Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, March 11, 2014

Candle light dinner di rumah!

Hari ni baru rasa nak bercerita. Dalam hati ni tetap rasa berdebar. Menanti kepulangan kru dan penumpang MAS MH370. Semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.

Syukur jugak kepada blogger H.A.T.I (LyaAfrina) sudah kembali berblogging selepas ujian menimpanya.. Saya dapat tahu pun dari blogger lain. Semoga Lya cepat sihat dan sembuh sepanjang masa. Saya tahu Lya kuat. Sekuat Fain dan Asha yang comel tu. Happy besday jugak Lya yang ke 29 tahun.

Berbalik pada kisah candle light tu. Sesekali nak mood romantik ngan suami apa salahnya kan? Memang niat aku nak buat surprise candle light dinner untuk Mr Daddy. Tapi tak berapa nak surprise dah. bilamana aku cakap. "Abang. Tenghari ni sayang nak keluar ek?" Harus nak mintak izin kalo keluar kan??

Tapi... big problem aku adalah Mr daddy agak payah kalau nak bagi aku keluar sensorang atau ajak orang lain keluar kalo ianya urusan aku. Kalo aku cakap nak teman kawan ok lagi.

Sesi soal jawab bermula. Nak pergi mana? Dengan siapa? Bila jawapannya sensorang. Makanya. Memang tak dapatlah. Haruslah dia nak teman. Pastu dah dalam kereta asik kena tanya dengan soalan "Sayang nak beli apa??" Errrkkk..... Malas dah aku nak berahsia. Cakap jelah nak beli barang nak buat candle lite dinner.. Grrrr....

Tersengih-sengih Mr Daddy. Siap aku cerita lagi pakatan aku pm FB dengan pegawai dia mintak letak dalam jadual kerja Jumaat 7 Mac tu untuk kerja shif petang. Sebab shift petang tu masuk pukul 4 petang balik pukul 12 malam. So, tengahari masa rehat sebelum Mr daddy pergi solat Jumaat. Kami ke warta Bangi mencari bahan-bahan nak buat dinner. Menu aku adalah lamb chop. Petang tu aku perap siap2 lamb shoulder tu. Pastu buat coleslaw.



So, balik kerja tu aku pasang kartun untuk Yaya. goreng nugget dan fries untuk Yaya dulu. bagi dia kenyang. Dengan harapan dia tak kacau aku kat dapur. Heeheh. Tapi dah nama Yaya. harus nak interprame jugak Mummy buat kerja kan.

Dalam pukul 9 lebih aku bawak Yaya masuk bilik. Suruh dia tido. Sebab aku dah pesan pada pengasuh dia. Petang jangan bagi dia tidur lagi. hehehe.. alarm jam dah pukul 10.30 malam dah bunyi. Aku bangun siapkan apa yang patut. Sekali dengar Yaya menangis. "Nak ivi nak ivi...." Adess. nak tengok tv pulak dia. Angkat jugaklah bagi tengok tv.

Pastu Mr Daddy Whats App nak balik kerja dah. Aku pun bersiap diri pulak. Siapkan meja. PAsang lilin. Tapi takdelah bunga-bunga tabur. Clueless nak cari kat mana. Pasang lagu romantik pakai laptop je. Lagu-lagu febret kitorang.


Togel je aku tengok meja ni. Hahaha. besor sangat. Kalo ada bunga-bunga kan best. hahahaha. Nampak jiwa tak romantik kat situ.


Bila dah tutup lampu. Wah..... Time ni Mr Daddy dah sampai. Dah bunyi motor Daddy dah masuk parking. Hehehe. Pastu dah jadi bising bila Yaya capai pisau steak. Pergh.. Mencabar betul..

Bila Daddy bukak je pintu. Tersenyum lebar dia. Tak snap pulak gmabar dia senyum lebar. Dia datang peluk. Say thanx. Lepas tu tettt........ Hehehe. Jangan pikir lain ye. Sebabnye lepas tu anak dara dia datang tolak aku. "Tepiiii!!" Siap jerit lagi. Sentap mak nok. Mintak Daddy dukunglah tu. Uwahahaha. Sedih tau.

Apa-apa pun. Aku puas hati sangat. Semua berjalan lancar walaupun dah tak berapa nak surprise. Mr Daddy appreciate sangat. Berkali-kali ucap terima kasih.


Tekun sangat tu makan si lamb chop tu. Gambar kami berdua nan hado. Hahaha. Semoga ikatan kasih kami kekal sehingga ke akhir hayat.

Ya Allah, Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Panjangkan jodoh kami,
Semarakkan cinta dan kasih sayang kami selamanya,
Pelihara rumahtangga kami di landasan Mu,
Pertemukan lah kami di kehidupan yang ke kekal Abadi,
Jadikan aku ketua bidadari untuknya Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Peliharakan zuriat kami,
Jadikan dia anak yang solehah,
Letakkan dia dalam landasan yang benar.

Amiinnn~~


Tapi di sebalik kegembiraan kami malam tu. Rupa-rupanya Allah uji kita semua dengan kehilangan pesawat. Pada jam 12.40 malam pesawat MH370 berlepas. Dan pada jam 2 lebih pagi pesawat terputus hubungan dengan menara kawalan. Subhanallah. Semoga Allah memberi kita petunjuk untuk memudahkan operasi mencari dan menyelamat kru dan penumpang MH370.


No comments: