Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, November 12, 2013

Bawak Mak jalan-jalan di Botani, Putrajaya

Hehehe. Sesaje menggedik di siang hari kan. Mengantuklah noks! Ini makan dia. Alkisahnya. weekend lepas bawak mak jalan-jalan kat Putrajaya. Tak dapat pergi jauh. Kewangan tak mengizinkan. Maklumlah gaji lambat lagi. Uhuhu. Next time mak ek kita jalan-jalan jauh sikit... Takpe. Mak saya paham. Niatnya untuk bersama anak, menantu dan cucu yang jauh dari pandangan mata. Kan???

Aku bawak mak ke Taman Botani. Sesaje berfotogedik. Kehkeh.. Nak berkelah pun malas nya nak bawak bekal. Sume nye anak dia malas kan... Takpe. Balik rumah kita belanja pekena capati pakistan.
Harus ada mukadimah ini. Permata hati kami.

Smart like daddy. Sweet like mommy. =)

Yaya bersama Mokshu dan Onni.

 Ohoho budak itu makin ligat. Cari je peluang nak lari.

Sweet tengok gambo ni. touching jap.. Sob sob.

Ouucchh. Malu mak tau. Spontan ni okeh. Mr Daddy tarik I terus suruh mokshu snap. Grr... Konon marah kan. Tapi dalam hati bunga-bunga.. Lebiu lah Daddy..

Wednesday, November 6, 2013

Kenyang!!

Tengahari tadi aku balik rumah. MAklumlah rumah sebelah opis je. Bukak je pintu. Semerbak bau masakan ikan 3 rasa. Before that, Adik aku dah mesej nak buat ikan bawal yang stok dalam peti tu. Dia nak masak tiga rasa. Mokshu nak masak??? Tett.. Ingat dia main-main.

Sekali balik rumah. Buka tudung saji. Nampak ni!

 Ikan bawal 3 rasa. Ait tangan Mokshu. Sedap gile. Menambah aku makan. eh bukan selalu menambah ke???

Sebelum tu mak suruh aku potong tiramisu dulu. Tak sabar katanya. Hahaha. kesian mak...
 Tiramisu kali ni aku tak pakai biscotti atau kek span already. Aku buat sendiri kek span berperisa nescafe. So, takyah celup air bescafe dah. Nyum nyum.... Jemput makan.

Cuti Awal Muharram

Assalamualaikum. Salam Maal Hijrah. Semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dan hidup kita dipenuhi dengan amalan diterima Allah. in Sha Allah...

Mood aku sangat hepi. Mak aku datang ke sini. Seminggu. Uwaa.. Seronok sangat. Yaya pun happy. Ada Mokshu dan Onni dia melayan.

Bangun pagi-pagi buat breakfast roti bakar je. Pastu bawak mak dengan Mokshu ke Taman Tasik Cempaka. Untuk jogging. Biasa ginilah aktiviti kitorang kalo Mr Daddy tak kerja hari minggu. Mak memang aktiviti wajib dia berjalan laju kalo duduk kat kampung. lepas subuh mak akan keluar dengan kawan dia. Sebab tu mak nampak sihat sekarang.

Tengok mak macam orang muda gitu.
Balik dari jogging. Ke pasar basah. Kami apa lagi. Request makanan lah pulok. Hehehe. Mr Daddy dah lama cakap. Mak datang nanti nak mintak mak buat Nasi kerabu. Nak makan banyak-banyak dan puas-puas. Bukan takde yang jual kat sini. Ada.. Sedap. Tapi tak puas makan...  Semalam projek kaw-kaw punya.

Hahh.. Ni dia.. Bukan main biru kaler dia.. Puas hati dapat makan.. Masak banyak. Sampai ke malam baru habis. Menambah-nambah. Alhamdulillah...

Pastu mak pulak request ngan aku. Nak makan tiramisu okeh. Kebetulan memang bahan ada. Ape lagi. Aku pun kerjakanlah.

Meleleh cheese dia. Nyum-nyum. Mak tunggu aku balik tengahari ni nak potong. Tak sabo dah katenye.....

Tak sabo aku nak balik pekena mende nih!