Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, April 13, 2016

Majlis Apresiasi 2015

Assalamualaikum.....

teaser sikit.. Hehehe

Alhamdulillah. Semalam selesai Majlis Apresiasi untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi di Ballroom Hotel Istana Kuala Lumpur. Alhamdulillah setelah 8 tahun berkhidmat dalan perkhidmatan awam. Sampai giliran aku untuk terima APC. Syukur. Alhamdulillah...

8 tahun dah ek berkhidmat. Sekejap je masa berlalu. 8 tahun kerja rasa macam baru sangat. ramai lagi senior tak kenal aku. Padahal memang tak famous langsung. Kahkah. 8 tahun penuh suka duka. 8 tahun jadikan aku manusia yang makin matang. 8 tahun yang buat aku kenal dengan seribu satu perangai manusia. Alhamdulillah. Cikgu terbaik untuk aku timba pengalaman adalah dalam 8 tahun dalam pekerjaan ni.

Syukur!

Bos ajak bergambar. Segan wei. Sebab bos maintain cantik walau anak dah tiga. ni anak sorang gemuk amat. Kuikui.... Bos aku ni memang supporting. Tahniah jugak Dr Marina.

Tengok!! Boss aku snap gambar aku naik pentas. Tapi dari jauh je sebab kitorang tak dibenarkan snap gambar dekat pentas. Dah prosedur dia macam tu.

Cuba cari aku. kahkah... Sebenarnya ada 3 sesi bergambar ni untuk penerima. Aku turn sesi ke 2. Bergambar bersama Timbalan Menteri MOSTI dan Ketua-ketua Pengarah dari Agensi-agensi di bawah MOSTI.

Syukur rezeki. boleh wat topup untuk next vacation ni. Alhamdulillah.
Berusaha untuk tingkatkan prestasi. Kurangkan kontroversi.