Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, March 24, 2014

Yaya di PICC

Hari ni Mak aku a.k.a  Onni Yaya nak datang. Mungkin seminggu atau dua minggu berada kat Bangi. Alhamdulillah dapat gak bersama mak. Sempena cuti sekolah ni. Airil balik Kelantan duduk dengan Tok Umi. Jadi mak ambik peluang ni untuk main dengan Yaya pulak. Rindu sangat Mak kat Yaya.

Nak update sikit aktiviti kami hujung minggu. Sabtu lepas, Mr daddy kerja shift pagi. Anak dan isteri sabar menanti kepulangan Daddy. Dengan hajat sebenarnya. Hehehe. Baru je Daddy balik. Daddy terus tanya "Ke mana kita?" Hehehe. yesss.... "Jom PICC. ada baby fair, book fair" Daddy cakap beress... Alhamdulillah. Syukur dikurniakan suami yang sangat supportive. Daddy tak kisah ke mana je aku ajak. Asalkan dia free, asalkan bersama dengan dia.

So, lepas asar kitorang gerak. My BFF Auntie Wan pun join sekali. Lately, Yaya manja benor dengan auntie Wan ni. Nak mandi dengan auntie. Makan pun nak auntie suap.  So, kebetulan Untie Wan stay untuk 2 malam. BEtul-betul spend masa diorang nih.


Tengoklah anak dara aku ni. Paling excited. Sampai-sampai je terus dapat belon. Bising je mulut. Masuk ke Baby fair. Pusing-pusing. Takde apa yang menarik perhatian aku. Sebab apa yang Yaya pakai takde. Baju-baju pun aku tengok hrga sama je kat luar. Oh ye. Yaya tak pakai branded-branded. Aku hanya suka dengan produk Pureen. Yang ada hari tu BeBe brand, Cutie brand. So, Daddy cakap kat luar sama je. So, tak beli. Hehehe. Sempat grab sweater je untuk Yaya. Yang ada sebelum ni dah kecik kot untuk Yaya.

Keluar dari dewan tu. Ke surau dulu. Daddy nak solat. auntie nak solat. Sebelum tu sempat grab mainan blok untuk Yaya yang ada jual di luar dewan tu. Mummy beli gelung hoola hoop. Hahahah.

Masuk ke Bookville. MPH bukak fair kat situ. memang tujuan aku nak cari buku kat situ. Nak cari tafsir per kata. Alhamdulillah jumpa. Pastu ada booth Upin ipin jugak. Nak cari baju untuk yaya semua saiz besar. Ada pun saiz dia baju untuk Boboys. kesian Yaya nak barang upin ipin. Last-last beli air dia jugak. Daddy gie kaunter bayar. Sambil layan Yaya. Banyaknye novel yang dijual. kalo Mak pergi mesti abis diborongnya. Aku? Tak layan novel. Layan drama novel je...

Pastu keluar dari PICC. Ke Alamanda. Cari barang dapur yang mana dah habis. Balik rumah kepenatan. Bukak plastik MPH sebab nak tengok buku resepi yang aku selitkan sekali. hehehe. Wajib ada, Aku beli buku resepi muffin. Tiba-tiba namapak ada buku ni.


Terkujat jap tengok. Tanya Mr Daddy. Rupa-rupanya dia yang beli. Aku tanya motif beli. "untuk dijadikan panduan. Kena elakkan lah benda-benda gitu" Jawapan tulus ikhlas dari Mr Daddy. Alhamdulillah. Syukur rasanya. Tanpa dipaksa. untuk menjadi lebih baik. Bila aku bukak content tu. Sikap-sikap yang tersenarai tu takde satu pun dalam diri Mr Daddy. Sekali lagi syukurr. Alhamdulillah. Tapi sebagai panduan aku gembira Mr Daddy nak membaca.

2 comments:

dd dudu said...

haris gi bookerville hari ahad. omak cari buku jawi kat die tp die pilih sendiri buku2 yg ada gamba ketapi. kopak apak die haha

joeayu said...

Buku ketapi tu versi jawi ke?? hehehe. seronoklah haris.. yaya excited kat booth upin ipin je.