Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 9, 2011

makanan simple

aku nak share resepi ringkas je. alah. mesti korang kata masak nasi goreng ciput pun nak share. bakar roti hangus pun nak share. takpe2. kita berpegang pada pepatah "blog aku, aku punya ceritalah" kalau taknak baca takpe. aku tak kisah pun. tapi kalau anak cucu aku, memang aku paksa.

nasi goreng udang versi kurang stok

bahan-bahan

nasi putih (of courselah~~ semalam punya pun takpe)
segenggam udang kecil sekali (biasa orang buat jemput-jemput)
sayur campur (secukup rasa anda)
bawang merah + bawang putih + cili ( ditumbuk)
telur
minyak untuk menumis
garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
perasa(secukup rasa)
keropok sebagai hiasan dan dessert

cara-caranya:
- tumis hasil tumbukan tadi (bawang merah, bawang putih, cili). tumis sehingga naik bau.
-campak udang. goreng sehingga betul-betul masak. 
-campak lagi sayur campur tu.
-tambah garam, gula dan perasa secukup rasa yang anda mahu)
-masukkan nasi. goreng sehingga rata. pecahkan telur. curah keliling nasi dalam kuali.
-ratakan telur tu.
-siap!! boleh dimakan dengan keropok sebagai pemanis nasi goreng.

 abaikan yang hitam tu. tu bukan hangus ia dipanggil terlebih garing.

roti telur lemak manis berkrim

roti hiris (gardenia tuelah)
telur ( 2biji telur leh dapat 5 keping roti)
susu ( satu sudu pun dah ok)
marjerin

cara-caranya.
-pecahkan telur. masukkan sesudu susu sejat.pukul hingga kembang dan sebati.
-panaskan kuali dan cairkan marjerin. 
-celup roti dalam sebatian telur tadi. celup hingga semua permukaan disaluti telur.
-goreng dengan api yang slow. kang hangus pulak.
- siap. boleh dibawa bekal. macam aku.



No comments: