Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 6, 2013

Cuti Awal Muharram

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dan hidup kita dipenuhi dengan amalan diterima Allah. in Sha Allah...

Mood aku sangat hepi. Mak aku datang ke sini. Seminggu. Uwaa.. Seronok sangat. Yaya pun happy. Ada Mokshu dan Onni dia melayan.

Bangun pagi-pagi buat breakfast roti bakar je. Pastu bawak mak dengan Mokshu ke Taman Tasik Cempaka. Untuk jogging. Biasa ginilah aktiviti kitorang kalo Mr Daddy tak kerja hari minggu. Mak memang aktiviti wajib dia berjalan laju kalo duduk kat kampung. lepas subuh mak akan keluar dengan kawan dia. Sebab tu mak nampak sihat sekarang.

Tengok mak macam orang muda gitu.
Balik dari jogging. Ke pasar basah. Kami apa lagi. Request makanan lah pulok. Hehehe. Mr Daddy dah lama cakap. Mak datang nanti nak mintak mak buat Nasi kerabu. Nak makan banyak-banyak dan puas-puas. Bukan takde yang jual kat sini. Ada.. Sedap. Tapi tak puas makan...  Semalam projek kaw-kaw punya.

Hahh.. Ni dia.. Bukan main biru kaler dia.. Puas hati dapat makan.. Masak banyak. Sampai ke malam baru habis. Menambah-nambah. Alhamdulillah...

Pastu mak pulak request ngan aku. Nak makan tiramisu okeh. Kebetulan memang bahan ada. Ape lagi. Aku pun kerjakanlah.

Meleleh cheese dia. Nyum-nyum. Mak tunggu aku balik tengahari ni nak potong. Tak sabo dah katenye.....

Tak sabo aku nak balik pekena mende nih!

No comments: