besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Friday, May 30, 2014

Dialog Mummy dan Yaya

Bila duk sesaje kan. Terkenang-kenang, terngiang-ngiang je suara Yaya. Teringat-ingat cara dia bereloteh. Dia bercerita. Lama tak cerita pasal dia kan. Hehehe. Asik stress je Mummy kan. tapi Alhamdulillah balik rumah tak stress dah. Stress pun sikit je nak bersoal jawab dengan yaya. macam wartawan dah.

Dialog 1: Situasi nya adalah di taman tasik.


Mummy: Aalya anak sape?
Yaya:  Anak Joe.
Mummy: Joe tu sape?
Yaya: Daddy.

Sentap mak okeh. Anak daddy sorang je ke?? Kembang semangkuk Daddy dengar Yaya cakap gitu.

                                     ***********************************************

Dialog 2:

Gambar ni aku framekan. Gantung kat rumah. Hari tu Daddy turunkan gambar tu pasal apa aku dah lupa. So, frame tu letak dalam bakul mainan Yaya je. Bagus jugak. Nak main tengok gambar mak bapak ye. Hehehe.

Yaya ni rapat dengan Mokshu dia. Kalo balik kampung atau Mokshu datang bangi, memang tak pandang aku langsung. Yaya panggil Mokshu adalah Ashu.


Mummy : Aalya. ni sape?  ~~ tunjuk gambar Mr Daddy
Yaya:   Daddy.
Mummy : Yang ni?  ~~ tunjuk gambar pompuan gemuk sebelah tu
Yaya : Ashu...

Dang!!! Ashu dijawabnya. Kurus ke aku ni masa ni? Atau Ashu yang gemuk macam aku dulu. Hahaha...

                                     ************************************************

Dialog 3:

Baru semalam kejadiannya. Dari petang ke malam Yaya mintak susu banyak kali. Aku kira 10 kali ada kot. yang kali ke 6 dia mintak. Aku tengah lipat kain.

Yaya : Mummy. Nak shushu....
Mummy: Oit. Bape kali mau minum susu. Tadi baru je lepas minum.
Yaya: Nak shushu...
Mummy: Susu dah habis. Takde duit nak beli susu.
Yaya: Mummy....
Mummy: Ermmmm....
Yaya: Nak awittt (duit)....
Mummy: Nak buat apa duit?
Yaya: Nak shushu lah.....

Adoi.... Panjang je akal dia tau... Mintak duit nak beli susu. Bagus bagus..

                                    ************************************************

Dialog 4:

Yaya ni takut sikit dengan Ummi nya (SIL). Kalo Ummi suruh tido dia ikut. Dengar suara Ummi marah pun pejam mata rapat-rapat. kitorang mengekek0ngekek kalo dia buat-buat tido kalo Ummi ada. So, kalo dia tak dengar cakap Mummy Daddy memang aku akan call Ummi dia. Takpun ugut je nak call Ummi confirm dia dengar cakap.

Situasi nak suap makan.

Mummy: Meh makan nasi. Bukak mulut.
Yaya: Errmmm.. ~~ Sambil tutup rapat mulut.
Mummy: Taknak bukak mulut Mummy call Ummi....
Yaya: Nak nasik... Erm.. Dap err.....

Hahaha... gitulah sokmo Yaya. Nak kena ugut saje... Sekarang pandai dah ajuk aku. Biasa kalo aku buat-buat call Ummi dia. ayata aku adalah "helo Ummi.. tengok Yaya ni....." .

Sekarang boleh ajuk aku balik. jumpa tepon dia. Dia ajuklah. "elo... mi. engok Yaya ni.." alahai nak oi...



Yaya is 2. Alhamdulillah.

Alhamdulillah.
29 Mei 2014  anakanda kami Dhiya Nashira Aalya Binti M Jummary genap 2 tahun.
Syukur dengan Cahaya Pemberian yang Mulia dari Allah.
Syukur dengan pinjaman Allah ini.

Rindu Aalya saat ini. 
Saat pertama kali bertemu dengannya. 
Saat pertama kali menyentuhnya.
Allahuakbar.
Besarnya nikmat Mu...

Sekarang dah besar Anugerah ini. 2 tahun mebesar dengan kasih sayang yang cukup. Walau terkadang termarah. Tercubit manja. Percayalah anakku. Itu adalah tanda kasih Mummy terhadap kamu.

Cewwaahh. boleh gitu??? Padahal memang mummy dia garang sangat kan... Garang Daddy biasanya akan terhenti bila Mummy membela. Tapi garang Mummy takde sape mampu membela kecuali Nenek. Danggg!! Adesss... Aku tak boleh garang bila ada nenek dia (MIL). Sebab nenek akan bela Yaya.


Syukur Alhamdulillah, 
Allah kurniakan aku pinjaman yang sihat walafiat,
yang cerdik akalnya.
penghibur Mummy Daddy sepanjang masa.
pembawa rezeki dalam keluarga kami.
Syukur....

Close up besar-besar sikit. 
Hehehehe.. Air tangan Mummy okeh.
Gigih bersengkang mata dari malam. Membawak ke pagi sambung buat kek.
At last, EL. Hahaha. Jangan bagitau boss saya.

Alhamdulillah...
Mummy bangga tau buat kek tak semenggah ni untuk Yaya.
Jangan dipandang pada rupa je. 
Terima kasih Daddy sebab sponsor beli barang. 
Dan tolong Mummy, setia menunggu Mummy buat kek.
Sanggup berperang dengan yaya yang tak sesabar nak terkam kek tu.

Aku gigih nak buat kek ni asalnya niat untuk nak hantar pada rumah Mama Nur (pengasuh Yaya). Then, tersedar rupa-rupanya Daddy kerja shift petang. So, we olls decide nak join sekali. Tapi keputusan last minit lah. Harus takde preparation apa-apa. Sumpah kek je yang ada. 

Jam 10 tengahari aku ke rumah Mama Nur. Sekali dia dah beli snek-snek bagai dah. Aku tanya. Ramai ke jemput. Dia kata jiran-jira terdekat. Alahai.. Terharu aku. mama Nur excited nak celebrate. Syukur Yaya dapat pengasuh yang baik. Semoga Allah merahmati Mama Nur sekeluarga. Amiinn..

Semua persediaan Mama Nur yang sediakan. Aku decide beli nugget dan kentang. Hanya itu hidangan yang ada. Aisshh. Rasa bersalah pulak. Kalo tau jemput ramai. Mesti aku masak beria...  Daddy cakap takpe. Majlis betul-betul nanti kita jemput semula.


Gambar ni aku ambik dari FB je. Daddy terlupa kamera dia. So, snap dengan phone jelah. Terharu tengok gambar ni. Dah besar anak aku. Uhuk uhuk.. Amcam first timer buat kek?? Alhamdulillah. Semua cakap sedap. Tapi aku tak puas hati dengan deko tu.... Cream cair sangat... takleh nk buat bunga bagai....

Anyway, terima kasih untuk semua yang mendoakan kami sekleuarga. Syukur dengan segala pemberian Allah. Syukur dipermudahkan segala urusan.

Wednesday, May 28, 2014

WW ~~ Permata hati

Hari ni Rabu ye. lupa. Heheheh. So wordless sikit.


Alhamdulillah...
Cahaya Pemberian Yang Mulia.
Pinjaman dari Allah.
Amanah kepada kami.

Holiday Gold Coast Morib

Cerita minggu lepas. Tapi tak sempat nak update dalam blog kesayangan ni. Ingat tak entry lepas aku cakap aku stress sangat. Penat. Nak holiday. PAdahal aku dah lama beli kupon Gold Coast Morib ni dengan Groupon. Gigih pujuk Mr Daddy untuk cari tarikh sesuai untuk cuti. Sibuk sangat Daddy lately. Susah nak dapatkan cuti. Pastu sebelum jadual kerja Daddy siap. Daddy request kat pegawai dia nak cuti pada sekian-sekian tarikh.

Aku pun apply cuti. Kena pergi weekdays. Tapi heavenlah jugak pergi weekday. Macam resort tu kita yang punya. Hehehe. So tarikh 20-21 Mei kami ke sana. Check in macam biasa pukul 3 petang. Memandangkan perjalanan nya dekat je dari kuarters aku duduk. So, pagi tu lepas hantar cousin Mr Daddy ke KL. Dia ada taklimat. cadangnya nak ke Jalan TAR. Tapi awal sangat last-last ke Kajang je. Motipnya mencari baju raya. boleh??? Awal gila kan. Susah sangat Daddy nak cuti. Sekali pulun je hari tu. beli baju melayu dan baju kurung je untuk aku dan Yaya.

Dalam tengahari bergerak ke Morib. Melalui Banting. Akhirnya sampai. Baru jam 1.30 tengahari. Awal sangat. Kami berjalan-jalan dulu kat situ.

Anak dara baru bangun tido. Kawasan tu berkunci. so, bergambar kat luar jelah.

View dari luar.

Masa ni dah bising mulut. 
"Mummy, nak andi olam"
"Daddy. cepatlah!"

Bukan main mulut dia bising tak sabo nak berendam. PAstu puas lah melilau kat situ. Jam 2.30 petang. Mr Daddy suruh aku buat-buat tanya kat kaunter. bini dia kan muka tak tau malu. kehkeh. Aku pun tanyalah kat receptionist boleh tak daftar dulu. "Boleh Puan" menggeletis lah aku. Pastu demand macam-macam. nak bilik mengadap theme park lah. nak katil queen lah. Hahaha. Sekali boleh masuk bilik terus. legaaa...

Katil yang kami dapat.

Budak ni dah tak sabar..

Ni yang aku nak sangat sebenarnya... hehehehe
Heavennya..

Ini dari balkoni bilik yang kitorang dapat. Tingkat 1 oklah.

Tengok. Bukan main seronok dia mandi... Langsung tak tau takut.

Daddy yang setia menemani dan melayan karenah Yaya... 
Ikutkan je apa anak dara nak main.

Slide ni selamba je dia main. Sorang-sorang pulak tu. Yang slide pusing-pusing pun dia nak turun sorang-sorang. Adoi.. Memang jenis tak takut betullah...

Main sampai jam 5 petang. Taknak naik. tapi kena umpan dengan aiskrim baru nak naik. Duhai anak. Mandi bersihkan diri kat atas. Solat asar. Keluar dari resort cari makan di Bagan Lalang.

Kitorang pilih kedai Wak Lan ikan bakar. Dah penat sangat rasa. Tak dapat pikir menu apa nak makan. Main sebut je.

Kerang Bakar 500g, Sototng Celup Tepung, Nasi Goreng Cina untuk Yaya, Nasi goreng Paprik untuk Daddy dan Nasi goreng Cendawan untuk aku. 

Rakus betul budak ni makan.penat lah tu... Dah nak abis baru cakap "Mummy... meowww nak asiik.." Wah. Pandai ini budak pusing. Padahal dia dah kenyang.
 
 Masuk waktu maghrib. Daddy solat siap-siap. So, boleh berjalan-jalan kononya lepas makan. Sekali Yaya dah menhgnatuk. Balik resort. Tido lena budak tu. Aku pun apa lagi. pulun jacuzzi lah. 

tak banyak buih masa ni..
 Wahhh... Heavennya... Dapat camni hari-hari kan best.....

Bangun pagi lepas solat subuh. Daddy excited amik angin kat luar. Memang sejuk. Malam sebelum tu hujan pulak... Nyamannya. Tak pikir nak pergi kerja. hehehe... Jam 7.30 pagi kejut anak dara yang syok tido. Ajak pergi breakfast....


Antara makanan yang aku ambik. Ada lagi tak snap. Sedap sangat tu taklah. Tapi oklah banyak option. yang heavennya takde orang sangat. Kebetulan ada guru-guru PPD Hulu Langat berkursus kat situ. Tak berebut manalah...

Siap makan. Sambung mandi lagi. Anak dara tak sabo lagi dah. Nak mandi kolam lagi. Berjam-jam berendam dalam tu. Taknak naik. Menjerit-jerit jugaklah. Umpan aiskrim pun taknak jugak. Last-last sambung mandi dalam jakuzzi pulak dia.

Macam dah berhantu air ni. Jenuh pulak pujuk nak naik. Sementara tu pack semua barang. Nak check out dah. Yaya Seronok. Daddy seronok. Aku?? LAgi seronok. Daddy siap cakap lagi. Next year kita datang lagi. MAcam annual activity lah. Wah wah... Tempat lain pulaklah ye.....




Monday, May 5, 2014

Nak holiday please!!

Seriously rasa penat, lemau, tak bermaya. Cuti 2 hari pun tak cukup. Rasa nak cuti seminggu dudk rumah main dengan Yaya je boleh??? Hehehe.. Ni ayat memang mintak pelempang ni dengan boss.


really I need it.. tolonggg.. mode: stress. Hahaha.. pagi-pagi bos tegur dekat punch kad. Maybe ke Pahang lagi ye this week or next week.. Reaksi aku?? Ko rasa??? Takkan nak gelak terguling-guling. Kelat je aku senyum. Patut aku happylah kan. Tapi.. nak kelat-kelat pulak.

Bukan apa. Nak kerja luar ni pikir banyak benda. Dah sampai sana takde masalah. Nak pergi tu. Aku kalo keje luar confirm kena bawak Yaya. Yelah. mr Daddy kerja shift. Sekarang operasi dah nak mula. Takkan nak bagi Yaya bermalam rumah pengasuh. Kena bawak jugak. Nak drive ke Kuantan berdua je dengan Yaya?? macam tak boleh percaya je...

Uwaa... Nak bercutilah. Voucher dah beli. Tapi sampai sekarang tak pergi lagi. Mr Daddy susah dah nak cuti. Tak kira nak pergi jugak.... Hehehe...

Terharunye...

Sungguh aku terharu. Bila ada insan yang selalu mendoakan aku. Yang selalu menjadi 'care' about me. Yang memahami aku dalam dia. Serius nak nangis.


Pepagi bukak FB. Nampak ni. Sob sob.. Terharu. Thanx kak. 6  tahun dah aku kerja di sini. 6 tahun aku mengenali Kak Intan Nuraini. Kakak dalam diam. Walau nampak cara kami kasar. Tapi itulah cara kami berkasih sayang.

Bila datang opis. Teringat kenangan-kenangan lama. bersama rakan-rakan seperjuangan di sini. Bagaimana susahnya menjejakkan kaki ke sini. Fresh graduate. Terus bekerja tanpa hiraukan apa jua jawatan yang ditawarkan. Matlamat. Nak tolong mak. Nak tolong Along. Butakan mata. pekakkan telinga. Dari bujang aku di sini. kemudian berkahwin. Dan sekarang dah ada anak. Nuklear Malaysia menyaksikan segalanya.

Alhamdulillah... Allah memberi tempat yang baik untuk aku. Allah memberi kawan-kawan yang baik untuk aku. Allah memberi keluarga yang baik untuk aku. Syukur. Dengan nikmat Allah....