Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, May 25, 2011

Aku dah boleh berblog semula...

Assalamualaikum.. Aku menaip entry dengan perasaan yang sangat2 excited... uhuhu... Sebab berjaya berblog semula setelah lama kecewa dengan line yang tak berjaya untuk aku publishkan content2. Terima kasih kepada Babah Muaz sebab tolong orang eh... Uhuhu.. excited sangat sampai tak tau nak buat entry cmne dah.. hahaha.. anggap jelah ni 1st entry jugak... Mungkin karang sikit nak update blog kot... Tengah cari idea..... Daa~~~

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru....

Assalamualaikum...wbt... Hari ni aku tak sihat lagi. Batuk, selesema, muntah.. Ni muntah andanya angin ye u olls.. Ni baru balik dari klinik. Doktor kata aku kena alergi kuman. Sebabnya tonsil aku bengkak dan merah. Bahagian abdomen sakit sangat. Effect dari batuk yang kuat.. Tadi dah pergi klinik. Dapatlah ubat batuk, ubat demam, antibiotik dan ubat demam. Yang penting dapat MC. hehe...

Hari ni 16 Mei, Hari Guru kan? Dah lama tinggal sekolah kan. Al-maklumlah... hehe.. Tupun teringat sebab ada sorang anak didik aku kat Pusat Tuisyen ni mintak no phone dengan FB. Katanya, nak wish Hari Guru. Guru tuisyen pun boleh di'wish'kan ke? hehe.. Anyway, thanx utuk anak didik aku yang berniat nak wish tu. Sebab apa aku cakap berniat? Sebab aku tak sempat bagi no phone ngan FB aku pun. Kelam kabut nak balik lepas mengajar hari tu. 4 jam woo.....

Anyway. aku nak wish Selamat Hari Guru untuk cikgu2 aku yang pernah mengajar aku. Dari Tabika Kemas Tanjung Lumpur, SK Tanjung Lumpur, SMK Tanjung Lumpur, Kolej Matrikulasi Pahang dan Universiti malaysia Terengganu *Pensyarah pun dipanggil guru kan?. Terima kasih kerana mendidik aku dari aku tak tau apa2 sampai aku dah kenal semua benda. Yang mengajar aku dari aku tak tau nak bezakan A B C sampai aku dah tau ape itu hidup. Terima kasih sangat2. Jasa seorang guru tak mampu aku balas dengan wang ringgit. Terlalu banyak pengorbanan...

Terasa nak patah balik semula pada zaman bergelar BUDAK SEKOLAH. Jadi budak sekolah best kan dapat duit pagi2. Takyah nak pikir kerja. Takyah nak bayar duit kereta, duit rumah, bil2 kan.Hehe. Balik umah nasi semua dah siap. Takyah nak masak kan. Amek kau. Demand pulak...

Saturday, May 14, 2011

Cerita di kampung..

Assalamualaikum... dan selamat petang. Entry ini ditaip eksklusif dari Kuantan, kampung ku tersayang... *nak tau tak. sekarang ni Mr. J tengah gunting rambut aku. aku dengan selambanya tengah berFB dan blogging. Baru jumpe laptop ngan broadband dowh... Jadi jakun terus... Lepas rindu dendam kat blog.. Kat opis sume dah kena block. Damn!

Uwaaa... Aku kena selsema lagi. Sangat tak best. Tengah mengajar boleh pulak air hidung meleleh-leleh.. Eeee-yerk... Tapi tolong doakan saya demam sampai isnin ni eh. Nak amik MC boleh. Konon taknak cuti lah kan.. Uhuhu.. Tup2 balik Kuantan dah selsema pulak.. Nak amik cuti mesti dah tak boleh kan. Sebab takde sape lagi kat opis. Sape nak backup?? Nak cuti ke tak?

Tengah verangan nak beli laptop and broadband. Addicted blogging. Tulun!!! Ahh.. ada benda lain lagi aku nak target. Ni belum masuk lagi nak beli moto untuk si Fatin. Cadangnya nak bagi semangat kat dia untuk sambung belajar. Tau tak apa dia nak??? NOUVO!! Errkk.. makan nasi cicah budu lagilah aku. Janji dia nak belajarlah kan. Nanti dia dah kerja aku paw dia balik. Uhuhu....

Sunday, May 1, 2011

Saya jumpa ni...

Selamat Hari Pekerja semua... Entry ini ditaip semasa saya berada di Kuantan.. Petang tadi dah bergaduh pung pang pung pang dengan mak saya. Akhirnya kami sampai di JomHeboh di Padang MPK 2 Kuantan. Tau tak saya jumpa sape??? Saya jumpa mereka ni...





vvv




vv


v


Zizan yang sangat hensem dan friendly...



Mak aku paling excited jumpa Zizan walaupun masa tu zizan hanya dalam van TV3. Tapi, honestly Zizan sangat friendly. TAk dapat bergambar sebab masa tu Zizan dan Dira dah nak balik.


Aku dapat jumpa ni jugak.









vvv




vv




v




Tiz Cantik....


dan ini.




Remy encem..... I loike..

Paling tak bleh blah.. Mr J cakap kat aku:

"Sayang, Remy tu macam abang kan???"
Perasan betul....

Lu pikirlah sendiri...

Sekian....