besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 22, 2013

Roti John Sardin~~ Sendiri Bikin

Hehehe. Mood mengantuk. Tau tak. Kami laki bini duk gile marathon cite Running mAn. Oooppss. Agak ketinggalan sikit. Yelah. Sebelum ni Fatin asik duk mengeke-ngekek layan cite tu. Aku marah. Dah macam orang gila gelak sorang. Ah sekarang berjangkit kat aku dan Mr Daddy.

So, semalam prepare barang-barang nak buat roti john ni. Mr Daddy request nak makan. So, buat sendiri baru puas hati. Pagi tadi dah terbangun lambat. Semua gara-gara Running Man. Hahahaha. Nasib baik sempat siap semuanya. Kebetulan Mr Daddy kerja shift petang. Boleh tolong mana yang patut. 


Ni Mr Daddy punya. Aku punya siap masuk bekal. So, aku nak share lah cara nak buatnya. Yelah. Kadang-kadang kalo beli tak puas hati jugak nak makan. Ada je yang kurang. Buat sendiri lagi bagus. Tambah apa kita suka kan.

Bahan-bahan:

5 biji Roti hot dog
Sardin ~~ dilecek isinya dan sos
5 biji telur
Kobis manis ~~ dihiris halus
Carrot ~~ aku sagat
Sebelah bawang ~~ dimayang nipis
Mayones ~~ ikut selera
Sos Cili
Sos Lada Hitam
Marjerin  untuk menggoreng

Cara-caranya:

1- Sediakan untuk sayuran dulu. Gaulkan kobis, carrot dan bawang sekali. Campur mayones. Ikut selera anda.
2- Pecah telur dan campur isi sardin yang telah dilecek. Kacau. 
3- Sapu marjerin atas pan anda. Ambil sesenduk bancuhan telur dan sardin tadi dan ratakan atas pan tadi. agak-agak saiz roti anda.
4- Roti dibelah dua. Kepakkan atas telur tadi. Goreng hinga garing. Setelah masak. isi sayur tadi atasnya. tiubkan sos lada hitam dan sos cili. Siap! Sedap makan panas-panas.

No comments: