Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 1, 2011

Happy Birthday mak...

Morning semua. entry hari ni aku nak cite pasal mak sempena besday mak yang ke 49 tahun. 
Mak aku dilahirkan di Kuala Terengganu. Anak ke 2 dari 5 orang adik beradik ( satu mak satu ayah). ada 7 lagi adik beradik (satu ayah lain mak). cerita mak, dulu2 mak tinggal dengan moyang mak, tak tinggal dengan mak ayah dia sebabnya aku lupa kenapa. Tapi mak kata, sebab duk dengan moyang ni dia satu2nya, selalu dimanja oleh moyang dia. Apa mak nak mak dapat. Kalau tak dapat habislah tikar mengkuang moyang mak dikerjakan mak. Mak tarik satu2 mengkuang tu. Mak kehilangan ibu kandungnya pada usia mak 8  tahun. Ketika itu, arwah ibu kandung mak (nenek aku lah kan? tapi aku tak sempat tengok) teringin nak makan laksa. Mak pergi ke Merang dari Batu Rakit, Kuala Terengganu hanya menaiki bas untuk berjumpa. Ibu kandung mak meninggal kerana licin dalam bilik air. Meninggal di pangkuan mak ngan toki. Mak meraung2. Pergi panggil orang kampung. Di usia mak yang masih muda mak menghadapi situasi yang sangat genting. Kesian mak kan. 

Pada umur 18 tahun, selepas habis sekolah, mak berkahwin ngan ayah aku. Pilihan orang tua katanya. Banyak cerita sebalik itu. Tapi banyak hati nak kena jaga kalau nak tulis ni kan. Tapi mak redha. Redha dengan jodoh Allah. Setahun berkahwin dapatlah Along. 2 tahun kemudian dapat arwah Angah. 3 tahun kemudian dapat aku. 5 tahun kemudian mak melahirkan anak lagi. tapi sayang, masa umur arwah adik aku genap 100 hari, adik aku dijemput Allah. Puncanya sakit gatal2 je. Mak diduga. Tapi mak tabah lagi. Setahun kemudian, mak mengandung lagi, dapatlah adik aku yang perempuan tu.Mak diuji lagi bila ayah kandung mak @ datuk aku meninggal dunia.  4 tahun kemudian, mak bersalin lagi, dapat adik aku paling bongsu. 

Masa adik umur 3 tahun lebih mak diuji lagi bila mendapat tahu ayah kahwin lain. Pada mulanya susah mak nak terima. Tapi mak tabah orangnya. Walau dalam keadaan tertekan. Mak cuba menerima perubahan hidup. Aku bangga dengan mak, walau pahit dia nak berkongsi kasih dengan perempuan lain. Bayangkan, wanita mana yang sanggup menjaga madunya dalam pantang, tapi aku bangga dengan mak. Mak mampu buat. Tapi pada umur 5 tahun. Arwah adik aku meninggal dunia sebab sakit Leukemia. Mak diuji lagi. Agak susah mak nak terima kenyataan pada mulanya. Sebab pemergian arwah tak disangka. Sakitnya yang hanya demam2 biasa pada mulanya, berlarutan dan disuspect ada Leukemia. 3 bulan je adik menderita dan kami semua kena redha sebab kami dah tak sanggup tengok adik sakit. Dari secergas2 budak, adik hanya mampu terbaring. Makan taknak. 

Paling aku tak boleh lupa, sehari selepas pemergian adik. Mak terdengar suara adik memanggil yang dalam keadaan ceria. Mak menyahut. Aku pun dengar suara yang sama. Aku bingkas bangun. Jenguk kat pagar. Perasaan aku pun ingat adik balik semula. Aku menangis dengan mak. malam tahlil kedua, mak masih bersedih. Mak peluk baju adik sekuat2nya. Mak meratap pemergian adik. Tok yang pujuk mak sampai mak boleh terima keadaan.Mak sangat tabah. Pelbagai ujian mak hadapi.

masa koitorang kecik2 dulu. mak risau sangat. Macam mana lah masa depan kitorang. Menjadi ke. Tak ke. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak dia kan. Tapi alhamdulillah semua kitorang berjaya dapatkan diploma dan ijazah. Yang penting kerja. Dapat membantu mak. walau tak banyak. Tapi membantu mak. 

Ujian mak tak abih takat tu, saat kami nak membanggakan mak dengan pencapaian kitorang, mak diuji lagi. Penceraian mak. Bermula dengan ayah tinggalkan kitorang. Aku tak salahkan ayah. Mungkin ayah ada alasan tersendiri. Sejak itu, mak lah jadi ayah, mak bekerja cari duit. Nak sara kitorang. Kebeulan along baru je abis belajar. Dialah banyak membantu. Mak redha dengan perpisahan itu. Dia nampak lebih bahagia. Lagi pulak, bila arwah angah pun dah abig belajar. Kemudian aku. Hari mak semakin bahagia bila Arwah angah berkahwin pada tahun 2007, 2008 Along pulak kahwin. Tahun 2009 pulak mak dapat cucu seminggu sebelum aku berkahwin. 2 bulan lepas aku kahwin mak diuji lagi.

Pemergian arwah Angah betul2 mengejutkan kami. Tanpa sakit, tanpa kemalangan. Allah menjemput Angah kembali di saat anaknya betul2 perlukan kasih sayang abahnya. Allah Maha mengetahui. Kami kena redha. Mak kena lebih kuat. Kalau mak tak kuat, bagaimana dengan Kakngah. Amsyar? Tabah sungguh mak. 
Ujung tahun 2009 jugak, mak terima sorang lagi cucu. Buat pengubat rindu. 

Sekarang kami cuma nak mak bahagia, mak semakin tabah. Aku tau mak kuat orangnya. Aku sanggup gantikan tempat mak untuk terima ujian2 lain. Cukuplah mak diuji. Aku mendoakan agar mak ditempatkan di syurga kelak..

Mak..... Selamat Hari Lahir. Semoga mak panjang umur murah rezeki. Semoga mak diberi kebahagiaan berkekalan hingga ke syurga... Terima kasih kerana melahirkan kita.... 

 Semoga mak mampu tersenyum setiap hari....


Kita sayang mak. Mmmuuuaaahhh!

No comments: