Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, February 28, 2014

Stew Kimchi

BAru setelkan satu kerja. Banyaknye gambar tertunggak dalam kamera. Cuba untuk update satu persatu. Sementara tengah tunggu pegawai atau student datang ambik data. ginilah kerja aku. Run sampel. sekarang lagilah bertambah alat kena handle. Kena bahagikan masa.

Ok. back to topic. HAri tu ingat tak aku ada share satu gambar kimchi. Itu homemade kimchi aku. Sekarang kan Mr Daddy sangat addicted dengan kimchi. Atau perkataan lain makanan korea. Plan nak ke Sweetree Restaurant tu. Dengar cerita makanan korea situ halal ek. Nak jugak cuba.


Now nak cite bulan lepas aku peramkan kimchi tu. Resipinya aku rasa senang. Sebelum ini aku ada buat tapi tak upload pun seab tak sempat. Sebelum ni aku buat dia macam basah sikit sebab ikut cara tambah tepung pulut masak tu. Mr Daddy kan jenis explore. Dia tengok real korean buat kering punya. Dia suruh aku buat cenggitu pulak. So nak share resepi Kimchi dulu.

KIMCHI

Bahan-bahan

1biji kobis panjang ~ digaul dengan garam dan biarkan sehingga 4-5 jam. Kemudian dibilas.
Sebatang carrot ~ disagat halus memanjang
Sepokok daun batang. ~ Dipotong

kimchi paste:
1/2 labu bawang putih ~ dikupas dan sagat - aku blend je.
1 labu bawang besar ~ blend
4 sudu serbuk cili (BABAS) ~ mengikut kepedasan sendiri
2 sudu sos ikan
Sedikit gula. 

CAra kimchi paste tu aku blend semua. Pastu masuk ke dalam bekas sayur-sayur tu. 
Terpulang. Jika mahu panjang salutkan. Kalo rajin potong kecik-kecik. Gaulkan. Macam orang korean buat tu. Hehehe... Pastu peram. Kalo nak peram lagi masam letak je luar peti.

Rasa kimchi masam-masam tengik. Boleh guna perkataan tengik?? Hehehe. tengik sebab bau bawang putih kuat. Daun bawang lagi tambah bau. Tapi Mr Daddy cakap sedap. aku pun tak tahu sedap ikut mana. Sebab aku bukan penggemar sayur tegar... 

Lepas agak-agak kimchi tu nampak mengiurkan Mr daddy request pulak buat stew kimchi. macam geng Running Man selalu dok buat. bukan Running Man je, 2 Days 1 night pun buat. So, google jugak aku ni mencari. Dapat cari kat maangchi. 


Ni stew kimchi. Aku hanya tambah tauhu dan serbuk cili untuk tambah pedas. 





Ni daging goreng garing pedas. Resepi nya aku dah lupa amibik kat mana. Nanti aku kredit kan semula ye.. Serius sedap....



Tu dia semangat anak aku nak makan pakai chopstick. Gigih tu. Hehehe. Takpe. Mummy dah belikan chopstick untuk budak punya. 



Yaya di Kedai Makan Upin Ipin

Assalamualaikum.. Lama tak berblog. Adess. Seriously sibuk sangat lately.. Stress pun ada. Lama tak cite pasal anak dara sorang tu. takpelah kalo takde yang sudi nak baca. Nak abadikan. Tapi. nanti nak cite jugak pasal kimchi. Aku dah lama nak share. Tapi sebab kekangan masa tu.. Tak dapatlah...



Ok. Nak cite pasal keobsesan anak dara aku sorang ni pada kartun Upin Ipin. Mana-mana pergi nampak Upin Ipin mesti bising mulut dia "Pin pin!!" "Mama.. Pin Pin!" "Dedi. Pin Pin!!" Uwahaha.. Stress mak nok... Nampak sticker kecik pun dia kenal.. Taklah stress mana pun. Saje je nak bagi gempak.

Hari tu pernah sekali bawak Yaya pergi klinik sebab dia demam. Kebetulan selisih ngan sorang budak lelaki around 5 years old. Kepala dia memang rambut nipis-nipis je.. Terus Yaya cakap kat Daddy "Ma.. Pinpin!!" Kuat pulak tu. adess. Nasib baik adik tu berlalu je. Tak paham kot ape Yaya cakap. Aku dah gelak-gelak kat depan.

Minggu lepas ke PKNS Bangi nak cari susu Yaya di Billion. Lepas beli susu. Aku pergi kedai barang baby. Belek-belek baju untuk Yaya. Mr daddy cerita dia tengah bertarung dengan Yaya. Kisahnya Yaya nampak budak around 7-8 years old pakai baju Upin Ipin. Dia kejar budak tu sambil tunjuk gambar tu. Nasib baik bapak budak tu ok je layan.


Aduhai anak dara aku sorang ni. Macam-macam ragam. tengoklah keeksaitedan nye. Semalam, lepas opis kami cari tempat nak berbuka puasa. Keluar ke Bandar Baru Bangi baru jam 6 lebih. So, aku ajak Daddy pergi Warta jap. Ke kedai Mr DIY dan Giant. Yaya paw bola tu ha. Siap jerit kat giant lagi. "Nak ball!!" ades. Beli terus senyap. Pukul 7 gerak keluar dari Warta.


Kita ke Kedai Makan Upin Ipin. Actually, aku beli voucher dari Groupon. BAyar RM15 untuk voucher RM30. oklah kan. 50%. Semalam makan pun Daddy tambah plak around RM15.. Sesampai je depan kedai tu dah bising dia. "mammi. Pinpin!!" Sambil tunjuk gambar tu.

Dah masuk kedai Yaya jadi sedikit jakun. Hahaha. Merata-rata Upin Ipin. Mata dia asyik tengok kat cermin ada gambar Upin Ipin.


Muka obses dia.

Macam-macam soalan tanya kat Daddy
Ada ditayangkan kartun tu kat situ.
Khusyuknya dia tengok. Macam orang beshar dah.
Nasi Ayam BBQ daddy punye.
Mee Kari aku order.
So far Oklah makan kat sini. Sedap sangat hingga menjilat jari tu taklah. Tapi sebab sebagai reward untuk anakanda sorang tu sebab dia behave. Dia boleh panggil Mummy dan Daddy dengan lancar. Dan boleh bezakan sape Mummy, sape Daddy, sape Mama. Alhamdulillah.. Seronok bila tengok anak seronok.

Thursday, February 13, 2014

WW ~~ Kimchi


Ce teka apa benda ni?? Rabu kan? Kurang kata kan. Ini adalah homemade kimci. I'm doing myself. Tengok hari ni apa aku nak projek dengan kimchi yang dah lama aku peram ni. Resepi kimchi aku bagi nanti.


Wednesday, February 12, 2014

Ketam Bertelur Masin



Alhamdulillah. Rezeki tengahari hari ni. Kebetulan Mr Daddy off kerja. Semalam dah shift malam. Masak special sikitlah. Kebetulan stok ketam yang Ayah kirim hari tu banyak lagi. Kita kasi habislah. Nanti buat drama sedih lagi ngan ayah. Untung-untung dapat lagi. Kehkeh...

Stok telur masin ada. Daun kari ada. Yess. Tak habis duit kat kedai. Jom main masak-masak.

Resipi:

Bahan-bahan
Beberapa ekor ketam ~~ depends pada stok anda
Tepung jagung
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menggoreng.

Cara-cara:

Gaulkan tepung jagung, lada sulah dan garam. Lumurkan pada ketam. Goreng sehingga masak.

Untuk sos.

Bahan:
3 biji telur masin  ~~ rebus dan hancurkan
3 sudu butter
4 ulas bawang putih  ~~ diketuk
2 tangkai daun kari ~~ nak daun saje tau. tangkai kasi buang
Cili padi ~~ dipotong nipis. terpulang ikut kepedasan masing-masing
Susu cair
Garam (jika perlu) ~~ Saya tak bubuh

Cara-cara:

Cairkan butter dalam kuali. Tumiskan bawang putih yang diketuk. Masuk cili padi yang dipotong dan daun kari. Masukkan susu cair. Kacau sebentar hingga mendidih. 
Tambahkan telur masin yang dihancurkan tadi. Perasakan dengan garam jika belum masin. Siap!


 
 


Tuesday, February 11, 2014

Nasi Mandy Kebab Daging untuk Daddy

Hari tu kononnya nak buat surprise. Tapi otak ni malas nak pikir banyak. Tanya kat Mr Daddy nak makan apa special-special tak. Mr Daddy jawab terasa nak makan NAsi Arab Kebab daginglah. Aku pun apa lagi. Cek barang. Ok complete. Boleh buat.

Masuk ni dah 2 kali aku buat. First time buat Mr Daddy cakap lepas ni takyah pergi Mr Bariyani Kabab dah. Ala. Yang kat Putrajaya tu. Dia cakap yang ni dah terbaik dah. Kenyang. Boleh makan banyak-banyak.

Nasi Mandy Kebab Daging.
Macam tak clear je gambar kan. Mr daddy lah ni snap. Lepas solat Subuh aku masak ni. Dengan bantuan Mr Daddy Alhamdulillah. kenyang sampai petang.

Kebab daging.
Sos cili superb.

Acar salata.

Monday, February 10, 2014

Return of Supermen

Aduhai mengantuk sungguh mata ni. Ni semua penangan Return of Supermen. Korang layan tak show tu kat channel KBS world. Salah sendirilah kan. Dia tayang petang-petang sibuk gie berjalan. Kena tengok yang malam punye show.

Ni haa show return of supermen tu. Aku amik gambar dari google. Terima kasih google.

kredit to google

Show ni pasal bapa-bapa di kalangan selebriti di Korea dan Jepun (Sunghoon) menjaga anak-anak dia sendiri tanpa isteri. Bapa-bapa diberi misi tertentulah yang ditinggalkan oleh isteri dia. Si isteri pulak pergilah nak berjalan ke mana. Atau ada kerja luar. Dalam masa 48 jam.

Ada 4 orang bapa. Sunghoon, Tablo, Hwijae dan Hyungsung. Serius comel tengok diorang ngan anak-anak masing...

Thanx to google.
Ni adalah anak-anak diorang. Yang atas tu kiri Nama nya Lee Haru anak kepada Tablo. Yang atas kanan Junu dan Junseo anak kepada HyungSung, yang bawah kiri Sarang anak kepada fighters Sunghoong. Yang bawah kanan si kembar Seouon dan Seojun anak kepada Hwijae.

Bagus tengok show ni bersama suami. Sama-sama belajar cara mendidik, emmikat hati anak-anak. Yang baik-baik sajalah kita terima. Especially untuk lelaki. Belajar menjaga anak tanpa isteri di sisi. Mr Daddy excited sangat tengok.

Paling aku dan Mr Daddy suka tengok adalah keletah Sarang dan Lee Haru. Sebab dah macam Yaya aku tengok. Dirang tu dah baya-baya Yaya dah. Keletah dia buat aku teringat kat Yaya. So, aku tahu lepas ni camne nak pikat hati Yaya. Apa aktiviti yang boleh dibuat bersama Yaya.


 Kenapa aku suka sangat kat Sarang ni. Sebab Sarang kuat makan. Sama macam Yaya. Kuat makan. Banyak scene dia lebih kepada makan je. hehehe. Comel je. Dia pun rapat dengan ayah dia. Memang salute habislah kat Sunghoon. Pandai jaga anak dia. Baru-baru ni isteri Sunghoo, Shiho model tu buat wish nak tambah baby, baby boy. Sunghoon taknak. Konon-konon dia sibuklah apelah. Tapi sebenarnya, dia sayangkan sangat kat Sarang. Dia taknak kasih sayang dia berbelah bagi. So sweet..


Ni sorang lagi. Lee Haru. Comel je. Sebenarnya dia tak suka pakai skirt. Mula-mula aku tengok awal-awal episod ingatkan lelaki. Rupa-rupanya gugurl. Suka sangat dengan ikan. Apa je dia buat mesti nak kaitkan dengan kehidupan laut.. Ni bila dia ke kelas tarian ballet. Bagus dia dengar cakap cikgu.. Apaknya Tablo pulak susah hati. Bila pergi kelas memasak. Tablo je apak yang lain sume mak. Kehkeh. Comel...

Paling comel tengok keletah si kembar Hwijae tu. Aku salute dengan diorang ni. Walau selebriti makanan anak adalah dititkberatkan. Contoh pada kembar Hwijae. Makanan diberikan adalah masakan sendiri. bukan nestum. Bukan dibeli segera. Sanggup masak bubur sendiri. Yang bagusnya Hwijae sendiri terdidik serve anak dia camtu. Walau tanpa isteri, anak kembar pulak tu.. Dia mampu masak untuk kembarnya. Semalam, Hwijae siap marah mak dia lagi sebab suap anaknya makan mashed potato. Yelah. Dah ada butter. Bergaram. Tak elok unuk baby kan.

Tapi kagum pulak aku dengan diorang ni. Memang diorang takde pembantu rumah ke. Ke dalam show ni je tak tunjuk. Hehehe. Kalo betul takde memang aku kagumlah.



Friday, February 7, 2014

Makan-makan family

Bila tengok semula gambar-gambar dalam kamera. Baru terperasan ada moment belum share rupanya. Balik kampung minggu lepas. Along dan Kak Sha ajak keluar makan. Aku tanya jugak sempena apa?? Katanya "Sempena menyambut kepulangan adik dari kejauhan" Cehh.. Perli gila ayat. Nak wat camne adiknya payah nak balik. Kui kui.... Alhamdulillah... Rezeki balik kampung.

Tempat sudah dibook oleh KakSha. Tempat pebret kami. Horizon garden. Makanan terbaik superb sedap. Kali ni layanan super tip top. Pelayan muka ala-ala Khairul Fahmi Che Mat. Dahlah kecek kelate. Memang jadi bahan lah dia.

Lauk-lauk yang superb sedap.
 Daging sizzling tu teringat-ingat kesedapan dia. Lala da tomyam. Pergghhh....


Sementara menunggu lauk sampai..

Cinta-cinta hati saya semuanya....

Tu diaaa... Ada bran kaco Yaya?? Ada superman jaga...

Takde surprise ke??

Salam Jumaat. Since semalam ramai tanya aku takde surprise ke untuk besday Mr Daddy?? Bagi hadiah ape untuk Mr Daddy? Wahh. Gitu concernnya. yelah. Tahun sebelum-sebelum ni ada jugak surprise. Setakat ni takde celebration lagi. Sebab bini Mr Daddy tak sihat dan mood kat kampung lagi. Boleh alasan gitu???

Betul. Aku tengah tak sihat ni. Balik dari cuti hari tu mengadap kerja. Sampel bertingket-tingket. Lagi pulak sekarang aku kena tambah satu lagi alat untuk in charge. Mr Daddy pun tak kisah. Bukan takde surprise. Tak besday pun ada surprise. Tak gitu Daddy??

Sekarang ni batuk dan selsema melanda. Sampaikan bersin dan batuk pun aku tak boleh bezakan. Abis semua jenis air keluar. Plan weekend nielah In Sha Allah kalo diberi kekuatan. bolehlah masak special sikit untuk Mr Daddy.

Tapi kan... Semalam, Mr Daddy ada cakap "Nanti abang cuti kita gie makan kat luar yek. Abang belanja" Aikk. Besday boy pulak belanja. Pun bolehh... Tengoklah camne nanti. Tak larat sangat ni. Yelah. Balik kampung tak duduk diam. Ada kenduri pulak tu. Dah nama kenduri Takkan nak duk saje pulak kan.


Thursday, February 6, 2014

28th Birthday Mr Daddy

Cewwah. Gambo masa mula-mula kawin.
Alhamdulillah. Hari ni 6 Februari genap usia Mr Daddy 28 tahun dilahirkan ke muka bumi ini. Terima kasih MA (my MIL) melahirkan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab lagi penyayang.

Aku bersyukur sangat kepada Allah menganugerahkan sumai yang baik dan supportive bernama M Jummary Bin M Adnan.

Abang..
Sayang doakan semoga Abang panjang umur murah rezeki.
Sayang doakan semoga Abang dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik.
Sayang doakan semoga Abang dilindungi Allah dan berada dalam rahmat Allah sepanjang masa.
Sayang doakan semoga Abang terus menjadi hamba Allah yang soleh, anak yang baik, suami dan daddy yang penyayang.


Abang...
Terima kasih sudi memperisterikan sayang.
Terima kasih sudi menerima buruk baik perangai sayang.
Terima kasih sudi menanggung dosa-dosa sayang setelah lafaz ijab dan qabul.
Terima kasih sudi melindungi isteri dan anak mu ini. 


Abang....
Maaf andai Sayang bukan isteri yang terbaik yang Abang impikan..
Maaf andai ada perkataan atau perbuatan yang mengguris perasaan Abang..
Maaf andai ada kekhilafan dalam diri Sayang selama kita bersama.
Maaf andai ada dosa yang tertanggung oleh Abang dalam ketidaksedaran Sayang...

Abang...
Doa sayang agar hingga terus bahagia dalam kehidupan sementara ini. Bimbinglah diri ini. Hingga kita terus berbahagia hingga ke Jannah. Aminn. Mummy dan Yaya sayang Abang......