besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, January 7, 2013

Entry pertama untuk 2013

Eh. Rupa-rupanya aku belum update apa-apa lagi entry untuk permulaan 2013 ni. Sadis betul. Hehehe.. Nak kena update jugak...

~ ~ First of all. Nak cite pasal azam. Azam baru, azam carry forward dari tahun lepas. Kehkeh... Pertama sekali mesti nak jadi Insan yang berguna. Muslimah yang solehah. In sha Allah. Yaya pun ada azam yang sama macam aku tau.

Semoga jadi anak yang solehah ye sayang~
~ ~ Azam tahun lepas hanya separuh yang tercapai. Azam tahun ni plus azam tahun lepas yang carry forward aku nak capai target nak dapatkan APC. kuikui... Berangan lah ko. Jari luka sikit mintak MC. Camno? kena berubah. kena berubah... Chaiyok-chaiyok..

~ ~ Nak jadi  isteri, anak dan ibu yang baik untuk keluarga aku. Nak jadi menantu, kakak dan adik yang baik jugak. Nak upgrade dari yang lepas-lepas, Nak topup mana yang kurang. Doakan saya ye.

~ ~  Misi paling besar. Nak kuruskan badan. uhuhu. teruk sangat dah badan aku ni. bagai di pam-pam. Membesar bagai juara. Berapa ramai dah tegur aku. mengandung ke? Ada pulak ke? Ohh.. Kalo betul-betul ada Alhamdulillah. Akan ku bagitau kalo sampai masanya. Tapi kalo mengandungi lemak. So, langkah pertama. Aku join aerobik. Seronok gila wei. Walaupun kadang-kadang semput. harap-harap usaha berjaya. Kalau tak dapat kurus sekalipun, sekurang-kurangnya badan sihat dan cergas... Kan??

~ ~ nak share pasal Yaya. Yaya dah pandai sebut ma ma ma ma..... Walau bukan Mummy, tapi aku tetap happy. Sebab bila Yaya panggil Mama dia akan cepat-cepat merangkak atau berlari dalam walker dia ke arah aku. Senyum lebar pengasuh dia tau yaya boleh panggil Mama. Jeles. tapi terharu dengan perkembangan anak. Oh Yaya dah pandai memanjat. Almari tv dah dipanjatnya.. Alhamdulillah. Semoga Yaya membesar dengan baik.....

No comments: