Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 29, 2013

Jom balik kampung!

Hari ni last aku kerja untuk Mei. Esok lepas cucuk Yaya di KK Bandar Seri Putra kami akan bertolak ke Kuantan. Kami mohon cuti 2 hari sehingga Ahad. Kena balik awal untuk buat persiapan Majlis Kesyukuran merangkap Majlis Harijadi Yaya. Tak buat grand pun. Sekadar panggil jiran-jiran dan sedara mara. 

Jemput hadir ye kawan-kawan blogger sesiapa yang tinggal di Kuantan. Majlis diadakan pada 1 Jun di rumah mak aku di Kampung Peramu. Kenal kan?? Bolehlah kita mengeratkan silaturahim. In sha Allah. Kebetulan pulak tarikh 1 Jun adalah Majlis Ulangtahun Kelahiran mak aku (Puan Zaliha Alias) yang ke 51 tahun. Muda lagi kan mak saya. Alhamdulillah semoga mak diberi kekuatan. Aku, Along dan Kaksha dah plan surprise untuk Mak. Semoga mak suka dengan hadiah dari kami.

Yaya is 1

Alhamdulillah...
Syukur kepada Allah, Terima kasih Allah..
Hari ni genap umur Cahaya (Dhiya) kami setahun.
Anak mummy dah besar..
Tak terungkap dengan kata-kata...
Hanya airmata kesyukuran mengiringi hari ulangtahun kelahiran puteri kami..

Pagi tadi, Mr Daddy dah bersiap untuk pergi kerja baring di sebelah ratu hatinya.
Yang sedang nyenyak tidur...
Yang tidur nya ada senyuman..
Terkadang ada tangisan...
Sebab.... Lapar susu.....  Hehehe..



Dah besar anak Mummy..
Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya..
Dan Mummy selalu rindukan keletahnya..
Dan mummy takut akan selalu kerinduan keletahnya bila Yaya dah jadi anak dara...

Kadang-kadang selalu pikir....
Nanti Yaya dah besar...
Yaya masuk asrama... Amiiin~~
Yaya masuk universiti.. Amiin~~
Tinggalkan kami... Untuk sementara waktu...
Yaya dah ada suami.... Semoga jodohnya orang yang soleh
Oh tidak..

Semoga Yaya tidak lupa kami ibu bapanya..
Yang setiap hari rindukannya..
Yang terlalu kasihkannya...
Kerana dialah Anugerah Allah tak ternilai bagi kami.

Selamat hari lahir sayang..
Hilang segala sakit, hilang segala amarah bila terpandang wajah kamu wahai anak..
Mummy terlalu sayangkan Yaya,
Daddy pun terlalu sayangkan kamu anak,
Jadilah kamu anak yang solehah, mendengar kata dan tahu menjaga maruah.
Ya Allah, kau jadikanlah anak ku ini anak yang solehah. Amiiinnn~~

Thursday, May 16, 2013

Sibuk Vs Confius

Cewwah. Tajuk takleh blah. Hahahaha. Sekarang sibuk sikit. Banyak benda nak diuruskan. Dan paling hebat reunion will be postponed. Ramai pulak contestant reunion a.k.a kawan-kawan nak kahwin time tu. So, postpone is better. Then, aku boleh relax sikit sebab aku ada event lain pulak nak settle. For sure, birthday my lil princess tu. Mr daddy dah excited nak celebrate besday cinta hatinya.

For the progress, untuk goodies baru settle 40% kot.
Dress Yaya done!
Baju mummy already tempah. Saiz gemuk kan. Kena tempah. Kahkah.
Baju daddy. Daddy said "Tak payahlah. Yang penting mummy ngan Yaya look gojes" Sila muntah sekarang.
Kek already tempah. Menu dah confirmed dengan Onni. Onni dan Mummy adalah chef untuk hari itu.
Photographer adalah Makshu.
Oh ye. Pada masa yang sama, celebrate besday Makshu dan Onni jugak.
So, sume buat sendiri. Jimat. Banyak cara nak jimat kan.
Over pulak cerita.
Sebenarnye tengah confius tarikh ni. Nak buat in-advance masa cuti hari wesak atau 1 Jun.

Harap-harap boleh buat keputusan dengan baik. Dan mampu puaskan hati semua orang. yang penting semua happy. Bukanlah grand pun. Ala kadar je. Saje bikin gempak. First timer. Sebelum ni besday sendiri takde nak dicelebratekan gini. Hehehe.

Semalam meeting group. Nampaknya macam bertambah busylah lepas ni.Eh, sebelum ni busy ke? Busy lah jugak. Walau duk ketung ketang dalam bilik. Ada benda yang saya buat. Oh. Nak share something. Kami laki bini sekrang ada hobi baru lagi. Hobi tambahan sebenarnye. Berebut bilik air. Kita tengok keberkesanan nya nanti. Baru boleh cite panjang. Hehehe. Syukur Allah bagi kesihatan yang baik pada kami. Setiap hari bangun ceria.


Tuesday, May 14, 2013

Angah dalm kenangan

Sedih.
Rindu sangat kat beliau.
Tengok kalendar tadi.
14 Mei. Genap 4 tahun pemergian arwah Angah (Mohd Helmi Bin Mat Sani).
Semalam 13 Mei adalah ahri kelahirannya.
Rindu sangat pada Arwah.
betul kata orang, bila dah tiada baru kita rasa kewujudan dia.

Aku lah teman bergaduh arwah dulu.
Kitorang selalu bercanggah pendapat. Selalu bergaduh mulut.
Angah adalah abang yang tak pernah pukul aku.
Walau dia berperwatakan keras.
Dia tak pernah pukul aku.
Sungguh aku rindu.
Sekarang Muhammad Dameer Amsyar lah penawar rindu aku.

Semoga Arwah angah tenang di sana.
Teringat pesanan terakhirnya " Jaga mak molek-molek. Jaga diri mu molek-molek. Jaga maruah mu"
Sumpah aku sebak.
"Emi.. Aku rindu mu!"
Semoga Allah tempatkan Angah di kalangan orang-orang beriman.
Amiin~~