besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 13, 2011

I love Mr. J

Assalamualaikum.. wah sekejap je rasanya masa berlalu. rasanya baru je lagi pergi ambik Mr. J kat LRT Sg. Besi. Semalam dah hantar dia kat situ semula... Sepanjang 2 hari ni tak ke mana-mana pun. baru je niat nak berdating kat tasik tapi terpaksa batalkan. 2 hari ni Mr. J tunaikan janji dia. yang wajiblah opkoslah dia tunaikan. yang sunat ni.. sebelum datang sini aku ada cakap aku penat sangat kan. Mr. J janji suruh aku relax je. Everything dia akan buat. wah. ini sudah bagus. ala, bukan memang selalu dia buat ke. Hehehe...

tapi honestly aku cakap, memang aku fail bab2 mengemas rumah. aku rasa pegang penyapu pun aku fail. kali ni mesti kena maki lagi ni. tapi betullah orang kata, jodoh yang Allah bagi untuk kita ni memang untuk melengkapi kekurangan kita kan. Aku memang tak pandai mengemas. sapu sikit tu bolehlah...tapi nak perfect macam orang lain kot. jujur ni. kalau maki jugak tak taulah.. tapi Alhamdulillah, Allah bagi aku suami yang mampu tolong aku kerja-kerja camtu kan. Mr. J memang ringan tulang. Nak membantu dari segi tenaga insyaAllah. Sebab tu mak aku pun selalu mengharap pada dia.

Contohnya, masa arwah Angah ada, kalau time apa-apa raya mesti arwah yang akan tolong potong2 ayam untuk dijadikan rendang. sebab biasanya mak akan guna ayam pencen. keras sikit kan. tapi sekarang, angah dah takde. Mr. J yang ambik alih. nak pecahkan dinding dapur mak panggil Mr. J. apa-apa jelah yang melibatkan kerja-kerja berat.

so kita layan gambar Mr. J dalam cubaan membantu isterinya kepenatan. yelah. penat. isteri dia bukan keje duduk kat pejabat. kena gerak2 dalam lab. 2 3 ari ni je sibuk. semua kerja dia buat kecuali memasak. yang tu je nak ikat dia. aku dalam usaha nak besarkan perut dia macam Afdlin shauki mungkin. tapi kalau macam mamat khalid pun dah cute. doakan aku berjaya.

gigih Mr j basuh selipar aku yang dah masam.
ini bukan deraan ok.
hidup perlu bantu-membantu.

cuba tengok aksi ni.spontan berlaku. bukan lakonan ok. Mr J tak sedar pun aku snap gambar.
comel je Mr. J dalam pink.
muka legend tapi hati cute kan?

masih gigih membasuh selipar jepun isteri tersayang.
tiba-tiba pulak berus kat tangan tu jatuh dalam saluran tangki

dah kena korek balik dalam saluran tu. nasib baik tingkat 1. 
kesian abang kan. 
nasib baik dapat semula berus tu. 
tak kisah pun kat berus tu. tapi risau tersumbat saluran tu. 
satu flat ngamuk kat aku kang.
tak pasal-pasal kena tanggung semua kos repair. thanx abang!

malam tu pulak Mr. J tolong mop lantai rumah. dia tau aku penat. tak sempat nak mop rumah. weekend berulang balik Kuantan. Mengajar lagi. 

  Mr. J sapu dulu sebelum mop.
kalau aku, aku mop terus je..
melimpah air baru best. kan? kan?

i love u lebihlah abang...

saat ni mr. J betul-betul lapar. dia suruh aku mandi then dia sambung tolong kacau masak lemak ayam cili api. sebab dia nak breakfast makan nasi. roti tak maunya.. sanggup sekalikan breakfast + lunch = brunch.

abang, thanx tolong ye. nanti tolong lagi ye.....






No comments: