Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, December 3, 2013

Banjir di kampungku!

Semua dah maklum pasal banjir di Kuantan kan. Aku nak gak ambik masa walau sibuk nak update pasal banjir. sekarang biras aku duk update dalam FB. Sekarang MIL aku dah berpindah ke surau. Kampung Seri Melati, Jalan Pekan naik air. hanya sebahagian je tak naik air termasuk surau sebab berkawasan tinggi. Tahun ni tak dapat merasa banjir kat sana. tapi aku rasa tahun ni paling teruk. Compared to tahun lepas. Kenduri dalam banjir. Paling dahsyat 4 tahun lepas kenduri dalam banjir jugak sampai bersampan kami.

 Ni kampung MIL. Seronok Pokshu main air. Amboi-amboi...


 Ni kawasan ruang makan rumah MIL. 


Dah start berpindah ke surau...

Ni MIL aku dah berpindah ke surau.

Kampung peramu, rumah mak aku pun dah naik air. Tahun ni agak tinggi sikit. Kesian mak sorang-sorang. Nasib baik rumah Along dekat. Amk duduk rumah Along jelah.

 Ni kawasan rumah mak aku.

Kira agak teruk jugaklah. First time naik tinggi ni.

Hopefully, banjir ni makin surutlah. Risau sungguh hati ni.. 

YA Allah, Kau permudahkanlah urusan mereka semua. Amiinn~~

Tuesday, November 12, 2013

Bawak Mak jalan-jalan di Botani, Putrajaya

Hehehe. Sesaje menggedik di siang hari kan. Mengantuklah noks! Ini makan dia. Alkisahnya. weekend lepas bawak mak jalan-jalan kat Putrajaya. Tak dapat pergi jauh. Kewangan tak mengizinkan. Maklumlah gaji lambat lagi. Uhuhu. Next time mak ek kita jalan-jalan jauh sikit... Takpe. Mak saya paham. Niatnya untuk bersama anak, menantu dan cucu yang jauh dari pandangan mata. Kan???

Aku bawak mak ke Taman Botani. Sesaje berfotogedik. Kehkeh.. Nak berkelah pun malas nya nak bawak bekal. Sume nye anak dia malas kan... Takpe. Balik rumah kita belanja pekena capati pakistan.
Harus ada mukadimah ini. Permata hati kami.

Smart like daddy. Sweet like mommy. =)

Yaya bersama Mokshu dan Onni.

 Ohoho budak itu makin ligat. Cari je peluang nak lari.

Sweet tengok gambo ni. touching jap.. Sob sob.

Ouucchh. Malu mak tau. Spontan ni okeh. Mr Daddy tarik I terus suruh mokshu snap. Grr... Konon marah kan. Tapi dalam hati bunga-bunga.. Lebiu lah Daddy..

Wednesday, November 6, 2013

Kenyang!!

Tengahari tadi aku balik rumah. MAklumlah rumah sebelah opis je. Bukak je pintu. Semerbak bau masakan ikan 3 rasa. Before that, Adik aku dah mesej nak buat ikan bawal yang stok dalam peti tu. Dia nak masak tiga rasa. Mokshu nak masak??? Tett.. Ingat dia main-main.

Sekali balik rumah. Buka tudung saji. Nampak ni!

 Ikan bawal 3 rasa. Ait tangan Mokshu. Sedap gile. Menambah aku makan. eh bukan selalu menambah ke???

Sebelum tu mak suruh aku potong tiramisu dulu. Tak sabar katanya. Hahaha. kesian mak...
 Tiramisu kali ni aku tak pakai biscotti atau kek span already. Aku buat sendiri kek span berperisa nescafe. So, takyah celup air bescafe dah. Nyum nyum.... Jemput makan.

Cuti Awal Muharram

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dan hidup kita dipenuhi dengan amalan diterima Allah. in Sha Allah...

Mood aku sangat hepi. Mak aku datang ke sini. Seminggu. Uwaa.. Seronok sangat. Yaya pun happy. Ada Mokshu dan Onni dia melayan.

Bangun pagi-pagi buat breakfast roti bakar je. Pastu bawak mak dengan Mokshu ke Taman Tasik Cempaka. Untuk jogging. Biasa ginilah aktiviti kitorang kalo Mr Daddy tak kerja hari minggu. Mak memang aktiviti wajib dia berjalan laju kalo duduk kat kampung. lepas subuh mak akan keluar dengan kawan dia. Sebab tu mak nampak sihat sekarang.

Tengok mak macam orang muda gitu.
Balik dari jogging. Ke pasar basah. Kami apa lagi. Request makanan lah pulok. Hehehe. Mr Daddy dah lama cakap. Mak datang nanti nak mintak mak buat Nasi kerabu. Nak makan banyak-banyak dan puas-puas. Bukan takde yang jual kat sini. Ada.. Sedap. Tapi tak puas makan...  Semalam projek kaw-kaw punya.

Hahh.. Ni dia.. Bukan main biru kaler dia.. Puas hati dapat makan.. Masak banyak. Sampai ke malam baru habis. Menambah-nambah. Alhamdulillah...

Pastu mak pulak request ngan aku. Nak makan tiramisu okeh. Kebetulan memang bahan ada. Ape lagi. Aku pun kerjakanlah.

Meleleh cheese dia. Nyum-nyum. Mak tunggu aku balik tengahari ni nak potong. Tak sabo dah katenye.....

Tak sabo aku nak balik pekena mende nih!

Thursday, October 31, 2013

Sejuk perut tengok Yaya!

maaf gambar blur.. tukang snap kesejukan.
 
Alahai sejuk perut tengok anak dara aku sorang nih. Balik kerja petang semalam, hari hujan. Aku letak tudung atas kerusi je. Pastu si anak dara amik. Hulur kat aku. Mulut bisibng sekali.
"Mama... Nak..."
 
Oh nak pakai. Anak dara aku ni belum pandai panggil Mummy Daddy tau. Seba dah ramai sangat biasakan diri mama dengan dia. Dia pun mama jugak. daddy pun jadi mama. Bila daddy ajar daddy! Papa katenye. Adess. Ape jelah anak oi...

So, aku pakaikan tudung tu kat dia. Suke sangatlah dia. Nampak daddy nak snap gambo lagilah nak pose macam-macam. Daddy lah seronok melayan.

 Dah banyak perkataan dia boleh sebut sekarang di usianya 1 tahun 5 bulan. Banyak cakap tapi tak paham butirnya. Cuma ada yang jelas yang kami paham.

"Mama.. nak aik"  ~ mama nak naik. 
Nak masuk pun aik. Nak keluar pun aik. Nak turun pun aik.
 
"Mama.... aaddiikkk...."
Ni time kalo adik yang pengasuh nya menangis. 
Nampak baby duk dalam stroller pun dia panggil adik..
 
Sesampai je kat rumah pengasuh dia. mesti masuk dalam rumah panggil "tattakk...." means kakak...
Abang pulak dia panggil "abamm.."
 
"Mama... akkittt.." ini ayat memang buat aku rasa nak nangis terharu. Dah besar anak aku. Kalo dia sakit mesti dia mengadu manja. Biasa kalo kaki tersepak mainan ke. Kepala kena meja ke. Jatuh ke. Dia tunjuklah kat mana sakit.. Uwaa.. Sekejap nye masa berlalu..

Tapi susu payah dia nak sebut. Kalo aku ajar "SUSU".  Dia akan buat "shosho".  ahahaha. Comel je sebut gitu...

Hari tu Yaya kena buli dengan budak kecik. kesian dia kena tolak ngan budak kecik tu. Kena cakar muke. kena lepuk. Tapiii.. Yaya tak balas pun. NAsib baik. Redha je apa orang buat kat dia. At last budak tu nangis sebab tak puas hati. Tapi Yaya tetap tak balas. Abis-abis dia larikan diri je. Kesian anak mummy. Be strong ye! Biar orang buat kita. jangan kita buat orang. Cewwah. First learning untuk Yaya dalam kehidupan.


Penyejuk hati Mummy ngan Daddy.. Semoga menjadi anak solehah sayang..

Resepi Kuih Temosa.

Assalamualaikum.. Lama sungguh tak update cite kan. Seriously sibuk. Ada masa gap setengha jam macam tak puas nak lepaskan lelah. Nak update entry. Hari ni agak free sikit. Nak share resepi sikitlah.


Ha.. Inilah temosa. Luarannya adalah kulit karipap. Tapi intinya adalah ikan dan kelapa. Kat Selangor Kl tak dapat nak cari nih. Hanya di pantai timur je boleh dapat dengan mudah. Especially, kampung aku. Hehehe. Aku memang suka sangat dengan temosa ni. Kadang-kadang tempah frozen kalo balik Kuantan untuk bawak ke Bangi.

Oh Gamabar aku nih kalo kira dipanggil Temosa Diraja. Sebaaaab ada telur.. Temosa biasa takde telur. Tapi sebab nak makan sendiri perut sendiri haruslah nak special kan. Hehehe.

Resepi TEMOSA:

Untuk Inti:

5-6 ekor ikan sardin/selayang ~~ Direbus dan ambil isinya
Santan dari sebelah kelapa.
4-5 biji bawang merah ~~ dibelah
1-2 cm halia ~~ Ditumbuk lumat.
Sedikit halba.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-cara untuk inti:

- Masukkan isi ikan dari ikan yang direbus tadi dan masukkan santan sekali serta bawang merah. Blendkan semuanya.. Hingga isi ikan hancur.
- Masukkan hasil blend tadi ke dalam kuali. Bukan tumis je. Masak bagi kering je. Kacau supaya tak melekat pada kuali.
- Bila hampir kering perasakan dengan gula dan garam. Masukkan halba. 
- Kacau hingga kering lembap. Jangan terlalu kering. Kurang kick. hehehe.

Inilah gaya intinya.

Untuk Kulit.

Tepung gandum ~ Aku tak pasti sukatan sebenar. Tapi sediakan dalam kuantiti sikit dulu.
2 sudu minyak masak ~ dipanaskan terlebih dahulu
Secubit garam.
Air.

Cara-cara:

- Masukkan tepung ke dalam bekas/besen. Tambah garam. 
- Masukkan minyak masak yang dipanaskan ke dalam tepung tadi dengan hati-hati ye. 
- Kacau adunan dengan tepung dulu. Pakai senduk kayu je. Kang melecur tangan tu pulak.
- Tambah air ke dalam adunan. Barulah diuli menggunakan tangan, Uli sehingga menjadi doh.


Kalo nak buat temosa Diraja rebus telur dahulu. So. Jadilah temosa.. Nyum nyum..!!

Monday, October 21, 2013

Yaya kuat makan!

Salam Isnin. Chewwaah.. Kenapelah malas sangat nak update blog ni. Padahal kan setiap moment tu snap je gambo. Sampai ke Mr daddy pun dah jangkit. Buat apa-apa je nak snap gambo. Ape je moment best. Makanan best nak amik gambo. Tapii kaann... Aku jadi alahan betul ngan pc ni. percaya tak aku taip sekarang taknak pandang skrin pun. Sakitnye mata.... bilalah boleh buat spek ni. Rabun ke silau ke??

Lately kan. Aku banyak post gambar Yaya makan. Gambo makanan Yaya. Gambar makanan mak bapak Yaya. hehehe.. Motipp?? Takde motip. Just gemor tengok my demuk tu makan. Jahat kan aku panggil Yaya demuk. Dah gemuk sungguh anak aku tu. Tapi demuk tak sama dengan gemuklah. Demuk still nampak comel-comel kan..

Back to the point. Yaya sekarang selera makan dia macam kapal laut di tengah laut. Kejap melonjak-lonjak macam orang tak cukup makan. Kejap turun macam nak suruh mak bapak dia kenyang makan kononya dia beralah. Adoi... Mak nya dah semangat masak bagai-bagai. Mood dia up and down pulak.

Tapi kalo dia dah berselera mak aih. Seram pulak aku. Tapi syukur jugak. Makanan nya tak memilih. Tak cerewet. Duduk dengan aku kerap mintak pasta. Makaroni ke spageti ke. Dengan pengasuh pandai pulak makan nasi je. Mungkin kat sana ada kawan boleh makan.

Ni dia habiskan telur puyuh. 3 cucuk dia sorang makan.

Makan makaroni cheese. Western gitu..

Ni aku buat cucur kentang + ayam.

Pebret dia keropok ikan Terengganu yang selalu dibekalkan oleh ciklong.

Tengok. Tak padan dengan kecik. Aku cabut ulas-ulasnya dia taknak. Sekali ngap terus masuk mulut..

Malam-malam hari aku masak nih. Asalnya aku yang lapo sebenarnye. Suap sikit kat dia. Wah. Laju kemain dia makan. tak sempat aku nak potong urat-urat fetucinne tu dia tarik ngan tangan je.

Muka heaven dia dapat makan. Geram aku tengok.. 2 mangkuk tu habis dimakannya.

Ni paling latest. Weekend baru ni aku masak tumis air kobis panjang, carrot, suhun, fucuk ngan telur. menambah-nambah. Paling obvious dia mintak kobis ngan carrot... Mr Daddy suka sangat anak dia suka makan sayur. Sebabnyeee... bini dia tak suka makan sayur. Babap bini dia. Aisshh.. tapi kan since ada anak yang suka makan ni. Mummy terpaksa masak sayur jugak. Kena korbankan rasa sombong pada sayur... 

Ada orang tanya aku. Camne nak didik budak ni makan sayur. Sebab anak macam fobia dengan sayur. hehehe. Apa petua nya? Seriusli, aku takde petua specifik. Cuma aku boleh akui dengan memberi puri di awal pemakanan anak-anak kot membantu. Aku tak berani nak kata ia kebenaran. Sebab baru sorang anak. Lain anak lain ragam kan. Cuma aku dapat katakan dari awal kita ajar anak makan sayur atau buah in sha Allah berlarutan. 

Aku tak berani nak komen banyak. sebab tak banyak pengalaman... Tapiii.. Ada yang tolong buat kesimpulan untuk aku ni. "ke mana tumpahnya kuah kalo tak ke nasi" exactly!! Dah mak bapak kuat makan. Anak pun tak lari lah... Takpe. Kita eksperimen lagi..

Friday, October 18, 2013

Produk ANM (sago)

Sebelum ni aku tak pernah share pun kan pasal kerja aku. Orang cume tau kerja Nuklear Malaysia. kerja wat bomm ke?? Soalan cliche. Nyampah tau. Tapi aku agak susah nak terangkan kerja atau produk agensi aku. Sebabbbbnye... macam tak reti bak explain. Banyak istilah sains akan digunakan. 

Dengar khabarnye, semalam bos aku masuk paper. Kosmo katanya. Pasal produk sagu dan sina gama. Aku nak share jugak. Sebenarnye aku terlibat jugak dalam projek ni walau aku bukan bos. kuikui. Dah nama nye pembantu. Aku membantu dari segi penyediaan sampel yang diperlukan untuk analisis. Sebelum bos aku approved method. Kitorang-kitoranglah akan cuba dulu resipi-resipinya. Dah cuba tu, kita akan analisis dulu conditionnye. Sesuai ke tak.

Tapi sekarang macam dah kurang. Sebab dah masuk part comercialization. Tu yang masuk paper tu... 


Ni aku amik dari emel oleh PA bahagian aku. malas nak cari paper tu. Uhuhu. Ni adalah cite tentang pemprosesan sagu/sago. FYI, makmal aku kerja sekarang terkenal dengan nama Makmal Sago. Sebab kita fokus tentang sago. Sekarang je macam-macam produk dihasilkan termasuk chitosan (asal dari kulit udang). Seronok kerja sini. Boleh gie macam-macam tempat. Teringat aku masa buat projek Oligochitosan. Buat field work di Kg Batu Gajah, perak.

 
Haa.. Tu dia boss saya.. Dr. Kamaruddin Hashim. Saya??? Memang takdelah. Sebab ni orang lain yang comercialkan. hehehe. comel je bos saya tu.

Kisah AidilAdha kami

Hari ni baru dapat update pasal raya baru-baru ni. Hehehe. Walau di perantauan (perantauanlah sangat) tapi tetap meriah. Terima kasih kepada keluarga in-law kerana sudi temankan kami beraya di sini. Hehehe..

Di pagi hari raya. aku dah terkocoh-kocoh sediakan makanan bersama MIL. Aku buat soto. MIL buat kan rendang...

Ni adalah soto hasil air tangan aku. Aku sorang je ke? Sambil dibantu biras aku jugak. Sedap woh bergedil hasil kepalan dia.

Ni rendang air tangan MIL. Terubat rindu di kampung.

Yang paling best inilah. Mak aku kirimkan ketupat pulut daun palas ni. Sedih woo takde ketupat ni. Bape hari aku wat ayat sedih nak mak buatkan. Mak aku cakap taknak buat. Sebab aku taknak balik. Sekali mak surprisekan aku. Uwaa.. Terharu. Thanx mak. Lebiu so much...

Pagi tu lepas makan-makan. Kemas-kemas. Kami ke Putrajaya. Abang ipar aku cakap no mall. Nak gie masjid katenye. Ok. kite bawak ke Masjid Putra. Ramainya rakyat yang beraya di perantauan macam aku rupenya. Hahaha..

Kita mulakan dengan gambar demuk aku nih dulu. Hehehe..

Adik ipar. MIL. Biras. Aku

Keluarga belah Mr Daddy. Ada 2 orang yang tak dapat datang. 
 
 Kenangan MIL ngan adik2 ipar aku kat Masjid Putra

 Budak ini sungguh lasak. Tak padan ngan anak dara. ape pun tak takut.


Love these pics...