Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts
Showing posts with label kawan-kawan. Show all posts

Friday, March 25, 2016

TherapyBoutique & Mee Tarik Warisan Asli

Assalamualaikum...

I need therapy!! Meroyan apakah?? Kehkeh... Penat dah 4 hari kerja kat logi. Berhempas pulas kerja kat sana. rasa macam eh dah susut badan ni tang perut. Jangan tanya tang lain. macam mengecewakan je. Pastu boss cakap Jumaat masuk opis. Yess. Berangan nak pakai dress yang dah digosok berminggu-minggu.

sekali bila sampai opis ada pegawai tegur. "Uiii... Nak checkup perut ke hari ni??" Adoiii.. Spoil mood terus. Dalam hati ni Amiin kan je doa beliau. Kehkeh. Stress i tau. ingat orang puji :Uiii.. Susut perut nampak. kerja kuat ek? ke tak makan??" kahkahkah...

itu yang perlukan terapi sangat ni. cewwah. Kekonon.  Tengahari plan nak ke Bangi Sentral ambik baju yang dah reserved dalam online. Sebenarnya butik tu buat clearance sale. Iolls suke. Sedondon dengan anak lagi.

 Ni haa promosi nye. Saiz ada. Ape lagi. book dulu. Plan tengahri nak keluar. Nak pergi sorang-sorang takut jugak. Kebetulan student praktikal ada. Join diorang sekali menyinggah. Cuci-cuti mata. Kuikui...

Sesuai sangatlah tu dengan keadaan aku yang stress sebab orang tak puji aku susut badan. kehkeh....

Dah ambik baju menapak ke blok sebelah pekena mee tarik kat mee tarik warisan asli tu. Second time datang. First time opkos dengan Mr Daddy. Kali ni tak bagitau dia makn kat situ. Kahkah. Nanti dia jeles aku tak tunggu pergi dengan dia lagi. Lapo bang... I makan dengan adik-adik praktikal lah gitu.. Jangan mara aaa...


Mee Xinjiang. Bersepah sayur. Bukan aku punya. Sofia adik praktikal punye.


Aku amik beef stew soup noodle. Kenyang jugaklah. Portion. Time nak tulis ni lapo balik. MElampau pulak nafu serakah makan ni. Overall oklah. 2 kali dah datang. Nanti buat-buat teringin lah kat Mr Daddy. Makan lagi sekali. 


Thursday, August 7, 2014

Al-Fatihah Untuk Ayah Wan

Assalamualaikum.

5 Ogos 2014 bersamaan 9 Syawal 1435H. Salam Takkziah untuk sahabat saya sekeluarga atas kehilangan Ayahanda tercinta. Wan Mohamed Shah bin Wan Ramlee, berusia 58 tahun. Meninggal dunia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Tanjung Lumpur-Peramu. Allahyarham yang memandu bas Kolej Ikip dalam perjalanan menuju ke Kolej Ikip untuk mengambil pelajar dan bawa balik ke asrama. Didapati semasa memandu bas, pintu bas sebelah driver yang rosak tiba-tiba terbuka. Dikatakan Allahyarham cuba untuk menutup pintu iu, tetapi menyebabkan Allahyarham jatuh ke bawah, atas jalan. Bas yang bergerak tanpa pemandu itu menggilis Allahyarham dan terus terbabas ke deretan kedai tepi jalan. Allahyarham meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahurabbi. Berat dugaan untuk sahabat saya ini. Di kala itu Allahyarham sedang berpuasa sunat enam syawal. Allahyarham sangat baik, suka bergurau senda dengan sesiapa sahaja. Allahyarham ayah yang penyayang. itu memang aku akui.

Paling mebuatkan aku terkesan dengan pemergian Allahyarham. Pada Ahad sebelum kejadian, Sahabat ini mengajak keluarga termasuk Ayah nya ke rumah aku di Jalan Dengkil untuk beraya. Masa tu yaya seronok sangat duk panggil Atuk pada Allahyarham. Masa nak balik pun Yaya nak ikut balik. Tak cukup itu. Allahyarha dah gerak balik ke Kuantan. yaya mintak sahabat saya call Atuk. Beria bercakap dengan atuk nya. Allahuakbar. Saat ni aku menangis lagi.

Inilah wajah ceria Allahyarham. Seriously, arwah baik orangnye.
Gurau senda dia buat orang tak kekok nak bersembang
Nasihat nya bersama senyumannya memang takkan hilang.
Bersahaja je nasihat dia..
Orang yang rajin ke surau. even datang bermalam di rumah aku semalaman je. Nak mencari surau untuk solat berjemaah.

Allahuakbar. Tabahkan hati sahabat dan keluarganya menempuh dugaan ini. Kehilangan mengejut bagi kita semua. 


Sahabat saya dan Allahyarham Ayahandanya yang tercinta. Semoga tabah wahai sahabat. Allah Maha Mengetahui. Al-Fatihah untuk Wan Mohamed Syah Bin Wan Ramlee. Semoga Syurga untuk Ayah Wan... Amiinnn~~

*** Mohon pada yang ada terjumpa atau tersebar gambar Allahyarham yang berkeadaan menyayat hati. Mohon padam gambar itu. pikirkan perasaan anak-anak dan isteri Allahyarham. Allahyarham orang yang baik. Tiada dosa dengan anda. Terima kasih.

Monday, May 5, 2014

Terharunye...

Sungguh aku terharu. Bila ada insan yang selalu mendoakan aku. Yang selalu menjadi 'care' about me. Yang memahami aku dalam dia. Serius nak nangis.


Pepagi bukak FB. Nampak ni. Sob sob.. Terharu. Thanx kak. 6  tahun dah aku kerja di sini. 6 tahun aku mengenali Kak Intan Nuraini. Kakak dalam diam. Walau nampak cara kami kasar. Tapi itulah cara kami berkasih sayang.

Bila datang opis. Teringat kenangan-kenangan lama. bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Bagaimana susahnya menjejakkan kaki ke sini. Fresh graduate. Terus bekerja tanpa hiraukan apa jua jawatan yang ditawarkan. Matlamat. Nak tolong mak. Nak tolong Along. Butakan mata. pekakkan telinga. Dari bujang aku di sini. kemudian berkahwin. Dan sekarang dah ada anak. Nuklear Malaysia menyaksikan segalanya.

Alhamdulillah... Allah memberi tempat yang baik untuk aku. Allah memberi kawan-kawan yang baik untuk aku. Allah memberi keluarga yang baik untuk aku. Syukur. Dengan nikmat Allah....


Wednesday, April 2, 2014

Selamat Tinggal Dayah

Hidayah atau Dayah adalah Pegawai kontrak kat lab aku. Kontrak dia dah tamat Isnin baru ni. Minggu lepas bos aku nak belanja makan. Ajak aku sekali. Alhamdulillah rezeki. Bos aku suruh aku cari tempat yang sesuai. Aku dah mati kutu. Tak tahu apa yang sesuai. yelah. tekak orang aku tak tahu mana orang boleh makan mana tidak. Last sekali aku mintak Dayah yang cari tempat. Alasan sebab nak raikan dia. Hehehehe... Boleh pakai alasan gitu??

Sambil-sambil tu aku cari jugak tempat. So, Khamis lepas bos aku ajak lucnh. Dia tanya aku dah cari tempat ke. Aku cakap Dayah yang pilih. hehehe. Last-last. dah bincang pergi ke tempat pilihan bos aku. Mr Kabab Pakistani di Putrajaya. Dengan alasan Dayah tak pernah makan situ. Asalnya Dayah ajak ke Red Card di Bangi.

So, ke Mr KAbab lah. Aku pun rindu makan Nasi Mandy kat situ...


Aku pilih Nasi Mandy dengan lamb chop. Keutamaan aku untuk pilih makanan kalo ada kambing. Hehehe. Kami berempat. Bos aku, pegawai aku sorang lagi Kak Maz, Dayah dan aku. Sambil-sambil makan kitorang share lah tempat-tempat makan yang best. Banyak yang aku tak tau. lepas ni banyaklah tempat aku nak singgah. Hehehe.

So, Dayah punya last day hari Isnin. Weekend tu aku mencari hadiah untuk Dayah. Nasib ada idea. Dan tukang bungkusnya adalah Mr Daddy sebab puan bini tak kreatip nak membungkus.


Jeng-jeng. Comel tak Daddy bungkus. haahaha. Yaya pun terliur tengok. mintak Daddy bungkuskan hadiah untuk dia jugak... Isi dalam??? Rahsia....


Rupa-rupanya ada jugak untuk aku. Alhamdulillah. Budi baik dikenang jua kan..


Dapat tudung piiinkkkk..... Suke-suke. Macam tau-tau je kakak dia ni suka warna pink. terima kasih dayah.




Bergambar eknangan bersama. Dayah adalah yang pakai tudung hijau. aku??? Yang paling tua dalam gambar. Sigh. Obvious nampak tua dan gemuk bila bergambar dengan adik-adik ni... 

Apa-apa pun semoga Dayah dimurahkan rezeki kat luar. Dapat kerja best-best. Dapat jodoh baik. Nak kenduri jangan lupa jemput akak ye. oh ye. Dayah pun orang Kuantan jugak.... Good luck utnuk Dayah.


Tuesday, January 28, 2014

Wedding Bibi & Arief

Selamat Pengantin Baru Bibi Syahila dan Arief Izairy.
Bernikah 28 Disember 2013. 28 Januari baru aku wish. Kejam tak? Kehkeh...
Sorry ye Cik Bibi. Sibuk sangat.

Bibi ni kawan aku dari UMT. PAstu dapat kerja di Bangi duduk serumah dengan aku. Dialah tempat aku mengadu suka duka aku. Dia pun layaan je. Sekarang bila ada Yaya dia jadi mak angkat Yaya dah. Sekarang bila dah kahwin. Aku tumpang seronok untuk Bibi. Nanti bulan depan dah bolh duduk dekat dengan Uncle Arief dah.
 
Bibi sangat cantik kan dengan baju ni.

Harus ada kami.

Dan kami jugak.....
Selamat Pengantin Baru Bibi dan Arief. 
Semoga panjang umur, murah rezeki sokmo dan terus berbahagia hingga ke Jannah.
Semoga dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.
Aminnn~~

Thursday, June 6, 2013

Musim kenduri.

Sempena cuti sekolah ni ramai pulak kawan-kawan melangsungkan majlis perkahwinan. Masa 25 Mei aku tak balik so tak dapat attemd lah kenduri kawan universiti. Masa 1 Jun ada kawan sekolah aku buat resepsi belah lelaki pun aku tak dapat nak hadir. Sebab majlis besday Yaya tak putus-putus orang sampai ke petang. Maaflah pada kawan-kawan yang aku tak dapat hadir.

2 Jun aku berkesempatan ke majlis perkahwinan kawan sekolah aku. Kebetulan sekampung dengan Mr Daddy. Dah diundang oleh tuan badan. Campur pulak mak pengantin menjemput. Takkan tak pergi kot. Lagipun jalan kaki pun dah sampai.

Inilah pengantinnya. Nik Fatiha kawan sekolah aku.

Hoh. Abaikan makcik bertudung kuning itu okeh. Fokuskan pada pengantin sahaja. Yang tudung hijau tu coming soon. In sha Allah bulan 11 katenye. Seriusly, lauk kenduri tu sedap sangat. Walau simple. Gulai daging, sambal belacan dan ikan masin. Perghh.. Memang tak cukuplah. Tapii masa aku datang pengantin lelaki dah datang. Ramai pulak rombongan lelaki tengah beratur. Segan pulak aku nak menambah. Terasa sampai sekarang lauk nya.

Apa-apa pun semoga Atie berbahagia bersama suami tersayang hingga ke Jannah. Bertabah hadapi dugaan dan rintangan. Ok dear~~

Monday, April 29, 2013

Wedding Latisya

Uwaa.. Malasnya hari ni. patut aku ada kerja nak buat tau. Tapi sebab minggu ni nak balik kampung. Alhai malasnya.. Pastu pulak ada cuti tengah-tengah mingu. Bertambahlah malasnya. Uwaa.. rasa nak balik hari ni je... Hari ni aku pose. Malasnya nak bangun pagi tadi. mr daddy hampir nak cuti. Kemalasan melanda kami.

Ahad semalam aku ke Cheras ke resepsi classmate aku kat UMT di Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras. Kami 3 beranak pergi dengan Bibi. Bibi mintak Mr Daddy drive Lagi Best dia. Yaya duk belakang sama dengan Cik Bibi. Mummy dating ngan Daddy kat depan. Hehehe..

First time anak dara i berbaju kurung okeh.

Mummy ngan Yaya wajib posing dulu sebelum jumpa auntie pengantin. Kertu gilos aku.
Bergambar dengan pengantin

Yang join nya aku, Bibi dan Anez je. Tu dia Mikhail (son of Anez) behave je budaknya. Untuk Latisya, Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Bertabah untuk menghadapi onak duri dalam rumahtangga~. Amin....

Lepas kenduri tu, kami ke rumah Syu kawan aku di Shah Alam. Untuk melawat babynye Amani Humairah. Tak sempat snap gambar baby. Sebab Mummy dan Daddy sibuk melayan ragam Yaya. Dah semakin melasak ni aku risau betul kalau pergi rumah orang. Kebetulan Yaya nak tidur. Tu meragam comel je. Sori Amani. Nanti mokcik snap gambar Amani ye!

Thursday, January 31, 2013

Geder-geder opismate

Lama tak update blog. Almaklumlah balik kampung dari hari Rabu sampai Isnin. Perggh memang puas hati balik kampung. Awal tahun dah pulun cuti. Ishh... Azam tahun baru. Kumpul cuti nak pergi holidayke utara. Please lah Ijam... 

Oklah nak update jugak pasal gathering ( boleh panggil gathering ek??) sama dengan kawan-kawan opis aku. Oh ye. Sorang je ex-opismate. Ema baru je lepas bertukar ke Fakulti Farmasi, Uitm Puncak Alam. So, sempena dengan itu, dia berniat nak belanja makan bulan ni. Sambil boleh jumpa-jumpa sembang-sembang. Biasalah kalo dah berjumpa...

Kitorang berjumpa di Kenny Rogers kat Alamanda. Ema belanja. Wah. Memang rezeki. Thanx Ema... Semoga terus dimurahkan rezeki.

Makanan untuk menambah lemak.

Masing-masing dah bambam....
Sekarang tinggal kami bertiga dalam kumpulan..
Lepas makan sesaje meronda dalam Alamanda. Keluar time rehat. Masa pun semput sangat. Tak sempat lama. Berpisah jam 2 petang. Aku dah serabut nak mikir packing barang nak balik kampung petang tu jugak. Uhuhu.. nasib baik Mr Daddy cuti. Boleh tolong pack kan barang. Ambik Yaya dulu. Aku balik kerja terus bersiap balik. Sempat order pavlova untuk balik kampung...

Untuk mak satu. Untuk ma satu. ~~ Abis jugak....

Tuesday, November 6, 2012

Mini Housewarming

Alhamdulillah. Sempena aku berpindah ke kuarters ni dah 2 kali buat makan. Yang first hari tu sempena celebrate besday September's Ladies. Pastu baru-baru ni buat ala-ala housewarming. Ajak kawan-kawan opis dan sedara yang berdekatan. Dek kerana aku suka main masak-masak. So sumenye aku masak sendiri. Tapi agak sedih, aku ada cuba resepi bari Bengkang roti tak sikit tak menjadi. Malu nak perform. Simpan jelah dalam peti. Asalnya nak buat muffin yang simple tapi lupa nak beli susu segar walaupun dah 10 kali singgah kat Mini Market. Apakan daya. Perform jelah mana ada. Hehehe...

Spageti & Penne plus sos meatball.
Memang seronok buat makan-makan camni kan. Aku memang suka kalo ada orang nak berziarah rumah aku. Orang kata tetamu ni datang bawak rezeki. Kita jangan lokek dengan orang. Betul tak? Weekend ni ada orang nak datang lagi. Minggu depan pun dah ada yang book. Terima kasih pada yang sudi memeriahkan housewarming yang ringkas ni. Maaf andai ada kekurangan dari segi layanan, ketidakselesaan rumah,  makanan dan sebagainya. Ada rezeki jemputlah lagi... 

Paling best Yaya lah. Orang datang terkam dia je. Masa ada orang tak ingat ngantuk lah apelah. Orang dah beransur balik mula lah rasa sunyi. Mencari orang. Alhamdulillah ada jugak rezeki Yaya. Yaya dapat hadiah. Dah macam besday party pulak. Hehehehe..

Thanx to Auntie tasha and auntie Nana. Comel isinya. Nanti Yaya pakai mummy snap gambar ek..

Monday, October 1, 2012

September's Ladies Day

Ape kes dah masuk Oktober pun masih nak bercerita pasal bulan Setember punya cerita. jawapannya. Saya nak abadikan moment best dalam hidup saya sebab ni blog saya. hehehe...

22 September lepas aku kumpulkan kawan-kawan yang senang nak datang around KL dan Bangi untuk celebrate besday kami semua. Alhamdulillah, meriah tak dirancang. Dengan makanan, dengn keriuhan anak-anak. Dengan keriuhan kami bersembang. Sesekali bekumpul.

Menu yang ada pada hari tu ; spageti meatball (aku buat~~ Chewwah), kek, kuih raya yang masih berbaki, kuih bomb yang Bibi bawak dan special dish roti nan dan kari ayam kampung Pakistan punya tau. Jom kita layan gambar-gambar sepanjang hari tu.

Ni antara menu yang ada..

Spageti Meatball

Roti Nan yang dibuat oleh Bahiyah dan suami. Sedap!
ni pengasuh Yaya,, hehehe,, jangan marah~~

september's ladies except baju ink tudung hitam. Gemuknya aku~~

sebahagian La'fea group. 3 dah berpunya sorang lagi single n availabe.
Anak dara I yang wajib ada dalam blog mummy.

Tuesday, September 25, 2012

Wedding @ Meru, Klang.

Sabtu lepas dapat jemputan ke majlis pekahwinan coursemate UMT di Meru, Kelang.. Sambil-sambil tu boleh jumpa kawan-kawan lama. Kira mini reunion jugaklah...

Sebelum tu, ada makan-makan sikit kat rumah aku. Order red velvet cupcake. Odah dari Melaka, Bibi ngan member sekolah aku. Kitorang car pool satu kereta. Test drive lagi best Cik Bibi. Memang best lah. Mr J lah best as a driver...

Red Velvet unuk besday girl.





Macam artis dah aku rasa. Siap ada paparazi lagi snap..




inilah pengantin nya.. Seiras kan diorang.
Mummy Daddy Yaya harus nak ada gambar dengan pengantin seiras ni.
Ala-ala mini reunion Sc. Biology UMT lah...