Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, March 27, 2014

Steamboat+Grill di Seoul Garden The Mines

Lepas je mandi-manda di Desa Waterpark. perut harus lapar. tapi memang sengaja kosongkan perut walaupun dialas dengan nasi goreng dalam Desa waterpark. keluar dari Waterpark dah jam 3.30 petang. Masuk highway. Terus cari surau. Belum solat Zohor. Anak dara dah tertido tak hengat dalam kete. Muka dah gelap. Hahaha.

Menuju ke The Mines di Serdang. Aku lah beria mengajak Daddy ke sana. Nak sangat makan. Ada pegawai kat sini suggest. Dia tahu aku suka makan banyak. hehehe. daddy setuju je.. Dah masuk tu buat payment. RM108 untuk dua orang. Tak pasti aku Dinner buffet ke lunch buffet ni. Hehehe. Dinner kot ek. Perut memang lapar gile. Kaw kaw aku pulun.


Sementara tunggu benda dalam ni masak dan Mr Daddy pegi ulang alik ambik segala bagai ni. Yelah kena bergilir-gilir. Si anak dara tak boleh tinggal. nanti dia grill tangan dia plak. Aku pekena mende alah ni.

 
3 kali aku angkut sushi mushi ni. Lagi angkut lagi banyak dia tambah pilihan. Suke-suke. Awal-awal je aku rajin snap gambar. Selebihnya lapar sangat. Malas nak bukak phone snap gambar. Mr daddy sangat puas hati.


Tengok budak ni. Kusyuk makan. Duk ulang tembikai, tauhu telur, aiskrim. 3 benda ni je sedap bagi dia. Tapi makan banyak. Berbaloi bawak budak ni makan steamboat. Sebab umur dia tak caj. hehehehe....

Aku pulak duk ulang angkut mende ni. Tak tahu nama apa. Sedap. berebut dengan Mr daddy.

Ok. Part ni aku jeles. Masing-masing dah kenyang. diorang bergurau senda feeling romantik sambil gelak-gelak. Mak jeles hokeh. Daddy. mummy nak jugak gurau gitu. hahahaha.... Lebiulah Mr daddy dan Dhiya Nashira Aalya. Dan Puan Zaleha. Jantung hati saya. Thanx Daddy belanja kami on that day.... Next time belanja kami lagi. Ya Allah. Limpahkan rezeki yang baik kepada suamiku. Dan berikan kesihatn yang baik. Amiiinnn~~~

 

Mandi-manda di Desa Waterpark.

Nak cite pasal moment hari Ahad lepas. Sebelum ni kan. Sebelum anniversary. We olls (aku dan Mr Daddy) dah plan nak pergi honeymoon. Ke satu tempat. Tempat yang boleh throwback memory dulu-dulu. Cewwah. Tapi sebab kekangan masa. Mr Daddy sibuk sempena pilihanraya hari tu. So, postponed. Full stop.

Tapi Mr Daddy tak sedap hati jugak sebab dah janji nak bawak jalan. For time being, Daddy tak dapat cuti yang panjang lagi. So, berjalan dekat-dekat jelah dulu. Next month boleh cuti kot. Daddy decide ajak ke Desa Waterpark. mengenangkan Yaya suka main air. Ni kira reward untuk Yaya jugaklah. Untung jadi anak sekarang kan. pandai satu patah perkataan pun. Dah dapat reward. tapiiii... kami decide bukan semua benda yang kami nak bagi. Mana yang berpatutan jugaklah. Kalo mintak Ipad memang tak dapat lah. aku cuba nak ikut rules yang Wardina buat. No gadgets dan limited television. In sha Allah....

So, Ahad lepas kami ke Desa Waterpark. Rugi plak tak beli voucher dalam Groupon. Dapat diskaun RM5 sorang. Tapi tak expect Daddy ajak pergi situ. Mummy Daddy beria dah bangun pagi solat subuh. Masak breakfast. buat kerja rutin lain. Tapi anak dara tutetap lena. Mau tak nya. Malam sebelum tu tido pun dah pukul 2 pagi. At last, kitorang kejut jugak. Drama pulak sepagi tu. Adesss..


Muka marah lerr tuuu. Hahaha. Kena pujuk baik-baik baru nak senyum. Haruslah Mr Daddy mainkan peranan. Bagi makan telur. roti banyak-banyak. Susu dulu. Baru OK. Then, sesampainya di Desa Waterpark orang dah mula ramai. Nasib beratur tak panjang. Bayaran kemasukan nya adalah RM35 untuk dewasa. RM25 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak bawah 2.5 kaki adalah percuma. Yaya terlebih sikit je. Kena bayar jugak. Uhuhu.


Masuk dalam tu, cari port baik sikit. Nak keluar semula beli token untuk loker isi barang berharga malas dah. Tawakal jelah. Letak je atas kerusi kat situ. tapi aku mandi tak tenang sangat. Asyik toleh kat beg je. Sila jangan ikut macam aku buat.


Ooopps. Abaikan Mr Daddy yang tough lagi seksi tu. Seronok betul diorang ni bermandi manda. Mummy join jugak. Tapi tak se best Yaya dan Daddy.


Try nak main slippery. Comel je kayuh dengan kaki sendiri. Chaiyyok Yaya.

Ni kat pool yang ada wave tu. Anak dara ni langsung taknak keluar dari pool ni. Aduhai...  Badan dah naik legam dah. Dah bape kali hampir lemas. Nak mandi tempat dalam. Geraaam je mummy nih.

Kat dalam ni tak boleh bawak makanan dan minuman dari luar ye. Botol susu anak dibenarkan. kang menjerit pulak kat dalam waterpark ni tak dapat susu. Jadinya... Yang nak berkelah tu kena beli makanan dalam ni sahaja. Memang kena bawak duit lebihlah...

Air mineral jer dah RM3. Nasi goreng cina RM4. ABC RM4. Daddy beli jugak buat alas perut. Hehehe. So far, Alhamdulillah. Yaya seronok sampai taknak balik. Terpaksa angkut dia walaupun meronta-ronta kat situ. Adess.. Next time kita mandi lagi ye Yaya. Mummy cuba cari tempat lain pulak.

Lepas main dah rasa lapar. Request susu. Request air dengan daddy... Perut lapar. Jom pekena steamboat buffet kat Seoul Garden The Mines.




Monday, March 24, 2014

Yaya di PICC

Hari ni Mak aku a.k.a  Onni Yaya nak datang. Mungkin seminggu atau dua minggu berada kat Bangi. Alhamdulillah dapat gak bersama mak. Sempena cuti sekolah ni. Airil balik Kelantan duduk dengan Tok Umi. Jadi mak ambik peluang ni untuk main dengan Yaya pulak. Rindu sangat Mak kat Yaya.

Nak update sikit aktiviti kami hujung minggu. Sabtu lepas, Mr daddy kerja shift pagi. Anak dan isteri sabar menanti kepulangan Daddy. Dengan hajat sebenarnya. Hehehe. Baru je Daddy balik. Daddy terus tanya "Ke mana kita?" Hehehe. yesss.... "Jom PICC. ada baby fair, book fair" Daddy cakap beress... Alhamdulillah. Syukur dikurniakan suami yang sangat supportive. Daddy tak kisah ke mana je aku ajak. Asalkan dia free, asalkan bersama dengan dia.

So, lepas asar kitorang gerak. My BFF Auntie Wan pun join sekali. Lately, Yaya manja benor dengan auntie Wan ni. Nak mandi dengan auntie. Makan pun nak auntie suap.  So, kebetulan Untie Wan stay untuk 2 malam. BEtul-betul spend masa diorang nih.


Tengoklah anak dara aku ni. Paling excited. Sampai-sampai je terus dapat belon. Bising je mulut. Masuk ke Baby fair. Pusing-pusing. Takde apa yang menarik perhatian aku. Sebab apa yang Yaya pakai takde. Baju-baju pun aku tengok hrga sama je kat luar. Oh ye. Yaya tak pakai branded-branded. Aku hanya suka dengan produk Pureen. Yang ada hari tu BeBe brand, Cutie brand. So, Daddy cakap kat luar sama je. So, tak beli. Hehehe. Sempat grab sweater je untuk Yaya. Yang ada sebelum ni dah kecik kot untuk Yaya.

Keluar dari dewan tu. Ke surau dulu. Daddy nak solat. auntie nak solat. Sebelum tu sempat grab mainan blok untuk Yaya yang ada jual di luar dewan tu. Mummy beli gelung hoola hoop. Hahahah.

Masuk ke Bookville. MPH bukak fair kat situ. memang tujuan aku nak cari buku kat situ. Nak cari tafsir per kata. Alhamdulillah jumpa. Pastu ada booth Upin ipin jugak. Nak cari baju untuk yaya semua saiz besar. Ada pun saiz dia baju untuk Boboys. kesian Yaya nak barang upin ipin. Last-last beli air dia jugak. Daddy gie kaunter bayar. Sambil layan Yaya. Banyaknye novel yang dijual. kalo Mak pergi mesti abis diborongnya. Aku? Tak layan novel. Layan drama novel je...

Pastu keluar dari PICC. Ke Alamanda. Cari barang dapur yang mana dah habis. Balik rumah kepenatan. Bukak plastik MPH sebab nak tengok buku resepi yang aku selitkan sekali. hehehe. Wajib ada, Aku beli buku resepi muffin. Tiba-tiba namapak ada buku ni.


Terkujat jap tengok. Tanya Mr Daddy. Rupa-rupanya dia yang beli. Aku tanya motif beli. "untuk dijadikan panduan. Kena elakkan lah benda-benda gitu" Jawapan tulus ikhlas dari Mr Daddy. Alhamdulillah. Syukur rasanya. Tanpa dipaksa. untuk menjadi lebih baik. Bila aku bukak content tu. Sikap-sikap yang tersenarai tu takde satu pun dalam diri Mr Daddy. Sekali lagi syukurr. Alhamdulillah. Tapi sebagai panduan aku gembira Mr Daddy nak membaca.

Thursday, March 13, 2014

Dim sum halal di Mohd Chan Abdullah

Since minggu lepas mulut dan perut aku ni craving sangat kat dimsum. Tengok pulak Mak Awe dengan Jebat (drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta) tu duk buat benda tu nak pujuk MAstura. Membuak-buaklah keinginan aku. Nak ajak Mr Daddy macam asik sibuk je. Tapi lately aku rasa macam lemah sangat badan. Cuaca agaknya. Minum air masak pun dah bergelen-gelen.

Pastu sampai ke hari ni. Mr Daddy ada kerja luar. Lunch hour call aku. Ingat ajak balik rumah suruh masak-masak. sekali tanya "Tengahari nak makan mana?". Si bini buat-buat tak paham. blur-blur je tanya kenapa?? kehkeh....

"Nak makan dimsum tak???" Gila nak tolak. Mestilah nak... Yess.. Akhirnya. Mr daddy ambik kat opis. Terus ke restoran Mohd Chan Abdullah di Bandar Baru Bangi. Tak snap gambar pulak. Sebab kedudukan parking kereta tak strategik plus jerebu yang sangat teruk.

Pastu duduk. order. Ramai orang tengahri tadi. Mata duk kat steamer dimsum je. Hahahaha.

 Order 2 jenis dimsum Ayam (yg ada biji merah kat atas tu) dan cendawan.

Mr Daddy suruh order lagi tapi time tu aku rasa macam tak sedap tekak sangat time tu..... Next time pulak lah oreder bebanyak. Nak hadap yang tu je. Masa makan tu terngiang-ngiang suara Kang Gary "mandu...mandu...mandu..." Hahaha.


Aku order jus kedondong asam boi. Mr daddy air teh bunga.

Nasi itik Mr daddy. Sedap jugak nasi. Tapi sikit. hahahaha

Aku order Mee Wantan Ayam panggang. Sedap jugak. Sedap untuk tekak yang tak bape nak sihat ni. Hehehe.Next time nak datang lagi nak try Dim Sum lagi dan Shark Fin soup.

Ini kalo Yaya tahu mak bapak dia dating tak bawak dia mesti hangin satu badan. kena bawak dia jugak next time. Mestidia suka dim sum tu. Dont worry dim sum tu halal.

Tuesday, March 11, 2014

Candle light dinner di rumah!

Hari ni baru rasa nak bercerita. Dalam hati ni tetap rasa berdebar. Menanti kepulangan kru dan penumpang MAS MH370. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.

Syukur jugak kepada blogger H.A.T.I (LyaAfrina) sudah kembali berblogging selepas ujian menimpanya.. Saya dapat tahu pun dari blogger lain. Semoga Lya cepat sihat dan sembuh sepanjang masa. Saya tahu Lya kuat. Sekuat Fain dan Asha yang comel tu. Happy besday jugak Lya yang ke 29 tahun.

Berbalik pada kisah candle light tu. Sesekali nak mood romantik ngan suami apa salahnya kan? Memang niat aku nak buat surprise candle light dinner untuk Mr Daddy. Tapi tak berapa nak surprise dah. bilamana aku cakap. "Abang. Tenghari ni sayang nak keluar ek?" Harus nak mintak izin kalo keluar kan??

Tapi... big problem aku adalah Mr daddy agak payah kalau nak bagi aku keluar sensorang atau ajak orang lain keluar kalo ianya urusan aku. Kalo aku cakap nak teman kawan ok lagi.

Sesi soal jawab bermula. Nak pergi mana? Dengan siapa? Bila jawapannya sensorang. Makanya. Memang tak dapatlah. Haruslah dia nak teman. Pastu dah dalam kereta asik kena tanya dengan soalan "Sayang nak beli apa??" Errrkkk..... Malas dah aku nak berahsia. Cakap jelah nak beli barang nak buat candle lite dinner.. Grrrr....

Tersengih-sengih Mr Daddy. Siap aku cerita lagi pakatan aku pm FB dengan pegawai dia mintak letak dalam jadual kerja Jumaat 7 Mac tu untuk kerja shif petang. Sebab shift petang tu masuk pukul 4 petang balik pukul 12 malam. So, tengahari masa rehat sebelum Mr daddy pergi solat Jumaat. Kami ke warta Bangi mencari bahan-bahan nak buat dinner. Menu aku adalah lamb chop. Petang tu aku perap siap2 lamb shoulder tu. Pastu buat coleslaw.



So, balik kerja tu aku pasang kartun untuk Yaya. goreng nugget dan fries untuk Yaya dulu. bagi dia kenyang. Dengan harapan dia tak kacau aku kat dapur. Heeheh. Tapi dah nama Yaya. harus nak interprame jugak Mummy buat kerja kan.

Dalam pukul 9 lebih aku bawak Yaya masuk bilik. Suruh dia tido. Sebab aku dah pesan pada pengasuh dia. Petang jangan bagi dia tidur lagi. hehehe.. alarm jam dah pukul 10.30 malam dah bunyi. Aku bangun siapkan apa yang patut. Sekali dengar Yaya menangis. "Nak ivi nak ivi...." Adess. nak tengok tv pulak dia. Angkat jugaklah bagi tengok tv.

Pastu Mr Daddy Whats App nak balik kerja dah. Aku pun bersiap diri pulak. Siapkan meja. PAsang lilin. Tapi takdelah bunga-bunga tabur. Clueless nak cari kat mana. Pasang lagu romantik pakai laptop je. Lagu-lagu febret kitorang.


Togel je aku tengok meja ni. Hahaha. besor sangat. Kalo ada bunga-bunga kan best. hahahaha. Nampak jiwa tak romantik kat situ.


Bila dah tutup lampu. Wah..... Time ni Mr Daddy dah sampai. Dah bunyi motor Daddy dah masuk parking. Hehehe. Pastu dah jadi bising bila Yaya capai pisau steak. Pergh.. Mencabar betul..

Bila Daddy bukak je pintu. Tersenyum lebar dia. Tak snap pulak gmabar dia senyum lebar. Dia datang peluk. Say thanx. Lepas tu tettt........ Hehehe. Jangan pikir lain ye. Sebabnye lepas tu anak dara dia datang tolak aku. "Tepiiii!!" Siap jerit lagi. Sentap mak nok. Mintak Daddy dukunglah tu. Uwahahaha. Sedih tau.

Apa-apa pun. Aku puas hati sangat. Semua berjalan lancar walaupun dah tak berapa nak surprise. Mr Daddy appreciate sangat. Berkali-kali ucap terima kasih.


Tekun sangat tu makan si lamb chop tu. Gambar kami berdua nan hado. Hahaha. Semoga ikatan kasih kami kekal sehingga ke akhir hayat.

Ya Allah, Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Panjangkan jodoh kami,
Semarakkan cinta dan kasih sayang kami selamanya,
Pelihara rumahtangga kami di landasan Mu,
Pertemukan lah kami di kehidupan yang ke kekal Abadi,
Jadikan aku ketua bidadari untuknya Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Peliharakan zuriat kami,
Jadikan dia anak yang solehah,
Letakkan dia dalam landasan yang benar.

Amiinnn~~


Tapi di sebalik kegembiraan kami malam tu. Rupa-rupanya Allah uji kita semua dengan kehilangan pesawat. Pada jam 12.40 malam pesawat MH370 berlepas. Dan pada jam 2 lebih pagi pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan. Subhanallah. Semoga Allah memberi kita petunjuk untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat kru dan penumpang MH370.


Monday, March 10, 2014

8 Mac 2014

Tarikh 8 Mac. Sememangnya aku tunggu tarikh ni. Tarikh keramat untuk kami suami isteri. Tarikh untuk kami flashback pada setiap tahun. Tarikh 8 Mac adalah ulangtahun perkahwinan kami. Banyak planning sebenarnya. Tapi ada kekangan sikit so terpaksa postpone dulu.


Alhamdulillah. 5 tahun hidup bersama Mr Daddy. fasa demi fasa kami lalui. Syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya memberi kami kebahagiaa yang infiniti.

Tapi tarikh 8 Mac 2014 baru-baru ni kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Berbagai spekulasi dikeluarkan. Mohon pada semua hentikan spekulasi. Fikirkan sensitiviti kelaurga kru dan penumpang yang ada dalam pesawat itu. Mari sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan mereka semua. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.

Demi menghormati insiden ini. Mari sama-sama kita berdoa:



Semoga Allah mempermudahkan segala urusan menyelamat mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk menjejak pesawat ini. Yang paling penting nyawa-nyawa dalam pesawat ini mesti diselamatkan. Amiiinn~~~



Tuesday, March 4, 2014

Yaya dan telekung



Assalamualikum. Saya Ustazah-to-be Aalya(in sha Allah.. Amiinn) . Hehehe. Setelah lama mencari telekung untuk anak dara ni. HAri tu dah survey kat kompleks PKNS. Ada untuk saiz budak tapi bila Yaya pakai tersangatlah besar. Mummy tak putus asa cari lagi. untuk anakanda tercinta..

Sebab bila Daddy nak solat je Yaya mesti berebut kopiah dengan Daddy. yang mana Daddy nak pakai yang tuelah dia nak. Adoi.. Mula tu Daddy suruh aku jahit je. Adoi.... Tak pandai dan tak sempat. Boleh bagi jawapan gitu...

Lastly, ada kawan share kat FB. Telekung dia comel-comel. Semua untuk kanak-kanak. Aku pun apa lagi booking satulah. Yang Yaya pakai ni untuk saiz 1-3y. Ada banayak pilihan warna dan saiz lagi. Serius comel. Dan harga nya sangat berptutan. RM45. Kalo berminat bolehlah ke FB Ayuni Collections . Promote nampak. Takpe. Support bisnes orang kite.

Semalam dah dapat tu ajak Yaya solat Asar dan Maghrib. alhamdulillah. Betambah excited dia nak teman mummy sembahyang. "ammii.. nak ayyang....". Bising je mulut dia. 


Tu dia. Mummy belum start lagi dia dah terkumat kamit mulut. Baca ape ntah. hehehe.. Semoga ini adalah permulaan yang baik untuk mu wahai anak. Ya Allah. Letakkan anak ku ini sentiasa di landasan yang benar. Aminnn~~~

Monday, March 3, 2014

Bukan kerana aku tak cinta

Korang tengok tak drama Bukan Kerana Aku Tak cinta. Yang watak Jebat tu ngan Mastura tu. Perghh. Jebat memang macho ah. Tanpa tatu okeh. Bukan dengan tatu.

Nervous aku tunggu untuk next-next episod. Lagi pulak jebat nak buat pengakuan.... Hahahaha. gilos layan drama.

Kredit to google.         
    







Picnic keluarga di Ulu Bendul

Nak share moment ni. Well planned walaupun last minit. aku sekeluarga dari Bangi. Kak DD-dudu sekeluarga bersama Haris dar Putrajaya pastu ambik Maklong di Gombak. Sepatutnya aku patut sampai awal tapi sebabkelam kabut itu tertinggal ini tertinggal akhirnya diorang sampai dulu. Uhuhu. Tapi tertinggal tikar yang dijanjikan.

Berkumpul di rumah Cekda (Nenda) di Taman Sri Ulu Bendul. Siap-siap apa yang patut. Aku bawak puding triffle. Uhuhu Sedih.Kek taknak kembang.

Pandangan dari atas.
 Kena parking kat tepi cerun bukit je. Parking dalam dah penuh.


Makanan yang dibawa. Cekda masak udang masak lemak cili api dan ayam masak merah. MAklong bawak Mee lidi goreng. Kak diana bawak air, nugget, biskut dan jelly. Aku bawak triffle dan perut kosong. kehkeh...

Inilah maklong (baju purple) dan Cekda (baju peach). Kesian mak. Tak dapat join. Mesti panas je tengok FB tu. hehehe... Yang belakang tu Haris tengah minum air. Mama nye dah overload.



Anak dara aku yang syok nak main air. Taknak naik langsung. Naik je sebab lapo kot. Mintak "apok.. apok..." (keropok).

Dah kenyang makan. Cadangnye nak ke Taman Ular Sawa bersebelahan tu. Mr daddy awal-awal pergi sorang. Baru je kitorang berkemas nak naik atas. Sekali Ayahde call Cekda ajak balik rumah dulu. Sebab dia ada nak ke keduri. Takut tak sempat jumpa. Tapi Mr Daddy ada gak snap gambar ular kat ats tu.

Ada bran???
Sesampai je di rumah Cekda. Hajat dah nak beransur balik. Sekali Ayahde ajak ke kolam udang. Dia ternak sendiri. Seronok sangatlah...

Dari sudut satu side kolam je. Sebelah sana ada lagi. Besar jugaklah..


Hasil tangkapan jala Ayahde. Gilos banyak. Kalo ikutkan ni saiz kecik lagi. Ayahde plan April nanti nak harvest besar-besaran. Wow.. Ini pun dah cukup besar. Kalo April ni besar camne lagi ye..

Nak dara aku yang dah ketagih dengan air. Air kolam ni pun nak terjun mandi nih. Adoi. puas pujuklah. Tak takut langsung...

Dapatlah bekalan wat balik. udang segar. Ikan salai. Alhamdulillah. terima kasih Cekda sekeluarga. Terima kasih amklong dan Kak diana. Nanti boleh plan lagi...