besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, June 6, 2011

Rindu sangat kat Amsyar dan Airil.

uwaa.. marathon taip entry. tengah takde keje. petang jap lagi wat keje pulak. sekarang ni rindu sangat kat budak berdua ni.


amsyar lagilah tersangat rindu. dah lama tak jumpa amsyar. sejak mengajar tuisyen ni susah sikit nak pergi ke Kijal. rindu sangat kat anak mokcik ni. baru-baru ni dapat sms dari kakngah. Katanya, Amsyar tengah shooting dengan Serina redzuwan. man raja lawak pun ada. Tajuk cite tak pastilah. Mungkin posmen kot. Akakn tayang kat astro. Wah. anak mokcik jadi pelakon. extra pun takpelah. Rezeki adik am kan. adik am budak baik. Be a good boy k! mokcik rindu sangat kat Amsyar.

Airil... Mummy rindu airil. Balik baru ni pun tak jumpa airil. sebab airil ke Kedah. Ada wedding sedara ummi dia kot. Rindu sangat. Sekarang suka usik airil dengan bear. Dia geli sangat dengan bulu2 lembut bear. Satu lagi kalau dia nangis sape2 usik. atau dia kena tinggal dengan onni dia mesti dia meraung. Mesti aku buat2 meraung sama naik dengan suara dia. Confirm dia berhenti nangis. hahaha.. gitu je nak pujuk airil. yang kelakonya airil, ada satu hari tu, aku tido lepas mak hayun dia bagi tido. aku bajet aku bangun dulu sebelum dia. sekali dia bangun dulu. ntah masa bila dia dengar aku berdengkur. al-maklumlah, aku kan GEMUK.. tido berdengkurlah. aku bangun tido, mak aku cakap 
" airil, mummy tido camne?"
"kkrrrrooohhh" dush. budak ni pandai betul dia. 
Sekarang kalau call mak, kalau nak cakap dengan airil. mak aku mesti jerit. " airil.... mummy nak cakap ni"
mesti dengar airil buat " kkkrrroooohhhh". padahal bukan mak suruh dia ajuk aku pun. Tapi bila sebut mummy je mesti dia ejek aku. Nakal betul airil ni.....

tapi rindu sangat kat budak berdua ni. kalau ada anak sendiri camnelah nanti ek? insyaAllah....

No comments: