besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 28, 2011

3, 2, 1 Cinta...

 Lepas jalan-jalan kat i-city hari try GPS kat mana ada TGV ataupun GSC. tup-tup nampak ada Jusco Kelang. mencicitlah MY Kan pergi sana. parking atas bumbung. beratur punyalah panjang. niat hari tu sebenarnya nak tengok KL Gangster. Tapi tiket lewat sangat 11.15 malam. nak balik Bangi dah lambat sangta. Risau jugak...

so, decide tengok 3 2 1 Cinta. mula-mula terkejut jugak dengar harga tiket mahal sikit. 

reaksi Mr J bila dengar harga. Alah.. sebenarnya tak mahal sangat pun. dah standard kot. couple seat pulak tu. padanlah mahal. sebelum masuk Mr. J dah masam gila.. aku? kuciwa sikit. rasa bersalah pun ada. sebab nak tengok jugak movie malam tu. tapi bila dah masuk dalam panggung. Mr. J hanya cakap "ooo..patutlah mahal.." couple seat bro. ileklah. dan kebetulan hanya kitorang je duduk wing tu. orang lain semua duk tengah-tengah. tak ramai pun.

3, 2, 1 Cinta ni best jugak serita dia sebenarnya. bayangkan aku ni sampai 2 kali menangis. menangis part SAM rindukan papa dia. saat tu aku memang menangis. part lain aku menangis. bila SAM tumbuk kawan baik dia Fariz ayam (Pieere Andre). masa tu aku rasa sakit sangat. menjadi seorang kawan baik yang tolong tapi bila kawan yang kita sayang tu dah dapat apa dia nak dia boleh sakitkan kita. memang touching gile ah. Mr. J pun terkujat tengok aku nangis.

bestnya cerita ni dia seimbang. ada part kelakar. part sedih. part serius. paling kelakar piere Andre lah. lain dari watak yang dia pernah berlakon yang aku tengoklah. bahasa-bahasa dia memang updated. ending dia sangat unexpected. SAM sangat gigih nak Farid Kamil jadi boyfriend dia, last-last dia jumpa cinta sejati dia Piere Andre. Tapi sepatutnya kan, pelakon utama lelaki cite rasanya piere andre. bukan farid kamil pun. em.. ntahlah. tak paham jugak...

No comments: