besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

hang out 'orang bujang'

selasa malam maksu (isteri kepada adik bongsu MIL) sms ajak keluar pergi Alamanda. tapi time tu dah jam 8 malam. setengah jam lagi nak mengajar. memang tak sempat nak cancel kelas. so, postpone ngan maksu. semalam ambik maksu kat Presint 4 depan MOA.

Maksu sebenarnya duk Kuantan. Tapi sebab ada kursus kat MOA tu. so, ambik peluang jumpa maksu kat putrajaya ni. padahal kat Kuantan selalu jugak jumpa. hehehe.. aku kalau jalan-jalan kat Putrajaya memang fail abih. memang memori down gila. kat Putrajaya tu aku cuma tau Alamanda, Mydin, PICC, rumah sepupu Mr. J. umah Ita je aku kenal. umah sepupu sendiri  pun tak pernah pergi lagi. uhuhu.. so, petang lepas punch kad terus pergi ambik maksu. tanya Kak Norafifah siap-siap.. nasib baik dia excellent kat putrajaya.. thanx kak....

pada sape-sape yang nampak kancil hijau terkedek-kedek sorilah ye. saya tak fasih jalan situ. selamba pulak aku parking depan MOA tu sama-sama ngan bas. hahaha. kena hon pun buat tegar lagi sampai maksu datang... sudah tu, lepak rumah Edah (sepupu Mr. J) sebab maksu memang tidur rumah Edah..

dalam jam 8 kami berhang out kat pinggir Putrajaya. lepak kat kedai makan nama apa entah aku lupa. aku dengan Mr J selalu jugak lepak. makanan dia ok. lokasi dia betul-betul kat simpang 4 Sg. Merab. yang kawasan tu nak menghala ke HQ AADK, ILIM dengan BPG Pendidikan Islam. makanan dia oklah bagi aku. masakan kelantan.

 inilah maksu.. maksu yang sangat sporting..
maksu jugak banyak tolong saat aku ada masalah.
saat JoeAyu diuji....
sayu jap.. uhuhu....
maksu ni tabah orangnya. aku adore jugak pada dia. aku paham apa dia rasa..
maksu dah lebih sepuluh tahun kahwin , pun belum dikurniakan zuriat. tapi masih mampu tersenyum. sekarang lagi hepi kot sebab ada Adik Amni. 
semoga maksu diberi rezeki Allah yang melimpah berkat kesabarannya...

 ini Edah. sepupu Mr. J.
ekceli dia kawan aku masa sekolah dulu.. 
aku, Mr. J dan edah satu kelas je.. 

 nasi goreng paprik yang kureng. kuah manis sangat..
nasi goreng pattaya. maksu tak habis. sebab dia nak nasi goreng warna hitam macam aku punye. sekali dapat putih..

 mi kuey teow tomyam edah order. minah ni dahlah gastrik pi bantai benda panas.
dah takleh tido...
kenapa aku panggil ni hang out orang bujang. tanpa pasangan masing-masing. bujanglah kan?
maksu tinggalkan pakdir kat kuantan.
edah tanpa tunangannya.
aku tanpa Mr. J.
bebas tak hengatlah. 
uhuhu...
tapi harus diingatkan, semua dengan keizinan ye...

lepas makan semalam terus pergi hantar maksu kat Putrajaya sentral. maksu nak balik Kuantan tiket pukul 10.30 malam. maksu dah rindu sangat kat adik Amni. semalam ada lawan bola ek? Gamat gila pakcik-pakcik drebar bas kat Putrajaya semalam. tahniah Malaysia sebab kalahkan Taiwan 2-1. 

Bye-bye maksu.
~~maksu nangis tinggal kitorang semalam.. uhuhu....
nanti kita jumpa Kuantan ye...

** My Kan ko buat perangai lagi kan. takpe. aku kumpul duit aku repair ko tip top. kecik ati aku tau ko buat bunyi tak best semalam. naik 3 orang je. bukan 10 orang pun. tak abis lagi merajuk ko ye...

2 comments:

noor said...

maksu ddk kuantan yer samalah kita ehehhe..

jom kita kenal2..i folo

qasehqaleef said...

aah.. kenal maksu ke? hehe.. i folo back.. tQ..