Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, January 31, 2013

Maulidur Rasul bersama Imam Muda Asyraf

Semalam aku join Program Maulidur Rasul di MOSTI, Putrajaya. Imam Muda Asyraf penceramah jemputan. Aku siap duk depan lagi. Seronok tak Tasha duk depan?? Kuikui... Kesian Tasha aku paksa gak dia duk depan. Paling best Kak Nor dapat CD surah-surah hafazan Imam Muda...

Maaf gambar blurr...
Tu diaa. amik autograph..

Geder-geder opismate

Lama tak update blog. Almaklumlah balik kampung dari hari Rabu sampai Isnin. Perggh memang puas hati balik kampung. Awal tahun dah pulun cuti. Ishh... Azam tahun baru. Kumpul cuti nak pergi holidayke utara. Please lah Ijam... 

Oklah nak update jugak pasal gathering ( boleh panggil gathering ek??) sama dengan kawan-kawan opis aku. Oh ye. Sorang je ex-opismate. Ema baru je lepas bertukar ke Fakulti Farmasi, Uitm Puncak Alam. So, sempena dengan itu, dia berniat nak belanja makan bulan ni. Sambil boleh jumpa-jumpa sembang-sembang. Biasalah kalo dah berjumpa...

Kitorang berjumpa di Kenny Rogers kat Alamanda. Ema belanja. Wah. Memang rezeki. Thanx Ema... Semoga terus dimurahkan rezeki.

Makanan untuk menambah lemak.

Masing-masing dah bambam....
Sekarang tinggal kami bertiga dalam kumpulan..
Lepas makan sesaje meronda dalam Alamanda. Keluar time rehat. Masa pun semput sangat. Tak sempat lama. Berpisah jam 2 petang. Aku dah serabut nak mikir packing barang nak balik kampung petang tu jugak. Uhuhu.. nasib baik Mr Daddy cuti. Boleh tolong pack kan barang. Ambik Yaya dulu. Aku balik kerja terus bersiap balik. Sempat order pavlova untuk balik kampung...

Untuk mak satu. Untuk ma satu. ~~ Abis jugak....

Monday, January 21, 2013

Mithali kan dia?

Alhamdulillah sangat. Aku dapat suami yang banyak membantu dalam kehidupan aku. Sejak bergelar kekasih dan sekarang menjadi suami. Bukan setakat amik dan hantar aku. Hantar anak. Tu tugas regular je kot. Dah cukup appreciate sangat. bukan setakat itu, kerja-kerja rumah banyak yang Mr Daddy tolong. Dan aku. Kerja hanya memasak dan melipat kain. Hehehe.. Yang lain Mr Daddy cuba setelkan. Thanx Mr Daddy~~

Paling buat aku terharu. Bila aku mengadu kain baju kurung pebret aku dah tercabut cangkuk nya. Mr Daddy offer diri untuk jahit. Serius. Aku dah lupa cmne nak jahit tangan. Aku hanya ingat macam mana untuk alter seluar je. Jahit tangan aku lupa. nak baking kek atau kuih pun aku lupa. Aduhai..

Fokus sangat!
Thanx Mr Daddy tolong saya! Ai lebiu lah camni~~

Meatball Ala IKEA

Masa mak datang hari tu, bawak mak pergi IKEA. Beli high chair untuk Yaya. Pastu teringin nak makan meatbal.. Dah nama first time datang. Meronta-ronta jugak cari mana lah cafe yang jual meatball yang orang cakap sedap sangat.Tapi sebab bukan perut aku saja yang minta diisi. Terpaksa lah makan kat cafe-cafe yang ada kat bawah. Dengan hampanya.

Bila dah pilih high chair untuk Yaya sambil grab gelas IKEA. Barulah ternampak cafe tu. Nak gie makan perut dah kenyang. Nak bungkus lah. Kata first-timer kan. So, tak tau lah kat situ tak boleh bungkus. Kesian Fatin dah beria-ia bertanya sebab nak makan. Tapi tak dapet. Dahlah orang tu jawab kasar gila. Kalo cakap elok-elok takdelah sentap melebih. Tapi takpelah bukan rezeki kami. Redha jelah

Tapi demi nak makan jugak. Aku gigih cari resepi nak buat gravy tu. Asalnya boleh guna cheezy powder je. Rupa-rupanya salah. So, dah dapat tu. Aku lupa lah link mana aku amik. Maaf sangat kalo pemiliknya aku tak mention nama.. Terima kasih sangat. Sangat appreciate.. So. Sabtu malam tu mencuba lah aku.... 

Ini lah hasilnya.

 Nak share resepi sikitlah. Takpun boleh jadikan rujukan semula nanti.

4 sudu butter
3 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar holland ~~ dipotong dadu dan digoeng layu sebentar
sebiji tomato ~ ~ dipotong dadu
4 sudu sos tomato
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
150ml susu cair / susu segar
3 sudu lada hitam ~ ~ kalau mahu pedas tambah lagi
sesudu gula
cendawan butang

~ ~ Panaskan kuali. Cairkan butter. Masukkan tepung gandum dan kacau. Masukkan bawang besar holland (goreng layu dahulu). kemudian tomato. Kacau hingga mendidih. 

~ ~ Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis dan kacau. Tambah susu cair dan kacau lagi. Kemudian lada hitam (grinded ye) ditabur. Kacau lagi. Dan tambah gula secukup rasa.

~ ~ Bila dah masak. Blend kan sos tu. Masuk semula dalam periuk. tambah cendawan butang yang dah dihiris. ** sekiranya sos anda terlalu cair, tambahkan tepung jagung dengan suku cawan air.

Friday, January 18, 2013

Akhirnya ~~ Pavlova

Berkurun lama aku menunggu. Zalim gila ayat. 2 minggu order. Baru ni dapat. Hehehe. Alkisahnya hari tu teringin sangat nak makan Pavlova yang hebat orang duk kata sedap. Kebetulan ada sorang pegawai department aku ni memang isterinya terer baking membaking ni. Kek dia superb sedap. Harga pun memang murah. Boleh makan kek lebih sedap dari Secret Recipe dengan harga yang murah. Promote nampak. Hehehe... So, aku ni yang sememangnya suka suki je mulut nak makan terus mengorder.


Aaauuummm.. Tak sabarnya nak potong nak ngap. Lama sungguh mengidam. pernah makan beli sepotong kat satu bakeri ni. Tapi dia buat coklat syrup. meringue ni kan already manis. So, tersangatlah manis. Nannti berpavlova lah sama Mr Daddy dan Yaya..

Ke mana mau pergi ye weekend ni?? Lambatnya dapat balik kampung.......

Thursday, January 17, 2013

Yaya Suka Ni!

Pagi-pagi kalo Yaya bangun awal dan aku mesti sibuk kat dapur buat bekal Yaya dan breakfast untuk kitorang. Mesti Mr Daddy on tv dan semestinya channel BabyTv. Yaya paling suka kalo cite Bugs Band. Korang pernah tengok tak? Ala sekejap je siarannya. Tapi Yaya sangat suka. Kalo tengok binatang-binatang ni nyanyi. Sorilah.. Yaya tak layan. Senanglah Mummy buat kerja. Daddy nak mandi sembahyang.

kredit to google
Ni haa ceritanya. Band semut dan serangga nyanyi. kadang-kadang aku pun terikut sekali. terngiang-ngiang lagu tu. Padahal takde butir yang aku paham pun. Cume last sekali "........ bla bla bla". Paling aku suka bila part semut-semut ni menari..

kredit to google

Alolo comelnye. Menari sambil nyanyi "iya iya ya ya...." Sebab tu Yaya suka. Sebab sebut nama dia... Hehehe..


Wednesday, January 16, 2013

Spa vs Bidan

Fuhh!! Mood gembira. Bila mengadu penat kat Mr daddy. Sejak kebelakangan ni bila Mr Daddy dah start tukar department yang mana memerlukan kerja ikut shift. Banyak kerja Mr Daddy aku kena ambik alih. Dan Mr daddy akan tolong yang mana tak berkesempatan. Sampai aku dapat offer mengajar tuisyen pun terpaksa tolak. Mr Daddy tak bagi. Bukan rezeki aku. uhuhu~~

Berbalik cite tadi. Mr Daddy janji nak belanja pergi spa untuk urut badan. Wow bestnye.. tapi kan aku lebih prefer nak pergi berurut dengan bidan je. Sebab masa lepas pantang hari tu, bidan urut tu terlalu berhati-hati. yelah, aku kan caesar. Mungkin baru sangat luka. So, aku decide nakberurut dengan bidan je. Mungkin di Kuantan atau di sini sahaja. Mungkin kat Sepang kot. Nak try tempat officemate tu berurut. Macam best.

kredit to google

Wah~~ heavennye dapat berurut.. Aerobik dah. Lepas ni nak bertungkulah. Agak-agak boleh bagi slim tak?? Berangan lah ko! Dah memang gemuk tu kan. Hehehe. Takpe. Janji hati senang. Hati tarak serabut~~


Tuesday, January 15, 2013

Majlis Cukur jambul Yaya

Wah! Berkurun lama baru nak up entry pasal Majlis Cukur Jambul Yaya. Yaya dah nak masuk 8 bulan dah kot. Motip aku baru nak update? Sesaje. Kata nak tepek moment best in my life.Gitu kan???

Majlis Cukur Jambul Yaya diadakan pada 15 Julai 2012. Masa tu Yaya dah 47 hari. Rindunya pada masa berpantang. Sebab masa tuelah ramai yang jaga kita. kan?? Especially baby. Rindu masa Yaya usia hari-hari.. Sangat rindu! Beranak lagi?? Ilek dulu. Tapi kan Daddy cakap dah sedia untuk yang kedua. Kedua?? Anak lah. Bukan bini kedua okeh. Ikhlas dari hatinya. Daddy cakap kalau Allah beri rezeki lagi alangkah gembiranya dia. In sha Allah~~

Jom layan gambo masa Majlis Cukur Jambul Yaya~~

Ini buaian berendoi Yaya. Hasil kreatif my BFF...

Kumpulan Marhaban dijemput khas dari kampung Mr Daddy. Nek Ma endoikan Yaya.
Sayu tengok gambar ni. Lena je Yaya.
Terima kasih kepada keluarga, sahabat dan saudara mara yang menjayakan majlis ni.Walaupun dah lama tetap nak appreciate jugak. Syukur Alhamdulillah.

Amsyar dah sekolah

Semalam KakYong (kakak kepada Kakngah) tag gambar amsyar kat FB aku. Rindu sungguh kat anak bujang sorang tuh...
Aku terlupa Amsyar dah nak masuk 4 tahun dah 2013 ni. 1 Mac 2013 besday Amsyar. 8 Mac Anniversary kami yang ke 4. Sekejap je masa berlalu kan. Dah 4 tahun jugak Arwah Angah tinggalkan kami. Serius. Aku rindu gila kat arwah. Rindu nak gaduh dengan arwah. Teringat sangat pesan terakhir arwah; "Ayu, mu jaga diri molek, jaga mak" Ayat tu buat aku jadi kuat.

Bila tengok muka Amsyar sebijik macam arwah. Dengan gayanya. Cuma arwah jenis tak banyak cakap. Kakngah pun jenis tak banyak cakap. Tapi Amsyar terlebih peramah. Ikut perangai sape tu?? Masa Amsyar kecik dulu ramai cakap muka Amsyar macam muka aku. Hehehe. Kelakar. Padahal dalam hati suke gile.








Wednesday, January 9, 2013

Miss them!

Setelah kekenyangan. duk sesaje sambil siapkan dokumen nak mohon kursus. Tetiba rindu sangat kat budak-budak ni > > > >


Muhammad Airil Farhan & Muhammad Dameer Amsyar

dan........... puteri kami

Yaya Oh Yaya!!
setengah jam lagi mummy ambik.
Mummy kangen bangat sama kamu. 
Sekarang kamu asik tido awal je. 
Mummy rindu nk gomol kamu...
 
 
 
Daddy jom balik kampung!.
Onni rindu sama Yaya.
Nek Ma rindu sama Yaya.
Mummy rindu pada Amsyar dan Airil.

Tuesday, January 8, 2013

Mood risau

Sekarang hebat orang perkatakan tentang Ribut Tropika Sumano kan. Yang dikhuatiri melanda Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Begitu jugak aku. Setiap kali aku follow berita aku jadi takut. Aku risaukan keluarga aku, saudara mara dan sahabat-sahabat serta saudara seagama kita. Takut kan kalo ada ramalan macam tu.

Semalam text kepada Kakngah (isteri Arwah abang aku) yang tinggal di Kijal. PAling merisaukan aku. Rumah keluarganya betul-betul depan pantai. kalo korang tengok cite Man Pos masuk kampung. Yang rumah Serina Redzuwan berlakon tu rumah keluarga Kakngah. Betul depan pantai.

Dan malam semalam Kakngah text diorang sekeluarga serta sekampung bersiap sedia untuk hadapi kemungkinan. Jika dilihat pada cuaca. Alhamdulillah katanya angin biasa-biasa saja. Ombak pun ketinggian biasa. Tapi bila malam hampir jam 10 malam, kakngah text lagi cakap diorang dah packing barang untuk lari kalo ada apa-apa. Aku mula risau pada anak sedara aku. Sumpah. Aku menangis. kakngah terlalu muda. Untuk membesarkan anak mereka sorang-sorang. tapi Alhamdulillah Amsyar membesar dengan baik.

Bila Kakngah text aku lagi tentang soalan Amsyar "ibu, kite nak pegi mana malam-malam ni". Jam 12 malam polis arahkan semua orang kampung lari keluar dari kawasan rumah. Terbangun aku. Menangis sorang-sorang. Niat di hati nak kejut Mr Daddy, nak ajak balik kampung. Aku jugak risau pada mak. Walaupun rumah mak agak jauh dari pantai. Tapi aku tetap tak sedap hati. Tapi tak sampai hati nak kejut jugak. Aku berdoa pada Allah. Lindungilah keluargaku. Lindungilah saudara seagamaku.

Jam 12 malam. Mereka lari ke Bandar Kemaman. Aku resah membayangkan di mana mereka tido. Lagi resah bila Kakngah tak reply text aku. Sehingga jam 6 pagi tadi Kakngah reply balik. mengatakan tiada apa-apa berlaku. Mereka pulang semula ke rumah pada jam 2 pagi. Tapi siapa yang lena tido dalam keadaan berjaga-jaga macam tu.

Alhamdulillah. Agak lega bila dengar berita pagi tadi yang mengatakan bawaan angin semakin perlahan. Syukur. Semoga tiada apa-apa yang berlaku. Semoga Allah lindungi negara kita dari bencana dan musibah. Amin~~ Wallahuallam..

Monday, January 7, 2013

Entry pertama untuk 2013

Eh. Rupa-rupanya aku belum update apa-apa lagi entry untuk permulaan 2013 ni. Sadis betul. Hehehe.. Nak kena update jugak...

~ ~ First of all. Nak cite pasal azam. Azam baru, azam carry forward dari tahun lepas. Kehkeh... Pertama sekali mesti nak jadi Insan yang berguna. Muslimah yang solehah. In sha Allah. Yaya pun ada azam yang sama macam aku tau.

Semoga jadi anak yang solehah ye sayang~
~ ~ Azam tahun lepas hanya separuh yang tercapai. Azam tahun ni plus azam tahun lepas yang carry forward aku nak capai target nak dapatkan APC. kuikui... Berangan lah ko. Jari luka sikit mintak MC. Camno? kena berubah. kena berubah... Chaiyok-chaiyok..

~ ~ Nak jadi  isteri, anak dan ibu yang baik untuk keluarga aku. Nak jadi menantu, kakak dan adik yang baik jugak. Nak upgrade dari yang lepas-lepas, Nak topup mana yang kurang. Doakan saya ye.

~ ~  Misi paling besar. Nak kuruskan badan. uhuhu. teruk sangat dah badan aku ni. bagai di pam-pam. Membesar bagai juara. Berapa ramai dah tegur aku. mengandung ke? Ada pulak ke? Ohh.. Kalo betul-betul ada Alhamdulillah. Akan ku bagitau kalo sampai masanya. Tapi kalo mengandungi lemak. So, langkah pertama. Aku join aerobik. Seronok gila wei. Walaupun kadang-kadang semput. harap-harap usaha berjaya. Kalau tak dapat kurus sekalipun, sekurang-kurangnya badan sihat dan cergas... Kan??

~ ~ nak share pasal Yaya. Yaya dah pandai sebut ma ma ma ma..... Walau bukan Mummy, tapi aku tetap happy. Sebab bila Yaya panggil Mama dia akan cepat-cepat merangkak atau berlari dalam walker dia ke arah aku. Senyum lebar pengasuh dia tau yaya boleh panggil Mama. Jeles. tapi terharu dengan perkembangan anak. Oh Yaya dah pandai memanjat. Almari tv dah dipanjatnya.. Alhamdulillah. Semoga Yaya membesar dengan baik.....