besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 10, 2014

8 Mac 2014

Tarikh 8 Mac. Sememangnya aku tunggu tarikh ni. Tarikh keramat untuk kami suami isteri. Tarikh untuk kami flashback pada setiap tahun. Tarikh 8 Mac adalah ulangtahun perkahwinan kami. Banyak planning sebenarnya. Tapi ada kekangan sikit so terpaksa postpone dulu.


Alhamdulillah. 5 tahun hidup bersama Mr Daddy. fasa demi fasa kami lalui. Syukur kepada Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya memberi kami kebahagiaa yang infiniti.

Tapi tarikh 8 Mac 2014 baru-baru ni kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370. Berbagai spekulasi dikeluarkan. Mohon pada semua hentikan spekulasi. Fikirkan sensitiviti kelaurga kru dan penumpang yang ada dalam pesawat itu. Mari sama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan mereka semua. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi.

Demi menghormati insiden ini. Mari sama-sama kita berdoa:



Semoga Allah mempermudahkan segala urusan menyelamat mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk menjejak pesawat ini. Yang paling penting nyawa-nyawa dalam pesawat ini mesti diselamatkan. Amiiinn~~~



No comments: