Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, August 23, 2013

Minggu yang sibuk.

Alhamdulillah. Di pagi Jumaat ni. Hujan rahmat turun. Malas nya nak bangun pagi tadi. Tapi kena bangun sebab anak dara dah bangun. Baru nak release tension dengan tido. Kuikui. Apa lah nak di tension sangat kan..

Minggu ni ada dua taklimat kena attend. Taklimat perli tu. Kuikui... Yang paling besar kena audit. Jem otakk kejap. Nak layan running man pun takde mood. Walupun audit dalaman. Tapi tetap stress. Sebab aku je pembantu makmal kat situ. Berganding bahu dengan opismate dari makmal lain yang bawah satu kumpulan jugak. Tapi pressure nya aku lah lebih terasa. Nak kena studi pasal keselamatan dalam makmal. Hahaha..

Lepas tekanan semalam. Hari ni bersuka ria. Macam hari raya pulak. Dah tak nampak jelingan dari bos. Hanya enyuman je. Syukurr.. Bile semua stress kan. Alhamdulillah. Takde komen yang teruk semasa audit. Hanya idea penambahbaikkan je ada...

Esok aku nak buat mini open house. Boleh ek mini?? Sebab tak buat besar-besaran. Ekceli minggu lepas pun ada buat jugak sikit-sikit. Sesiapa yang sudi lah nak datang kan. Saje suke-suke masak. Heehhe.. Harap Ahad ni boleh lah makan angin pantai sikit. ke manakah?? Tungguuuu...

Pengubat di kala penat lelah~~

Thursday, August 15, 2013

Raya ketiga 2013

Wah. Langkau terus raya ketiga. Habait betul. Sebab masa raya kedua aku di kampung Mr Daddy. Tak sempat nak snap gambar. Dari pagi berjalan rumah sedara mara sampai malam. Petang tu sempat jumpa kawan-kawan sekolah kejap. Tak puas beraya. My lil hero Mohammad Dameer Amsyar datang. Plan nak ke Terengganu raya ketiga terus cancel. Dah jumpa tapi tak snap gambar jugak Mat Dameer ni...

Tu diaa.. Anak dara aku dah bersungguh nak beraya. Raya pertama melepek je. Raya kedua boleh tahan ligat. Raya ketiga tambah semangat. Sebab raya keempat nak balik dah. Hehehe.

Inilah keluarga kecik saya. Mak pak sibuk nak posing. Hahaha. Gambar ni kontroversi wei.. Ramai tanya aku 2nd preggy ke?? Kuikui.. Doa-doakanlah kami ye. Masih berusaha lagi. Green light dah dapat. Ada rezeki lagi in sha Allah. Kun Fayakun. Kegemukan telah melanda lagi!!! Naik bagai dipam-pam...





Hahaha. Konon retis.. Mak pak merenyam nak posing tak abis-abis. Anak dara tak sabar-sabar nak beraya.



Wednesday, August 14, 2013

Aidilffitri 2013

Selamat hari raya. Belum terlambat lagi kan?? Raya kan sebulan.. Hehehehe. Nak tepek moment Aidilfitri 2013 jugaklah. Raya ni walaupun tak cukup korum dalam famili tapi tetap rasa meriah.






Inilah keluarga belah saya. Raya tahun ni giliran kami di rumah Mak aku. Along pulak giliran di Kelantan. Tema tahun ni dark grey. hehehe. Semua menepati tema... Shuke shuke...


Ini anak dara saya.. Sejuk perut mummy tengok anak Mummy pakai tudung. Hehehe. Tapi sempat sekejap je baru kurung tu. Anak dara saya tak sihat. Baru nak start demam. Sempat pegi rumah Moyang dia aje. Pastu basah sebab kencing banyak. Cian dia. Mummy tak marah...





Balik cepat-cepat ke rumah Mak. Terus bertukar... Shian dia. Demam... Sampai ke petang melepek je. Risau pulak aku. Hari raya klinik mana yang bukak. Ada yang suggest aku bawak ke kecemasan HTAA. Ermm... pikir panjang gak nih. Lastly bawak ke Kuantan Medical Centre..






Anak Mummy kena masuk ubat kat punggung. Kesian dia. Dah tak sihat asik nak melepek ngan daddy je. Mummy ambik taknak langsung... Aishh. Anak bapak kan... Suhu 39 darjah. Mau tak kena masuk ubat. Alhamdulillah. Balik rumah terus berpeluh. Ligat bukan main dia. Mulut pot pet pot pet. Pulun sungguh dia...





Itulah kisah kami beraya di raya pertama. hehehe. Panjang lebar cerita...

Selamat Hari RAya Aidilfitri dari kami.....




Friday, August 2, 2013

Mood raya ~~

Alhamdulillah. Dah masuk Ramadhan ke 24 sudah. Syukur dengan nikmat Allah bagi. Hari ni last aku kerja sebelum bercuti. Plan asal nak balik pagi esok. Tapi dek kerana ke'excited'an masing-masing. Mr Daddy sanggup tukar shift. Then, cuti hari ni sebab nak service kereta Nak kemas barang lagi. So, malam nielah bergerak. In sha Allah. Ya Allah. Selamatkan perjalanan kami.

Sebelum tu, kami dengan rendah hati memohon ampun dan maaf dari semua andai ada tersalah silap yang disengajakan atau tidak disedari kami. Semoga di hari baik di bulan baik ini, segala kekhilafan kita sesama manusia boleh diampunkan. Pada yang nak balik kampung. berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang tersayang (dah macam iklan pulak)

Sudikanlah berziarah ke rumah kami di Kuantan atau di Bangi ini. Pintu sentiasa terbuka untuk kalian.

Yaya dah siap pack barang nak balik jumpe Onni dan Nek Ma.

Tu diaa.. Berlari nak amik duit raya ke bambam mummy nih~~