besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, July 13, 2016

Sambutan Aidilfitri 2016 - Raya Pertama

Ok. Mood tengah membuak-buak ni. Nak bercerita tentang raya kami.

Kami bertolak balik ke Kuantan pada malam raya. Sebab Mr Daddy masih bekerja sampai jam 11 malam. So sampai di kampung jam 4 pagi. Itupun sebab aku berkeras jugak nak drive bila Daddy kata dia mengantuk dan berhenti tidur di RNR Temerloh. Raya tahun ni giliran kampung Daddy. Tak sedih sangat. Sebab kampung kami berselang 2 kampung je.


Tema kami tahun ni kuning. Warna pilihan Daddy. Asal aku nak merah tapi Daddy hampir merajuk sebab dah 2 tahun aku tolak cadangan dia. Tapi puan bini sengaja cari jugak line merah untuk baju mummy dan Yaya. Kahkah.. Hensem jugak Daddy dalam baju kuning. Kihkih... Bila dah siap baju baju aku perasan. Dah macam bendera Selangor dah. Hehehe..

Tahun ni sengaja photoshoot gambar. Sebab nya tiap-tiap tahun kami bawak DSLR balik. Kita beria shoot gambo orang cantik-cantik. Tapi time gambo kami erm mengecewakan sangat. So, tahun ni Daddy setuju nak photoshoot sebelum balik kampung. Mummy gigih mencari pakej murah. Nanti mummy sharekan tempat kami photoshoot.

Raya pertama, hanya berjalan dalam kampung Daddy je. Untungnya sedara mara Daddy majoritinya tinggal dalam kampung yang sama. So, bangun pagi-pagi aku yang tak mandi lagi terus makan rendang ayam pencen masakan MIL. Aku ni tak kisah sape yang buat rendang, mak atau ma yang penting mesti ayam pencen. Kalo aku turn raya umah Mak aku pun aku request mintak ayam pencen. Along aku tak suka ayam pencen. Nasib kami tak turn sama-sama. Mak pernah cakap "Kalo mung turn sama dengan Along pening aku nak buat 2 rendang". Kahkah...

Pastu siapkan diri sendiri dengan Yaya. Daddy awal-awal lagi ke masjid masa Mummy tengah sememeh-sememeh. Sempat mintak tolong Mummy tolong pakaikan samping dia. Sempat lagi bisik kat Daddy "Ni nak sembahyang raya ke nak menikah?? Jangan cari pasal raya-raya ni.." Gelak besor Daddy. Takutler tu.. Kahkah...

Balik ahli-ahli imam kat rumah tu. Bersalam-salaman bermaaf-maafan dengan semua. Sesi bagi duit raya. Gambo? Nan hado. Sebab Daddy memang tak bawak balik DSLR. Kejam betul. Kesian orang lain pakai sedondon cantik-cantik. Takde gambar kenangan langsung.

Lepas bersalam salam tu. Kunci pintu rumah terus ke rumah Mak sedara Daddy. Kat situ ada moyang Yaya. Kebetulan ada sedara lain pun berkumpul situ. Beraya sampai petang. Rotate-rotate rumah.
Maghrib hari balik rumah Mak aku pulak. Ondeway tu singgah ke Tanah perkuburan arwah Abah (FIL) disemadikan. hanya Daddy dan Yaya masuk. Mummy keuzuran. uhuk uhuk...

Tanya Yaya baca doa apa untuk Tok Abah.

"Yaya baca Al-Fatihah, Surah An Nas, Surah Al-Falaq dengan Kulhulloh"

Alhamdulillah. Abah. Cucu abah dah pandai doakan Abah. Semoga Abah tenang di sana. Al- Fatihah.



Sampai rumah Mak bermaaf-maafan dengan Mak dengan Along dan Kak Sha (kak ipar aku). Sembang-sembang dah azan Maghrib. Lepas Isyak dapat tetamu. Sahabat Daddy dari kecik. Sebenarnye kali ke3 dah Fendi datang rumah sepanjang raya pertama tu.. Pagi raya diorang dah menyembang kat masjid. Pastu Fendi bawak wife dia ke rumah Ma yangs ekampung dengan dia. PAstu petang tu kami pulak beraya umah dia. Malam tu datang lagi ke rumah Mak aku.

Fendi ni kawan dari kecik dengan Daddy. Sekarang berkhidmat sebagai polis di Sabah. 2 tahun dah tak balik semenanjung. Tu yang melepas rindu pada kawan kecik dia.. Kahkah..

Tak syok betul tak banyak gambar. Hahaha. betul-betul sahut seruan Daddy ni "No gadgets on Hari Raya"

Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum..

Masih belum terlambat lagi kan nak ucap Selamat hari Raya Aidilfitri. Hari ni raya ke tujuh. Hari kedua bekerja. Syukur Alhamdulillah dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan dan Syawal kali ni bersama orang tersayang.


Salam Aidilfitri
Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga

Andai ada terlanjur kata,
Andai ada terlebih senda
Andai ada terkasar laku.