tu. tadi pasal gemuk. ni statement "ko ingat ko kerja AADK aku takut ke??". Wah gitu ayat. Wahai hamba Allah. Mr Daddy kerja AADK bukan nak suruh orang takut. Rezeki dia kat situ. Alhamdulillah. Kerja tetap. Kerja nak tanggung anak bini. Kalo ko bukan penagih atau mat pit atau whatever. Tak perlu takut kan? unless kalo urin ko positif. Pikirlah ye sebelum nak buat statement kelakar tu. Hadoi...

Balik semula cerita pasal Maharaja Lawak Mega. Spoil mood. GGGrrrrr.... Aku tengok yang ulangan keesokan harinya. Aku takleh blah betul tengok aksi Zizan ni wei....

kredit to jozanlovers.
Keras perut wei tengok part Zizan buat aksi ni..
Teringat zaman sekolah dulu. kalo nak betulkan tudung macam-macam gaya. Ada gaya yang main tolak pakai jari, yang tolak pakai angin tiup siu siu.... Ada yang jenis pakai plastik kat dalam tu. Ada jugak yang jenis tenyeh lilin dulu sebelum gosok kan. Dan aku paling ingat, aku pernah buat gini wei. Sampai terjelir-jelir lidah. Sebab nak cepat. Tapi over pulak Zizan buat. Sampai aku tersepak walker Yaya geli hati sangat. terpinga-pinga Yaya. kesian anak Mummy..~~~

Kami dan 2012

Alhamdulillah. Doa kami Allah makbulkan. Doa kalian Allah makbulkan. Kelahiran Dhiya Nashira Aalya yang bermaksud 'Cahaya Pemberian Yang Mulia' betul-betul memberi kami kebahagiaan yang tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata. Pernantian selama 3 tahun kami Allah beri dengan sejuta rahmat. Syukur sangat Ya Allah. Akan kami jaga "Dhiya" Mu ni ya Allah dengan sebaik mungkin. In sha Allah.

Sekarang Yaya dah 7 bulan 2 hari pada tarikh 31 Disember. Ketika ini Yaya sudah pandai merangkak. walaupun hanya 5 6 langkah pastu rebah kemudian bangkit semula. 5 6 langkah rebah semula. Anak Mummy tetap berusaha. Chaiyok sayang. 


Di usia 7 bulan. Perkataan kedua dan ketiga Yaya adalah "babah babah" dan "atatata". Kalau nak tinggalkan orang Yaya laju je say "atatata" sambil lambai tangan. means Bye bye lah. Hehehehe. terharu dengan perkembangan anak. tak kisah ianya dilabel lambat ke cepat. Yang penting ada kemajuan. Kan?? Mesti ada yang tanya apa first word Yaya. first word Yaya yang kami paham adalah "ayer" bermaksud susu lah.. Memang sangat jelas bunyinya....

Sekarang Yaya dah makan 2 meal sehari kadang-kadang 3 meal kalo malam dia nak join kitorang makan. Pagi aku akan sediakan beras perang campur dengan buah-buahan. Untuk tengahari aku sediakan nasi campur sayur dan protein. Setakat ni aku bagi ikan bilis, ayam dan ikan merah. Alhamdulillah. Yaya sangat suka dengan meals yang aku sediakan.In sha Allah Mummy akan cuba variasikan lagi makanan Yaya. Mummy akan cuba belajar buat cookies untuk kudap-kudapan anak Mummy sorang ni.

Yaya sekarang tak suka pakai headband. Kalau pakai 5 minit kemudian dia akan tarik. Mungkin tak selesa kot... Takpe. Mummy tetap akan ajar anak Mummy jadi girlish gitu. Mummy cuba ajar Yaya suka patung-patung ke bear ke. Tapi nan hado. Anak dara I lebih kepada gadget. Adoi. Handphone Mummy lah jadi mangsa. Daddy tak suka bila Mummy nak ajar Yaya dengan Barbie dolls. awal-awal lagi cakap " No no..." Uhuhu.. Memang tak dapet lah...

Azam Mummy untuk tahun 2013 ni adalah nak relactation. Nak pam balik susu. Baru-baru ni Yaya batuk. kesian pulak. Sempat jugak nebulizer sekali. Adoi. Menangis anak Mummy. Tapi orang kata kalo baby menangis masa nebulizer bagus sebab banyak dia dpt sedut. yelah. baby bukan paham kalo kita cakp sedut... lepas... kan?? Bila dah jadi camtu. Aku rasa bersalah sangat sebab tak fully breastfeed Yaya. Mulalah stress. Aku pun pasang niat nak relactation lah. daddy dah support belikan carrot putih. Pastu siap nak sponsor Shaklee. uhuhu. Harap-harap usaha Mummy untuk Yaya berhasil. Walau tak dapat full tapi harap-harap adalah jugak rezeki untuk Yaya.....

Semoga Dhiya Nashira Aalya Mummy and Daddy jadi manusia yang baik dan solehah.. Amin~~

Nak tepek gak gambar kami sekeluarga. 3 budak gemuk. Sangat gemuk kan Mummy.
Kelakar bila ada hamba Allah buat statement kat daddy "ko ingat ko gemuk aku takut"
Subhanallah..... Istighfar banyak-banyak....
Nak tekan kat sini ye. Mr Daddy gemuk bukan untuk takutkan orang ye. Dia gemuk sebab senang hati dengan kehidupan dia. Sejak kahwin, dari sebelum ada anak hingga dah anak sekarang, walau diuji pelbagai ujian dan cabaran. Alhamdulillah. Dia tetap bersenang hati hidupnya.
Tambah-tambah lagi sekarang. Hidupnya sangat sempurna. Everything for family. Not only for himself.


Kenduri Abang Besar

Lama tak mengupdate blog. Hari ni aku nak pulun jugak sebelum melangkah ke tahun baru. Nak tulis apa azam dah tercapai. Apa wishlist untuk tahun-tahun mendatang. Tapi nak update dulu pasal kenduri kahwin abang ipar aku. Abang sulung Mr Daddy. Kalau perempuan adik langkah dulu sebelum kakak dipanggil "langkah bendul". Kalau lelaki?? :Langkah pukat" kot. Hehehe... Nak wat camne. Seru Mr Daddy sampai dulu..

Oh ye. Majlis pernikahan dan persandingan belah perempuan diadakan pada 21 Disember 2012 dia Manir, Kuala Terengganu. Meriah walaupun tengahari turun. Siap pengantin naik kuda lagi. Yang kelakarnye kuda terberak masa bawak pengantin. Itu aku cakpa pada biras baru aku, "Nurul, Mung berat sangat. Sampai terberak kuda tu". Pengantin gelak atas pelamin sambil jawab "tau takpe... dohlah busuk kohong"... Kitorang kalau berjumpa macam nielah bisingnya.....

Masa resepsi menyambut menantu pulak diadakan pada 25 Disember 2012 di Kg Seri Melati, Jalan Pekan, Kuantan. Dalam banjir. memang happening. Ni second time kenduri dalam banjir dalam hidup aku. First dulu masa 3 tahun lepas. Siap berperahu lagi. Kali ni air naik setakat buku lali. Agak leceh bagi mak mak sedara yang nak memasak lah. Tugas aku beli barang, tolong Kak Nor dan Kak Sal untuk buat pelamin, bilik pengantin, tolong Maksu buat makanan pengantin.

Taknak cakap banyaklah. Layan gambar jelah....

Inilah pengantinnya. M Nor Naim Shah dan Nurul Firdaus. Arabian gitu. Taknak puji lebih. Nanti kembang si Naim.

Anak dara I sorang nih nak jugak try naik kuda. Jeles ngan Ayahlong ye sayang. Nanti mummy beli sekor ye. yang ada lagu-lagu tu..

Berseri-seri pengantin...

Ni keluarga besar Mr Daddy. Untung Yaya. Nek Ma dan Onni ada bersama dia. 
Nape aku rasa ketebalan melampau ek pada diri aku?? uhukuhuk...

Outdoor lah konon. Depan rumah je ni. Tapi aku suka gambo ni. Like real!

Oh sweetnye... Ni bukan sungai okeh. Ni adalah kawasan banjir. Nak tengok lagi real banjir rumah Ma masa kenduri??

Tu dia banjir... Cabran betul. Tapi tetap meriah Alhamdulillah...

Alhamdulillah selesai jugak Majlis Perkahwinan plus Majlis Aqikah Yaya jugak telah disempurnakan. Kami berniat Aqiqah seekor kambing. Lega rasanya. Kepada pengantin, Semoga berbahagia hingga ke syurga. Tabah hadapi liku rumahtangga. Jalankan tanggungjawab seadanya. Kalau ada masalah. Rujuk pada yang pakar. Semoga dikurniakan anak yang soleh dan solehah.... Amin~~~
 
 


Friday, December 14, 2012

Kisah Pengasuh Yaya

Salam Jumaat. Petangnya baru nak post kan. Pagi-pagi tadi blogwalking je. Aku pun tak tau relevan ke tak aku update entry pasal pengasuh Yaya. Tapi aku rasa mungkin untuk appreciate beliau aku patut tulis jugak. Untuk tatapan Yaya akan datang InsyaAllah..

Pengasuh Yaya a.k.a Mama Nor berusia 31 tahun. Mempunyai 3 orang cahaya mata. Paling bongsu 3 tahun. Orangnye kecil molek je. Alhamdulillah aku dipertemukan dengan orang yang baik untuk mengasuh Yaya sementara aku dan Mr Daddy pergi kerja untuk sesuap nasi. Chewwahh.. Aku bercerita setakat dia menjaga Yaya dari umur 2 bulan lebih sehingga sekarang dan In sha Allah sehingga Yaya betul-betul berdikari dan masuk pre-school. 

Aku bersyukur orangnya tak cerewet dan aku jugak tak cerewet. Dia menjaga Yaya ibarat anaknya sendiri. Dan ketiga-tiga anaknya sangat sayangkan Yaya. Terutama anaknya yang bongsu. Dari membahasakan dirinya Baby dan sekarang sanggup convert kepada panggilan Kakak dan memanggil Yaya dengan panggilan Baby. Bekas jiran aku pun akui benda ni . Sebab Kakak sangat marah kalau sesiapa ambik Yaya. Sebab kadang-kadang jiran aku yang lama ada jugak ambik Yaya buat main. Sampai tahap dia tunggu kat rumah orang tu selagi tak pulangkan Yaya. Tapi kalau aku dah ambik Yaya tu dia paham lah. 

Alhamdulillah. Yaya dijaga dengan sempurna. Makan minum Yaya terjaga. Mama Nor sangat manjakan Yaya. Dan paling aku terharu. Kelmarin aku nak pergi kerja. Masa hantar Yaya. Mama Nor yang tengah dukung Yaya. Cakap kat Yaya. " Amin dengan Mummy. Mummy nak pergi kerja." Dia ambik tangan Yaya hulur pada aku. Aku ambik tangan Yaya bawak ke mulut. Yaya cium tangan aku. Pastu senyum-senyum. Aduh anakku. Buat aku rasa nak ambik anak tu dakap semula. Taknak pergi kerja. 

Aku menangis masa turun tangga. Menangis terharu. Sumpah. Aku lupa untuk mendidik Yaya sebegitu. Bukan alpa. Tapi aku teragak-agak. Bilakah masa yang sebenar. Mama Nor orang yang aku hormat. mampu menjadi pendidik pertama untuk anak aku. Patutlah Yaya tak pernah menangis saat aku hantar dia. 

Pernah jugak Mama Nor offer diri untuk buat makanan Yaya. Tapi atas nasihat mak. Aku rasa baik aku sediakan sendiri makanan Yaya. mungkin sekarang aku mampu buat lagi bubur Yaya. Sebab masih boleh frozenkan makanan dia. Mungkin bila dah Yaya makan umur 2 3 tahun Aku tak sempat siapkan 2 meal sehari untuk bekal Yaya. Mungkin aku serahkan pada Mama Nor. Wallahuallam....

Aku berterima kasih sangat pada Mama Nor. Kerana sudi menjaga Yaya dengan baik. Tak dapat diluahkan dengan kata-kata rasanya. Sebab tu aku sanggup hantar jauh tapi hati aku tenang. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah.

Wednesday, December 12, 2012

Suntikan Perancang

12.12.12. Cantiknya tarikh hari ni kan. Semoga hari ni adalah hari indah untuk dikenang akan datang kan. Lepas ni takde dah tarikh lawa 13.13.13. Mana ada bulan 13 kan?? uhuhu.. Apa kena mengena kan dengan tajuk tu. Yeah! Hari ni kali ke 3 aku kena ambik suntikan depo tu. Kenapa perlu ambik suntikan?? Hehehehe..

Pada asalnya sebelum bersalin aku kononnya taknak ambik sebarang perancang. Tapi aku bersalin secara c-zer. Nurse cadangkan aku kena ambik jugak. Masa umur Yaya dah sebulan. Nurse terus buat appointment terus untuk cucuk aku. Asalnya taknak ambik apa-apa lagi perancang.Tapi Mr Daddy beria-ia suruh ambik. Dia risau kalau luka dalam tak betul-betul baik lagi. Lagipun kami tak lah tergesa-gesa atau tamak untuk dapatkan rezeki anak. Kami menunggu kelahiran Yaya lama. Bagi lama sikitlah Yaya bermanja dengan kami.Itu pendapat kami lah kan. Jangan dikecam statement ni tau. Semua orang pun ada hak dan pendapat sendiri dalam perancangan keluarga sendiri kan.

Emm.. aku pun takde lah niat nak ambik lama-lama suntikan ni. sebab banyak aku baca kesan yang tiak baik kalau ambik lama-lama. Tengoklah dalam setahun setengah ke. 2 tahun ke. Nak yakinkan diri ni takut luka dalam. Bukan menolak rezeki tau. Cuma cari masa yang boleh bernafas dengan baik....

Eh. Hari ni hari rabu kan. Patutnye wordless. Tapi dah berjela pun. Tapi sekarang ni macam malas nak bukak kamera. pastu nak transfer gambar. Rasa penat sikit. Banyak kerja kot lately. Biasa takde keje kaan?? Hehehe. Ni leh request Samsung Galaxy Camera ni. Tunggulah harga dia menjunam seribu ringgit malaysia. Aku nak grab satu. Senang. Snap gambar upload terus... Uhuhu.... Amin~~

 

Friday, December 7, 2012

Penat!!

Penatnye.. Nak rehat. Punyalah penat tak sempat nak update blog. Walau satu entry. Keje banyak. Nak rehat. Uwaaa.... Dah berminggu ke hulu ke hilir berjalan. Alhamdulillah. Seronok. Minggu lepas bawak mak gie jalan-jalan Kat IKEA dan GM Klang. Shopping? Biasa-biasa je. Azab nak tunggu gaji. Tapi kaki tetap nak berjalan. Hehehehe..

Cadang minggu ni nak rehat. Tapi ada officemate ajak join pergi Raub. Kampung dia. Nak melantak durian kat sana. Digoda pulak dengan musang king. Pergghh.. Tergoda wei... Bagitau Daddy. Daddy cakap keputusan malam ni sebab malam esok Daddy ada kerja. Kalau dapat tukar orang leh join. Boleh terlajak ke Cameron Highland kejap lalu ikut Sungai Koyan. Borong teh kat Ladang Boh pulak. Tak puas pergi hari tu. Hope tak hujan. Harap-harap Daddy dapat tukar orang. Amin~~  Emm... Hilang plan nak rehat kat rumah. Kurang 2 minggu lagi kenduri abang ipar pulak. Harus sibuk kan... Yelah. Abang besar nak kahwin. Dulu abang ipar aku nielah selalu duk sibuk time kenduri kahwin. Sesiapa saja dalam keluarga. Kira orang penting jugaklah. Tapi kalau ada yang tak mengenang budi nak membalas balik pengorbanan abang ipar tak tau lah kan. Lepas tu lah nak organize makan angin pulak. Langkawi ke. InsyaAllah ~~~

Wednesday, November 28, 2012

Mood : Shuke-shuke...

Mood aku sekarang sangat seronok. Mak ada kat rumah aku sekarang. Semalam mak sampai around 8 pm.. Mak naik bas je ditemani Maksu. Shuke sangat. Yaya lagi shuke...Macam-macam planning nak bawak mak gie berjalan. CUma hari bekerja ni limited sikit. Malam baru boleh bawak mak berjalan...

Oh ye semalam aku jaga booth kat MAHA. Tak jaga sangat pun. Sebab kawasan nya sangat lah kecik. Ala.. Dekat partition Techno  Fund tu. Poster je tampal. Tapi sebab tugas pergi jelah. Sambil-sambil melilau gak ke tempat lain. Tak banyak beli sebab plan mak datang ni nak bawak mak pergi lagi sekali. Shopping kaw-kaw. Aku aim produk-produk Agro Mas tu. hehehe.... Nak bawak mak pergi mana ek??


Wajah kerinduan kami~~

Monday, November 26, 2012

Hasil Pureen Clearance Sale

Aku pergi hari Ahad. Baju pun tak banyak choice. Banyak baju yang Yaya pernah ada. So, grab 5 pasang baju untuk Yaya. 2 botol sabun ABD. 2 plastik refill for botol susu. Cukup stok untuk menunggu next clearance stock lagi. Suke-suke.. Daddy perli tau : "Cukup ke ni?" Dusshhh... Cukuplah untuk kali ni sayang oi....

Friday, November 23, 2012

Jom Pureen Stock Clearance

Jom kita pakat pergi ramai-ramai. Dulu pergi masa perut boyot.. Kali ni bawak Yaya pulak. Mr Daddy dah excited nak pergi konong nak pergi Sabtu. Sekali Daddy ada program Futsal AADK pulak. Daddy tangguh ke hari Ahad. Seronok pergi. Leh borong macam-macam barang keperluan Yaya. Aku cuma nak grab sabun basuh baju, sabun basuh botol dan of course baju murah-murah. Yang paling penting nak bawak Yaya berjalan. Jom kita!

Celebrate @New Horizon Garden, Kuantan

Minggu lepas masa balik kampung. Mak cakap Along nak belanja makan kat New Horizon..Asalnya aku ingtakan belanja sempena besday Kak Sha (kakak ipar) yang ke 28 tahun pada 11 November. sebelum tu aku amik Airil dulu. Rindu sangat kat anak bujang sorang tu.... Hampir 2 bulan dah tak jumpa... Seronok bila tengok Yaya dan Airil main. Terserlah sifat ke"abang"an Airil bila bermain dengan Yaya. Aku rasa takyah beranak ramai takpe dah. Cukup aku ada Amsyar, Airil dan Yaya pengubat hati. Sentiasa rindukan keletah Amsyar dan Airil walaupun sudah ada Yaya..


Berbalik pada cerita celebrate tadi.Bila dah dengar Along & Kak Sha nak belanja makan aku agak mesti nak celebrate besday Kak Sha. Terus plan nak surprisekan kakak ipar aku tu. Pakat ngan mak tanya Along kek apa yang kakak ipar aku tu pebretkan. Along cakap coklat. Dah bosan kot dengan Secret Recipe. Aku cari kek kat kedai dalam Malay Town, Kuantan. Jumpe Chocolate Walnut. Malam tu kitorang berkumpul kat New Horizon Garden. Makanan dia best...

Rupanya pada tarikh 15 Nov tu Along sengaja pilih untuk sambut Ulangtahun Perkahwinan nya yang ke 4. Kitorang pun hampir lupa... Wah.. Sekejap je masa berlalu.Ucapan untuk Along & Kak Sha:
    " Semoga berbahagia terus hingga ke syurga. Semoga dimurahkan rezeki." 

Ini lah tempatnya....
Makanan yang diorder: Semua sedap. Paling diingati Ayam Mangga.

Chocolate walnut sedap!


Along & Kak Sha & Airil. Ende Shasha yang kebetulan tarikh lahirnya pada hari tu.
Mak & Along yang aku sangat sayang!


Maksu dan Yaya yang seluarnya basah. Pampers dah penuh. Jom balik!
Apasal gambar aku ngan Mr Daddy takde ni. Adoi.. Dah kamera kat Daddy. Bila Daddy nak snap gambar, Mummy bawak Yaya jalan kat luar kedai. Bila turn Mummy makan Daddy pulak bawak Yaya kuar. begitulah adatnya. Tunggu Onni dan Maksu makan baru lah Mummy dengan Daddy boleh duduk bersama.


Thursday, November 22, 2012

Ayam Percik dan Tariq Irsyad

Semalam niat di hati nak update entry. Rupa-rupanya ada kursus. Nasib baik teringata masa malam tu lagi. Terus decide tukar kereta dengan Mr Daddy. Mr daddy hantar Yaya ke rumah pengasuh dia. Cerita ni dah basi.. Sebasi ayam percik.. Hehehe. Tapi nak jugak upload gambar. Kejadian ni berlaku masa cuti deepavali hari tu. Ummi a.k.a Puan Zunita Haji Morat datang melawat Yaya. Alhamdulillah. Yaya ni ramai mak angkat. Maklumlah semua menanti kelahirannya. Setakat ni Yaya ada 3 mama dan 1 Ummi. Alhamdulillah....

Pagi Deepavali tu aku pegi beraya kat Putrajaya dulu. Makan nasi kerabu di pagi Deepavali kat Presint 15, Putrajaya. daddy nak bawak anak daranya berjalan-jalan. Pastu beli barang untuk nak masak. Menunya adalah...........

Ayam Percik dan Sayur Campur.


Yang paling seronok Yaya lah. Ummie bawak kawan untuk Yaya iaitu Tariq Irsyad. Baru je nak masuk 3 bulan. Tapi kan. Yaya buli Tariq.. Mummy tak ajar tau. uhuhu...

Tu dia!! Tariq Irsyad relax lagi.

Tariq Irsyad dah nangis...

Ummi ngan abah gelak je tengok aksi anak dara tu sorang. Kesian Tariq Irsyad. Mummy mintak maaf tau. tapi kejap je hero tu nangis.. Bila tengok gambar tu kan. Besar nya anak aku. uwaahahaha.. bagus yaya. tanda nya Yaya sihat dan kuat. Belum minum Milo lagi tu. Alhamdulillah. Yaya cukup segala-galanya dari makan pakai, kasih sayang yang berlebih-lebih. Inilah hikmahnya menanti lama kot kan...

Sabo Yaya. Nanti mummy hantar Yaya masuk kelas Tae Kwan Do. Untuk pertahanan diri kan.

Monday, November 19, 2012

Resepi Ayam Panggang Rosemary


Bahan-bahan:

Seekor ayam - terpulang jika ingin dipotong.
2 cm hali -  ditumbuk lumat
1 biji lemon - diperah jusnya
3 ulas bawang putih
minyak zaitun
1 sudu besar oregano flake
1 sudu besar daun rosemary kering - lebih pun takpe
1 sudu jintan kasar ~~ yang ni aku tukar serbuk jintan putih
1 sudu gula perang
sedikit garam dan perasa.
4 biji ubi kentang
2 biji carrot

Cara-caranya:

Cuci ayam bersih-bersih. Tumbukkan halia sehingga lumat. Perah jus lemon ke dalam halia tadi. 

Lumurkan campuran halia dan jus lemon tadi pada seluruh badan ayam. Ketepikan.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Ambik bawang putih tadi dan sejatkan. Ketepikan.

Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Tumbukkan sekali oregano flakes, daun rosemary kering, jintan kasar hingga lumat. Setelah lumat masukkan gula perang, garam dan perasa. Masukkan minyak zaitun yang digunakan untuk tumis bawang putih tadi ke dalam hasil tumbuk tadi.

Lumur pada ayam dan mula perap ayam. Minimum 3 jam kot. Aku buat since jam 1 tengahari. Jam 7 petang baru mula membakar. Lagi lama lagi sedap kot. 

Kupas dan potong kentang dan carrot dan cuci.. rebus separuh masak Kemudian perapkan sekali dengan lebihan perapan ayam tadi.

Bakar ayam pada suhu 180 darjah celcius selama sejam. Api atas bawah ye!

Oh ye. aku tabur jugak daun rosemary segar. Kebetulan pegawai aku ada tanam kat rumah dia. Aku sumbatkan jugak sebiji lemon ke dalam ayam ni. aroma nya lagi kuat. 

Siap! Selamat mencuba.

 # # Mr Daddy komen rasa ayam ni macam ayam Nandos. Bakal pengantin setuju untuk buat lauk pengantin. Tukang masak lum bagi keputusan lagi sebab beliau belum rasa.



Ayam Panggang Rosemary

Dah lama nak cuba buat resepi ni. Alhamdulillah menjadi jugak. Kebetulan ada tetamu nak datang. Abang ipar ku, bakal biras dan Mama Nor (isteri sepupu Daddy a.k.a mak andam) datang. Takkan nak hidangkan tomyam, sup, ayam paprik. Diorang pun dah jemu kot nak makan. So, aku google something special untuk diorang. Dapat jumpa kat sini. Terima kasih Kak Nor. Aku amik resepi Kak Nor untuk ayam panggang rosemary.

Sebelum dibakar...
Selepas dibakar.
Memang sedap. Bukan nak puji masakan aku sedap. Tapi resepi ni sangat sedap. Dalam ayam tu aku sumbatkan lemon untuk aroma. Sedap! Aku hidangkan bersama Nasi Goreng Cina. Lagi lama diperap lagi best. Balik kampung baru ni mak dengan Fatin request untuk buat ayam ni lagi. Bezanya aku masak ayam ni dengan kaedah memanggang guna Pemangnggang Ajaib.

Pemanggang Ajaib Mak.
Sebab umah mak, oven nya takde api atas. Aku pakai pemanggang ni. Cuma ayam nya tak tertonggek macam kat atas. Aku terpaksa potong 4 ayam tu. Tapi masih sedap! Cubalah. Nak resepi ke?

Saturday, November 17, 2012

Bersiaran dari kampung

Sudah lama tak update blog. Sibuk ke???  Takdelah sibuk sangat pun Tak taulah ape benda yang aku buat. Yang paling penting aku kat kampung sekarang. Seronok wei. Rambutan menjadi-jadi tahun ni. Kenduri kendara kawan-kawan yang dah sampai serunya.. Melawat baby kawan yang baru bersalin. Cuba resepi baru dengan mak. Paling best slow-slow buat persiapan untuk kenduri kahwin abang ipar aku.. Dah rasa bahangnye... 

Banyak sangat gambar nak diupload. Tapi tak tau dari mana nak mula nak upload.. hehehe. Satu lagi kat kampung ni line slow sikit. Lambat sangat nak tunggu diupload... oh ye! Sekarang orang demam durian crepe kan?? Alhamdulillah aku dapat merasa. Terima kasih untuk Maksu yang sudi belanja anak sedara ini. Sedap sangat! Tak puas makan sampai aku order lagi. Ok lah nak bersiap-siap untuk pergi kenduri kawan baik aku masa sekolah... Nannti aku bersiaran lagi..

Friday, November 9, 2012

Kisah hidup dalam fantasi

Selamat pagi!! wah ceria nampak.. hehehe.. Pagi Jumaat kenalah ceria kan... Hari ni pengasuh Yaya cuti jadinya Mr Daddy kena cuti untuk jaga Yaya. Thanx Daddy.... Tapi pagi tadi aku bawak jugak Yaya ke opis untuk punch kad.Pastu bawak Yaya melawat kawasan opis aku. Sebab dah jadi kebiasaan dia pagi-pagi naik kereta. Kalo tak dia kan resah tak tentu pasal... Bawak Yaya berjalan macam layan burung bercakap. Ada je bunyi-bunyi keluar dari mulut dia.. Tu yang wat mummy seronok nak bawak dia berjalan..

Oh ye! Pagi tadi korang dengar tak Hot FM AM krew. Ada caller bernama Siti ni jelik dengan kampung. Macam-macam dia claim. Aku bukak radio pun dah separuh jalan. Ramai yang bengang gak dengan caller tu. So, jadilah topik hari ni hidup berfantasi. Yang aku paham hidup berfantasi ni orang yang tinggi imaginasinye. orang yang suka create kisah hidup dia untuk menjadi kebanggan. Pendek kata macam watak utama dalam novellah.. Semuanya indah.. cantik, kaya, ramai peminat, pastu ada orang dengki kat dia, pastu apa dia nak dia boleh dapat...

Aku ada pengalaman masa kat Kolej Matrikulasi Pahang. Minah ni berkawan dengan roomate aku. Dia seorang free hair. Selalu datang mengadu pada bilik kami, yang roomate dia reject dia lah apalah. Kitorang kesian. Aku pun sedih jugaklah dengar kisah dia tu. Then, benarkan dia setinggan dalam bilik kami. Tau tak setinggan?? Setinggan tu macam ko duk secara haram dalam bilik or rumah padahal ko registered untuk bilik lain.. 

Bermula lah kisah dia yang selalu duk gebang dia ni anak orang kaya, bapak dia Pengarah Jabatan kerajaan. Nama kena rahsiakan. Pastu mak dia doktor. Rumah dia 4 tingkat. Ada 36 buah bilik. Ada kolam renang kat tengah-tengah umah dia. wei... Gila kaya.. Memang kagum lah kisah hidup dia. Dia pulak ada rupa. Pakaian yang aku nampak agak branded. Cuma musykil baju tu je dia pakai. Dah macam takde baju lain. Pastu dia gebang lagi rseult dia straight A dalam SPM. Dapat offer pergi Universiti Oxford. Dia tolak offer tu.. Yang aku pelik. Masa dia gebang dalam bilik kitorang melopong percaya wei. Yelah. Aku ni kan kampung gila. Bila kenal ngan orang hebat ni kagum lah sikit.

Tapi bila aku melangkah keluar dari bilik. Aku mesti macam tersedar sesuatu. Aku pikir balik ape berlaku sebelum tu. teringat kisah hidup dia yang high class tu. terpikirr betul-betul ke kisah dia. Macam menipu je. Aku pun bercerita pada sahabat aku Nor Syahida Binti Abdullah.. Dialah tempat aku bertanya. Betul ke kisah tu. Macam-macam benda dah dia gebang. Belum masuk dia menipu mak aku lagi ajak pakwe dia tido rumah aku. Pakwe psikik cam dia jugak. Sumpah aku tak tau mereka bermasalah jiwa. Boleh ek kategorikan camtu.

Sehingga satu hari, dia nak usir aku dari bilik tu. Yelah, aku orang susah. Orang kampung. Dia buat kecoh hs dia hilang, kad kredit dia hilang dan dituduh mencuri adalah AKU. Memang hampir jadi kes polis.Aku pun panggil mak ayah aku datang. Aku ada maruah beb.. Time tu kad kredit pun aku tak kenal menatang ape, camne nak guna... Dah jadi masuk campur pensyarah. Sebab salah sorang sahabat aku, kakaknya adalah pensyarah kat situ. Memang kecoh lah. Aku terselamat lah. Semua pensyarah kenal aku camne. 

Fobia weh kenal orang gitu. Orang yang imaginasinya tinggi, taste pun tinggi. Tapi sebenarnye keluarga dia takde kemampuan. Oh ye. yang terbaru aku dengar sebelum tinggalkan kampus matrikulasi. Bapak dia sebenarnye kakitangan kerajaan biasa je. pastu mak dia jual tupperware. Dia duduk kat kuarters kerajaan. Em.. memang betullah umah dia 4 tingkat kalo dah bangunan 4 tingkat. Aku pun confius aku yang bangang percayakan dia atau dia yang bangang create cerita berfantasi tinggi tu...

Aku percaya korang mesti alami situasi macam tu kan. Bezanya kena tempias atau tak je pada korang. Sejak dari tu aku dah banyak berhati-hati. Nampak pelik cuba jauhkan diri... Cuma kelakar pada manusia spesies macamni. Apa dia dapat sebenarnye? Kepuasan? Takde maknenye. mengadakan benda yang takde. Nak pikir balik camne create keadaa. nak mewujudkan sesuatu di luar kemampuan. Semata-mata untuk capai target. AKU MESTI LEBIH DARI SEGALA-GALANYA. Sampai tahap kena wujudkan watak lain pada diri sendiri. Jadi diri sendiri sudah. wassalam~~


Thursday, November 8, 2012

Resepi Spageti Meatball Bolognaise Versi Melayu


Selamat hari Khamis semua!! Boleh ek pembuka bicara gitu?? Hehehe.. Hari ni aku nak share resepi aku. Mungkin tak sehebat orang lain. Tapi aku olah mengikut cara dan selera aku sendiri. Kata melayu tapi teringin makan benda omputih makan. Hehehe. 

 Bahan-bahan:
 Spageti
(direbus dan ditambah minyak untuk make sure tak melekat each other)

Untuk sos:
 1 Biji bawang besar Holland - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
4 sudu cili mesin - bergantung tahap pedas yang korang suka
daging kisar - digoreng sehingga half garing
sebiji tomato - dipotong dadu @ diblend
lada bengala - aku amik suku dr sebijik tu dipotong dadu jugak.
sebotol sos pasta (prego/kimball).
Air mengikut sukatan botol sos.
oregano flakes
rosemarry leaves
sos cili dan tomato. - tambah untuk pekatkan kuah.
gula, garam, dan perasa secukup rasa.
bebola daging - digoreng half garing
cendawan butang..


Caranya anda masukkan bahan2 mengikut turutan. Aku sengaja tulis bahan-bahan ikut turutan. Siap. Sedap dimakan dengan keju parmesan~~ Selamat mencuba.
 

Wednesday, November 7, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Mini Housewarming

Alhamdulillah. Sempena aku berpindah ke kuarters ni dah 2 kali buat makan. Yang first hari tu sempena celebrate besday September's Ladies. Pastu baru-baru ni buat ala-ala housewarming. Ajak kawan-kawan opis dan sedara yang berdekatan. Dek kerana aku suka main masak-masak. So sumenye aku masak sendiri. Tapi agak sedih, aku ada cuba resepi bari Bengkang roti tak sikit tak menjadi. Malu nak perform. Simpan jelah dalam peti. Asalnya nak buat muffin yang simple tapi lupa nak beli susu segar walaupun dah 10 kali singgah kat Mini Market. Apakan daya. Perform jelah mana ada. Hehehe...

Spageti & Penne plus sos meatball.
Memang seronok buat makan-makan camni kan. Aku memang suka kalo ada orang nak berziarah rumah aku. Orang kata tetamu ni datang bawak rezeki. Kita jangan lokek dengan orang. Betul tak? Weekend ni ada orang nak datang lagi. Minggu depan pun dah ada yang book. Terima kasih pada yang sudi memeriahkan housewarming yang ringkas ni. Maaf andai ada kekurangan dari segi layanan, ketidakselesaan rumah,  makanan dan sebagainya. Ada rezeki jemputlah lagi... 

Paling best Yaya lah. Orang datang terkam dia je. Masa ada orang tak ingat ngantuk lah apelah. Orang dah beransur balik mula lah rasa sunyi. Mencari orang. Alhamdulillah ada jugak rezeki Yaya. Yaya dapat hadiah. Dah macam besday party pulak. Hehehehe..

Thanx to Auntie tasha and auntie Nana. Comel isinya. Nanti Yaya pakai mummy snap gambar ek..

Monday, November 5, 2012

Bergedil Sardin

 
Alhamdulillah. Kenyang sudah makan tengahari ni. Walaupun tanpa Mr Daddy sebab beliau ada kerja. So, tak sempat balik. Oh ye! Bergedil ni aku prepare malam tadi. Then, masuk peti. Balik rumah keluarkan. Celup telur. Goreng. Siap. Makan dengan nasi panas-panas. Aku makan kicap je buat kuah. Hehehe. Sedap wei.. Simple tapi sedap. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Aku nak share resepi ni boleh. Banyak kali upload gambar makan-makan tapi malas tepek resepi kan. Gitu. kredit untuk Majalah RASA. 

Bahan-Bahan:

Sardin dalam tin
Sebiji bawang merah ~  dipotong dadu
4 biji cili padi ~  dipotong nipis
Serbuk roti ( jika tiada, gunakan kentang yang dilenyek)
Garam, gula dan Perasa mengikut keperluan.
Telur untuk dicelup

Cara-caranya:

Lenyekkan ikan sardin menjadi hancur. Masukkan hirisan bawang dan cili padi.

Gaul bersama dengan serbuk roti, sehingga boleh menjadi bulatan yang tak hancur.
 
Masukkan garam, gula dan perasa mengikut keperluan anda.
 
Bentukkan menjadi bergedil.
 
Simpan dalam peti untuk beku sekejap. 
 
Celup telur dan goreng.
 
Siap!


Pre-school untuk Yaya

Motip tajuk begitu untuk aku mummy yang ada anak baru berusia 5 bulan? Ini dkatakan perancangan. Hehehe... Sokmo kalo aku singgah kat mini market kat Taman Impian Putra mesti nampak banner ni.


Aku pun macam tertarik apa sebenarnye program yang diorang provide. Ada masa aku godek-godek jugak google. Macam best. Diskuss ngan Mr Daddy nanti umur Yaya dah 4 tahun pada 2016 (InsyaAllah) nak hantar Yaya kat sini. Sebab sini provide kelas tadika plus daycare. So, takde lah aku nak kena amik Yaya pada waktu tengahari then hantar ke transit atau taska pulak. Lagipun kat sini ada buat mengaji, solat berjemaah. Mengikut schedule yang dia bagilah. Nak buktikan tu kena baca testimonial dari mommies n daddies lain yang ada pengalaman lah kan...

Sebelum ni aku pernah bercadang nak hantar ke Smart Reader. Yuran bulanan dia macam ok. Cuma, dia takde daycare. so, aku kena plan dari segi masa, kewangan dan kemampuan,. Yuran bulanan kat montessori 2 kali ganda dari taska lain. Terpaksa lupakan nak ambik Satria Neo baru.Tapi aku mengambil kira dari sudut kelebihan dia. Atau anda ada cadangan lain untuk saya yang baru bergelar mak orang ni. 

Annoying kan anak baru umur 5 bulan dah start pikir nak hantar pre-school. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Lama aku tunggu kelahirannya, mestilah nak bagi terbaik untuk dia kan. Setiap ibu bapa ada cara terbaik kan untuk anak masing-masing. Sekarang aku plan camni, 4 tahun lagi tak tahu ape akan berlaku. Jangan tuduh saya berlagak tau. Itu kehendak kami suami isteri. Doakan kami panjang umur untuk terus bersama "Dhiya" (cahaya) kami. Kami tak tau lagi andai kami masih diberi rezeki anak yang lain. Yelah, aku ni bukan kategori subur pun. Bersyukur dengan Cahaya Pemberian Yang Mulia yang Allah bagi dan mahukan terbaik untuknya dan ingin dia menjadi anak yang solehah yang boleh mendoakan kami andai kami tiada lagi.

Friday, November 2, 2012

Satria Neo

Alhamdulillah. hari ni dah kering sikit hingus ni ha.. Ape cer cite pasal hingus. hehehe. Bersyukur Allah tarik satu nikmat, Allah bagi nikmat lain. Kan? Thanx Mr Daddy yang bertungkus lumus jaga dua wanita anda ini. Yaya pun wanita kan??

Baru ni sembang dengan Mr Daddy. Bagitau kat dia apa wishlist untuk tahun depan. Tu haa tajuk entry nye. Mr Daddy gelak tau. Hampeh betul. Paling dia kuat gelak bila aku berkias camni "Daddy.. Satria Neo tu kemas kan. Kalo warna maroon sesuai tak ngan mummy?" Dia bantai gelak wei....

Nak tau kenapa dia gelak. Dulu before tukar Cik Iswara dengan Encik Kebal sekarang. Mr Daddy mintak pendapat aku nak ambik Satria Neo baru. Aku habis-habis bangkang. Reason pertama sebab takde bonet. Bagi aku, kereta Mr Daddy ni adalah kereta utama untuk berjalan jauh. My Kan digunakan untuk Aku pergi kerja, pergi pasar ke untuk sekarang. Dulu naik moto je. Romantik. Dah ada Mek Yaya tunggu besar cikit nak ajar dia duk tengah-tengah moto tu. So, aku kalau dah nama pun kereta utama untuk berjalan jauh harus ada bonet yang besar kan. Pintu pun biar complete 4biji. Kang sedara mara naik susah pulak. Al-maklumlah aku kan suka berjalan-jalan. Pergi Pasar Borong Nilai 3 pun habis kembang jap. Tapi kalo ada Satria Neo baru takkan nak bawak gie pasar...

Daddy tanya " Bila tu agak-agak Mummy nak beli?" Perli aku lah tu. Jawapan aku "InsyaAllah ada rezeki tersepak bolehlah beli.kuikui. Setelkan utang PTPTN dulu okeh". So, anjak lah ke tahun bila pun tak tau. Kot-kot dah pencen nanti Yaya nak belanja Mummy dia dapatlah merasa ye.

Mr Daddy suka tanya aku tau. Bila ek nak dapat naik gred 41? Adoi suamiku. Dah tak apply langsung camne nak bayang. TAk berangan dah. Saingan sengit. Daddy sokmo berangan kalo aku naik 41 pujuk aku beli Alza okeh. Hahahah. Tak pernah aku berangan pun. Sabar ye daddy. Mummy dah apply nanti doa banyak-banyak ye sayang-sayangku...

Yang kelabu tu lawa kan? Cuba bayang aku yang gemuk gedempol ni naik Satria Neo. Comel ke? 

Tuesday, October 30, 2012

First Puree untuk Yaya

Over excited kan aku sebagai mak nak bagi anak makan padahal anak baru 5 bulan. Uhuhu. Jangan risau. Aku dah mintak guide dari nurse Klinik Kesihatan yang aku selalu pergi checkup Yaya every month. Aku story lah kt dia, yang Yaya nampak macam nak makan. Kalau tengok orang makan berjejeh-jejeh air liur dia. Kesian tau. Pengasuh dia ada jugak cerita yang kadang dia suap jugak makanan yang sesuai untuk Yaya. Tapi setakat ni poopoo Yaya ok. Nurse cakap. Itu dah ok. semua bergantung pada baby..

So, dengan maklumat yang ada aku try jugak sediakan puri buah untuk Yaya. First, aku try buah epal. CAri yang merah ye. Bukan yang hijau tu. tu acidic. Before this aku buat aku stimkan, blend campur air, pastu tapis. Aku rasa macam jus pulak. Tambah pulak warna puri tu dah berubah jadi coklat. Oxidise kot. Cuba suapkan pada Yaya. Mau aje anak dara sorang tu. Tapi second time suap dia sembur pulak. Aku pun amik alternatif campur dengan susu badan yang masih bersisa. Alhamdulillah masih ada susu untuk Yaya walau Yaya sekarang dah taknak direct BF. Sedih sangat. Alhamdulillah YAya nak makan.

Aku pun pelik jugak, betul ke puri macam tu. Dah macam jus aku tengok. Risau jugak ada efek tak bagus pada Yaya. Tapi so far 2 hari ni poopoo Yaya ok je. Pastu aku google balik. Tengok kaedah betul. Semua mention benda sama je.. Bezanya tapis or tak. Then, aku cuba tak tapis. Stim buah epal bagi betul-betul empuk. Masuk blender campur air sesikit yang boleh. Asal boleh produce tekstur yang halus sehalusnya. aku rasa di lidah pun tak manis sangat. Aku cuba bagi tanpa susu ibu.




Alhamdulillah. Yaya mau makan. Senang je dia masuk mulut. Tak nampak chokking pun. Ok ke? Habis jugak sebekas tu. Yang canister tu aku frozenkan untuk dihantar pada Pengasuh Yaya. Sekarang nak follow up poopoo Yaya je. harap-harap ok. Kalau ok ku nak try bagi puri pear,carrot dan brokoli.

Tadi timbang Yaya. Berat untuk 5 bulan dah 7.6kg. Alhamdulillah.. Semoga Yaya terus membesar dengan baik dan jadi anak solehah. Mummy dan Daddy sayang sangat kat Yaya....

Wednesday, October 24, 2012

Allahuakbar....

Allahuakbar.. Apa jenis manusia lah ye... Nape lah nak sentap tiba-tiba. Aku tak tuju kat ko pun manusia. Aku tak sakit hati apa pun. Ko ni memang masalah betul lah. Ko ingat hidup aku ni nak fokus kat ko je ke. Angkuh sungguh bercakap.

Subhanallah. Apalah faedah aku nak sakit hati dengan ko. Ko tak datangkan untung apa-apa pun kat aku. Bukan ko pun yang tolong aku masa aku kahwin. Bukan ko pun tolong bawak album kahwin aku yang besar gedabak smpai ke rumah aku. Bukan ko pun bawak aku balik kampung. Bukan ko pun bawak mak aku datang Bangi jumpa aku. Astaghfirullah-al-azim. Ko ingat hidup aku ni fokus kat ko je. Cukup-cukuplah. Orang hidup diam-diam bergembira ko pegi kacau. Dah kucar kacir gini ko nak sentap lebih-lebih. Sudahlah.

Ke nak guna bahasa kasar. Ko tak datang pekdah satu sen pun pada aku. Malah aku rasa menyesal ikhlas dengan ko ni. Menyesal tolong orang macam ko. Sudahlah berlagak baik. Aku tak hingin pun nak jumpa ko. Aku tak pernah mention pun ko tu miskin ke, kaya ke. Ko takde duit aku tak kisah pun. Bukan masalah pada aku. Tapi masalah ko sendiri lah...

Apalah yang ko nak sebenarnya ek?? Cuba ko cakap. Selama ni ko aibkan rumahtangga ko dalam blog. Aku diamkan je. Aku tak cite kat sape-sape. Allahuakbar. Susah ada orang macam ko ni. Sentap merata tempat. Jomlah ko ngan aku berdoa mintak kat Allah buang segala tak baik dalam hati. Aku tak tuju kat ko pun. Ke ko nak aku gie serang kat rumah ko raya ni? Laki aku lama dah ketap bibir ngan karenah ko ni. Dia pun tak hingin nak tolong ko, tapi aku yang pujuk. Atas dasar kasihan. Tapi satu persatu drama ko buat, satu persatu onar ko buat. Makin melampau. Iye. Ko lah ada nenek kesayangan. orang lain tak sayang nenek ko.

Excited Balik Raya..

Uwaa.. Hari ni pun dah lengang orang kat opis. Dah balik kampung gamaknya. Korang dah balik ke? Selamat sampai lah untuk anda.Aku pun excited gila nak balik. Cadangnya nak balik malam ni, tapi Mr Daddy operasi lah pulak. Postpone lah gayanya ke pagi esok. Harap-harap tak jem...

Semua orang seronok kan nak balik raya. Nak berjumpa saudara mara. Nak berkumpul adik beradik. Makan-makan. Takkan nak balik kampung time raya nak berkurung dalam rumah jugak tak bergaul. Penting ada saudara mara ni. Terutama kalau kita ada berita gembira atau berita sedih nak share. Kita boleh share. Sekarang lagi senang. Facebook kan ada. Mak-mak sedar pun dah advance ada FB. Boleh tau perkembangan saudara mara kita kan. Yang baik kita tumpang gembira, yang sedih kta tolong bantu. yang aib kita diamkan je. kan?? 

Excited sangat nak balik kampung sebab aku punya Ayah, punya mak, mak tiri, mak mertua, abang, adik, ipar duai, mak sedara, mak angkat, pak sedara, anak sedara, sepupu sepapat. seronok kan kalo berkumpul. segalanya dikongsi bersama... Kadang-kadang terpikir apalah yang ada dalam hati manusia yang buang adik beradik, suka menyendiri, dengan sedara mara pun menyombong. Apa faedahnya? takde tempat nak meluah, nak bersembang, pikiran pun takleh nak bukak besar-besar... Seronok ke?

* menu AidilAdha tahun ni ialah Soto dan Red Velvet Cake. InsyaAllah. Jemputlah ke rumah saya ye...

Rabu Kurang Kata


Dinner @ Black Canyon, Alamanda.

Menjadi kebiasaan kot sekarang bila lepas amik Yaya petang-petang mesti nak merayap ke mana-mana. Pasar malam, Nilai 3, Giant Nilai, Tesco Nilai. Sampai ke Alamanda pun dijajah. Bukan apa, taknak Yaya bosan. Lately aku perasan bila aku semangat nak masak-masak. Mesti Daddy cakap takyahlah. Makan luar lah. Tak kira lah sape belanja pun. Alasan Daddy adalah kesian kat aku. Terharunye.. Semalam Daddy dah belanja. Hari ni aku rasa aku lah pulak patut belanja kan. Kesian daddy.. Fair kan?

Semalam Daddy belanja western, so today Daddy pilih makan kat Black Canyon. Asal ke Alamanda sebabnya nak cari pampers Pet Pet yang dengarnya tengah offer harga murah. Betul ke bohong tak taulah. Masa aku pergi tadi dah habis pun. Hot item lah tu.... So, masuk carefour beli sushi je... Ganti takoyaki.

Then, berdinner lah kami di Black Canyon. Second time pekena Black Canyon, before this kat East Coast Mall Kuantan. Onni yang ajar makan camne. Kelas kau jah...

                      American Fried Rice plus Black Canyon Iced Coffee utk Daddy. Udon Prawn Tom Yum soup plus iced tea (with milk) untuk aku. Alhamdulillah~~                                                              

Thai Fish Cake - RM12.90.Rasa dia boleh lah... 
Tadi nak sangat makan Takoyaki kat Pasar Malam Bandar Sri Putra. Beria lah singgah. Sekali brader tu tak meniaga hari ni. Frust takyah cakap lah. Masuk carefour Daddy umpankan dengan sushi. Pun boleh lah. Tapi bila dah makan kat Black Canyon rasa kenyang yang amat pulak. Apa jadi ngan sushi tu??

makan untuk supper ulak. minum bersama dengan teh o blackcurrant panas. Heavennya...

Camne lah nak kurus ek. Asik makan je......  uhuhu. Syukur dengan rezeki Allah. Kita nikmatinya dengan berhikmah...


Monday, October 22, 2012

Excited for first solid food

Alhamdulillah. Target aku tercapai. Apa mesej yang aku nak sampaikan pada seseorang sampai jugak. Terpulanglah pada dia nak menilai mana baik mana buruk. Kita dah guna cara baik kan. Semuanya di tangan Allah Maha Esa. Tak perlu kot nak doakan orang agar pegi mam***. Ajal maut di tangan Allah. Bukan kita yang tentukan. Ingat tu. Ok. Kita lupakan hal tu.

Sekarang ni aku sangat excited nak bagi yaya first solid food. Duk kira hari Yaya mencapai umur 6 bulan. Aku dah banyak google. Banyak pendapat dan pandangan harus di ambik kira dalam pemberian makanan pada bayi ni. Untuk menyokong semangat Mummy yang over excited Mr Daddy hadiahkan ini untuk Yaya. 

Bekas makanan yang ada grinder.
Dah lama aku perasan Yaya ni tak boleh tengok orang makan. Mesti dia jelir-jelir lidah. meleleh air liur. Kalau makan kat meja makan mesti dia jeling sambil tangan dia tepuk meja. Sebab tu Mr Daddy sanggup makan asing-asing. Kesian sangat. Sampai satu tahap ada orang cadang kan aku supaya buat nestum cair. Emmm.. bukan taknak terima. Tapi kalo boleh aku nak Yaya makan makanan yang kita memang tahu khasiat nya.

Gigih aku mencari maklumat dalam blog-blog dan website pasal makanan apa yang sesuai atau tak. Akhirnya jumpa kat sarakids dan blog ira. Aku ada jugak tanya pada yang berpengalaman, dd-dudu (sepupu aku). Terima kasih sangat sebab banyak faedah aku dapat dari diorang ni.

Sebab terlalu kesian kan Yaya aku ada jugak bagi dia makan kurma yang dibuang kulitnya dan dilenyek dan dicampurkan dengan susu ibu. Alhamdulillah Yaya makan walaupun banyak main-main. Lepas tu mesti dia dapat tidur dengan lena. Hampir seminggu aku bagi dia makan. Tiada masalah sembelit. Cuma poo poo dia je tukar warna. Normal ke? Lepas ni aku kena wat ape ek? kena teruskan dengan puri buah or sayur ke? Sebab Yaya baru nak masuk 5 bulan minggu depan. Belum 6 bulan lagi.... Uhuhuhu....

Lagi bertambah excited Mr Daddy sanggup pulak dibelinya bekas makanan lain. Katanya untuk rumah pengasuh Yaya.....

siap ngan garfu lagi senang kalo Yaya nak makan bihun goreng nanti. hehehe...

Aku pun dah pelik. Siapa yang excited sebenarnya? Mak nya? Bapak nya? Anak? Ikut jelah.....
 

Sunday, October 21, 2012

Bila mak datang....

Nek Ma ~~ Panggilan untuk ma Mr J (MIL)
Onni ~~ Panggilan untuk mak aku
 
Banyak betul program bila hujung minggu datang kan. Minggu lepas ke Cameron Highland bersama MIL, minggu ni pulak mak aku datang Bangi. Orang yang paling happy mestilah anak dara I, sebab kalo Nek Ma ngan Onni datang mestilh dia diterkam dulu. Mummy ngan daddy sila ke belakang ye.

So, dah well planned dengan Onni nak buat projek ini....

Tarrraa... Tart kastard Buah.
Dah lama aku teringin nak buat tart buah ni. duk google Alhamdulillah jumpa yang kat sini.. Thanx ye~~ Puas hati dapat makan banyak-banyak. Then, baru je lap tangan buat tart ni dah plan untuk dinner pulak. Onni ni jenis tak kisah makan apa je. Lagi pulak benda baru.. Memang syok lah main masak-masak dengan Onni. Untuk dinner aku buatkan Onni ngan Mr Daddy ni~~

Spageti bolognaise without meatball. 

Alhamdulillah, kenyang untuk hari Sabtu. hehehe. Bangun pagi tadi nampak ada sos spageti lebih pulak. Tak baik membazir kan. Terus datang idea untuk buat breakfast. Tambah susu pada sos tu... Ketang ketun ketang ketung... Tarrraaaa....

Makaroni baked cheese...
Alhamdulillah, bersyukur dengan rezeki Allah. Mampu makan dengan sederhana dan tidak bermewah-mewah. Janji kita ikhlas untuk keluarga kita kan..

Ini lah aktiviti bagus bila bersama mak. Bukan memfitnah orang lain. Meng api-api kan orang lain tu tak baik tau~~ Banyak cara nak menghiburkan hati mak kita kan. Bukan ditambah dengan hasad dengki... Semua orang ada mak, ada keluarga. Alangkah sedihnya hati mak kita @ orang lain bila anak yang dibela dari kecik samai ke besar dan dah dimiliki orang, mak kita jaga dengan maruah terbela tapi bila masuk keluarga orang sewenang-wenangnya maruahnya dicanang-canang. Renung-renungkan....

Nota kaki: Aku harap manusia tu baca. Insaflah. sedarlah. Pohonlah kemaafan dari orang yg ko fitnahkan. ingatlah segala yang ko tempuh sehingga hari ni adalah balasan akibat mulut ko sendiri. Maaf kalo aku guna blog sebagai media  untuk nak sedarkan ko. Sebab nampak macam payah nak berubah. Tapi aku dah cuba untuk menyatukan korang...

Cuti Cuti Eratkan Silaturrahim ~~ Cameron Highland Pt 1

Fuh. Seminggu tak tengok blog. agak berhabuk dah.. Sibuk? Tak jugak. Biasa-biasa je. Tapi cuba komited pada satu-satu benda. Dah balik cuti nak release tension tu otak dah lapang boleh lah ingat kerja mana yang dah siap yang lum siap. Seminggu tak bukak blog tapi ada orang tuduh aku sebarkan hal dia yang ditulis dalam blog sendiri pada orang kampung. Hello, oh plez... Bila dah jadi gini memang aku hangin lah. Orang yang ko tak suka tu tak buta IT lah. semuanya di ujung jari. taip je nama anak ko terpampang blog ko. kalo betul lah kata-kata tu ko tuju kat aku memang aku sumpah lah ko ni~~

Sedih kan bila kita pergi bercuti bersama keluarga, bersama sepupu-sepupu disalah tafsir dan dijadikan isu besar dalam keluarga besar. Salahkah kalau nak eratkan silaturrahim. Jadi masalah pulak  pada dia macam mintak duit ngan dia pulak. Dah lah hasad dengki dalam diri tu. Takyah lah nak doakan orang jatuh. Mintak dengan Allah supaya ko dibukakan hati untuk berbaik-baik dengan orang lain. Buang ego! Darah daging ko sendiri tu... Tak luak pun kalo mengalah mintak maaf.

Ok. Cukuplah cakap pasal ni. Sedih memang sedih. tapi hanya mampu berdoa dibukakan hati manusia seperti ini. Amin~~. 13 Oktober lepas kitorang berangkat ke Cameron Highland melalui Sg. Koyan.. First time untuk aku yang dah 2 kali pergi tapi kali ni lalu Sg Koyan. Kita layan gambar jelah. Biarkan gambar berbicara...

Tempat pertama kami tuju. Tapi hujan. cuma pekena teh rose panas kat situ.

View dari hotel kami menginap. Kami menginap di Hotel Star Regency. Apartment 2 bilik. Memang syok.

Cactus valley dari Star Regency. Tak singgah pun sebab hujan. Lagipun mencari-cari tempat nak petik strawberry. Frust!

Pemandangan Pasar Malam dari Star Regengcy jugak. Hotel ni strategik sebab betul sebelah dengan pasar malam Sabtu. 3 4 kali jugaklah duk naik turun pusing pasar malam. Tapi sedih, tak bawak anak dara sorang tu. Sampai merajuk malamnya.
Part 2 akan bersambung. Lambat sangat nak upload gambar...