Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Wednesday, April 13, 2016

Majlis Apresiasi 2015

Assalamualaikum.....

teaser sikit.. Hehehe

Alhamdulillah. Semalam selesai Majlis Apresiasi untuk Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi di Ballroom Hotel Istana Kuala Lumpur. Alhamdulillah setelah 8 tahun berkhidmat dalan perkhidmatan awam. Sampai giliran aku untuk terima APC. Syukur. Alhamdulillah...

8 tahun dah ek berkhidmat. Sekejap je masa berlalu. 8 tahun kerja rasa macam baru sangat. ramai lagi senior tak kenal aku. Padahal memang tak famous langsung. Kahkah. 8 tahun penuh suka duka. 8 tahun jadikan aku manusia yang makin matang. 8 tahun yang buat aku kenal dengan seribu satu perangai manusia. Alhamdulillah. Cikgu terbaik untuk aku timba pengalaman adalah dalam 8 tahun dalam pekerjaan ni.

Syukur!

Bos ajak bergambar. Segan wei. Sebab bos maintain cantik walau anak dah tiga. ni anak sorang gemuk amat. Kuikui.... Bos aku ni memang supporting. Tahniah jugak Dr Marina.

Tengok!! Boss aku snap gambar aku naik pentas. Tapi dari jauh je sebab kitorang tak dibenarkan snap gambar dekat pentas. Dah prosedur dia macam tu.

Cuba cari aku. kahkah... Sebenarnya ada 3 sesi bergambar ni untuk penerima. Aku turn sesi ke 2. Bergambar bersama Timbalan Menteri MOSTI dan Ketua-ketua Pengarah dari Agensi-agensi di bawah MOSTI.

Syukur rezeki. boleh wat topup untuk next vacation ni. Alhamdulillah.
Berusaha untuk tingkatkan prestasi. Kurangkan kontroversi.

Friday, October 18, 2013

Produk ANM (sago)

Sebelum ni aku tak pernah share pun kan pasal kerja aku. Orang cume tau kerja Nuklear Malaysia. kerja wat bomm ke?? Soalan cliche. Nyampah tau. Tapi aku agak susah nak terangkan kerja atau produk agensi aku. Sebabbbbnye... macam tak reti bak explain. Banyak istilah sains akan digunakan. 

Dengar khabarnye, semalam bos aku masuk paper. Kosmo katanya. Pasal produk sagu dan sina gama. Aku nak share jugak. Sebenarnye aku terlibat jugak dalam projek ni walau aku bukan bos. kuikui. Dah nama nye pembantu. Aku membantu dari segi penyediaan sampel yang diperlukan untuk analisis. Sebelum bos aku approved method. Kitorang-kitoranglah akan cuba dulu resipi-resipinya. Dah cuba tu, kita akan analisis dulu conditionnye. Sesuai ke tak.

Tapi sekarang macam dah kurang. Sebab dah masuk part comercialization. Tu yang masuk paper tu... 


Ni aku amik dari emel oleh PA bahagian aku. malas nak cari paper tu. Uhuhu. Ni adalah cite tentang pemprosesan sagu/sago. FYI, makmal aku kerja sekarang terkenal dengan nama Makmal Sago. Sebab kita fokus tentang sago. Sekarang je macam-macam produk dihasilkan termasuk chitosan (asal dari kulit udang). Seronok kerja sini. Boleh gie macam-macam tempat. Teringat aku masa buat projek Oligochitosan. Buat field work di Kg Batu Gajah, perak.

 
Haa.. Tu dia boss saya.. Dr. Kamaruddin Hashim. Saya??? Memang takdelah. Sebab ni orang lain yang comercialkan. hehehe. comel je bos saya tu.