Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label My Kan. Show all posts
Showing posts with label My Kan. Show all posts

Tuesday, October 1, 2013

Aku dan Encik Polis trafik

Pagi tadi macam biasa aku hantar Yaya pergi rumah Mama Nor nya. Ondeway tu memang selalu ada road block tau. Sekarang ni aku agak cuak sikit sebab lesen aku belum renew since besday hari tu. Masalah utama aku tak sempat. Bila ada kesempatan aku pergi JPJ penuh sangat. Lunch hour sejam. Pastu pergi pejabat pos tunggu punye tunggu sekali OFFLINE! Adess.. Memang menguji kesabaran.

Jadinya aku belum renew lagi. Nak jadi kebetulan hari ni. Ada road block lagi! Hari ni aku bawak Cik Is Mr daddy. My Kan masuk bengkel. Tak sihat sikit. Asma kot. Hahaha.

Nasib baik road tax hidup. Aku pakai seat belt. Yaya pun pakai seat belt. Sekali. Encik polis tengok semacam kat kereta aku dari jauh. Dia tahan wei.. Aku dah cuak. Alamak. Kete Daddy ni over modified ke. Tinted gelap ke. No plat tak lepas spec ke. Sebelum ni ok je.



Dia suruh ke tepi. Sambil tangan tunjuk kat bawah kete. Argghh. Plat ke?? Kebetulan pulak ada 2 orang lagi encik polis kat depan tu. Dia tengok aku tengok kereta. Aisshhh.. Bikin stress.

Aku pun keluar dari kereta. Encik polis pun tunjuk kat bawah kereta. Ada berjuntai apa ntah. Aku pun tengok. Rupa-rupanya, lampu bawah Cik Is dah roboh. Adess. PAtut dari tadi ketang ketung ketang ketung. Ingatkan aku seret batu ke apa. Encik polis tu cakap. "Awak sangkut je". Sambil gelak-gelak. Aku pun sangkut je. Hahahaha. Mengikut arahan betul

Padahal dalam hati ni cuak gila. Jangan dia mintak lesen sudah. Aku pun say thanx. Cabut dengan keadaan cool. Pastu gelak sorang-sorang. Budak kecik sebelah aku buat muka pelik.

Terima kasih encik polis concern abaout me. Cewwahh. Nanti saya renew lesen. Saya janji!!

Tuesday, June 28, 2011

musim kereta rosak @ repair kereta...

minggu ni musim kereta rosak ke? kereta-kereta sekarang mogok ke? oopppss. ni aku cite pasal keliling aku je. means orang-orang kat opis aku je.tak bermaksud nak suruh kereta orang lain rosak ye..... situasinya seperti berikut...

i-  opkos My Kan yang merajuk sampai cekit leher aku. masalah driveshaft (semalam aku tulis drainshaft ek~~ salah. driveshaft sebenarnya..) yang mencekik aku beratus-ratus hengget. i remind u My Kan ok. behave yourself ~~ ni meroyan takde anak. marah kat kereta sendiri.

ii- student praktikal kat tempat aku inform nak balik awal semalam. sebab kereta dia rosak. masalah lebih kurang denagn My Kan jugak. lagi ngeri bila absorber pecah jugak. kereta mahal dowh. lagi rabak nak kuarduit. student tu....

iii- ada penolong pegawai kat sini pun alami masalah kereta rosak. aku tahu pun sebab aku tunggu Kak Nora (kak, thanx tumpangkan orang ke opis~ budi baik akak akan dikenang jua). penolong pegawai cite kat bos kereta dia prob. takleh stat. even jumping bateri pun tak jalan jugak. sudahnya, wife dia terpaksa ambik kat pejabat.

iv  - tadi masa aku pergi opis. nak tengok surat. ternampak memo dari seorang pegawai untuk bos dia kebenaran keluar pejabat. alasan nak repair driveshaft patah jugak. eh, baru semalam sembang dengan pegawai ni pasal driveshaft My Kan patah alih-alih dia kena pulak hari ni.

mungkin semua ni kebetulan. tapi dalam masa 2 hari sekejap serentak boleh berlaku.musim ke atau kebetulan. so, korang cek-cek jugaklah kereta. kereta ni kalo merajuk abislah. tak agak-agak nak kena kuar duit. aku dah seram ngan timing belt. nak tukar sekarang memang tak mapu dah. My kan. bertahan ok.

Hilang mood sebab My Kan..

betul-betul down... uhhh.. My Kan oh My Kan... tolong jangan buat perangai lagi ye... saya dah down sangat-sangat.. mood nak update. mood nak kerja.. semua hilang. semua pasal My Kan tau... sampai tahap tengok maharaja lawak semalam pun tak tau nak gelak part mana. sampai tahap tengok abang jijan pun rasa nak meletup nak marah. awak punya pasallah ni My Kan. saya hilang masa untuk berhibur bersama abang jijan saya tu. 

My Kan.. kembalikan semangat saya.~~~ semalam pergi amik My Kan kat klinik dia. Brader tu bagi diskaun 10 hengget je.. uhuhu.. tapi takpelah. boleh buat beli makanan bagi hilang stress. tapi serius memang aku stress sangat. penat satu hal. pikirkan My Kan lagi. tapi orang lain kalau susah hati tak lalu makan. tapi aku berganda-ganda makan. uhuhu...

tengahari dah stat makan nasi kerabu yang memang giler banyak. orang Kelantan kat area rumah yang jual. sedap jugaklah (sempat lagi promo makan~ hampeh betul). petang balik keje nampak mee goreng yang dimasak petang ahad tu untuk bekal Mr. J naik bas. ada lagi. aku tibai lagi. Lepas ambik My kan. nampak ada sardin lagi. lenyek-lenyekan dia. aku nampak ikan sardin tu dah macam MY Kan dah.. lenyek sampai lumat. mintak Bibi sapu planta kat roti. sapu sardin. makan sampai puas. tapi tak puas hati jugak.

lepas mengajar tu jemur kain siap-siap. sental dapur. lepas geram. kecik hati dengan My Kan tau... tengah-tengah kemas nampak ada roti lagi. 3 yang terakhir... sardin ada lagi.. ambik planta. terus sapu. puas hati aku. makan sampai abis. basuh apa yang patut. terus tido.... My Kan punya pasal....

Hari ni gie kerja pun slow-slow jw bawak My Kan. walaupun dah lambat keluar. takpelah. sanggup demi nak jaga My Kan. kalau My Kan buat perangai jugak tak taulah.....

Monday, June 27, 2011

My Kan


sob sob sedih.. My kan sakit.. masa balik dari terengganu hari tu tayar dia bocor. pastu bawak pakai tayar spare. redah jugak bawak balik Bangi. tak sempat repair kat Kuantan. nak masuk kerja punya pasal. pastu, ahad baru ni Mr. J bawak pergi kedai tayar. nak tengok tayar dia. sekali memang bocor abis daa.. uhuhu.. sedih.. tukar tayar lain.. ambik second hand dulu. RM3+ melayang. ok. Tabah lagi. 

petang sabtu bawak My Kan pergi i-city Shah Alam. nak dating punya pasal. Ondeway nak balik ada bunyi tak best kat tayar depan pulak. Mr J bawa slow2. tapi still bunyi. Alhamdulillah sampai jugak.. pastu pagi-pagi Mr J nak beli roti kat kedai depan. try bawak My Kan tu. Mr J cakap takde bunyi pun. Ok. just pikir semalam My Kan letih sangat kot atau dia merajuk tak ajak dia masuk wayang. 

tengahari cuba pujuk My Kan. bawak My Kan pergi Tesco Nilai. nak beli barang dapur sikit. Dah lepas Nilai 3 My Kan buat bunyi lagi. kuat-kuat lak  tu. bunyi tu datang dari tayar depan. bawak slow2 lagi. tapi sekali tu bunyi sekali dengan pakej "parp prap". macam ada something langgar besi je bunyi. dah cuak gila. Mr. J berenti tepi jalan. Mr J cek. macam takde apa. tak tau dari mana bunyinya. so terpaksa decide patah balik ke rumah atau cari bengel berdekatan. ondeway balik pun berapa kali Mr. J berhenti. takut ada benda yang patah. My Kan betul-betul dah merajuk ni. Hati aku lagi merajuk tau My Kan. ko tau-tau je gaji kan. baru ajak pergi i-city sekali ko nak memberontak. Marah ni. tapi mungkin My Kan penat kot. Dari Bangi ke Kuantan. Kuantan ke Terengganu. Terengganu ke Kuantan. Kuantan ke bangi. mau tak jem. kesian My Kan. Janji taknak bawak My Kan jauh-jauh lagi. My Kan dah penat sangat. Takpe-takpe. Nanti bawak Cik Is pulak ye..

Wah My Kan.. tadi mekanik cakap dua-dua awak punya 'drainshaft" (de dryshaft) jem abis. Pastu lengan awak pun dah nak patah. Kena tukar. My kan. saya tukarlah. kesian kat awak. Tapi My Kan.. tadi mekanik call lagi. brek awak pun sudah teruk. kena tukar baru. kenapa sekarang awak sakit teruk. saya tak bersedia lagi tau tak. saya memang nak anto awak pergi servis. saya dah janji kan. tapi bukan sekarang. samapi ati awak buat saya macam ni. RM4++ melayang. tak kesian kat saya ke... 

lepas ni awak jangan nak merajuk nak memberontak macam i lagi tau. saya dah cakap saya buat satu-satu. sabar sikit ye. saya bukan anak raja. ingat pesan saya. 

** ni abanglah. selalu sangat duk puji Mr. Alza depan My Kan. dia dah lemah semangat....
* dah sedih sangat. nak layan Maharaja Lawak pun dah spoil mood...