besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 20, 2017

Honeymoon trip to Seoul (Part 2)

Wah kemain ada part. Minggu lepas ingat nak sambung entry. Kesihatan tak mengizinkan. batuk-batuk sampai bergegar kepala. Dapat MC. Ni pun tak baik-baik lagi batuk. So nak proceed pasal jalan-jalan korea lagi. Sebab tak boleh move on lagi.

lepas check in di Guesthouse. hari pertama kami dapat bilik lain. Ekceli weolls book untuk Double room. Dalam bangunan tu. tapi staff guesthouse tu mintak maaf bilik tu masih ada orang sebab clash ada guest lain duduk. So dia gantikan dengan bilik lain. untuk hari tu je. tak snap pulak bilik tu. Kitorang ok je. Asalkan dapat berehat. hari kedua baru tukar bilik kat atas.

lepas solat jamak asar dan zohor. Kitorang bersiap-siap. Cadangnye nak berjalan-jalan tepi Cheongyecheon stream dan pusing-pusing Myeondong street.

asalnya Yaya pakai 2 lapis baju je malam tu. Boleh tahan lagi katenye. First time try naik subway kat Korea. So, kena beli t-money card dulu. Aku pakai mesin je. Malas nak menyinggah kedai serbaguna. Topup 5 000 won dulu. Saje nak test.

So, dari Chungmuro Statiom ambik Line 1 punye train menuju ke Myeondong Station. aku pun lupa exit berapa. tapi ada signboard lah cari Myeondong street.


Masa ni sejuk jugaklah. Berjalan like a Korean. Chewaah. Plan asal nak makan Yoogane restaurant tu.Tapi terliur pulak kat street  food. beli satu-satu rasa. Eh terkenyang pulak. Terus lupa kat Yoogane. Tu Yaya dah dapat jus delima pior. Suka sangat dia air tu. 6000 won per beg okeh. Jangan sesekali convert. Sakit jiwa nanti.

 Suasana malam di Myeondong.


 Ni adalah sotong yang dibakar. Sedap. Tak puas makan. Beli 2. 4000 won satu.

ni Gyeran-pang. Roti telur. Sedap time makan panas2. Ni antara yang aku aim. Teringat-ingat lagi kesedapannya,

banana nutella pancake. Antara suggestion kawan-kawan yang dah pergi. Diorang cakap sedap sangat. tapi bagi aku tak sedap sangat. mungkin aku bukan chocolate lover kot. Ataupun dah kenyang campur penat.

Ada jugak tergoda dengan produk kosmetik kat Myeondong ni. Sempatlah beli facial foam di Skin Food. Beli yang 2 botol 8000 won. Arghh. Satu botol kastam dah tolong buangkan. Stress. Pastu terberkenan jugak kat lip gloss kat etude. Beli satu je. Serius kosmetik murah kat sini. Next time ada rezeki memang nak fokus kat kosmetik. tapi nak jugak beringat pasni semua barang shopping masuk dalam check in luggage. Untuk mengelakkan dari kena buang dek kastam Korea. Menangis mak.

Yaya pun dah mengadu penat dan sejuk. Kitorang tak jadi nak berjalan tepi Cheongecheon Stream. Menapaka ke Subway balik ke guesthouse. Berjalan ngan anak no kena banyak sabar. Sebab tu weolls decide berjalan tanpa guide. 

Sampai di guesthouse. Aku singgah di kedai serbaguna. Cari banana uyu. Heheh. Orang cakap pergi korea wajib minum banana uyu. Kalo tak minum dosa eh. Melampau sangat. 


Bila dah minum. Memang betul. Sedap sangat. Sepanjang 5 hari sana minuman ni jadi ruji dah bagi aku dan Yaya. Mr Daddy tak gemar sangat kalo hari-hari. 

Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak. Bersihkan badan. Pastu agihkan duit-duit dalam sampul. buat pembahagian duit. Senang nak uruskan kewangan selama bercuti.

 Cara aku buat pembahagian duit. Setiap hari spend 50 000 won utnuk makan dan shopping. Dengan rate masa aku pergi RM3.85 = 1000 won. menangis jugaklah. Tapi Alhamdulillah dari  segi makan cukup sangat. Sebab ada jugak bekal dari malaysia. bawak Brahim's product. Bawak biskut-biskut untuk Yaya. untuk sarapan dan jimat sebab guesthouse dah sediakan. 


Ubat-ubatan untuk Yaya. Risau duduk tempat orang. So, kita kena siapkan ubat-ubat untuk anak dan kita. Untuk Mummy Daddy cukup panadol je. Duduk sana Yaya kerap batuk sebab sejuk. pagi-pagi makan madu mint tu je. Malam nak tido bagi dia ubat batuk. Sebab cuaca sejuk. Sebelum keluar berjalan banyak urut kaki dia dengan minyak panas. Sapu habatussauda pada dada dan leher. Alhamdulillah tak melarat batuknya... 

Nahh terbungkang tido nye... Lepas mummy urut kaki nagn badan dia. Baru selesa. Mummy?? Tak dapat tido lagi. excited lagi kot. Hehehe.

2 comments:

fiza saiza said...

mcm sedap je banana Nutella pancake tu... berapa total semua perbelanjaan ke korea aizam?

joeayu said...

sedap bagi pencinta chocolate. hehehe. total almost 6k utk 3 beranak tmasuk flite fiza. boleh ajak fiq pergi.