besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, October 31, 2013

Sejuk perut tengok Yaya!

maaf gambar blur.. tukang snap kesejukan.
 
Alahai sejuk perut tengok anak dara aku sorang nih. Balik kerja petang semalam, hari hujan. Aku letak tudung atas kerusi je. Pastu si anak dara amik. Hulur kat aku. Mulut bisibng sekali.
"Mama... Nak..."
 
Oh nak pakai. Anak dara aku ni belum pandai panggil Mummy Daddy tau. Seba dah ramai sangat biasakan diri mama dengan dia. Dia pun mama jugak. daddy pun jadi mama. Bila daddy ajar daddy! Papa katenye. Adess. Ape jelah anak oi...

So, aku pakaikan tudung tu kat dia. Suke sangatlah dia. Nampak daddy nak snap gambo lagilah nak pose macam-macam. Daddy lah seronok melayan.

 Dah banyak perkataan dia boleh sebut sekarang di usianya 1 tahun 5 bulan. Banyak cakap tapi tak paham butirnya. Cuma ada yang jelas yang kami paham.

"Mama.. nak aik"  ~ mama nak naik. 
Nak masuk pun aik. Nak keluar pun aik. Nak turun pun aik.
 
"Mama.... aaddiikkk...."
Ni time kalo adik yang pengasuh nya menangis. 
Nampak baby duk dalam stroller pun dia panggil adik..
 
Sesampai je kat rumah pengasuh dia. mesti masuk dalam rumah panggil "tattakk...." means kakak...
Abang pulak dia panggil "abamm.."
 
"Mama... akkittt.." ini ayat memang buat aku rasa nak nangis terharu. Dah besar anak aku. Kalo dia sakit mesti dia mengadu manja. Biasa kalo kaki tersepak mainan ke. Kepala kena meja ke. Jatuh ke. Dia tunjuklah kat mana sakit.. Uwaa.. Sekejap nye masa berlalu..

Tapi susu payah dia nak sebut. Kalo aku ajar "SUSU".  Dia akan buat "shosho".  ahahaha. Comel je sebut gitu...

Hari tu Yaya kena buli dengan budak kecik. kesian dia kena tolak ngan budak kecik tu. Kena cakar muke. kena lepuk. Tapiii.. Yaya tak balas pun. NAsib baik. Redha je apa orang buat kat dia. At last budak tu nangis sebab tak puas hati. Tapi Yaya tetap tak balas. Abis-abis dia larikan diri je. Kesian anak mummy. Be strong ye! Biar orang buat kita. jangan kita buat orang. Cewwah. First learning untuk Yaya dalam kehidupan.


Penyejuk hati Mummy ngan Daddy.. Semoga menjadi anak solehah sayang..

No comments: