Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, June 7, 2011

Bulan madu impian Mr J.

Selamat pagi semua.. segar rasa hari ni. tido cukup kot. wah. berangan ala-ala baby konon. ko ingat ko sape. whatever (tiru gaya nabil dalam ML). 

hari ahad. ondeway dari umah ma ( mak Mr. J ), situasi atas moto. atas moto pun boleh bersembang. ini membuktikan kurangnya masa kami bersama. ada orang nak paham ke? orang takkan paham. nak menceceh je tau bila laki balik lambat sikit. aku ni nak bersembang on direct pun boleh dikira je bape jam sehari. itu pun bersyukur sangat. inilah hakikat PJJ (perkahwinan jarak jauh).

panjang sangat melalut.. berbalik pada cerita pasal tajuk tu. Mr. J ada kuarkan impian dia..
 Mr. J nak honeymoon dalam keretapi. tapi bukan naik komuter. setakat naik dari bandar tasik selatan pergi ke bangi tu dah bosan sangat. sampai tahap orang kaunter bangi tu nampak je takyah cakap banyak terus je hulur tiket ke bandar tasik selatan (part ni aku menipu). maknanya nak bagitau kerapnya naik komuter.

tapi ni impian Mr. J betul2 nak naik keretapi. nak tidur dalam keretapi. dia kata tak kisahlah ke mana2 pun asalkan dapat bersama. Fuh. terharu mendengarnya. yelah, saya ni kan isteri yang tak cantik, yang perangai hudoh. suami dah cakap macam tu pun dah appreciate sangat. kan? 

so, semalam aku ada google jugak. KTMB punya. ada trip to utara. ke hatyai singapore pun ada. lastly, Mr. J pilih ke padang besaq. sebab dia tau mesti aku nak shopping. aku pun dah lama nak pergi padang besaq. sebelum ni asyik kirim barang je dari sana. nak jugak pergi kan. tapi orang kata padang besaq ni sama je dengan rantau panjang, kelantan. yeke? nak jugak tau kan. so, insyaAllah hajat kitorang ni akan kesampaian. nak kena jelaskan ape yang penting dulu kan. nati jadi isu pulak. 

buat masa ni, kena berangan dulu, sambil tu cari maklumat. map ke. kalau ada yang sudi membantu nak share pengalaman pergi padang besar pun best jugak.....

No comments: