besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

jom cakap ganu



zizan oh zizan.. teringin nak berjumpa zizan face to face. nak sembang dengan zizan. cakak ganu dengan zizan. tapi bertemankan Mr. J. mesti Mr. J pun rancak giler kan.

dengar zizan cakak tu teringat aku kat cikgu Prinsip Akaun aku cikgu Fauzi. kelat gile ganu dia. pastu Lecturer Pengajian Perniagaan aku. nama apa ntahaku lupa.

ekceli aku pun cakak ganu kat Kuantan. sebab environment aku semua orang ganu. bila berpindah kat bangi pun aku takleh buang kepekatan ganu aku. orang-orang sini suka usik aku cakap ganu. siriyes memang takleh nak buang. 17 tahun membesar. masuk matrik pun jumpe geng ganu. masuk UMT pulak lagilah. ganu jugak. memang takleh buang. asal usulku.

ada kawan aku cakap bila berjauhan kalau tengok zizan mesti dia ingat aku. kahkah.. padahal takdok kaitan langsung....

Promo kuih raya...

sekarang dah banyak promo-promo untuk raya kan? Courts mammoth dah lama buat promo. Jakel pun dah. puasa belum lagi. ok. Aku pun nak promo jugak.. hehe.. opkos kuih raya. bukan aku punya. tapi saje-saje nak tolong kawan. seronok jual kuih ni. kan? dekat-dekat pose nielah masa yang sesuai untuk nak testing-testing. nanti dah pose takleh nak rasa dah..

 3 jenis biskut yang ada.
semua buatan tangan orang lama.. 
biasa kalau orang lama buat biskut sedap kan.
bukan kilang. memang ori kampung punya rasa.

 ni semperit. mak aku panggil biskut bunga dahlia. ada orang panggil bunga cina.
whatever orang panggil. tapi rasa dia best.
harga: RM25 sebekas. (tak tau berapa pcs)

 ni biskut kacang. superb ori homemade. 
harga: RM25 sebekas.

 ini pulak bangkit santan/kelapa.
aku rasa budak-budak suka. 
aku makan pun sedap.
banyak kali try pulak tu...
aku dah order 3 balang.
harga: RM20 sebalang.

balang dia macam ni 

vv
v


so, kalau ada sape-sape nak order boleh tinggalkan komen. then kita deal. aku takde letak caj tersembunyi pun. tu sume harga asal dari empunya. empunya badan ni ibu kepada kawan pejabat aku. cuma aku boleh cakap sedap. so, sesape yang nak order. area Bangi, Kajang, Putrajaya, Dengkil. Boleh lagi nak anto. Kuantan pun boleh... dijamin sedap.

hang out 'orang bujang'

selasa malam maksu (isteri kepada adik bongsu MIL) sms ajak keluar pergi Alamanda. tapi time tu dah jam 8 malam. setengah jam lagi nak mengajar. memang tak sempat nak cancel kelas. so, postpone ngan maksu. semalam ambik maksu kat Presint 4 depan MOA.

Maksu sebenarnya duk Kuantan. Tapi sebab ada kursus kat MOA tu. so, ambik peluang jumpa maksu kat putrajaya ni. padahal kat Kuantan selalu jugak jumpa. hehehe.. aku kalau jalan-jalan kat Putrajaya memang fail abih. memang memori down gila. kat Putrajaya tu aku cuma tau Alamanda, Mydin, PICC, rumah sepupu Mr. J. umah Ita je aku kenal. umah sepupu sendiri  pun tak pernah pergi lagi. uhuhu.. so, petang lepas punch kad terus pergi ambik maksu. tanya Kak Norafifah siap-siap.. nasib baik dia excellent kat putrajaya.. thanx kak....

pada sape-sape yang nampak kancil hijau terkedek-kedek sorilah ye. saya tak fasih jalan situ. selamba pulak aku parking depan MOA tu sama-sama ngan bas. hahaha. kena hon pun buat tegar lagi sampai maksu datang... sudah tu, lepak rumah Edah (sepupu Mr. J) sebab maksu memang tidur rumah Edah..

dalam jam 8 kami berhang out kat pinggir Putrajaya. lepak kat kedai makan nama apa entah aku lupa. aku dengan Mr J selalu jugak lepak. makanan dia ok. lokasi dia betul-betul kat simpang 4 Sg. Merab. yang kawasan tu nak menghala ke HQ AADK, ILIM dengan BPG Pendidikan Islam. makanan dia oklah bagi aku. masakan kelantan.

 inilah maksu.. maksu yang sangat sporting..
maksu jugak banyak tolong saat aku ada masalah.
saat JoeAyu diuji....
sayu jap.. uhuhu....
maksu ni tabah orangnya. aku adore jugak pada dia. aku paham apa dia rasa..
maksu dah lebih sepuluh tahun kahwin , pun belum dikurniakan zuriat. tapi masih mampu tersenyum. sekarang lagi hepi kot sebab ada Adik Amni. 
semoga maksu diberi rezeki Allah yang melimpah berkat kesabarannya...

 ini Edah. sepupu Mr. J.
ekceli dia kawan aku masa sekolah dulu.. 
aku, Mr. J dan edah satu kelas je.. 

 nasi goreng paprik yang kureng. kuah manis sangat..
nasi goreng pattaya. maksu tak habis. sebab dia nak nasi goreng warna hitam macam aku punye. sekali dapat putih..

 mi kuey teow tomyam edah order. minah ni dahlah gastrik pi bantai benda panas.
dah takleh tido...
kenapa aku panggil ni hang out orang bujang. tanpa pasangan masing-masing. bujanglah kan?
maksu tinggalkan pakdir kat kuantan.
edah tanpa tunangannya.
aku tanpa Mr. J.
bebas tak hengatlah. 
uhuhu...
tapi harus diingatkan, semua dengan keizinan ye...

lepas makan semalam terus pergi hantar maksu kat Putrajaya sentral. maksu nak balik Kuantan tiket pukul 10.30 malam. maksu dah rindu sangat kat adik Amni. semalam ada lawan bola ek? Gamat gila pakcik-pakcik drebar bas kat Putrajaya semalam. tahniah Malaysia sebab kalahkan Taiwan 2-1. 

Bye-bye maksu.
~~maksu nangis tinggal kitorang semalam.. uhuhu....
nanti kita jumpa Kuantan ye...

** My Kan ko buat perangai lagi kan. takpe. aku kumpul duit aku repair ko tip top. kecik ati aku tau ko buat bunyi tak best semalam. naik 3 orang je. bukan 10 orang pun. tak abis lagi merajuk ko ye...

Wednesday, June 29, 2011

Kebahagiaan dalam perpisahan...

petang-petang ni layan kepala otak tengah sengal. efek minum coke tadi. stress pasal My Kan lah... pi bedal Doublecheese burger. tu ubat penenang saya. hehehe...tak perlu morphin ke heroin ke.. Mcd je. hari ni rasa nak cerita pasal mak ayah aku jer. bagi aku cerita ni kelakarlah jugak. mengenangkan ke'gelabahan' ayah aku. macam comel je ayah aku.. ayah comel?? ayah kelakar. yesss... dulu aku sayang sangat kat ayah. sekarang pun sayang. tapi kalau ayah masih bersama mak aku lagi sayang. kan? rindu zaman kecik-kecik. mak selalu cakap ayah manjakan aku masa kecik. tu badan aku naik. yelah, kalau ayah balik dari laut mesti ayah nak pekena kopi kat kedai, then ajak aku. aku dah jadi terbiasa ikut ayah keluar makan malam-malam. sebab tu perangai aku masa kecik-kecik tak 'girly' sangat.

hari tu mak aku call. cerita pasal dia gurau dengan ayah. saje nak kenakan ayah. ingat tak cite pasal mak dilamar? sini

hari tu ayah datang melawat rumah mak. haruslah datang. anak-anak dia ada lagi. cucu ada. tu semua takkan putus sampai bila-bila. mereka masih lagi berkawan. Alhamdulillah.. mak saje-saje je bergurau dengan ayah.
telah diolah bahasanya:
~~~

Mak :    awak. ada orang pinang kita.
Ayah:    sape?
mak :     ketua kampung sebelah.
ayah:     terima ke?
mak  :    terima. kenapa?
ayah:     tak payahlah.. menyusahkan aje kahwin dengan orang tua tu. nanti awak kena jaga dia sakit-sakit.
mak:      eh, dia kahwin takpe. kita kawin tak boleh. mana aci. saya nak kahwin jugak.
ayah:     tak payah. dia dah tua. nanti awak dah tua anak-anak takde. saya datang jaga awak.
mak:      ish. taknaklah. kita nak suami kitalah jaga. buat apa awak..
ayah:     dia nak kahwin dengan awak sebab nak geli-geli tu.
mak:      biasalah. nama pun suami isteri.. mestilah geli-geli. awak takpe.kita tak boleh..
ayah:      tengok fatin. mak mung galok
~~~
hahaha.. macam kelakar je ayah menggelabah macam tu. ayah takut ek mak kahwin lain. pepatah ada cakap. duduk dekat bau taik. duk jauh bau bunga.  walaupun mak dengan ayah dah berpisah. masih ada gurau senda sesama diorang. tapi aku rindu zaman kecik-kecik. zaman tiada orang ketiga antara mak dengan ayah. bagi mak. cukuplah ayah pernah bergelar suami nya di hatinya. inilah orang kata kebahagiaan dalam perpisahan. aku selalu berdoa semoga mak dengan ayah bahagia dengan kehidupan masing-masing...

Di alam fana cintamu..

Nyanyian: Di alam fana cinta.

Bila terpejam lena
Jasadku tidak berdaya
Mencari engkau di mana
Hanya dalam mimpi indah
Bila aku terjaga
Jasadku terus berdiri
Mencarimu tiada lagi
Berkubur di alam mimpi
Apakah aku yang terlupa
Antara lena dan terjaga
Di waktu malam pemisah
Yang nyata menjadi mimpi
Di sini engkau menanti
Bersama harum kasturi

Bagai mekarnya bunga cinta
Di alam nyata penuh rahsia
Pabila titisan embun pagi
Mimpi indah
Entah ke mana menghilang
Entah kenyataan
Engkau biarkan aku terbuang
Di alam fana cinta
Kau pula berdusta
Ku terpenjara aku terpenjara
Di dalam lena di dalam jaga

wah pagi-pagi lagi dah jiwang karat. bukan jiwang. tapi kan bila dengar lagu ni semacam je rasa. nak jugak tepek lirik kat sini. sebenarnya duk godek cari link lagu tu. nak tepek lagu terus kan. tapi tak dapat. aku tak pro sangat nak tambah gadget dalam blog ni. dapat taip pun dah bangga habis dah. sape-sape yang ada link atau nak ajar tepek lagu dipersilakanlah. ~~ dah boleh komen skrg kan? nak tuju lagu boleh?? ~~ JAMBU.
* aku start obses dengan lagu ni masa berhenti kat sebuah restoran kat Temerloh. Kampung ape aku pun lupa. tapi yang pasti ada petrol station (SHELL tak silap). ada satu restoran sebelah kiri dia tu. malam2 havoc kot. boleh karaoke. tapi kena bayarlah. aku pun tak tau nama kedai apa. masa berhenti tu aku mamai. Mr. J mengantuk sangat. so, dia berhenti nak pekena kopi. masa mula-mula sampai tu duk ada couple menyanyi.. bingit jugak telinga aku. minum kopi rasa kelat je. pastu datang dua brader ni. yang brader pakai cap tu memang comel gile ah. Mr. J tak marah pun aku cakap gitu. dia tau aku suka stok2 muka suci gitu. Mr. J tau aku suka je takde sampai nak wat laki pun. dah muka brder tu pun dah suci. suara mak aih. sedap gila. aku suka style dialah.. sempoi je...nyanyi part tarik2 suara takdelah samapi nak putus urat merih..tapi part paling buat aku naik bulu roma bila brader tu nyanyi...
ku terpenjara..... aku terpenjara... di dalam lena...
~lenggok dia lain macam sikit~

* pastu baru-baru ni kan ada kenduri kahwin dekat ngan flat aku duduk tu. malam-malam diorang ada anjur karaoke. ada pulak yang nyanyi lagu ni. terus obses kali kedua. Mr. J sampai je malam tu aku terus tanya Mr. J tajuk lagu tu. dengan confidentnya dia jawab "ooo.. tajuk dia ku terpenjara lah tu".. aku pun percaya je..

* dan semalam aku terus menggodek google. hanya dengan menaip "ku terpenjara" . rupa-rupanya tajuk dia Di Alam Fana Cinta. Fotograf yang nyanyi. Mr. J kata Rahim Maarof.. main-main betul dia. muka confident pulak tu.... tak rasa bersalah pun...

Tuesday, June 28, 2011

dah boleh komen..

ramai kawan-kawan cakap blog ni tak boleh komen kan. aku pun tak paham sebenarnya.. nape jadi gitu. tadi cuba duk google. dapat selesaikan sikit masalh ni. aku dah try komen. nanti kita tengoklah cmne perubahannya ye. dah nak balik.. daaa~~~

musim kereta rosak @ repair kereta...

minggu ni musim kereta rosak ke? kereta-kereta sekarang mogok ke? oopppss. ni aku cite pasal keliling aku je. means orang-orang kat opis aku je.tak bermaksud nak suruh kereta orang lain rosak ye..... situasinya seperti berikut...

i-  opkos My Kan yang merajuk sampai cekit leher aku. masalah driveshaft (semalam aku tulis drainshaft ek~~ salah. driveshaft sebenarnya..) yang mencekik aku beratus-ratus hengget. i remind u My Kan ok. behave yourself ~~ ni meroyan takde anak. marah kat kereta sendiri.

ii- student praktikal kat tempat aku inform nak balik awal semalam. sebab kereta dia rosak. masalah lebih kurang denagn My Kan jugak. lagi ngeri bila absorber pecah jugak. kereta mahal dowh. lagi rabak nak kuarduit. student tu....

iii- ada penolong pegawai kat sini pun alami masalah kereta rosak. aku tahu pun sebab aku tunggu Kak Nora (kak, thanx tumpangkan orang ke opis~ budi baik akak akan dikenang jua). penolong pegawai cite kat bos kereta dia prob. takleh stat. even jumping bateri pun tak jalan jugak. sudahnya, wife dia terpaksa ambik kat pejabat.

iv  - tadi masa aku pergi opis. nak tengok surat. ternampak memo dari seorang pegawai untuk bos dia kebenaran keluar pejabat. alasan nak repair driveshaft patah jugak. eh, baru semalam sembang dengan pegawai ni pasal driveshaft My Kan patah alih-alih dia kena pulak hari ni.

mungkin semua ni kebetulan. tapi dalam masa 2 hari sekejap serentak boleh berlaku.musim ke atau kebetulan. so, korang cek-cek jugaklah kereta. kereta ni kalo merajuk abislah. tak agak-agak nak kena kuar duit. aku dah seram ngan timing belt. nak tukar sekarang memang tak mapu dah. My kan. bertahan ok.

Cinta Teragung buat Mr. J

 
 
 
 
Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

abang... i love u... maaflah saya ini insan kerdil banyak kekurangan.. semoga kita makin berkekalan hingga ke syurga yang hakiki.....

3, 2, 1 Cinta...

 Lepas jalan-jalan kat i-city hari try GPS kat mana ada TGV ataupun GSC. tup-tup nampak ada Jusco Kelang. mencicitlah MY Kan pergi sana. parking atas bumbung. beratur punyalah panjang. niat hari tu sebenarnya nak tengok KL Gangster. Tapi tiket lewat sangat 11.15 malam. nak balik Bangi dah lambat sangta. Risau jugak...

so, decide tengok 3 2 1 Cinta. mula-mula terkejut jugak dengar harga tiket mahal sikit. 

reaksi Mr J bila dengar harga. Alah.. sebenarnya tak mahal sangat pun. dah standard kot. couple seat pulak tu. padanlah mahal. sebelum masuk Mr. J dah masam gila.. aku? kuciwa sikit. rasa bersalah pun ada. sebab nak tengok jugak movie malam tu. tapi bila dah masuk dalam panggung. Mr. J hanya cakap "ooo..patutlah mahal.." couple seat bro. ileklah. dan kebetulan hanya kitorang je duduk wing tu. orang lain semua duk tengah-tengah. tak ramai pun.

3, 2, 1 Cinta ni best jugak serita dia sebenarnya. bayangkan aku ni sampai 2 kali menangis. menangis part SAM rindukan papa dia. saat tu aku memang menangis. part lain aku menangis. bila SAM tumbuk kawan baik dia Fariz ayam (Pieere Andre). masa tu aku rasa sakit sangat. menjadi seorang kawan baik yang tolong tapi bila kawan yang kita sayang tu dah dapat apa dia nak dia boleh sakitkan kita. memang touching gile ah. Mr. J pun terkujat tengok aku nangis.

bestnya cerita ni dia seimbang. ada part kelakar. part sedih. part serius. paling kelakar piere Andre lah. lain dari watak yang dia pernah berlakon yang aku tengoklah. bahasa-bahasa dia memang updated. ending dia sangat unexpected. SAM sangat gigih nak Farid Kamil jadi boyfriend dia, last-last dia jumpa cinta sejati dia Piere Andre. Tapi sepatutnya kan, pelakon utama lelaki cite rasanya piere andre. bukan farid kamil pun. em.. ntahlah. tak paham jugak...

Hilang mood sebab My Kan..

betul-betul down... uhhh.. My Kan oh My Kan... tolong jangan buat perangai lagi ye... saya dah down sangat-sangat.. mood nak update. mood nak kerja.. semua hilang. semua pasal My Kan tau... sampai tahap tengok maharaja lawak semalam pun tak tau nak gelak part mana. sampai tahap tengok abang jijan pun rasa nak meletup nak marah. awak punya pasallah ni My Kan. saya hilang masa untuk berhibur bersama abang jijan saya tu. 

My Kan.. kembalikan semangat saya.~~~ semalam pergi amik My Kan kat klinik dia. Brader tu bagi diskaun 10 hengget je.. uhuhu.. tapi takpelah. boleh buat beli makanan bagi hilang stress. tapi serius memang aku stress sangat. penat satu hal. pikirkan My Kan lagi. tapi orang lain kalau susah hati tak lalu makan. tapi aku berganda-ganda makan. uhuhu...

tengahari dah stat makan nasi kerabu yang memang giler banyak. orang Kelantan kat area rumah yang jual. sedap jugaklah (sempat lagi promo makan~ hampeh betul). petang balik keje nampak mee goreng yang dimasak petang ahad tu untuk bekal Mr. J naik bas. ada lagi. aku tibai lagi. Lepas ambik My kan. nampak ada sardin lagi. lenyek-lenyekan dia. aku nampak ikan sardin tu dah macam MY Kan dah.. lenyek sampai lumat. mintak Bibi sapu planta kat roti. sapu sardin. makan sampai puas. tapi tak puas hati jugak.

lepas mengajar tu jemur kain siap-siap. sental dapur. lepas geram. kecik hati dengan My Kan tau... tengah-tengah kemas nampak ada roti lagi. 3 yang terakhir... sardin ada lagi.. ambik planta. terus sapu. puas hati aku. makan sampai abis. basuh apa yang patut. terus tido.... My Kan punya pasal....

Hari ni gie kerja pun slow-slow jw bawak My Kan. walaupun dah lambat keluar. takpelah. sanggup demi nak jaga My Kan. kalau My Kan buat perangai jugak tak taulah.....

Monday, June 27, 2011

i-city shah alam.

hari jumaat hari tu Mr. J ajak pergi dating. lame gile tak jalan-jalan sama Mr. J. masa kureng... biasalah kan. so, Mr J ajak pergi ke I-City shah Alam. maafler. aku ni jakun sikit. orang lain dah berkurun pergi aku idoklah pergi-pergi. banyak benda nak kena pikir. memang betullah banyak benda nak kena pikir. tengok sekarang My Kan buat perangai. dia dah penat...

hari sabtu dalam pukul 4 petang kitorang bergerak dari Bangi. sampai pun baru jam 5 lebih. siang-siang diorang tak pasang lampu lagi. so menapaklah kebosanan. sokita layan gambar view untuk siang hari.

Harga tiket masuk: RM10 sebuah kereta. tak kira pakai kepala.

 lampu-lampu tak menyala lagi time ni. tapi kurang best sikit sebab masih bawah construction. 
so, agak bahaya.

 antara bangunan yang ada kat situ. berbukit-bukit jalan nak menapak. 

snowalk. kat sini ada main salji. 
kitorang opkos tak masuk.
Dewasa: RM25.
Kanak-kanak:RM20

 lampu pada waktu hampir senja.



 Mr. J yang mula-mula kurang excited macam kuciwa je.
bila malam je terus excited.
















 ** terus takde mood nak upload gambar bila mekanik call bagitau bill My Kan kena repair yang aku kena bayar.. My Kan.. Sampai ati awak. awak betul-betul menguji saya.....

My Kan


sob sob sedih.. My kan sakit.. masa balik dari terengganu hari tu tayar dia bocor. pastu bawak pakai tayar spare. redah jugak bawak balik Bangi. tak sempat repair kat Kuantan. nak masuk kerja punya pasal. pastu, ahad baru ni Mr. J bawak pergi kedai tayar. nak tengok tayar dia. sekali memang bocor abis daa.. uhuhu.. sedih.. tukar tayar lain.. ambik second hand dulu. RM3+ melayang. ok. Tabah lagi. 

petang sabtu bawak My Kan pergi i-city Shah Alam. nak dating punya pasal. Ondeway nak balik ada bunyi tak best kat tayar depan pulak. Mr J bawa slow2. tapi still bunyi. Alhamdulillah sampai jugak.. pastu pagi-pagi Mr J nak beli roti kat kedai depan. try bawak My Kan tu. Mr J cakap takde bunyi pun. Ok. just pikir semalam My Kan letih sangat kot atau dia merajuk tak ajak dia masuk wayang. 

tengahari cuba pujuk My Kan. bawak My Kan pergi Tesco Nilai. nak beli barang dapur sikit. Dah lepas Nilai 3 My Kan buat bunyi lagi. kuat-kuat lak  tu. bunyi tu datang dari tayar depan. bawak slow2 lagi. tapi sekali tu bunyi sekali dengan pakej "parp prap". macam ada something langgar besi je bunyi. dah cuak gila. Mr. J berenti tepi jalan. Mr J cek. macam takde apa. tak tau dari mana bunyinya. so terpaksa decide patah balik ke rumah atau cari bengel berdekatan. ondeway balik pun berapa kali Mr. J berhenti. takut ada benda yang patah. My Kan betul-betul dah merajuk ni. Hati aku lagi merajuk tau My Kan. ko tau-tau je gaji kan. baru ajak pergi i-city sekali ko nak memberontak. Marah ni. tapi mungkin My Kan penat kot. Dari Bangi ke Kuantan. Kuantan ke Terengganu. Terengganu ke Kuantan. Kuantan ke bangi. mau tak jem. kesian My Kan. Janji taknak bawak My Kan jauh-jauh lagi. My Kan dah penat sangat. Takpe-takpe. Nanti bawak Cik Is pulak ye..

Wah My Kan.. tadi mekanik cakap dua-dua awak punya 'drainshaft" (de dryshaft) jem abis. Pastu lengan awak pun dah nak patah. Kena tukar. My kan. saya tukarlah. kesian kat awak. Tapi My Kan.. tadi mekanik call lagi. brek awak pun sudah teruk. kena tukar baru. kenapa sekarang awak sakit teruk. saya tak bersedia lagi tau tak. saya memang nak anto awak pergi servis. saya dah janji kan. tapi bukan sekarang. samapi ati awak buat saya macam ni. RM4++ melayang. tak kesian kat saya ke... 

lepas ni awak jangan nak merajuk nak memberontak macam i lagi tau. saya dah cakap saya buat satu-satu. sabar sikit ye. saya bukan anak raja. ingat pesan saya. 

** ni abanglah. selalu sangat duk puji Mr. Alza depan My Kan. dia dah lemah semangat....
* dah sedih sangat. nak layan Maharaja Lawak pun dah spoil mood...

Friday, June 24, 2011

zaman ke'gilaan' dolu2...


dah kebosanan tadi aku cuba godek2 gambar dalam FB. rindu gile nak tengok zaman-zaman remaja dulu. haha. memang zaman ke'gila'an. jangan expect aku gila ye.aku hanya gila-gila. aku jugak student  yang paling tegar. pernah aku kena perambat dengan pengawal keselamatan keas aku masuk kampus pakai selipar jepun ngan jeans... hahaha.. siap wat akujanji lagi taknak ulang. tapi buat jugak...




 

 rindunya badan 'kurus' camni. tapi aku tetap gemuk di kalangan diorang. 
baju tu ada algi sekarang ok.


 serius aku tak tau sape duk belakang aku. kalau tak takdenye aku nak menonggeng rupa itu. 
ada orang tak suka tengok gambar ni.
nostalgia yang taknak dikenang katanya.

 lepas exam. orang lain ayu je. aku? boleh blah nak ayu. cukup ayu pada nama sahaja. tu nasib baik pegi exam dah wangi. kena baik punya mood harem nak mandi. itulah aku.

 orang lain duk sibuk dengar demo. aku? idokler. main-main lagi kat belakang. tengok wajah si pembuli.
badan kecik tapi suka buli aku.
pernah dia kejar aku naik katil double decker. aku sampai lebam lutu.
menangis aku. nasib baik tak runtuh katil je.

suka sangat moment ni. agak2 kalau wat reunion 2 3 tahun lagi. masing2 kendong anak. boleh pose macam ni lagi tak??

gambar bermakna buat JoeAyu.

kaler pink: opkos Mr and Mrs J.
gold: hafizan (epy) dan kamaliah.
hijau: shahril dan sumaiyah.

wah.. rindu zaman-zaman ni. gambar ni sangat bermakna untuk kami. 
gambar ni gambar zaman form 1. time ni epy dah menyimpan rasa pada kamaliah. cuma jual mahal sikit. standardlah kan. aku pula suka2 je kat Mr. J. tak sangka pulak jadi jodoh kan. Semua kerja Allah. tak kita sangka. epy dan kamaliah kahwin tahun 2008. 8 mac jugak. so, kalau annyversarry aku ngan Mr. J opkos si kamaliah dengan epy ni wish untuk kitorang. rezeki diorang sangat2 sekarang dah nak masuk 3 orang anak dia. cumil2 and baik2 anak dia.

sumaiyah dengan syahril pulak menikah mei 2008. sebulan sebelum aku kahwin dia melahirkan anak dia adam ayyash.. sebijik macam syahril. kadang2 nak tergelak tengok sumaiyah main dengan adam. macam main ngan adik je. hehe... 

kitorang. 2 tahun kawin pun main kejar-kejar lagi. tapi tak main kejar-kejar kat taman. main kejar-kejar kat highwaylah pulak kan. baru syiok. hehe.. ape-ape pun aku suka gambar ni. memang tinggal kenangan sangat-sangat. even Mr.J dah pindah ke SM Teknik pun aku masih tengok gambar tu..
sekarang masing2 dah berubah. semua dengan tanggungjawab masing-masing. tapi kami masih contact antara satu sama lain. 

Alhamdulillah. semoga persahabatan ini kekal untuk selama-lamanya...

 sape yang nampak tua~~~ dush!!

boleh tak rasa nak marah..

pagi-pagi jumaat saat tengah2 berbunga ni spoilt mood lah pulak. aku baru je excited untuk esok. ada orang spoil pulak.

adalah hamba Allah ni. bukan staff sinilah. buat kerja kat makmal. dah tau radas kaca pecah. mencanak je serpihan dia. yang pergi tinggal je atas meja kerja tu nape. tinggal pulak bersepah je serpihan. bagitaulah kat aku. aku boleh tolong clearkan. bukan kena bayar balik pun. 2 3 hari dah duk kat situ. sepatah pun tak bagitau. dah cek-cek bila aku tanya boleh pulak tersenyum sumbing. macam tak bersalah. kalau kaca tu kena ko takpe. ko kaya. insuran opkos banyak. kena kat aku? masuk spital gomen jugak. insurans takde. tanggungan banyak. buat kerja satu-satu tu waraslah sikit..

aku ni orang bawahan je. ko orang luar buat kerja. nampak dek bos. aku yang kena. hari tu aku dah kena sebab ko jugak. ko gie makan dalam lab. memang kenalah. aku dah ajak masuk bilik aku makan. ko taknak. yang kena aku jugak. dah kena tu bos salahkan aku. macam aku sombong tak ajak ko masuk. dah aku kena ko boleh pulak duk pakai headphone tengok movie sambil makan. educatedlah sikit perangai tu. janganlah buat orang lain jatuh sebab perangai ko. aku sabar pun ada had. aku sedar aku ni sape. cer tolong sikit...malslah nak marah-marah. dah besarkan. kalau kawin dah dapat anak pun...

dah spoilt mood aku. blog aku pun tercalar. sabo2....~~~

yeayy.....

- yeeaayyy... Tadi dah dapat makan nasi lemak pebret aku. (dah publish)

-yeeaayyy.... Mr. J akan sampai malam ni. Rindu sama kamoo abang oii...

-yeeaaayy...Mr J ajak dating. dah bosan terperap kat rumah. Ke mana tu akan diberitahu. Rindu zaman bercinta dulu. sekarang dah tak boleh macam dulu. banyak komitmen. masa 24 jam tak mampu nak bahagikan untuk semua orang.

-yeeaaayy.. nak ushar movie cite KL Gangster. tiba-tiba excited nak tengok wayang. dah lama sangat tak berdating tengok wayang sama ngan Mr J. 

-yeeaaayy.. esok first time ada kenduri kawasan umah flat yang aku tinggal. buat besar-besaran jugak... semalam dah nampak persediaan kenduri tu. aku pulak excited lebih..

JJCM di pagi jumaat

Salam Jumaat semua. dah breakfast ke semua. aku cuma nak publish nasi lemak pebret aku. setakat ni yang ni paling menjadi pebret aku.

 Nasi lemak + sambal sotong (extra sambal) + telur mata separuh masak + vaday
memang mantop.

Lokasi:
Jalan dengkil.

Thursday, June 23, 2011

Dulu saya suka.........

tadi masa drive balik dari Nuklear Malaysia bangi ke Dengkil, Hot FM pasang lagu pebret aku dari Sheila On 7. uh.. dah lame tak dengar lagu-lagu lama dia. zaman-zaman sekolah dulu memang minat giler.. sanggup simpan duit singgit sehari nak beli kaset. kalau ada trip pegi mana-mana mesti aku bawak kaset tu sekali.

paling minat mestilah kat Duta. dulu comel sangat.. siap beli majalah Mangga lagi. pastu tampal dalam fail. usung ke hulu ke hilir. siap kena marah dengan cikgu lagi. tapi tetap tegar.

masa pergi lawatan ke Langkawi. Kebetulan masa tu Mr. J ada sekali. time tu baru form 2 gitulah. bila dengar lagu Hingga Ujung waktu tu mesti teringat kat Mr. J. walaupun berjauhan. sekarang duk download lagu-lagu diorang.

masa matrikulasi beralih minat pulak. suka yang rap2. ofkos Ruffedge. siap daftar masuk ruffluv lagi. emel pun nak ada ruffluv. time tu minat sangat kat Zain. Hensem sangat. tapi kuciwa bila tau dia nak kahwin. 8 ogos 2008. tapi takpe. minat je. sedar diri zain tak pandang pun.. uhuhu.. sekarang cuma follow diorang melalui drama-drama je. banyak sangat tukar ahli. poning eden. minat lagu Bila Rindu...

dikeheningan malam,
termenungku berseorang
tak lena mata dipejam
terdengar suara terngiang
suara merdu yg di sayang
bagai kau didepan mata
ku capai tapi tak kena
sukarnya memendam rasa
ingin ku luahkan kata

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu,sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwamu selubungi,jiwa ini,bawa ku dlm pelangi
melepasi segala hati ini

jauh angan ku lena,ku rasa kita bersama,kau bawaku ke sana
ke alam kisah yg lama,kenangan di dlm jiwa..
bila tersedar semula,disisiku kau tiada
sukarnya ku pendam rasa,ingin ku luahkan semua oo...

bila rindu,terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam,makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku terasa sayu
inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

sesunguhnya kita mestilah
wujudkan sefahaman dan hormat
menghormati, ikhlas, kasih,
sabar, insya-allah
kita akan bertemu semula

aura yg memecah semesta
menyampaikan pesan kesunyian kanda sendiri
kesepian yg menyelubungi hari hari ku
disajikan doa2 ku kerana rindu
yg menanti kau dtg dan pergi seperti mimpi2 ku, fantasiku,
bukan dongeng lagi sayup kedengaran
disisi cuping,disetiap corong,lorong,yg lohong
benar!ku tak bohong,bila hati menyanyi..

bila rindu, terkenang mu sayang terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
ooohhohhoo
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
inginkan jiwa selubungi,jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini

oh bila rindu, terkenang mu sayang, ku terasa sayu
syahdunya jiwaku bila malam, makin kelam
jauh terbang diriku melayang
aku rindu, sentuhan mu ku rasa sayu
(ku rindukan sentuhanmu)inginkan jiwamu selubungi, jiwa ini, bawa ku dlm pelangi
melepasi batas diri ini


SAYA RINDU BANGAT SAMA INI ORANG

VVV


VV

V



Wednesday, June 22, 2011

JJCM di pasar malam Sri Putra

Gambar ni dah lama sebenarnya ada dalam kamera. Sokmo tak sempat nak publish. ni saje-saje nak tepek gambar kan.

 popia basah.
sedap sangat.
pebret aku.

 mihun bakso yang superb.

putu bambu. aroma daun pisang bangkit selera.

peel Airil sekarang....

Peel = perangai

Airil pun dah membesar sekarang. makin nakal pulak dia sekarang. kalau apa dia nak dia tak dapat mengamuklah Airil Farhan ni. perangai dah pelik-pelik dah. kelakar pun ada.

sekarang dah pandai sebut:
jom 
nak icot = nak ikut.
umme = ummi eh. 

tengok ragam si Airil.

 buat tak tau je orang marah dia main benda tu.

 seronok sangat main pencakar Onni dia..

mimik muka kalau orang marah dia. 
muncung je...

JJCM di Terengganu.

ke Terengganu ni tak dirancang sebenarnya. Kebetulan parcel dari pakcik di Terengganu sampai di rumah hari Sabtu. mak cakap boleh dah nak pergi Terengganu nak setelkan permohonan bantuan yayasan Terengganu tu. tup-tup, sedara cakap terengganu cuti sempena menang bola sepak. gitulah lebih kurang. so, petang Ahad kitorang bergerak ke Terengganu. jalan slow2. bermalam di rumah sedara kat Batu Rakit. wah. Rindu sama UMT. rindu kenangan di sana..bilalah nak reunion ni...

alang-alang dah ke Terengganu ni, kami ada jugak jalan-jalan ke Pasar Batu 6.mak ofkos lah pergi Desa Murni kan. cari tudung. aku pun sambar sehelai je. pokai der.. Mr. J beli kain pelikat sehelai.. Ronda-ronda di pasar tu. cari makanlah..

 mak yang excited membeli..

 dari pintu masuk pasar.

 makanan yang dijual. 

 Rojak `kateh' (kaki lembu). 
mak cakap sedap. 

 Mr. J dah pening nak beli apa. banyak sangat yang dijual.

Kuih menganang (manis sangat)
 sate ikan. (best sangat)
dulu-dulu jual 10 sen je. 
sekarang 20sen.

yummmyy...

beransur balik dari batu 6. Singgah di Marang. Berhenti di Restoran Lempeng. dulu selalu singgah kat sini dari zaman belajar sampai sekarang.

 Lempeng kelapa yang superb.

 Kari yang pekat.

Air nira + ais krim.