Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, September 25, 2012

Wedding @ Meru, Klang.

Sabtu lepas dapat jemputan ke majlis pekahwinan coursemate UMT di Meru, Kelang.. Sambil-sambil tu boleh jumpa kawan-kawan lama. Kira mini reunion jugaklah...

Sebelum tu, ada makan-makan sikit kat rumah aku. Order red velvet cupcake. Odah dari Melaka, Bibi ngan member sekolah aku. Kitorang car pool satu kereta. Test drive lagi best Cik Bibi. Memang best lah. Mr J lah best as a driver...

Red Velvet unuk besday girl.





Macam artis dah aku rasa. Siap ada paparazi lagi snap..




inilah pengantin nya.. Seiras kan diorang.
Mummy Daddy Yaya harus nak ada gambar dengan pengantin seiras ni.
Ala-ala mini reunion Sc. Biology UMT lah...

Monday, September 24, 2012

Siakap Sweet Sour

Alhamdulillah kitorang dinner ini untuk malam ni... Walaupun kelam kelibut tapi boleh lah. Untuk kenyang perut sendiri. Tak adolah spesel sangat. Ringkas sangat.. Tapi nk jugak kongsi resepi...

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (bawal hitam pun boleh)
Tepung jagung
Garam secukup rasa

Sebiji Bawang besar Holand ( aku guna sebelah je hiris bulat-bulat)
3 ulas bawang putih.
sehiris halia
Cili kisar
Sos masam manis (Life punya)
Sos Cili
Tomato ( dipotong)
Lada benggala ( tak letak pun takpe)
Garam, gula dan perasa secukup rasa.

Cara-cara:

Ikan siakap dibelah dua (jangan sampai putus), dilumur dengan tepung jagung dan garam. Goreng hingga garing. Ketepikan.

Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga garing. Masukkan sedikit air dan masak hingga menggelegak. Tambah sos masam manis dan sos cili. Bila mendidih lagi, masukkan tomto dan lada benggala. Seterusnya, masukkan perasa-perasa. siap untuk dimakan.

Yaya naik roller coaster...

Since dah pindah ni. Aku tetap nak hantar Yaya pada Pengasuh lama dia. Nampak macam serasi. Aku pun tak syok jugak nak tukar pengasuh sebab aku anggap tu mata pencarian akak tu. Dah janji dari Yaya dalam perut lagi. Lagipun aku berpuas hati cara akak tu jaga Yaya. Yaya duduk ngan kitorang 2 kali sehari je mandikan. Dengan Mama dia 3 kali sehari. Ambik Yaya mesti dah wangi. Telinga yaya, kuku Yaya terjaga. Sebab tu aku puas hati sangat.

Setakat minggu lepas aku tak rasa terbeban pun hantar dan ambik Yaya. Jalan Dengkil ke Bukit Mahkota ambik masa 20 minit. Aku anggap aku bawak Yaya berjalan pagi-pagi..Yaya pulak behave sangat duduk dalam car seat tu. Tak menangis. Macam budak baik yang paham situasi Mummy ngan Daddy dia nak pergi kerja cari rezeki... Thanx anak mummy...

Jom naik roller coaster.. Hehehe..





Sunday, September 23, 2012

21/9 ~~ Dinner @ Nandos Alamanda

Malam-malam ni rasa nak menaip pulak. Yaya pun dah tido. Badan terasa penat sebab hari ni ada wat makan-makan sikit untuk September's Ladies. Hehehe. Seronok sangat dapat kumpulkan kawan-kawan yang lahir pada bulan September. Nanti aku update lain cite tu.

Ni saje-saje nak tepek jugak gambar dinner hari tu. Mula tu Mr J janji nak ajak makan kat Secret Recipe. Aku dah terbayang-bayang Chicken Cornish.. Uhuhuh.. Sekali dan sampai Alamanda. Mr J ubah plan dia nak makan nasi. At last, pilih Nandos jugak. Kecewa?? Tak.... Sebab Nandos pun pebret aku jugak...

Kite layan gambar...

Mula-mula dia dalam mood baik punye...
Kami suka Extra Hot Peri-peri

Order whole chicken. Tamak okeh. At last makan quarter je. Balance bungkus.

Muka puas hati dah kenyang.
Tu dia!! Dia dah start ngamuk. Mummy dan daddy kena makan laju-laju. 

Thursday, September 20, 2012

Lunch @ Nasi Beriani Anje

Masih dalam mood celebrate besday..Hehehe. Selagi tak pekena kek, tak lengkap rasanya besday. Chewwah.. Asalnya Mr J plan nak ajak dinner kat Secret Recipe Bandar Seri Putra. Tup tup Mr J mintak tangguh. Alasan nak main futsal. Sebab dah janji kalau pindah Mr J boleh main futsal ka Jalan Reko sebab aku dah tak takut baliksorang-sorang.. Hehehe..

So sebagai pengganti sebelum pekena pecan Butterscotch, Mr J suruh aku pilih kedai untuk lunch. Kelmarin asik duk telan air liur bila pegawai dan officemate asik bercakap pasal kedai nasi beriani best kat situ kat sini. Aku terus decide nak makan kat Restoran Nasi Beriani Gam Johor kat Bandar Baru Bangi, Seksyen 15. 

