Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 30, 2013

Minggu ni!

Aku baru balik dari APC. Aku dapat APC? haruslah tak kan?? Belum layak. Cuti manjang tak cukup. Hahaha. Tahniah pada kawan-kawan yang dapat... Kambing golek okeh jangan dilupa. Adat kot kat department aku kalau sape-sape dapatAPC akan sponsor sikit untuk kambing golek. Hehehehe.

Oh ye. Esok cuti kan. Yess! Sekarang mood bermalasan masih berleluasa dalam diri kami. Nak pergi jogging kat Taman Tasik Cempaka. Yaya seronok bila kami amalkan jogging di hari cuti. Takdelah anak terperuk je kat rumah.

Oh ye 5 Mei ni mengundi kan. Plan asal aku nak balik bersama Mr daddy 4 haribulan petang. Tup-tup Mama Nor aka Pengasuh yaya nak cuti pulak Jumaat. AKu pmintak permission Mr Daddy nak balik awal. Lama sikit Onni dan Mashu dapat main dengan YAya. Mr Daddy akan menyusul kemudian. Aku tumpang BFF aku. Hehehe..

Sekarang nenek Mr Daddy tak sihat tau. Aku selalu update keadaan dengan Maksu Mr Daddy nak tau keadaan. Sedih pulak rasa nenek yang kitorang panggil Mok Esah tak sihat. Walaupun aku ni hanya cucu menantu bukanlah cucu kesayangan kan. Kesayangan ke?? Aku tetap rasa sayang dan risau pada Mok Esah. Rasa nak balik cepat je melawat beliau. Semoga Mok Esah cepat sihat dan kembali kuat macam sebelum ni. Yaya rindu moyang-moyangnya.... Tapi Yaya tak perlu menagih kasih kot. Kan. Lumrah kehidupan.

Monday, April 29, 2013

Sahur kami.

Aku puasa hari ni tau.
Ermm.. Tergoda betul tengok air paip yang mencurah-curah tu. Hahahaha.
Nafsu gile. Tahaann.. Saboorrr... 
Mr daddy pun puasa. Nak teman aku kataya. Kebetulan kerja shift normal.

Aku request taknak bangun masak sahur pagi-pagi. Makan time malam je.
daddy jawab okeh je. Aku apa lagi.
Teringat kupon subway belum redeem lagi. Mr Daddy ajak gie redeem.
Kat Subway Seksyen 15 tu. Pastu Mr DAddy ajak beli Roti Nan Keema. (tak tau ejaan betul ke tak)


Itulah Roti Nan Keema. Serius sedap.
Dalamnya ada inti ayam campur sayur. Harga RM4.50.
Tak cukup utntuk kami 3 beranak. Yaya pun sama naik berebut dengan Mummy Daddy.
Yang menang mestilah Mummy.
Sebab Yaya kecik. Pastu Daddy pulak mengalah je ngan nafsu makan Mummy.
Lepas makan Roti Nan Keema. Pekena pulak Sandwich steak and Cheese Subway. Free double meat pulak. Hehehe
Memang menyandar lah lepas tu.

Sekarang duk pikr apelah nak dimasak untuk berbuka.. Ada idea tak??

Wedding Latisya

Uwaa.. Malasnya hari ni. patut aku ada kerja nak buat tau. Tapi sebab minggu ni nak balik kampung. Alhai malasnya.. Pastu pulak ada cuti tengah-tengah mingu. Bertambahlah malasnya. Uwaa.. rasa nak balik hari ni je... Hari ni aku pose. Malasnya nak bangun pagi tadi. mr daddy hampir nak cuti. Kemalasan melanda kami.

Ahad semalam aku ke Cheras ke resepsi classmate aku kat UMT di Dewan Serbaguna Alam Damai, Cheras. Kami 3 beranak pergi dengan Bibi. Bibi mintak Mr Daddy drive Lagi Best dia. Yaya duk belakang sama dengan Cik Bibi. Mummy dating ngan Daddy kat depan. Hehehe..

First time anak dara i berbaju kurung okeh.

Mummy ngan Yaya wajib posing dulu sebelum jumpa auntie pengantin. Kertu gilos aku.
Bergambar dengan pengantin

Yang join nya aku, Bibi dan Anez je. Tu dia Mikhail (son of Anez) behave je budaknya. Untuk Latisya, Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Bertabah untuk menghadapi onak duri dalam rumahtangga~. Amin....

Lepas kenduri tu, kami ke rumah Syu kawan aku di Shah Alam. Untuk melawat babynye Amani Humairah. Tak sempat snap gambar baby. Sebab Mummy dan Daddy sibuk melayan ragam Yaya. Dah semakin melasak ni aku risau betul kalau pergi rumah orang. Kebetulan Yaya nak tidur. Tu meragam comel je. Sori Amani. Nanti mokcik snap gambar Amani ye!

Tuesday, April 23, 2013

Karipap Bukan Sekadar Rupa


Hahaha. Nama takleh blah. Memang bukan sekadar rupa. First time buat sendiri. Kelim sendiri.Selama ni. mak. Rindulah karipap mak. Pop. Siap. Sekarang. Teringin je. Buat sendiri. Uwaa.. Dah besar saya rupanya. Kuikui...  

Gigih aku mencari acuan nak buat karipap. Tapi tak menjadi jugak. Last-last kelim sendiri sudah. Buruk benau rupa. Kulitnya aku google resepi dia. Intinya aku amik resepi mak. Aku gunakan daging. Setakat ni inti mak aku rindu. Hehehehe.

Monday, April 22, 2013

Roti John Sardin~~ Sendiri Bikin

Hehehe. Mood mengantuk. Tau tak. Kami laki bini duk gile marathon cite Running mAn. Oooppss. Agak ketinggalan sikit. Yelah. Sebelum ni Fatin asik duk mengeke-ngekek layan cite tu. Aku marah. Dah macam orang gila gelak sorang. Ah sekarang berjangkit kat aku dan Mr Daddy.

So, semalam prepare barang-barang nak buat roti john ni. Mr Daddy request nak makan. So, buat sendiri baru puas hati. Pagi tadi dah terbangun lambat. Semua gara-gara Running Man. Hahahaha. Nasib baik sempat siap semuanya. Kebetulan Mr Daddy kerja shift petang. Boleh tolong mana yang patut. 


Ni Mr Daddy punya. Aku punya siap masuk bekal. So, aku nak share lah cara nak buatnya. Yelah. Kadang-kadang kalo beli tak puas hati jugak nak makan. Ada je yang kurang. Buat sendiri lagi bagus. Tambah apa kita suka kan.

Bahan-bahan:

5 biji Roti hot dog
Sardin ~~ dilecek isinya dan sos
5 biji telur
Kobis manis ~~ dihiris halus
Carrot ~~ aku sagat
Sebelah bawang ~~ dimayang nipis
Mayones ~~ ikut selera
Sos Cili
Sos Lada Hitam
Marjerin  untuk menggoreng

Cara-caranya:

1- Sediakan untuk sayuran dulu. Gaulkan kobis, carrot dan bawang sekali. Campur mayones. Ikut selera anda.
2- Pecah telur dan campur isi sardin yang telah dilecek. Kacau. 
3- Sapu marjerin atas pan anda. Ambil sesenduk bancuhan telur dan sardin tadi dan ratakan atas pan tadi. agak-agak saiz roti anda.
4- Roti dibelah dua. Kepakkan atas telur tadi. Goreng hinga garing. Setelah masak. isi sayur tadi atasnya. tiubkan sos lada hitam dan sos cili. Siap! Sedap makan panas-panas.

Thursday, April 18, 2013

Kisah "wechat"

Thanx to google

Macam-macam sekarang ek. Sampai naik gila duk layan media sosial ni. Hahaha. Seronok jugak. sampai Yaya pun berjangkit tengok aku duk wechat. Join sekaki tak tahan tu. Petang kelmarin Yaya berwechat dengan Airil. Masing-masing duk menjerit je kerjanya. Hahaha.

Paling hebat aku laki bini ber 'wechat'. Laki keje shift petang. Niat nak tolong bini masak. ber'wechat' tanya camne nak buat bergedil. Si suami dah lama nak makan bergedil. Terliur bergedil anak makan. Hahaha. Comel je Mr Daddy nih wat we chat. Manja pelik.

"Sayang.. Kentang nak berapa biji"
"Sayang... Kentang ni nak rebus ke kukus?"
"sayang... Ayam ni berapa ketul"
"Sayang... nak kukus ke rebus"

Adoi. Kegilaan melanda laki bini. Hehehe. Padahal si isteri sempat je masak untuk makan tengahari. Tapi nak tolong jugak. memang terima kasih banyaklah.

Tuesday, April 16, 2013

Kuey Teow Kungfu + Ayam Goreng Kunyit

Hari ni entry bergambar ye. Semalam ada kekuatan snap gambar okeh. Itu pun dengan bantuan Mr Daddy. Uhuhuhu. Tuan tanah sibuk berperang dengan anak daranya di pagar dapur. Kuijui..

Ni gara-gara tergoda dengan JJCM minggu lepas. Aku lupa dah restoran mana. dia makan kuey teow kungfu plus ayam goreng kunyit. Biasa sebelum buat mi kungfu je.


Mr Daddy kata sedap. Thumbs up. Hehehe. Yaya pun makan. Tapi tak bagi kuah. Just telur dan kuey teow je. Aku buat macam pattaya. Yaya suke.

Monday, April 15, 2013

Beyond HD punya pasal

Petang ni cina installer ASTRO nak datang pasang Beyond kat rumah. Tukar dekoder lama. Dengar memang syok. Beyond. tapi agak kesian kat anak dara aku. Daddy pergi potong BabyTV channel. ahuk ahuk. Memang boleh add on RM5 je kan. Mr Daddy cakap nanti akan kena potong jugak. Kena call astro berbagai-bagai. Baik potong sekarang.Uwaa.. Aku?? hanya pandang Yaya without objection. Hahahaha..

Macam bersetuju dengan Daddy sebab kalo aku bangkang nanti aku jugak kena call Astro. Adeh. Kesian Yaya tak dapat tengok Bugs Band dan Yeepa Yeepa Yeay dia lagi. Biar Mummy jelah nyanyi ek Yaya. Aku kena gigih download pulak nak umpan anak dara tu.

Tapi paling sentap bila cerita kat mak aku. Mak jawab "tengok je Indahnya Iman kat Oasis. Tenang jiwa" Gulp! Sentap beb. Baik mak. Akan ku perturutkan.

Duk sesaje kat opis terngiang-ngiang suara Yaya. Yaya panggil daddy "dede" tau. Panggil Mummy "me". Dah macam siam pulak aku rasa. Kadang-kadang dia tersasul panggil mama mama kat aku. Apa ajelah anak. Asalkan kamu membesar dengan baik. Mummy dan daddy syukur sangat,

Corat coret kosong

Kenapalah sangat malas sekarang nak ambik kamera. Nak snap gambar. Aishh.. Sangat-sangat malas. Tapi ada hati jugak nak share cerita kan. Yang penting rajin sikit untuk menaip. Oh ye. Syukur Alhamdulillah. Nak cerita perkembangan Yaya.

Petang semalam, Yaya cuba bertatih berjalan. Dari mana datang kekuatan dia aku tak tau. Dia bertatih sorang-sorang dari tempat Daddy nya baring ke kerusi aku duduk. sempat 3 langkah jugaklah dia berjalan. Mak nya sudah menjerit. Anak mengekek-ngekek. Moment paling indah bila melihat anak dah mulakan langkah nya. Alhamdulillah. Aku tak kisah cepat atau lambat. Yang penting Yaya melalui setiap perkembangan dengan baik.

Yaya dah tumbuh satu gigi kat bawah. aku perasan ada satu lagi gigi naik sebelahnya. Alhamdulillah. Cepat besar sayang. Aish.. Dah mula tak sabar nak meraikan ulang tahun kelahirannya.....

Kami dah ada hobi baru. Kami?? Kami laki bini. Hehehe. Once aku kan suka memasak. Sentiasa perlukan daun pandan, serai, daun kunyit, daun kari. Aku request kat Mr Daddy nak tanam menanam. YElah. Kami kan duduk rumah otak-kotak. Mana ada tanah subsidi diberikan untuk bercucuk tanam. Hehehe. So, aku suggest kat Daddy tanam je dalam pasu. Alhamdulillah Daddy dah setuju. Balkoni bilik tetamu jadi mangsa. Yelah. BAlkoni bilik kami dah ada ampaian. Takkan nak letak kat balkoni hall pulak.

So, progressnya sekarang,. Dah beli pasu. Cuma kekangan masa dari Daddy membantutkan projek. Hehehe. Daddy cuba cari masa yang sesuai. Hehehe. Salah satu untuk berjimat kan. Yelah. Sekali nak masak guna daun pandan. Beli secekak. Bayar seringgit. Guna sehelai dua je. Pastu selebihnya buruk gitu je.

Thursday, April 11, 2013

Bila Yaya semakin membesar

Alhamdulillah. Usia Yaya dah mencecah 10 bulan lebih. Hujung bulan ni 11 bulan. Bulan depan dah setahun. Sekejap je masa berlalu kan?? Masih terbau-bau lagi Yaya masa usianya hari-hari. Aishh.. Semakin membesar semakin anak ini pandai untuk menghargai masa bersama mummy dan daddy nya. Al-maklumlah Daddy dia makin sibuk. Waktu tak menentu kat rumah. Kadang pagi jumpa bila Daddy hantar Yaya ke rumah pengasuh dia. Petang kang sampai pagi esok tak jumpa. 

Contohnya hari ni. Semalam pagi Mr Daddy keje shift normal. Malam tadi jam 11 malam Mr Daddy kerja lagi. Sampai rumah 7.30 pagi. Hantar pada pengasuh jam 8.15 pagi. Berapa minit je. PAstu petang kang Mr daddy masuk shift lagi. Sampai malam. Balik rumah anak dah tido. Namun aku bersyukur, waima aku yang jaga dia siang malam. Yaya tetap mahukan Daddy dan Mummy dia. 

Kadang-kadang teruji jugak kesabaran aku. Bila Yaya mula tunjuk protes. Mula pandai pilih siapa dia nak. Mula pandai tunjuk perasaan tak puas hati. Di kala Daddy tiada di sisi. Dia mahukan Daddy. Yang hanya beberapa minit dia jumpa dalam sehari. Selalu jugak aku mengadu pada Mr Daddy. Tapi aku tahu Daddy pun rasa bersalah. Daddy hanya mintak kami bersabar. Aku paham tugas Daddy. Berkhidmat untuk negara. Memang Daddy bukan PDRM. Daddy bukan ATM. Tapi tugas daddy sama macam mereka. Menjaga keamanan. Lebih-lebih lagi menghadapi PRU ni. Masa Daddy banyak di pusat khidmat, di bilik gerakan dan melakukan rondaan. 

Bukan merungut ye. Hanya mencoretkan progress aku membesarkan Yaya. Semoga bila Yaya besar Yaya baca betapa mummy nye nak mengadu. Yang mummy nye tidak mahu hilang kesabaran yang satu itu. Ya Allah berikan aku kesabaran tinggi untuk mendidik anak dan bakal anak-anakku nanti.

Yaya... Sabar sikit ye. Daddy kerja sayang.  Oh ye. Sekarang aku dah tak banyak upload gambo kan. Sebab terlalu malas nak amik kamera gedebok snap gambar nak transfer. Percaya atau tak. Smartphone aku dah 2 mingggu tak bercas. Aku dah malas nk topup, malas nak fokus 2 henpon. Asik duk mengadap C3 je lah...

Tarikh mengundi dah diumumkan. Aku cuma berharap cuti Mr Daddy dan kawan-kawan seangkatan tidak dibekukan. Nak balik kampung. Lama sangat tak balik. Yang penting hujung bulan 5 nanti aku nak balik. Nak reunion ngan Geng SMKTL. Nak celebrate besday Yaya turn 1. Tak sabar rasanya. Sekarang tengah plan dengan makshu Fatin... Semoga semua plan menjadi. Amin~~

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Tukang Perabis~~

Tukang Perabis?? Apakah?? Kasar je bunyinye... Hehehehe. Tapi baik budinya. Istilah bagi seseorang yang tak suka membazir. Yess. Tepat sekali. Dialah Mr Daddy. Mr Daddy sangat tak suka membazir orangnya. Ini mak pun akui. Sebab kalo makan ape-ape walau di mana jua. Apa je dibeli Mr Daddy akan pastikan ianya habis especially makanan lah kan. 

Contoh paling best. Kalo aku beli apa-apa produk kesihatan atau pelangsingan. Tunggulah kalo aku tak makan secara konsisten. Tahan telinga dulu dengar bebelan dia. akan ada perkataan dia. Suka membeli tapi taknak makan. Aku dah biasa sangat dengar. Lepas tu. Tunggulah dalam masa 24 jam. Mesti dia akan tanya. "Kalo abang makan boleh ke??" Kuikui... Sangat comel okeh laki aku tu walau muka dia legend..

Masa pregnant dulu aku pernah beli Hi Goat. Susu kambing campur kurma lagi. Untuk kesihatan baby kan. Tapi malangnya aku ni kan "peminat" susu tegar. Memang tak boleh nak terima lah dengan susu ni. Seminggu kemudian Mr Daddy bising. Kenapa tak minum. Pot pet pot pet. Last-last dia tanya "Abang minum boleh ke?" Dah jadi rutin aku pulak bancuh susu tu untuk dia pagi-pagi. Hehehehe.

Paling latest. aku ada beli 2 kotak shake pelansingan. Perasa oren satu perasa epal satu. Dia membebel-bebel. Kenapa tak minum ni. Membazir bla bla bla.... Aku pun buat countdown. Bila dia nak tanya soalan azimat tu. Malam tadi dia tanya. "Kalo berat abang, perasa apa yang sesuai ek??" Tu diaa..... Kan aku dah cakap. Hahaha. Buat lawak sungguhlah hai.

Semalam aku ada beli Jus Perawan. Nak kembali perawan kah?? Ahax.. Aku sebenarnya nak tambah tenaga. Dah kat sebulan aku merepek kat Mr Daddy sakit badan. Yelah, since Daddy keje shift ni. Hidup aku tak keruan dah. Tu yang blog kejap rasa nak update. Kejap malas. PENAT! Kebetulan ada kerani kat department aku tolong belikan Jus perawan tu dengan harga murah. Aku grab je. Baru hari ni try minum.  

Biasalah mula-mula minum. Semangat lah kan. Dah memang jenis perangai aku. Nanti hilang dah semangat. Agak-agak Mr Daddy merepek bebel-bebel lagi tak?? Agak-agak dia nak cuba jugak tak.. Kui Kui.... Kita tungguuuuu.........

Monday, April 1, 2013

No April Fool!

Dah masuk 1 April ek? Alhamdulillah. Dipanjangkan umur oleh Allah untuk menjalani kehidupan sebagai hambaNya. Dah nak masuk suku ke 2 tahun 2013. Semoga hari mendatang dihadapi dengan penuh barakah.Biasanya bulan April ni orang kaitkan dengan April Fool kan. Tapi dah keluar statement haram ek April fool. Bagus jugak. Kalo tak ramai mati sakit jantung. Hehehe..

Dulu-dulu zaman jahil ( zaman belajar-belajar) Pernah aku kenakan orang pada April Fool. tapi aku lupa pernah kena atau tak. Hehehe. yang pernah jadi mangsa aku adalah Along dan Mak... HEhehe.. Tak pasal-pasal diorang jadi mangsa.

Kisah Along kena masa tu aku kat Matrikulasi dalam tahun 2004/2005. Zaman tu dah start famous trend caller ringtone. Aku pun SMS Along " Along. Cube call aku. Dengar caller ringtone aku best giler". Along pun call lah. 3 kali jugaklah. Kali ketiga aku jawab. Along tanya "Mana lagunye?" Aku soal balik "Mung dengar camne?" Along jawab " Tut tut tut.." Aku jawab " Itulah caller ringtone aku" sambil gelak jahat. Apa lagi kena maki lah dengan Along. Hahahaha. Dapat adik otak biol. Nasiblah Along..

Pastu kisah mak pulak terjadi masa aku semester ke 2 di UMT. Masa aku daftar diri UMT dulu nama asalnya KUSTEM ( Koleh Universiti Sains Teknologi Malaysia). Pastu dinaiktaraf menjadi Universiti Malaysia Terengganu. Masa tengah labwork. Tunggu demo datang. Aku sesaje SMS mak. Bunyi sms tu gini " Mak. Kita mintak maaf. Kita dah berhenti belajar kat KUSTEM". Tapi takde respon. Demo pun masuk. Tak lama kemudian. Ada call masuk. Nombor kawan mak ( Mak Cik Ba). Aku jawablah.

Cik Ba : Achik. Achik kat mana ni?
Aku:    : Kat kampus. Kenapa?
Cik Ba : Achik ada masalah ke? Kenapa tiba-tiba berhenti belajar tak bincang?
Aku dah agak dah. Mesti mak mengadu punya ni. Dah terbayang mak mesti gelabah gila. Aku gelak giler..

Cik Ba : Kalo achik ada masalah ce cite ke Cik Ba. CIk Ba leh tolong Cik Ba tolong.
Aku     : Cik Ba.... Kan KUSTEM tukar nama ke UMT. Betullah berhenti belajar KUSTEM    masuk UMT. Kita saje je nak April Fool kan mak. 

Menjerit orang tua tu wei. Lepas tutup call Mak Cik Ba. Aku dapat SMS. Dari Mr Daddy (masa tu boyfriend lagi) Bunyi SMS. "Kenapa berhenti belajar. Mak call tadi menggeletar nak marah"

Adoi. Bikin kecohlah. Niat nak kenakan mak aku dah libatkan semua orang. Habis je labwork. Aku call Mak. Explain semula. Yelah. Mau tak terkejut. Takde angin takde ribut. Anak nak berhenti belajar. Mak mana yang tak risau kan? Lepas tu aku serik dah kenakan mak aku gitu. Sekarang pun buat surprise pun lite-lite je... So. Jangan April Fool kan orang yek...

Credit to google