Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, September 5, 2014

Toyibban Sushi, Bangi Gateway

Aku baru mencuba makan di cafe ni. Orang lain mungkin dah lama kot. Aku je baru nak excited tak tertahan nak share. Takpe. Kalo benda sedap aku share. Hehehe..


Cafe ni terletak di Tingkat 2 Bangi Gateway. Muslim malaysia yang jual dan buat. Jangan risau. Nama pun toyyiban kan. Aku dan Mr Daddy suka sangat feel-feel korean. (mata ke atas, tangan di bahu). Sang isteri dah lama mengidam nak makan situ. Masa puasa baru perasan cafe ni makin banyak ekrusi mejanya. Ajak pergi masa Syawal. Mr Daddy kerja. Ganti tempat orang. So, diberi kesempatan jugak merasa.


Ini antara sebahagian yang kami order. Ada lagi sushi yang belum sampai. Tapi dek kerana Mr daddy tak tertahan dengan ramen korea tu. Aku snap dulu. Hahaha. Ramen @ rameyon tu oklah. macam megi kita juga. Cuma payah sikit noodles dia nak putus macam megi kita yang cepat kembang dan putus tu. Mr Daddy suka sangat. Asik terliur tengok Si Yoo Jae Suk duk makan dalam Running Man. Yang aksesori pun banyak.

Aku order lebih kepada sushi dan takoyaki. Sedap jugak. Sama macam sushi king jugak. Harga dia sangat affordable. Makan bagai-bagai ni baru RM21. Kimchi sepinggan tu caj RM2. Daddy said "Uih.. Sama macam mummy buat. Pas ni mummy buat sendiri jelah" kembang sat.. Nak resepi kimchi kat SINI ye..... Teh hijau dikira berapa cawan yang minum. RM 1 secawan. Walau seorang tetap diberi satu jag. Tapi kira cawan sahaja. Contohnya. Aku dan Mr Daddy 2 orang means 2 cawan. Air sejag. Untung tuh... So, recommend lah untuk yang nak makan suka-suka...

Rindu!!

Rindu sungguhlah kat blog ambe ni.. Sibuk sangat tu taklah. Tapi nak buat satu entry Ya Allah punyalah lama. Asal nak taip. Ada orang call. Nak buat entry, orang ketuk pintu bilik. Dah balik semula memang tak hadolah nak sambung taip. Mood kelaut bila termengah-mengah. Hari ni nak marathon jugak. Tak kiralah orang baca atau tak. hehehe. Sayalah blogger syok sendiri. Boleh??

Kerja macam aku ni kadang-kadang perlukan kena keluar dari bilik. Ke lab. Ke kerja lapangan. Kadang-kadang gie pantau alat. Lately, banyak pulak alat merajuk. So, banyak nak kena repair. Sampel bertimbun-timbun lagi nak run. Kalau banyak kerja banyak je menanti. Kalau takde keje relax sampai nak angkat badan sendiri pun tak terlarat.

Kadang-kadang sempat jugak mengulor. Tapi sekejap je. Tak lama. Kalo lama kena piat cenggini. Boss bahagian aku instinct kuat sikit. Macam tau-tau je. Heheheh


Alhamdulillah life ok. Bergerak ikut flow yang baik. Syukur. Diberi kesihatan yang baik. Masa yang baik. Kewangan yang baik. Kalo ada rezeki lebih syukur Alhamdulillah. Yaya pun bertambah baik. Bertambah pandai. bertambah panjang akalnya. Silap haribulan dia membebel kat kita mengalahkan orang tua. Kuikui. Ikut sape tu???


Bak kata Yaya "sonok sonok sonok..," Versi abang kembarnya lah. Apalah aku membebel ni. Ok nak buat entry lain. Nak share aktiviti dan kedai makan baru pergi. Aku baru pergi. Orang lain dah jemu kot makan situ. Hehehhe