 Inilah kedainya.
kredit to google.

 
 Beriani Ayam Kampung Goreng Berempah pilihan aku.


Beriani Ayam Masak Merah pilihan Mr J.

Total sume makanan ni plus segelas sirap dan segelas air kosong: RM16.
Murah kan??
Walaupun tengah makan nasi beriani yang agak sedap. Tekak aku tetap rindukan Mandy Lamb kat Mr Kabab Putrajaya. uhh~~

inilah kedainya..
sedap sangat.....
kredit to google

Wednesday, September 19, 2012

Alhamdulillah 26 sudah..


Fuh. Dah bersawang blog aku nih... Lama gila tak update. Maklumlah facilities kurang. Kat opis pulak cpu aku rosak. Alhamdulillah dah repair. Tapi tiba-tiba hari ni macam terbizi pulak. Tak sempat nak update blog. Minggu lepas sibuk dengn urusan pindah masuk kuarters. Alhamdulilla berkat dengan pertolongan kawan-kawan, mak, Fatin dan mok acik, Kitorang dapat jugak masuk kuarters officially Sabtu baru-baru ni.. Terima kasih sangat-sangat. hanya Allah yang mampu balas jasa kalian...



Alhamdulillah... Hari ini aku melangkah ke usia yang baru. hah!! dah 26 tahun. Cepatnya masa berlalu. rasa baru je lagi mak hantar masuk tadika. ngan rambut bertocang. sekarang dah 26 tahun? Dah kerja? Dah kahwin? Dah jadi mak?? Alhamdulillah. Semua rezeki dan nikmat dari Allah. Berkat doa kalian dan orang-orang yang menyayangi dan selalu menyokong saya dari belakang.

Terima kasih Ya Allah. Terima kasih Mak sebab bersusah payah lahirkan kita ke dunia ini dan mendidik kita menjadi manusia. terima kasih suami kerana menerima kekurangan diri ini dan menerima diri ini dengan sedanya. Terima kasih teman-teman yang sudi menyokong dan sentiasa ada bersama saya di kala susah atau senang. terima kasih semua...

Hadiah???? jeng jeng. Thanx untuk Mr J sebb hadiahkan saya sesuatu yang boleh saya teruskan aktiviti saya untuk blogging dan berFB. InsyaAllah lepas ni saya akan update selalu blog ni. hehehe.... Bak kata Mr J "Abang tau sayang suka blogging, suka FB, suka cari resepi-resepi.. Abang hadiahkan 'benda' ni sebagai tanda sokongan pada sayang".. wah,, terharu gitu.. Thanx lah daddy~~ Nangis jap~~ sob sob sob...

Oklah.. esok pulak sambung... Yaya dah selamat berdengkur dalam buai, Daddy pun dah terhangguk layan hindustan TV2... Selamat malam semua. Assalamualaikum....

Tuesday, September 4, 2012

Pindah Rumah

Gggrrr... Entry geram. Geram pada si gila depan rumah. Kerana kau hidup kami tak tenang. Huh~~ Sebelum ni dah banyak sabar dengan karenah gila dia tu. Dari duduk rumah sorang-sorang aku ni, sampai Mr J dah pindah sini. tak berkesudahan masalah dia ni. Oleh sebab aku ni hanya penyewa kami tak dapat bertindak apa dah. Bila dah ada Yaya ni aku jadi makin takut dan risau. Kami taknak menyesal. Lagi lama bertahan lagi melampau perangainya. 

Paling terbaru dan terburuk, malam selepas merdeka si gila tu mengamuk sambil pecahkan almari rumah dia kot. bising gila. Dengan bunyi kaca pecah. Aku pikir dia pecahkan tingkap rumah orang. Kebetulan Yaya menangis lapar. Aku terus mintak Mr J pindahkan buaian yaya masuk bilik sebelah. Mr J cuba berani tengok apa berlaku. Rupa-rupanya dia heret almari yang dipecahkan tadi atas jalan sepanjang-panjang parking tu sambil bawak parang. Ggggrrr.. Memang menakutkanlah. Hati aku cuma berdoa supaya Allah selamatkan kami dan semua penduduk kat situ. Lama jugak baru polis sampai. Aku ingat selamat dah kena tangkap. Tak jugak.

Tak boleh salahkan polis jugak sebab dia tak cederakan orang. Tapi dia membahayakan orang dan telah mengganggu ketenteraman awam. At last, Mr J abis sabar.. Dia suruh aku mintak Kuarters Sri MINT, Nuklear Malaysia punya. Pikir punye pikir akhirnya kami nekad jugak mahu pindah. Untuk keselamatan. Kami taknak menyesal. Sampai bila. Kita tak boleh halau si gila tu sebab tu rumah milik bapak dia yang jugak gila dan mati. 

Dan hari ni separuh hari aku ushar kuarters. akhirnya kami dah buat keputusan. Esok Mr J akan memulakan kerja-kerja pembaikian mana yang patut. Lusa Mr J amik cuit untuk basuh rumah dan cat-cat dinding. Dah siap semua baru masuk rumah. Ya Allah~~ Permudahkan urusan kami. Amin~~