besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, January 4, 2012

corat coret awal 2012

Firstly masih tak terlambat lagi rasanya kan nak wish SELAMAT TAHUN BARU 2012. semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun lepas. semoga tahun ni jugak memberi sejuta makna pada kita semua kan. lama rasanya tak update blog. sibuk ke? haruslah tak. cuma kadang-kadang tak tau apa nak diupdatekan. sebab flow hidup berjalan dengan terlalu normal sangat. macam wanita-wanita lain. cewah gitu....aku cuma nak randomkan cerita2 je... tak menariklah sangat kan...

~~ masa cuti new year kan. boring gila duk umah. asik membesarkan perut je. Mr J ajak pergi jalan-jalan aku macam dah tak bernafsu sangat. sampailah Mr J merajuk dalam bilik barulah aku bersetuju nak gie jalan-jalan. tupun. jalan-jalan pusing-pusing Dataran Nilai okeh. sebelah Tesco tu. tu pun dah mengah sangat. senyum melebar lah Mr J. "puas hati tak dapat jalan2?" "puas hati giler....jauh kita berjalan kan sayang?" ayat perli akulah tu...

~~ masa balik cuti Krismas kan. tak puas sangat balik kampung. mak pun macam berat hati je nak bagi balik Bangi semula. tapi cuti dah abis. sedih sangat. 3 hari nak kena bahagikan masa untuk 2 buah rumah. sume macam tak puas je. sume ada batas masa. sedih okeh..
~~ pagi tadi kan nak pergi kerja sementara nak panaskan enjin. dengar radio Hot FM. comel lah AG. suka sangat cara dia. sanggup cuti 2 minggu semata-mata sebab anak dia nak masuk darjah satu, aku gelak gila-gila dalam kereta. Mr J berkerut-kerut. time tu dia tengah panaskan enjin motor dia. dia sokmo nampak aku gelak sorang-sorang dalam kereta. tapi dia tau bini dia ni bukan gila.... dia tau mesti penangan Hot FM.. 

~~ sekarang kan aku sangat gila dengan EPAL AIS. lagi kaw lagi best. tak dapat sehari rasa huru hara. puas berangkut dari kedai. last-last Mr J cakap belilah epal. balik blend kat umah je. jimat pun jimat. memanglah boleh beli. tapi aku cuma teringin nak minum time tengahari je. kalo blend siap dari umah. time tengahari mesti wana hijau epal dah berubah ke coklat kan. dah tak sedap. tu belum amik kira zat dia lagi...

~~ sekarang tido malam dah tak selesa. terlentang tak selesa. mengiring dah tak selesa. abis disepak bantal, comforter ke bawah. Mr J pun dah jadi mangsa. nasib baik dia paham.. tak tau lagi nak cari port terbaik camne. hehehe.
~~ esok checkup 20 weeks. maknenye dah 5 bulan. sekejap je. sekarang pun jarak perut dengan stereng hanya tebal 2 jari je. macam mana 4 bulan lagi ye.. ramai yang suggest Mr J hantar je. aku bukan apa. malas nak berhantar-hantar. patah kaki susah. kang nak cari epal ais susah pulak. kat kawasan aku nie dahlah payah nak cari kafe. kena ada transport jugak......

maaflah entry aku kali ini entah apa apa je. aku taip ikut rasa hati. hehehe. 

siap jugak 1st entry aku di tahun 2012......