Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, November 28, 2012

Mood : Shuke-shuke...

Mood aku sekarang sangat seronok. Mak ada kat rumah aku sekarang. Semalam mak sampai around 8 pm.. Mak naik bas je ditemani Maksu. Shuke sangat. Yaya lagi shuke...Macam-macam planning nak bawak mak gie berjalan. CUma hari bekerja ni limited sikit. Malam baru boleh bawak mak berjalan...

Oh ye semalam aku jaga booth kat MAHA. Tak jaga sangat pun. Sebab kawasan nya sangat lah kecik. Ala.. Dekat partition Techno  Fund tu. Poster je tampal. Tapi sebab tugas pergi jelah. Sambil-sambil melilau gak ke tempat lain. Tak banyak beli sebab plan mak datang ni nak bawak mak pergi lagi sekali. Shopping kaw-kaw. Aku aim produk-produk Agro Mas tu. hehehe.... Nak bawak mak pergi mana ek??


Wajah kerinduan kami~~

Monday, November 26, 2012

Hasil Pureen Clearance Sale

Aku pergi hari Ahad. Baju pun tak banyak choice. Banyak baju yang Yaya pernah ada. So, grab 5 pasang baju untuk Yaya. 2 botol sabun ABD. 2 plastik refill for botol susu. Cukup stok untuk menunggu next clearance stock lagi. Suke-suke.. Daddy perli tau : "Cukup ke ni?" Dusshhh... Cukuplah untuk kali ni sayang oi....

Friday, November 23, 2012

Jom Pureen Stock Clearance

Jom kita pakat pergi ramai-ramai. Dulu pergi masa perut boyot.. Kali ni bawak Yaya pulak. Mr Daddy dah excited nak pergi konong nak pergi Sabtu. Sekali Daddy ada program Futsal AADK pulak. Daddy tangguh ke hari Ahad. Seronok pergi. Leh borong macam-macam barang keperluan Yaya. Aku cuma nak grab sabun basuh baju, sabun basuh botol dan of course baju murah-murah. Yang paling penting nak bawak Yaya berjalan. Jom kita!

Celebrate @New Horizon Garden, Kuantan

Minggu lepas masa balik kampung. Mak cakap Along nak belanja makan kat New Horizon..Asalnya aku ingtakan belanja sempena besday Kak Sha (kakak ipar) yang ke 28 tahun pada 11 November. sebelum tu aku amik Airil dulu. Rindu sangat kat anak bujang sorang tu.... Hampir 2 bulan dah tak jumpa... Seronok bila tengok Yaya dan Airil main. Terserlah sifat ke"abang"an Airil bila bermain dengan Yaya. Aku rasa takyah beranak ramai takpe dah. Cukup aku ada Amsyar, Airil dan Yaya pengubat hati. Sentiasa rindukan keletah Amsyar dan Airil walaupun sudah ada Yaya..


Berbalik pada cerita celebrate tadi.Bila dah dengar Along & Kak Sha nak belanja makan aku agak mesti nak celebrate besday Kak Sha. Terus plan nak surprisekan kakak ipar aku tu. Pakat ngan mak tanya Along kek apa yang kakak ipar aku tu pebretkan. Along cakap coklat. Dah bosan kot dengan Secret Recipe. Aku cari kek kat kedai dalam Malay Town, Kuantan. Jumpe Chocolate Walnut. Malam tu kitorang berkumpul kat New Horizon Garden. Makanan dia best...

Rupanya pada tarikh 15 Nov tu Along sengaja pilih untuk sambut Ulangtahun Perkahwinan nya yang ke 4. Kitorang pun hampir lupa... Wah.. Sekejap je masa berlalu.Ucapan untuk Along & Kak Sha:
    " Semoga berbahagia terus hingga ke syurga. Semoga dimurahkan rezeki." 

Ini lah tempatnya....
Makanan yang diorder: Semua sedap. Paling diingati Ayam Mangga.

Chocolate walnut sedap!


Along & Kak Sha & Airil. Ende Shasha yang kebetulan tarikh lahirnya pada hari tu.
Mak & Along yang aku sangat sayang!


Maksu dan Yaya yang seluarnya basah. Pampers dah penuh. Jom balik!
Apasal gambar aku ngan Mr Daddy takde ni. Adoi.. Dah kamera kat Daddy. Bila Daddy nak snap gambar, Mummy bawak Yaya jalan kat luar kedai. Bila turn Mummy makan Daddy pulak bawak Yaya kuar. begitulah adatnya. Tunggu Onni dan Maksu makan baru lah Mummy dengan Daddy boleh duduk bersama.


Thursday, November 22, 2012

Ayam Percik dan Tariq Irsyad

Semalam niat di hati nak update entry. Rupa-rupanya ada kursus. Nasib baik teringata masa malam tu lagi. Terus decide tukar kereta dengan Mr Daddy. Mr daddy hantar Yaya ke rumah pengasuh dia. Cerita ni dah basi.. Sebasi ayam percik.. Hehehe. Tapi nak jugak upload gambar. Kejadian ni berlaku masa cuti deepavali hari tu. Ummi a.k.a Puan Zunita Haji Morat datang melawat Yaya. Alhamdulillah. Yaya ni ramai mak angkat. Maklumlah semua menanti kelahirannya. Setakat ni Yaya ada 3 mama dan 1 Ummi. Alhamdulillah....

Pagi Deepavali tu aku pegi beraya kat Putrajaya dulu. Makan nasi kerabu di pagi Deepavali kat Presint 15, Putrajaya. daddy nak bawak anak daranya berjalan-jalan. Pastu beli barang untuk nak masak. Menunya adalah...........

Ayam Percik dan Sayur Campur.


Yang paling seronok Yaya lah. Ummie bawak kawan untuk Yaya iaitu Tariq Irsyad. Baru je nak masuk 3 bulan. Tapi kan. Yaya buli Tariq.. Mummy tak ajar tau. uhuhu...

Tu dia!! Tariq Irsyad relax lagi.

Tariq Irsyad dah nangis...

Ummi ngan abah gelak je tengok aksi anak dara tu sorang. Kesian Tariq Irsyad. Mummy mintak maaf tau. tapi kejap je hero tu nangis.. Bila tengok gambar tu kan. Besar nya anak aku. uwaahahaha.. bagus yaya. tanda nya Yaya sihat dan kuat. Belum minum Milo lagi tu. Alhamdulillah. Yaya cukup segala-galanya dari makan pakai, kasih sayang yang berlebih-lebih. Inilah hikmahnya menanti lama kot kan...

Sabo Yaya. Nanti mummy hantar Yaya masuk kelas Tae Kwan Do. Untuk pertahanan diri kan.

Monday, November 19, 2012

Resepi Ayam Panggang Rosemary


Bahan-bahan:

Seekor ayam - terpulang jika ingin dipotong.
2 cm hali -  ditumbuk lumat
1 biji lemon - diperah jusnya
3 ulas bawang putih
minyak zaitun
1 sudu besar oregano flake
1 sudu besar daun rosemary kering - lebih pun takpe
1 sudu jintan kasar ~~ yang ni aku tukar serbuk jintan putih
1 sudu gula perang
sedikit garam dan perasa.
4 biji ubi kentang
2 biji carrot

Cara-caranya:

Cuci ayam bersih-bersih. Tumbukkan halia sehingga lumat. Perah jus lemon ke dalam halia tadi. 

Lumurkan campuran halia dan jus lemon tadi pada seluruh badan ayam. Ketepikan.

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Ambik bawang putih tadi dan sejatkan. Ketepikan.

Tumbuk bawang putih sehingga lumat. Tumbukkan sekali oregano flakes, daun rosemary kering, jintan kasar hingga lumat. Setelah lumat masukkan gula perang, garam dan perasa. Masukkan minyak zaitun yang digunakan untuk tumis bawang putih tadi ke dalam hasil tumbuk tadi.

Lumur pada ayam dan mula perap ayam. Minimum 3 jam kot. Aku buat since jam 1 tengahari. Jam 7 petang baru mula membakar. Lagi lama lagi sedap kot. 

Kupas dan potong kentang dan carrot dan cuci.. rebus separuh masak Kemudian perapkan sekali dengan lebihan perapan ayam tadi.

Bakar ayam pada suhu 180 darjah celcius selama sejam. Api atas bawah ye!

Oh ye. aku tabur jugak daun rosemary segar. Kebetulan pegawai aku ada tanam kat rumah dia. Aku sumbatkan jugak sebiji lemon ke dalam ayam ni. aroma nya lagi kuat. 

Siap! Selamat mencuba.

 # # Mr Daddy komen rasa ayam ni macam ayam Nandos. Bakal pengantin setuju untuk buat lauk pengantin. Tukang masak lum bagi keputusan lagi sebab beliau belum rasa.



Ayam Panggang Rosemary

Dah lama nak cuba buat resepi ni. Alhamdulillah menjadi jugak. Kebetulan ada tetamu nak datang. Abang ipar ku, bakal biras dan Mama Nor (isteri sepupu Daddy a.k.a mak andam) datang. Takkan nak hidangkan tomyam, sup, ayam paprik. Diorang pun dah jemu kot nak makan. So, aku google something special untuk diorang. Dapat jumpa kat sini. Terima kasih Kak Nor. Aku amik resepi Kak Nor untuk ayam panggang rosemary.

Sebelum dibakar...
Selepas dibakar.
Memang sedap. Bukan nak puji masakan aku sedap. Tapi resepi ni sangat sedap. Dalam ayam tu aku sumbatkan lemon untuk aroma. Sedap! Aku hidangkan bersama Nasi Goreng Cina. Lagi lama diperap lagi best. Balik kampung baru ni mak dengan Fatin request untuk buat ayam ni lagi. Bezanya aku masak ayam ni dengan kaedah memanggang guna Pemangnggang Ajaib.

Pemanggang Ajaib Mak.
Sebab umah mak, oven nya takde api atas. Aku pakai pemanggang ni. Cuma ayam nya tak tertonggek macam kat atas. Aku terpaksa potong 4 ayam tu. Tapi masih sedap! Cubalah. Nak resepi ke?

Saturday, November 17, 2012

Bersiaran dari kampung

Sudah lama tak update blog. Sibuk ke???  Takdelah sibuk sangat pun Tak taulah ape benda yang aku buat. Yang paling penting aku kat kampung sekarang. Seronok wei. Rambutan menjadi-jadi tahun ni. Kenduri kendara kawan-kawan yang dah sampai serunya.. Melawat baby kawan yang baru bersalin. Cuba resepi baru dengan mak. Paling best slow-slow buat persiapan untuk kenduri kahwin abang ipar aku.. Dah rasa bahangnye... 

Banyak sangat gambar nak diupload. Tapi tak tau dari mana nak mula nak upload.. hehehe. Satu lagi kat kampung ni line slow sikit. Lambat sangat nak tunggu diupload... oh ye! Sekarang orang demam durian crepe kan?? Alhamdulillah aku dapat merasa. Terima kasih untuk Maksu yang sudi belanja anak sedara ini. Sedap sangat! Tak puas makan sampai aku order lagi. Ok lah nak bersiap-siap untuk pergi kenduri kawan baik aku masa sekolah... Nannti aku bersiaran lagi..

Friday, November 9, 2012

Kisah hidup dalam fantasi

Selamat pagi!! wah ceria nampak.. hehehe.. Pagi Jumaat kenalah ceria kan... Hari ni pengasuh Yaya cuti jadinya Mr Daddy kena cuti untuk jaga Yaya. Thanx Daddy.... Tapi pagi tadi aku bawak jugak Yaya ke opis untuk punch kad.Pastu bawak Yaya melawat kawasan opis aku. Sebab dah jadi kebiasaan dia pagi-pagi naik kereta. Kalo tak dia kan resah tak tentu pasal... Bawak Yaya berjalan macam layan burung bercakap. Ada je bunyi-bunyi keluar dari mulut dia.. Tu yang wat mummy seronok nak bawak dia berjalan..

Oh ye! Pagi tadi korang dengar tak Hot FM AM krew. Ada caller bernama Siti ni jelik dengan kampung. Macam-macam dia claim. Aku bukak radio pun dah separuh jalan. Ramai yang bengang gak dengan caller tu. So, jadilah topik hari ni hidup berfantasi. Yang aku paham hidup berfantasi ni orang yang tinggi imaginasinye. orang yang suka create kisah hidup dia untuk menjadi kebanggan. Pendek kata macam watak utama dalam novellah.. Semuanya indah.. cantik, kaya, ramai peminat, pastu ada orang dengki kat dia, pastu apa dia nak dia boleh dapat...

Aku ada pengalaman masa kat Kolej Matrikulasi Pahang. Minah ni berkawan dengan roomate aku. Dia seorang free hair. Selalu datang mengadu pada bilik kami, yang roomate dia reject dia lah apalah. Kitorang kesian. Aku pun sedih jugaklah dengar kisah dia tu. Then, benarkan dia setinggan dalam bilik kami. Tau tak setinggan?? Setinggan tu macam ko duk secara haram dalam bilik or rumah padahal ko registered untuk bilik lain.. 

Bermula lah kisah dia yang selalu duk gebang dia ni anak orang kaya, bapak dia Pengarah Jabatan kerajaan. Nama kena rahsiakan. Pastu mak dia doktor. Rumah dia 4 tingkat. Ada 36 buah bilik. Ada kolam renang kat tengah-tengah umah dia. wei... Gila kaya.. Memang kagum lah kisah hidup dia. Dia pulak ada rupa. Pakaian yang aku nampak agak branded. Cuma musykil baju tu je dia pakai. Dah macam takde baju lain. Pastu dia gebang lagi rseult dia straight A dalam SPM. Dapat offer pergi Universiti Oxford. Dia tolak offer tu.. Yang aku pelik. Masa dia gebang dalam bilik kitorang melopong percaya wei. Yelah. Aku ni kan kampung gila. Bila kenal ngan orang hebat ni kagum lah sikit.

Tapi bila aku melangkah keluar dari bilik. Aku mesti macam tersedar sesuatu. Aku pikir balik ape berlaku sebelum tu. teringat kisah hidup dia yang high class tu. terpikirr betul-betul ke kisah dia. Macam menipu je. Aku pun bercerita pada sahabat aku Nor Syahida Binti Abdullah.. Dialah tempat aku bertanya. Betul ke kisah tu. Macam-macam benda dah dia gebang. Belum masuk dia menipu mak aku lagi ajak pakwe dia tido rumah aku. Pakwe psikik cam dia jugak. Sumpah aku tak tau mereka bermasalah jiwa. Boleh ek kategorikan camtu.

Sehingga satu hari, dia nak usir aku dari bilik tu. Yelah, aku orang susah. Orang kampung. Dia buat kecoh hs dia hilang, kad kredit dia hilang dan dituduh mencuri adalah AKU. Memang hampir jadi kes polis.Aku pun panggil mak ayah aku datang. Aku ada maruah beb.. Time tu kad kredit pun aku tak kenal menatang ape, camne nak guna... Dah jadi masuk campur pensyarah. Sebab salah sorang sahabat aku, kakaknya adalah pensyarah kat situ. Memang kecoh lah. Aku terselamat lah. Semua pensyarah kenal aku camne. 

Fobia weh kenal orang gitu. Orang yang imaginasinya tinggi, taste pun tinggi. Tapi sebenarnye keluarga dia takde kemampuan. Oh ye. yang terbaru aku dengar sebelum tinggalkan kampus matrikulasi. Bapak dia sebenarnye kakitangan kerajaan biasa je. pastu mak dia jual tupperware. Dia duduk kat kuarters kerajaan. Em.. memang betullah umah dia 4 tingkat kalo dah bangunan 4 tingkat. Aku pun confius aku yang bangang percayakan dia atau dia yang bangang create cerita berfantasi tinggi tu...

Aku percaya korang mesti alami situasi macam tu kan. Bezanya kena tempias atau tak je pada korang. Sejak dari tu aku dah banyak berhati-hati. Nampak pelik cuba jauhkan diri... Cuma kelakar pada manusia spesies macamni. Apa dia dapat sebenarnye? Kepuasan? Takde maknenye. mengadakan benda yang takde. Nak pikir balik camne create keadaa. nak mewujudkan sesuatu di luar kemampuan. Semata-mata untuk capai target. AKU MESTI LEBIH DARI SEGALA-GALANYA. Sampai tahap kena wujudkan watak lain pada diri sendiri. Jadi diri sendiri sudah. wassalam~~


Thursday, November 8, 2012

Resepi Spageti Meatball Bolognaise Versi Melayu


Selamat hari Khamis semua!! Boleh ek pembuka bicara gitu?? Hehehe.. Hari ni aku nak share resepi aku. Mungkin tak sehebat orang lain. Tapi aku olah mengikut cara dan selera aku sendiri. Kata melayu tapi teringin makan benda omputih makan. Hehehe. 

 Bahan-bahan:
 Spageti
(direbus dan ditambah minyak untuk make sure tak melekat each other)

Untuk sos:
 1 Biji bawang besar Holland - dipotong dadu
3 biji bawang putih - dipotong dadu
4 sudu cili mesin - bergantung tahap pedas yang korang suka
daging kisar - digoreng sehingga half garing
sebiji tomato - dipotong dadu @ diblend
lada bengala - aku amik suku dr sebijik tu dipotong dadu jugak.
sebotol sos pasta (prego/kimball).
Air mengikut sukatan botol sos.
oregano flakes
rosemarry leaves
sos cili dan tomato. - tambah untuk pekatkan kuah.
gula, garam, dan perasa secukup rasa.
bebola daging - digoreng half garing
cendawan butang..


Caranya anda masukkan bahan2 mengikut turutan. Aku sengaja tulis bahan-bahan ikut turutan. Siap. Sedap dimakan dengan keju parmesan~~ Selamat mencuba.
 

Wednesday, November 7, 2012

Tuesday, November 6, 2012

Mini Housewarming

Alhamdulillah. Sempena aku berpindah ke kuarters ni dah 2 kali buat makan. Yang first hari tu sempena celebrate besday September's Ladies. Pastu baru-baru ni buat ala-ala housewarming. Ajak kawan-kawan opis dan sedara yang berdekatan. Dek kerana aku suka main masak-masak. So sumenye aku masak sendiri. Tapi agak sedih, aku ada cuba resepi bari Bengkang roti tak sikit tak menjadi. Malu nak perform. Simpan jelah dalam peti. Asalnya nak buat muffin yang simple tapi lupa nak beli susu segar walaupun dah 10 kali singgah kat Mini Market. Apakan daya. Perform jelah mana ada. Hehehe...

Spageti & Penne plus sos meatball.
Memang seronok buat makan-makan camni kan. Aku memang suka kalo ada orang nak berziarah rumah aku. Orang kata tetamu ni datang bawak rezeki. Kita jangan lokek dengan orang. Betul tak? Weekend ni ada orang nak datang lagi. Minggu depan pun dah ada yang book. Terima kasih pada yang sudi memeriahkan housewarming yang ringkas ni. Maaf andai ada kekurangan dari segi layanan, ketidakselesaan rumah,  makanan dan sebagainya. Ada rezeki jemputlah lagi... 

Paling best Yaya lah. Orang datang terkam dia je. Masa ada orang tak ingat ngantuk lah apelah. Orang dah beransur balik mula lah rasa sunyi. Mencari orang. Alhamdulillah ada jugak rezeki Yaya. Yaya dapat hadiah. Dah macam besday party pulak. Hehehehe..

Thanx to Auntie tasha and auntie Nana. Comel isinya. Nanti Yaya pakai mummy snap gambar ek..

Monday, November 5, 2012

Bergedil Sardin

 
Alhamdulillah. Kenyang sudah makan tengahari ni. Walaupun tanpa Mr Daddy sebab beliau ada kerja. So, tak sempat balik. Oh ye! Bergedil ni aku prepare malam tadi. Then, masuk peti. Balik rumah keluarkan. Celup telur. Goreng. Siap. Makan dengan nasi panas-panas. Aku makan kicap je buat kuah. Hehehe. Sedap wei.. Simple tapi sedap. Masuk bakul angkat sendiri nampak. Aku nak share resepi ni boleh. Banyak kali upload gambar makan-makan tapi malas tepek resepi kan. Gitu. kredit untuk Majalah RASA. 

Bahan-Bahan:

Sardin dalam tin
Sebiji bawang merah ~  dipotong dadu
4 biji cili padi ~  dipotong nipis
Serbuk roti ( jika tiada, gunakan kentang yang dilenyek)
Garam, gula dan Perasa mengikut keperluan.
Telur untuk dicelup

Cara-caranya:

Lenyekkan ikan sardin menjadi hancur. Masukkan hirisan bawang dan cili padi.

Gaul bersama dengan serbuk roti, sehingga boleh menjadi bulatan yang tak hancur.
 
Masukkan garam, gula dan perasa mengikut keperluan anda.
 
Bentukkan menjadi bergedil.
 
Simpan dalam peti untuk beku sekejap. 
 
Celup telur dan goreng.
 
Siap!


Pre-school untuk Yaya

Motip tajuk begitu untuk aku mummy yang ada anak baru berusia 5 bulan? Ini dkatakan perancangan. Hehehe... Sokmo kalo aku singgah kat mini market kat Taman Impian Putra mesti nampak banner ni.


Aku pun macam tertarik apa sebenarnye program yang diorang provide. Ada masa aku godek-godek jugak google. Macam best. Diskuss ngan Mr Daddy nanti umur Yaya dah 4 tahun pada 2016 (InsyaAllah) nak hantar Yaya kat sini. Sebab sini provide kelas tadika plus daycare. So, takde lah aku nak kena amik Yaya pada waktu tengahari then hantar ke transit atau taska pulak. Lagipun kat sini ada buat mengaji, solat berjemaah. Mengikut schedule yang dia bagilah. Nak buktikan tu kena baca testimonial dari mommies n daddies lain yang ada pengalaman lah kan...

Sebelum ni aku pernah bercadang nak hantar ke Smart Reader. Yuran bulanan dia macam ok. Cuma, dia takde daycare. so, aku kena plan dari segi masa, kewangan dan kemampuan,. Yuran bulanan kat montessori 2 kali ganda dari taska lain. Terpaksa lupakan nak ambik Satria Neo baru.Tapi aku mengambil kira dari sudut kelebihan dia. Atau anda ada cadangan lain untuk saya yang baru bergelar mak orang ni. 

Annoying kan anak baru umur 5 bulan dah start pikir nak hantar pre-school. Kita hanya merancang Allah yang menentukan. Lama aku tunggu kelahirannya, mestilah nak bagi terbaik untuk dia kan. Setiap ibu bapa ada cara terbaik kan untuk anak masing-masing. Sekarang aku plan camni, 4 tahun lagi tak tahu ape akan berlaku. Jangan tuduh saya berlagak tau. Itu kehendak kami suami isteri. Doakan kami panjang umur untuk terus bersama "Dhiya" (cahaya) kami. Kami tak tau lagi andai kami masih diberi rezeki anak yang lain. Yelah, aku ni bukan kategori subur pun. Bersyukur dengan Cahaya Pemberian Yang Mulia yang Allah bagi dan mahukan terbaik untuknya dan ingin dia menjadi anak yang solehah yang boleh mendoakan kami andai kami tiada lagi.

Friday, November 2, 2012

Satria Neo

Alhamdulillah. hari ni dah kering sikit hingus ni ha.. Ape cer cite pasal hingus. hehehe. Bersyukur Allah tarik satu nikmat, Allah bagi nikmat lain. Kan? Thanx Mr Daddy yang bertungkus lumus jaga dua wanita anda ini. Yaya pun wanita kan??

Baru ni sembang dengan Mr Daddy. Bagitau kat dia apa wishlist untuk tahun depan. Tu haa tajuk entry nye. Mr Daddy gelak tau. Hampeh betul. Paling dia kuat gelak bila aku berkias camni "Daddy.. Satria Neo tu kemas kan. Kalo warna maroon sesuai tak ngan mummy?" Dia bantai gelak wei....

Nak tau kenapa dia gelak. Dulu before tukar Cik Iswara dengan Encik Kebal sekarang. Mr Daddy mintak pendapat aku nak ambik Satria Neo baru. Aku habis-habis bangkang. Reason pertama sebab takde bonet. Bagi aku, kereta Mr Daddy ni adalah kereta utama untuk berjalan jauh. My Kan digunakan untuk Aku pergi kerja, pergi pasar ke untuk sekarang. Dulu naik moto je. Romantik. Dah ada Mek Yaya tunggu besar cikit nak ajar dia duk tengah-tengah moto tu. So, aku kalau dah nama pun kereta utama untuk berjalan jauh harus ada bonet yang besar kan. Pintu pun biar complete 4biji. Kang sedara mara naik susah pulak. Al-maklumlah aku kan suka berjalan-jalan. Pergi Pasar Borong Nilai 3 pun habis kembang jap. Tapi kalo ada Satria Neo baru takkan nak bawak gie pasar...

Daddy tanya " Bila tu agak-agak Mummy nak beli?" Perli aku lah tu. Jawapan aku "InsyaAllah ada rezeki tersepak bolehlah beli.kuikui. Setelkan utang PTPTN dulu okeh". So, anjak lah ke tahun bila pun tak tau. Kot-kot dah pencen nanti Yaya nak belanja Mummy dia dapatlah merasa ye.

Mr Daddy suka tanya aku tau. Bila ek nak dapat naik gred 41? Adoi suamiku. Dah tak apply langsung camne nak bayang. TAk berangan dah. Saingan sengit. Daddy sokmo berangan kalo aku naik 41 pujuk aku beli Alza okeh. Hahahah. Tak pernah aku berangan pun. Sabar ye daddy. Mummy dah apply nanti doa banyak-banyak ye sayang-sayangku...

Yang kelabu tu lawa kan? Cuba bayang aku yang gemuk gedempol ni naik Satria Neo. Comel ke?