besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 20, 2017

Honeymoon trip to Seoul (Part 2)

Wah kemain ada part. Minggu lepas ingat nak sambung entry. Kesihatan tak mengizinkan. batuk-batuk sampai bergegar kepala. Dapat MC. Ni pun tak baik-baik lagi batuk. So nak proceed pasal jalan-jalan korea lagi. Sebab tak boleh move on lagi.

lepas check in di Guesthouse. hari pertama kami dapat bilik lain. Ekceli weolls book untuk Double room. Dalam bangunan tu. tapi staff guesthouse tu mintak maaf bilik tu masih ada orang sebab clash ada guest lain duduk. So dia gantikan dengan bilik lain. untuk hari tu je. tak snap pulak bilik tu. Kitorang ok je. Asalkan dapat berehat. hari kedua baru tukar bilik kat atas.

lepas solat jamak asar dan zohor. Kitorang bersiap-siap. Cadangnye nak berjalan-jalan tepi Cheongyecheon stream dan pusing-pusing Myeondong street.

asalnya Yaya pakai 2 lapis baju je malam tu. Boleh tahan lagi katenye. First time try naik subway kat Korea. So, kena beli t-money card dulu. Aku pakai mesin je. Malas nak menyinggah kedai serbaguna. Topup 5 000 won dulu. Saje nak test.

So, dari Chungmuro Statiom ambik Line 1 punye train menuju ke Myeondong Station. aku pun lupa exit berapa. tapi ada signboard lah cari Myeondong street.


Masa ni sejuk jugaklah. Berjalan like a Korean. Chewaah. Plan asal nak makan Yoogane restaurant tu.Tapi terliur pulak kat street  food. beli satu-satu rasa. Eh terkenyang pulak. Terus lupa kat Yoogane. Tu Yaya dah dapat jus delima pior. Suka sangat dia air tu. 6000 won per beg okeh. Jangan sesekali convert. Sakit jiwa nanti.

 Suasana malam di Myeondong.


 Ni adalah sotong yang dibakar. Sedap. Tak puas makan. Beli 2. 4000 won satu.

ni Gyeran-pang. Roti telur. Sedap time makan panas2. Ni antara yang aku aim. Teringat-ingat lagi kesedapannya,

banana nutella pancake. Antara suggestion kawan-kawan yang dah pergi. Diorang cakap sedap sangat. tapi bagi aku tak sedap sangat. mungkin aku bukan chocolate lover kot. Ataupun dah kenyang campur penat.

Ada jugak tergoda dengan produk kosmetik kat Myeondong ni. Sempatlah beli facial foam di Skin Food. Beli yang 2 botol 8000 won. Arghh. Satu botol kastam dah tolong buangkan. Stress. Pastu terberkenan jugak kat lip gloss kat etude. Beli satu je. Serius kosmetik murah kat sini. Next time ada rezeki memang nak fokus kat kosmetik. tapi nak jugak beringat pasni semua barang shopping masuk dalam check in luggage. Untuk mengelakkan dari kena buang dek kastam Korea. Menangis mak.

Yaya pun dah mengadu penat dan sejuk. Kitorang tak jadi nak berjalan tepi Cheongecheon Stream. Menapaka ke Subway balik ke guesthouse. Berjalan ngan anak no kena banyak sabar. Sebab tu weolls decide berjalan tanpa guide. 

Sampai di guesthouse. Aku singgah di kedai serbaguna. Cari banana uyu. Heheh. Orang cakap pergi korea wajib minum banana uyu. Kalo tak minum dosa eh. Melampau sangat. 


Bila dah minum. Memang betul. Sedap sangat. Sepanjang 5 hari sana minuman ni jadi ruji dah bagi aku dan Yaya. Mr Daddy tak gemar sangat kalo hari-hari. 

Lepas solat jamak Maghrib dan Isyak. Bersihkan badan. Pastu agihkan duit-duit dalam sampul. buat pembahagian duit. Senang nak uruskan kewangan selama bercuti.

 Cara aku buat pembahagian duit. Setiap hari spend 50 000 won utnuk makan dan shopping. Dengan rate masa aku pergi RM3.85 = 1000 won. menangis jugaklah. Tapi Alhamdulillah dari  segi makan cukup sangat. Sebab ada jugak bekal dari malaysia. bawak Brahim's product. Bawak biskut-biskut untuk Yaya. untuk sarapan dan jimat sebab guesthouse dah sediakan. 


Ubat-ubatan untuk Yaya. Risau duduk tempat orang. So, kita kena siapkan ubat-ubat untuk anak dan kita. Untuk Mummy Daddy cukup panadol je. Duduk sana Yaya kerap batuk sebab sejuk. pagi-pagi makan madu mint tu je. Malam nak tido bagi dia ubat batuk. Sebab cuaca sejuk. Sebelum keluar berjalan banyak urut kaki dia dengan minyak panas. Sapu habatussauda pada dada dan leher. Alhamdulillah tak melarat batuknya... 

Nahh terbungkang tido nye... Lepas mummy urut kaki nagn badan dia. Baru selesa. Mummy?? Tak dapat tido lagi. excited lagi kot. Hehehe.

Monday, March 13, 2017

Honeymoon trip to Seoul (Mac 2017)

Assalamualaikum. Lama dah tak blogging. Serius sibuk. Sibuk study. Study backpackers to Korea. hehehe. Selain kerja hakiki dan hakikat yang terpaksa dihadapi. Kali ni nak coretkan kenangan kami sekeluarga ke Seoul, Korea Selatan.

Semua orang tahu aku ngan Mr daddy adalah peminat tegar variety show dan korean drama. KPOP dan show itu adalah yang berbeza okeh. Jangan samakan kami. Sebab aku tak kenal pun idol-idol KPOP yang digilai anak gadis kita. Cewwaahhh..


Trip ni adalah first time kami keluar negara dan kali pertama jugak aku uruskan sendiri dari beli tiket, add on bagai, buat itinerary. Puas hati sangat. Kami pergi tanpa mana-mana agen tour guide. Sebab aku rasa banyak jimat kalo pergi sendiri.

Tiket kami beli masa bulan puasa tahun lepas. Masa raya pun agak kering sikit sebab duit abis beli tiket flight. Kesian anak sedara dapat duit raya sikit.  Kami dapat dengan harga RM1990 untuk 3 beranak return. Tanpa bagasi, meal dan pick seat lagi masa tu. Semua tu kami tambah 3 4 bulan sebelum fly. Add on ari tu dengan baggage 20kg pergi balik. Meals dan pick seat aroung RM550.

Lepas raya kami mula menabung. Mulanya agak tak percaya jugaklah aku buat kerja gila booking tiket ke Korea Selatan. Tapi sebab nak jugak pergi banyak kami kena korbankan.

Almost 9 bulan kami simpan duit. Alhamdulillah rezeki order pun mencurah-curah masuk. Semua dengan izin Allah akhirnya kami dah selamat terbang ke Seoul pada 5 Mac 2017 hingga 9 Mac 2017 dah balik ke Malaysia. Alhamdulillah.

5 hari 4 malam. Bagi aku agak lama. Tapi bila dah sampai ke Korea Selatan uwaa... Nak repeat lagi. Seronok sangat... kami pilih tarikh ni bukan sebab nak winter atau apa. Sebab tarikh anniversary kami. Ikut impian nak pergi masa autumn atau musim bunga.

1st day. flight kami jam 7.30 pagi. Dari malam sebelum tu tak dapat tido. first sebab Yaya ada batuk-batuk sikit. Jadinya aku monitor dia sampai dia betul-betul tido dengan lena. Satu lagi malam sebelum bertolak tu tak tido langsung sebab excited sangat plus takut tak tersedar dari tido. Terlepas flight rugi... uhuhu.

jam 3 pagi Azmi officemate merangkap jiran aku tolong anto kami ke airport. Sampai sana check in kaunter belum buka lagi. Pekena kopi dulu.Around 4 pagi kaunter buka. Aku check in baggage dan dapatkan boarding pass. pastu terus masuk ke urusan imigresen kastam bagai. Siap kena perli ngan pegawai imigresen lagi. "Awal masuk" siap pakej gelak lagi. "Seram cik. kang kena tinggal flight. Rugi" Diorang gelak je.

Yaya dah tak sesabo nak sampai Korea. masuk dalam airport je tanya "Bila nak sampai Korea?"
Dia ingat Korea tu sebelah rumah dia kot.

 Melangutlah kami dalam boarding area sementara nak tunggu jam 6.50 pagi untuk masuk dalam kapal terbang. Sempat solat Subuh dulu. Yaya dah excited taknak tido. Nak naik kapal terbang katenye.

Dah masuk dalam kapal terbang. Muka dah monyok. Mengantuk katenye. memang kaw-kaw dia tido dalam flight. Makan pun taknak dek kerana mengantuk sangat. 

Lepas kapten penerbangan umumkan kedudukan flight dari paras laut. kami dibekalkan dengan declaration form dan arrival card. better isi dulu. Make sure maklumat-maklumat yang perlu diisi dah disimpan.Tapi sebenarnya bila sampai kat sana. tak cek sangat pun.Bila balik Malaysia jangan mintak form ni pulak.

Tak sempat nak lelap mata. Cabin crew dah anto makanan. Aku pre-order dulu. 6 jam perjalanan confirm lapo. Awal pagi pulak tu. Aku dan Mr daddy order Bibimbap. Amik feel kononya. Tapi tak sedap. Sedap dubu-dubu lagi. hehehe. Not recommend.

Ni untuk yaya. tapi yaya tido. bila dia bangun pun dia taknak makan lagi. Sampai guesthouse baru dia mintak makan. Tak sempat merasa. Dia tak bagi mummy daddy makan langsung. Alasan dia. lapar.

Dah kenyang makan. mata ngantuk. 6 jam dalam flight. Tido tido jaga main ngan yaya. tido. Pastu jaga. tengok orang depan pasang movie offline kot. Cheese in the trap. memang kebetulan layan jugak kat TV. Tapi takde subtitle. gasak. hahaha.

Akhirnya kapten announce sekarang berada berapa kaki ntah dari paras laut. local time is bla bla.. Dalam setengah jam lagi kita akan touch down di Incheon. Perasaan?? Pandang Daddy. Daddy senyum.... akhirnya..

Nak jugak snap part ni. hehehe. Tapi gegar. Sebab pening-pening lagi. Uwahaha. gasak...

Semua orang sini nak cepat-cepat. Dah aku berjangkit sekali. Aku apply apa tips orang bagi kalo kita ke Korea ni. nak adapt ngan rules diorang. jenis Daddy pulak taknak studi. Sokmolah kena berpesan. Contohnya naik eskalator duduk belah kanan kalo nak santai-santai. Sebab korean sangatlah kelam kabut nak naik. Diorang nak cepat je.

Alhamdulillah. urusan imigresen dengan kastam sangat lancar. Oppa imigresen ni memang cengeng eh. taknak senyum langsung. Kat sini aku ingat lama urusannya. Bajet-bajet 3 4 jam baru setel. Rupanya tak sampai sejam pun dah setel. Keluar-keluar je dah entrance dah. Aihh. tak sempat beli t-money dan banana uyu pastu selpie selpot kat airport. Aku pun pandai gak terus je nonong gie kaunter bas. Daddy ngan Yaya opkos ngikut je.

Dah beli tiket airport limousine bus dengan harga KRW14000 won per adult. Yaya free. Ada banyak cara nak keluar dari airport nak ke Seoul. Boleh naik subway, naik teksi atau ada orang sambut. Aku pilih bas (airport limousine) sebab nak tengok keindahan Seoul di hujung-hujung winter. kalo mahir subway sila naik subway. sebab sangat jimat. 

View luar hujung musim sejuk. Semua pun gondol. tapi sejuuuk. Aku cek accuweather sebelum bertolak around 7 8 degrees je. Sekali cecah minus jugak. Nasib Yaya aku spare sweater jugak.

Dalam airport limousine. Penat pakai jaket. Dalam bas ada heater. Berpeluh jugak. naik bas sila pakai seat belt ye. Ahjussi akan datang cek. Oh. Weolls stay di Come On Guesthouse area Chungmuro. Ambik bas no 6015. Bagitau ahjussi tu Chungmuro Station. Tapi aku menggelabah jugak bilalah nak sampai ni. Dah masuk macam-macam station ni. Kat tepi tu ada maps. mata plak tak nampak. hehehe. Last-last aku duduk depan sekali. Cakap kat ahjussi tu. "ahjussi. chungmuro station juseyo."
Ahjussi tu jawab "ye..." sambil tangan dia tunjuk depan. oh depan lagi kot. Sampai di Chungmuro Station ahjussi tu cakap Chungmuro chungmuro. Weolls pn turun bas tu sambil Ber "kamsahamnida" dengan ahjussi tu. 

Pastu keluarkan peta azimat. Dari emel guesthouse. Mencari-cari arah guesthouse. arahan nya adalah Exit 1 Chungmuro Station. nampak Shinhan Bank. Depan sikit amik kanan. Jalan dalam 300m nampak guesthouse. tapi aku rasa jauh dah menapak. dengan suhu yang sejuk. Ekjutan suhu pun ye. Pastu ada ahjussi tegur "May I help you?"

Aku pun jawab. "I'm looking for Come On Guesthouse" Dia balas. "Do you have guesthouse phone number?" aku pun belek emel dari guesthouse. nasib ada no phone. Ahjussi call guesthouse tu mintak direction. Pastu dia ajak ikut dia. Sambil-sambil jalan tu dia tnya dari mana. Aku jawab dari malaysia. Pastu dia cakap "Do you know christ church?" Ah sudah. Ni yang aku kena kuat mental. aku sekadar jawab Yess. Nasib baik dah sampai guesthouse. Aku pun berterima kasih pada dia. Sempat lagi dia balas "Your daughter is pretty girl" Aku? "Kamsahamnida" pah ceroh. hahaha

Inilah entrance guesthouse kami tinggal selama 5 hari 4 malam.Highly recommended. jap lagi sambung pulak.