Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 15, 2011

Anak angkat

ni entry tertunggak. dah lama nak siapkan. tapi tangguh-tangguh. betul ke tak ni? betul ke nak bagitau. sebelum ni bercerita pasal anak. naluri keibuan ni menebal lagi. sebenarnya sunyi. balik kerja tengok tv. pastu mengajar. weekend baru dapat jumpa Mr. J. takkan nak bergurau senda dengan Mr. J je. memanglah dapat pahala. bergurau senda, bercakaran. pastu melarat-larat.. hehehe.. tapi bergurau dengan orang tua dengan budak ni lain.

bergurau dengan orang tua ni untung mood baik boleh gelak. kalau mood tak baik (dalam kepala duk mikir statistik penagih dadah naik je) diam je. kang melarat ikut balik Bangi naik moto pulak. ye dak? tapi bergurau dengan budak ni lain. kalau dah bosan bergurau cara bagi gelak. bagi dia nangis pulak. bukan maksud dera. usik-usik. seronok apa tengok budak nangis. tapi jangan bagi melarat....

pernah jugak berbincang dengan Mr. J nak ambik anak angkat andai kata kami belum dikurniakan anak. ramai orang kata, ramai pasangan yang ambik anak angkat ni akan dapat rezeki mengandung. tapi tu bukan motip utama kitoranglah. aku cuma ingin bergelar seorang ibu. aku nak dengar budak panggil aku "mummy...mummy..".

airil sekarang baru je pandai panggil ummi dia sendiri. tu pun bunyi "umme.." kalau tak sebelum ni semua pompuan dipanggilnya "mama".

pernah jugak awal tahun baru ni, dalam usaha untuk mengandung aku hampir nak ambil anak angkat. masa tu aku baru je nak pergi berubat, kononnya bila pergi jumpa pakcik ni akan selesailah masalah kan. tapi dia boleh cakap biasanya "kalau payah nak lekat ni masalah isteri. suami takde masalah". angin tak?? dia cakapa lagi "meh bagi pakcik urut awak". ko gila. Mr. J terus geleng kepala. potong ayat pakcik tu "takpelah pakcik. semula-semulalah kitorang datang" nampak sangat Mr. J menggigil. nak marah kot.

minggu selepas tu ada Kak chah (sepupu dari Terengganu) call. tanya-tanya kabo pastu dia bagi petua. suruh cari akar-akar pokok bagai. nanti aku bagitau akar apa. tunggu.............. (sebenarnya lupa, kena tanya Mr. J semula)

Gigihlah Mr. J mencari.. sampailah pernah kami ke rumah ada seorang saudara jauh kata mak. jauh bukan jarak. tapi saudara sabit eh. gitulah lebih kurang. niat nak cari akar pokok, tapi ternampak ada baby. cuba risik2. bolehlah nak dibuat anak angkat. hampir bersetuju. tapi bila aku cakap nak bawak balik Bangi. mak baby terus tak setuju. susah nak tengok katanya. aku paham hati seorang ibu. taknaklah pisahkan. tapi niat aku nak bela budak tu. tapi kalau mak dia tak relakan takkan nak paksa pulak kan. so, lupakan sebentar.

sementara itukami ada jugak usahakan. berurut, makan Biodex, makan maajun. buat sekadar termampu.. kan? ada jugak survey2 kalau-kalau ada dipermudahkan ambik anak angkat. sunyi sangat. padan duk dengar anak jiran-jiran je menangis..... tak jeles. cuma rendah diri... kalau sape-sape ada maklumat pasal anak angkat bagitau ye....

No comments: