besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 9, 2011

bukan Mail lambung lah..

huh~~ aku dah baca review pasal cite KL Gangster. Orang kata penuh aksi. tak taulah. sebab aku tak tengok lagi. nak tengok. bukan taknak menyokong. berkira pun bukan. tapi banyak benda penting lagi nak buat kan. minat tu minat jugak. ukur baju di badan sendiri. ye dak??

oo... aku dah tersalah tafsir. rupa-rupanya zizan bukan jadi mail lambung. mail lambung tu dalam maharaja lawak je. katanya, watak zizan dalam tu, jadi Fadhil. cite tu jadi kelakar sebab zizan. betul ke tak? aku pun tak tau.

serius. dah lama sangat tak tengok wayang. rasanya last tengok bulan 1 atau 2. pun lupa cite ape. " abang. cite ape eh?" serius lupa. sekarang tak tengok sebab masa lah. ekonomi satu hal. kang berjoli sangat. akan datang camne. memanglah harga tiket RM 10 je. Ala, takkan tak mampu kan.betul. RM 10 sorang. kalau 4 orang? dah berapa? nape 4 orang. abih takkan nak pergi tak bawak mak dengan Fatin. mak aku pun nak jugak berhibur. kesian dia. masa muda mana ada nak pergi wayang.

kalau gitu, baik aku langgan astro first. boleh tengok sampai muak 2 hari tayang. mak aku tengah goreng ikan pun boleh tengok. tak kisahlah nak kata aku kedekut ke ape ke. tiket wayang RM40. astro first baru RM15. tayangan 2 hari. balance RM25. kalau tengok wayang kena bayar parking lagi. belum masuk nak beli popcorn lagi bagai. takkan nak bawar cucur @ jemput-jemput bilis dalam panggung. ye dak? ekonomi sendiri kena jaga. apakat balance RM 25 tu kita guna buat beli ayam. suruh mak masak nasi ayam. kenyang samapi malam. betul kan?

bukan taknak support filem kita, ni salah satu cara supportlah ni. serius. seumur hidup aku tak pernah tengok filem english. aku tak kutuk ok. cuma aku malas nak tengok. filem melayu pun selected je aku tengok. biasa genre komedi dengan seram komedi aku tengok. bukan apa, dalam wayang boleh gelak puas2.. kalau tengok kat rumah. gelak kuat2 kena maki tak pasal-pasal dengan jiran. dalam wayang, takde pulak orang sebelah nak sound kita gelak kuat-kuat. tapi kalau gelak kuat-kuat sampai hentak2 kerusi orang depan tu memang bikin marah lah kan.


so, terpaksa tunggu astro firstlah. baru ni langgan cite kongsi. gelaklah jugak,. nasib baik si airil takde. kalau tak kitorang gelak dalam hati jelah.. tapi aku pelik gak. fizo omar tu orang terengganu ke kelantan? sebab dengar dialek kelantan dia pelik sikit. atau aku salah pendengaran. yelah, muka tak cantik. telinga pulak pekak. pakej. tapi, dialek si shaheizy pulak lagi sedap didengar. kan?

tapi aku suka part Shaheizy cakap " Kl ni kawe legend".

tapi lagi suka dengar abang jijan cakap " mail lambung tak makan rasuah". dengan kepala yang senget2 tu. memang bestlah abang jijan. 

No comments: