Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 28, 2011

Cara nak bodek Mr. J.

Ini ialah perbualan dalam SMS. Ok. Telah diedit kerana terlalu banyak shortform dan penulis terlupa sebenarnya...

Isteri: Abang.. inagt tak ada akak blogger tu, yang pernah sayang cite tu...

Suami: Iye. Kenapa?

Isteri: Dia ngan husband dia pun lambat dapat baby. Kat setahun jugaklah. Pastu kan dia balik dari KK terus lekat. 


Suami: yeke? Pastu kena pergi jalan jauh2lah ni nak bagi lekat?


Isteri: Hehe.. Tak paham-paham lagi ke. Tu baru KK. Kak Maz balik dari UK terus lekat...


Suami: Oklah. Kita pergi Cameron Highland nanti ek. Sejuk jugak situ. jauh jugak...

Oklah kan. At least suami aku ni masih bertoleransi lagilah.. Uhuhu.. Cuma tarikh actual tak tau lagi. Mungkin bulan 9. Sebab nak celebrate besday aku sekali. Mungkin bukan berdua. Mungkin bawak 2 2 keluarga kot. To be fair lah kan. I try my best.... Kalau tak bawak 2 2 keluarga tu mungkin sebab rezeki aku lah. maybe next time.

Lagipun aku pernah pergi  cameron Highland masa Form 4 tak silap aku. Mr. J je belum lagi. Kalau bawak 2 2 family mesti happening kan. Ala, ni kira sesi tutup mulut tutup mata lah. Kira next time kitorang pergi Bali ke Bandung ke KK ke, tk bawak diorang takde mana2 pihak yang terasa kan. Doakan kami cepat2 dimurahkan rezki. Kira ni honeymoon ke bape entah.. uhuhu...

Aku kat cc ni.

Assalamualaikum sume.. Aku sekarang kat CC. Nafsu untuk memblog sangat meluap2. Kat opis susah sangat nak publish entry. sape boleh tahan kan?? Sanggup rentas dari Nuklear Malaysia (dengkil ok) ke Seksyen 15, Bangi. semata2 nak update blog. Tak ke haru hidup aku.... nak beli laptop biar dulu. Ego sebab nak kekalkan penggunaan bil elektrik RM0.00. Subsidi kerajaan.. uhuhu....

Tuesday, April 26, 2011

Internet explorer 8 punya angkara.

Selamat petang. Dah kat 2 minggu aku takleh nak publish entry. Rupa2nya masalah dari IE. Sebelum ni aku guna IE 6, pastu upgrade ke IE8 sebab admin suggest untuk lajukan HRMIS. HRMIS memang laju. Tapi blog takleh publish. Tajuk entry je publish. So, aku kena cari idea camne nak aktifkan blog. Ni pun curi2 guna PC Bibi kat Genom Malaysia. Uhuhu.. Camne nak buat ek?
               -Kena pergi ulang alik ke CC ~ harus ke?
               - Kena beli celcom broadband prepaid.
 yang mana satu pilihanku. Kita tengok. Dan renung2kan....

Salam perkenalan....

Assalamualaikum.. salam perkenalan untuk semua yang sudi baca blog yang serba kekurangan ni.. Camne nak mulakan ek? fuh.. nervous.. nervous.. namaku Ayu (panggilan manja gitu), kawan2 panggil Ijam ataupun Ejam.. terpulanglah nak panggil ape ye puan-puan.. alah.. padahal bukannya baru first time ada blog.. uhuhu.. tapi dulu macam tak best je dipengaruhi pulak anasir2 yg menambahkan keserabutan otak.. uhuhu~~~

Sebelum ni aku suka baca blog2 orang lain.. especially blog2 yg ada resepi2, blog kawan2, sedara mara. satu lagi aku suka baca blog ibu2 yg selalu cite keletah2 anak masing2... sebab ape ye? sebab aku rindukn suara budak2...~yoyo je.. sedih sikit...

Maaflah kalau blog ni membosankan. sebab aku ni budak baru belajar.... tapi akan ku cuba menjadikan ia menarik.. kalau ada yang sudi nak ajar nyiru tapak tangan ku tadahkan...

Sebenarnya dah lama nak wat blog ni.. tapi keadaan tak mengizinkan kerana facilities agak kurang.. Kerja aku pun tak memerlukan aku di depan pc.. so tiba2 aku akan jadi buta IT.. tapi bila baca blog orang lain aku jadi excited nak bercerita itu ini.. sebab aku sangat suka bercakap.. tak kire ape aku akan bercakap... Kadang2 aku juga perlukan teguran orang lain untuk memajukan diri aku dalam bidang bercakap ni...

So aku perkenalkan diriku sebagai Ayu.. aku bekerja di makmal Agensi Nuklear Malaysia, Bangi tuh.. Aku akan menghadapi masalah bila ada orang tanya kerja kat mana. Bila aku jawab Nuklear Malaysia, mesti akan ada yang cakap 'Fuh.. wat bom ek?'.. Apa nak buat? Bukan salah mereka pun kan? So aku menjawab di sini Agensi Nuklear Malaysia ni menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menjana inovasi di negara dan dunia...~ntah betul ke tak.. tapi lebih kuranglah... Oleh itu, Nuklear Malaysia ni hanya ada satu sahaja tempatnya iaitu di Bangi, Selangor...

Sebab itu juga aku terpaksa berjauhan dengan suami tercinta yang bekerja di Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Pekan, Pahang. ~~uh sesungguhnya Perkahwinan jarak jauh (PJJ) ni menyedihkan.. hampir masuk 2 tahun aku berkahwin dengan Joe kitorang berjauhan.. Tu belum masuk 4 tahun masa bercinta aku kat Terengganu sebab belajar di UMT.. Campur pulak pendam perasaan 2 tahun masa zaman sekolah2 dlu.. uhuhu ~~mampus aku mak aku tau ni.. hahah  Sedih kan? Tapi aku kena kuat untuk menghadapi hidup ini.. Mungkin ni ujian Allah. Mungkin ada hikmah untuk hari mendatang... InsyaAllah...

Mesti akan ada yang akan tanya kenape nama blog ni QasehQaleef kan.. hehe.. sebenarnya aku dengan suami aku berangan kalau diizinkan Allah diberi rezeki untuk kami ada anak, kami nak namakan anak kami dengan pangkal Qaleef kalau baby boy, Qaseh kalau baby girl.. Tapi Allah Maha Mengetahui.. Dia lebih tahu segalanya.. Tapi cukup sekadar aku abadikan cita2 kami untuk blog ni.. mungkin bila dah tua2 ni anak2 kitorang *insyaAllah.. baca blog ni diorang akan menghargai kitorang kot.. insyaAllah.. Ish.. Taknak sedih....

Mungkin tu je kot apa yang boleh ditulis untuk permulaan ni.. insyaAllah aku akan cuba tulis post yang best2 lagi lepas ni...

Tuesday, April 12, 2011

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah... Tadi kalut2 sangat nak bukak blog dah ada prob. cuba2 jugak tanya pada orang2 yang berpengalaman. tapi dalam hati janganlah kena buat dua kali kerja, lab work kat lab menunggu. Kertas budak2 lagi nak kena sedia skema jawapan ni, kain tak abis jahit lagi, adoyai. Tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan satu persatu. yang penting niat. Poyo je pagi2 ni..

Masalah aku list blog aku yang hilang tadi dah setel. Setelah banyak kali mencuba. Akhirnya dia muncul kembali. Kalau tak rabaklah mata aku nak kena bukak cari satu persatu blog orang. Rugilah banyak resepi2.. Uhuhuhu... Jap ek. Give me 15 minutes. nak run sampel jap....

Ok dah siap satu sampel. Rest for 15 minutes. Tengah2 run sampel tadi, En. Rosli senior kat sini inform kat aku yang salah sorang LA macam aku jugak sama batch aku accident semalam. Sekarang ada kat hospital Serdang. Agak terkejut jugak. Sebab pagi tadi lepas hantar Bibi masuk Genom Malaysia, nak patah balik kat opis, kena Q untuk masuk simpang tiga nak ke Dengkil. Tiba-tiba teringat zaman mula2 keje dulu. Takde transport, tumpang2 orang camtulah. So, aku pernahlah tumpang si Hasnul ni. Aku akui dia pro jugak bawak kereta walaupun laju. Kalau saat kat simpang tiga tu sangatlah menggerunkan aku. sebab dia dengan beraninya potong Q orang tu satu hal. Dia mecelah saat kereta dari arah bertentangan tu betul2 dah dekat tapi dia belok jugak. Aku ngan Madam F menjerit takyah cakaplah. Tiap2 pagi benda sama akan berulang. Baru je teringat tadi. Tiba2 pulak ada berita tak best. harap2 Hasnul cepat sembuh. Hasnul kan kuat. InsyaAllah ada kelapangan and dah tau maklumat wad dia, kitorang akan melawat. Kalau Mr. J ada, nak jugak ajak dia. Sebab Hasnul ni antara orang yang berjasa jugak dengan aku. Dia banyak tolong aku dari segi kereta. Maklumlah, laki duk jauh..

Ok. Selama beberapa jam biarkan dashboard ni on je. Aku ngan beberapa orang staff kat sini pergi melawat Hasnul tadi di Hospital Serdang. Rupa2nya bukan accident motor atau kereta. Alkisahnya, Hasnul and the gang petgi ke Port Dickson. Picnic kot. Pas2 beliau main banana boat (ala, bot pisang tu). Kan main bot tu ada kena terjun2. Masa terjun tu tulang tengkuk dia terkehel. Esoknya bengkak. Pergi klinik terus kena transfer ke Hospital Serdang. Means bahaya jugaklah. Tapi tadi macam orang tak sakit je lagaknya. Macho je. Tunangnya dah bengkak mata menangis. Aku dapat rasa ketidaktenteraman hati beliau. kalau aku pun sama. uhuhu....... So, semoga Hasnul cepat sembuh dari sakitnya itu. Amin~~.


List blog aku follow sudah hilang...

Morning semua.. waa.. Pagi2 ni dah mangat2 nak bukak blog. Sebab nak baca blog sorang akak tu yang sangat jujur penulisannya tapi tiba2 bukak my dashboard. Semua list blog yang aku follow dah hilang. Nape ek? dah tetiba nak kena bukak semua blog yang aku follow kema follow balik. Atau pun ada cara lain?? Sape yang sudi ajar saya. Tulun.. Tulun...

Monday, April 11, 2011

Trilogi Cinta dah tamat.

Assalamualaikum.. morning semua... Wah hari ni sangat segar pulak rasanya. Nape eh? Padahal tak cukup tido pun.. Uhuhu.. Sebenarnya happy sebab semalam drama Trilogi Cinta dah abis. Ending was expected. Sebab dah baca novel dia. Tapi sebelum tu ada jugak terpikir kot-kot ada perubahan ending kan. Puas hati. Lepas ni kalau mengajar takde dah nak jeling2 kat tv. Hehehe. Sampai anak didik aku si Khalisa pun terikut2 tengok citer tu.

Semalam Lepas hantar Mr. J ke LRT Sg. Besi, sedih siot hantar. nasib baik ada Bibi, tahan macho sikit. Lepas salam apa semua terus taknak pandang Mr. J. Uwaa.. Takut nak ikut balik Kuantan jugak. wah.. Bilalah nak dapat bersama ni. Tapi sebelum Mr. J balik sempat jugak aku kenakan Mr. J

Perbualan suami isteri:
Mrs J: Nasib baik abang naik bas pukul 9. Sempat jugak tengok Trilogi Cinta. Last pulak tu.
Mr. J: oo.. Sampai hati. Suka ek abang balik awal? pentingkan drama tu lagi.. OO... gitu ek..

Mr J merajuk.. Tapi dah ok sekarang. sekejap je. Dia tau isteri dia hanya bergurau. Hehe.. Lambatnya jumaat. Tengok Trilogi Cinta semalam buat aku rindu meluap2 pada Mr. J. Uwaaa.. Nape ek???

Friday, April 8, 2011

"Rajuk Jiwa Menanti Permata" dalam Semanis Kurma di TV9.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat untuk sume. Alhamdulillah hari ni Allah uji aku lagi dengan tak sihat. Aku demam lagi. Selsema dan batuk. Ni mungkin berjangkit dengan Mr. J. Ni jugak nikmat untuk menghapus dosa2 kecil. kan? Aku bersyukur sekurang2nya aku masih diberi sehari lagi untuk menikmati hidup di dunia. Tiba2 poyo pulak pagi ni kan.

Ok. Straight forward pada tajuk entry hari ni. "Rajuk jiwa menanti permata". Semalam tengah2 syok tengok hindustan kat channel 108. Hum Saath saath hain yang dah ke berapa ratus kali aku tengok aku pun tak tau. Tiba2 rasa gatal gatal tangan nak tukar channel lain. Tup2 terbukak channel 119. Kebetulan rancangan Semanis Kurma. Ala, Pengacara Ustazah Siti Norbahiyah dan suami beliau tu. Tajuk malam tadi, "Rajuk Jiwa Menanti Permata". Dang.. Tepat dengan aku... aku pun teruskan tengok rancangan tu.

Tetamu semalam. Sharifah Shahora dan Puan Suzanna iaitu seorang Kaunselor Perkahwinan. Rupa2nya Sharifah Shahora dah berkahwin selama 2 tahun 6 bulan. Aku pulak dah 2 tahun 1 bulan (esok ye). Sharifah Shahora bercerita pengalamannya menunggu kelahiran cahaya mata. Macam aku jugak. Tapi dia sangat stress sebab suami dia sangat sibuk dengan kerjaya yang melimpah ruah selepas berkahwin. Tapi aku sangat suka komen dari Puan Suzanna yang sangat supportive. Beliau cakap;
" Kita ni kalau dah kahwin bila bercakap soal rezeki tak semestinya rezeki anak, ia mungkin rezeki dari segi kerjaya, dari segi kewangan. Allah Maha Mengetahui. Dia uji kita. Dia nak dengar doa kita selalu. Setiap kali kita berdoa tu, setiap itulah tambah pahala. Jadi, jangan sedih. Jangan stress. Allah dah janjikan rezeki untuk kita semua."

Alhamdulillah. Hati aku terubat dengan kata2 Puan Suzanna tu. Sharifah Shahora pun nampak tenang dengar komen dari Puan Suzanna dan Ustazah Nor bahiyah. Aku harap orang yang sekapal dengan aku pun juga tenang dengan nasihat. Diorangjugak ada bagi petua dan doa.
                            Surah Ali-imran : Ayat ke 27  dan 28
                            Doa Nabi Zakaria.
InsyaAllah kami cuba amalkan. Apa yang dibincangkan semalam adalah pandangan masyarakat. Memang betul. Aku akui. Sebenarnya suami isteri takde masalah pun kalau lambat sikit rezeki anak. tapi masyarakat sekeliling. Aku bersyukur sebab Mr. J sangat supportive bila masuk bab anak ni. Mr. J sangat cool bila aku suruh dia jugak pergi check. Alhamdulillah. Kami berdua takde masalah. Mungkin rezeki. Mak sangat menyokong. Tiap kali berdoa mak selalu berdoa semoga kami diberi zuriat. adik beradik aku sangat supportive. Pantang dengar apa saje petua atau ubat2 untuk dapat anak. Mereka sudi perkenalkan pada aku. Aku bersyukur adik beradik aku yang lain tak lokek untuk bagi aku menumpang kasih pada anak2 diorang. Pada Amsyar, pada Airil aku mencurah kasih. Time kasih anak2 Mummy.

Kawan2 jugak ramai yang memberi sokongan. Macam2 petua diorang bagi. Mana ada tempat urut yang ada berkesan mereka syorkan untuk aku urut jugak. Terima kasih kawan2. aku terharu sangat2. Tapi mungkin belum rezeki kami lagi. Hanya Allah yang Mengetahui. Mungkin baby aku nak babah dia ada sekali kot saat aku mengandungkan anak kami. Anak mummy nak babah ye. Anak mummy taknak mummy sakit sorang2 ye. Anak babah ni.... Setiap kali aku berpikir soal anak, kata2 nielah yang buat aku jadi kuat.. Alhamdulillah. Aku jadi tenang. Lantaklah kalau orang nak kata aku gila ke apa ke. Allah je yang tahu apa ada dalam hati kami.

Kadang2 stress tiap kali balik kampung di Terengganu. Stress bila orang dah mula bertanya. Orang dah mula cakap macam2.
"Cik Ayu bila nak ngandung?"
"Berat sangat Cik Ayu sampai sekarang tak dapat anak. Abang2 ada anak. Cik Ayu takde lagi:
Tapi aku bersyukur tiap kali ada suara2 macam tu mesti mak aku back up aku. ayat mak mesti keluar jugak.
"Belum rezeki, nak bagi honeymoon puas-puas dulu". Terima kasih mak. Kita sayang mak.

Macam ustazah dan Puan Suzanna cakap semalam, sepatutnya orang sekeliling kena paham, kena bagi semangat. Bukan kami taknak anak. Tapi belum rezeki kami lagi.

Aku berdoa semoga Allah tunjukkan laluan yang benar kepada kami, tetapkan iman kami, kuatkan semangat kami. Amin~~

Permata hati mummy.

Amanah dari Allah untuk kami.

Semoga kami terus bahagia...Amin.


Thursday, April 7, 2011

Minat baru: Menjahit manik.

Selamat petang.. Uhuhu.. dah siap lab work. sambil2 layan Hantu Kak Limah Balik Rumah. aku ada minat baru sekarang iaitu menjahit manik di baju sendiri. Start dari semalam lagi. Hari ni sambung. Mr. J tanya dah banyak ke siap? 20% in progressing abang oi... Tengah2 duk khusyuk jahit manik tetiba benang putus pulak. adess.. Dah hilang mood. Jap lagi sambung semula.. Nak kena relax dulu. Sambung esok ngan weekend pulak... Nak ambik gambar pun tak boleh sebab my BB rosak. uwaa... Nak kena format semula...

Dialog "Teknologi Nuklear Pemacu Wawasan" di RTM1.

Assalamualaikum dan selamat paggi semua...

Dah lama tak berblog. Alah. Kalau ko berblog ada orang kisah. Tak pun kan? hehehe. Tapi takpe, aku tetap nak berblog jugak. nanti nak suruh anak cucu baca.. Kadang-kadang aku terpikir jugak. Apa tujuan aku berblog? Nak tulis sepanjang akitiviti menjadi suami isteri? Seminggu sekali baru ada aktiviti. Itupun kalau ada aktiviti. Rasanya banyak rehat je kat rumah. Kalau balik kampung aku sangat sibuk dan letih. Kalau orang lain, seronok cerita pasal anak2. Balik kerja temgok anak. Aku ni suami jauh di mata, anak tak tau bila menjelma. So, tak bleh nak aktif blog sangat. Kalau Mr. J dah pindah sini mungkin meningkat sikit keaktifan. Kalau ada baby lagi aktif. InsyaAllah.

So, untuk taknak membiarkan blog ni bersawang. Aku nak jugaklah bercerita. Walaupun tau takde sape pun yang berminat kan. Hehehe...

Semalam, 6 April. Ada rancangan Dialog di Tv1. Memandangkan isu teknologi nuklear hangat diperkatakan sekarang ditambah pula dengan insiden kemalangan nuklear di Jepun. Ketua Pengarah aku berdialog di RTm bersama seorang Pensyarah dari UKM. Hangat jugaklah. Tiba-tiba ada rasa bangga jugaklah sebab aku salah seorang staff kat Agensi Nuklear Malaysia walaupun kakitangan sokongan. Sekurang2nya aku celik jugaklah.

Tapi agak geram jugak dengan statement beberapa orang pengkritik melalui facebook semalam. Cuba bayangkan, ada seorang akak tu mencabar Ketua Pengarah saya supaya buat construction nuklear belakang rumah Ketua Pengarah saya. Bayangkan.. Sakit hati tak dengar? Hilang akal ke ape? atau bahasa kasarnya. Cakap tu pakai otak ke? Pikirlah kak oi. Sebab tu Agensi Nuklear Malaysia ditubuhkan di tempat yang proper. Satu lagi silap pemahaman orang kita yang tak tau kewujudan Nuklear di Malaysia ni, diorang berpikir agensi ni buat bom. OMG. Bukan buat bom cik oi. Kami buat penyelidikan.

Ada yang cadangkan, suruh cari alternatif lain selain nuklear suruh tutup Nuklear Malaysia. masya-Allah.. Bercakap pakai otak tak abang oi. Kalau akak-akak abang-abang takut sangat radioaktif. Abang2 akak2 takyah pergi hospital nak scan ke atau nak jalankan radioterapi. Mana semua tu? mana source semua tu. Siapa yang provide semua tu? 

Sebab tu orang2 tua berpesan, kalau nak bercakap dengan lantang, biar penuh di dada. Cakap pung pang pung pang tak guna kak oi. Macam tin kosong. memekak je lebih. Isi hampeh.. Sedih dah ni. Taknak komen lagi... uhuhu.. sob.. sob...

Maaflah kalau terlanjur kata. Cuma terkilan dengan statement orang yang tak berpikir ke hadapan.