besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, August 14, 2013

Aidilffitri 2013

Selamat hari raya. Belum terlambat lagi kan?? Raya kan sebulan.. Hehehehe. Nak tepek moment Aidilfitri 2013 jugaklah. Raya ni walaupun tak cukup korum dalam famili tapi tetap rasa meriah.






Inilah keluarga belah saya. Raya tahun ni giliran kami di rumah Mak aku. Along pulak giliran di Kelantan. Tema tahun ni dark grey. hehehe. Semua menepati tema... Shuke shuke...


Ini anak dara saya.. Sejuk perut mummy tengok anak Mummy pakai tudung. Hehehe. Tapi sempat sekejap je baru kurung tu. Anak dara saya tak sihat. Baru nak start demam. Sempat pegi rumah Moyang dia aje. Pastu basah sebab kencing banyak. Cian dia. Mummy tak marah...





Balik cepat-cepat ke rumah Mak. Terus bertukar... Shian dia. Demam... Sampai ke petang melepek je. Risau pulak aku. Hari raya klinik mana yang bukak. Ada yang suggest aku bawak ke kecemasan HTAA. Ermm... pikir panjang gak nih. Lastly bawak ke Kuantan Medical Centre..






Anak Mummy kena masuk ubat kat punggung. Kesian dia. Dah tak sihat asik nak melepek ngan daddy je. Mummy ambik taknak langsung... Aishh. Anak bapak kan... Suhu 39 darjah. Mau tak kena masuk ubat. Alhamdulillah. Balik rumah terus berpeluh. Ligat bukan main dia. Mulut pot pet pot pet. Pulun sungguh dia...





Itulah kisah kami beraya di raya pertama. hehehe. Panjang lebar cerita...

Selamat Hari RAya Aidilfitri dari kami.....




No comments: