Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 22, 2011

lega sikit....

assalamualaikum.. selamat bersiaran. sekian lama bercuti. minggu lepas banyak sangat benda nak kena pikir. ekceli, Fatin adik aku yang sorang tu dapat offer masuk Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kat semambu Kuantan. pastu biasalah kami ni tak berkemampuan. ataupun standard sape2 masuk belajar boleh mintak bantuan persediaan ke IPT melalui yayasan negeri masing-masing. contohnya yayasan pahang provide RM500. tapi syaratnya pemohon mestilah anak pahang. anak2 mak setakat ni aku dengan Fatin je yang dilahirkan di Pahang.

baru-baru ni pulak, mak diberitahu jiran kitorang yang mak boleh mohon bantuan jugak untuk Fatin belajar dengan yayasan negeri Terengganu. sebab mak dengan ayah anak Terengganu. syarat untuk memohon bantuan ni mestilah pemohon (yang belajar), ibu atau bapa mesti asal dari Terengganu. so, dapatlah rezeki Fatin untuk kali ni. lepaslah nak bayar yuran pendaftaran. kalau tak salah, yayasan terengganu provide RM750 untuk Diploma dan RM1000 untuk Ijazah.

seronok duduk kat yayasan ni. macam2 ragam kita boleh nampak. mak dah pucat sangat muka. takut tak dapat. first time katakan. Alhamdulillah. rezeki dia. lepaslah nak bayar yuran pendaftaran.so yang lain tak cukup yayasan adik beradik ada lagi. dun wori ye....

sampai dari terengganu, hantar mak kat rumah. kemas barang apa yang patut. aku dengan Mr. J bergegas nak balik rumah ma (MIL) pulak. aku drive sorang, Mr. J pulak naik moto. senang nak pergi kerja esoknya. tayar pulak bocor. aku rasa ada langgar something. paku kot. damn! Mr. J dengan gigih tukar tayar. tak sampai hati nak snap gambar. dia dah berpeluh-peluh. tak pasal-pasal kena amuk. kang kena tukar tayar sendiri.

uh. tido dalam penat. tak lena sangat. seawal 5.30 pagi dah bergerak balik Bangi. Drive sendiri ok. nasib baik Mr. J tak wat hal nak follow lagi. Drive pun ngantuk2. Call bos cakap masuk lambat sikit. mula-mula bos cakap ok. pastu dah pukul 8.30 pagi aku masih jammed kat Ampang. Berkobar-kobar boleh masuk keje ni.sekali bos SMS suruh ambik cuti je. Siap suruh jangan terkejar-kejar lagi. takut membahayakan aku. Terharunya. aku pun decide ambik MC. kebetulan badan penat sangat. travel dar terengganu. sampai Kuantan nak balik Bangi pulak. OMG.Bos cakap Ok. setel. semalam seharian tido kat rumah.

hari ni pulak, sampai-sampai  pejabat. buat apa yang patut. apa yang patut? on pc, bukak emel. bukak blog. uhuhu. adik2 praktikal inform ramai orang cari semalam. time ada ni tak cari pulak... hehehe.. adatlah kan..

No comments: