besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 15, 2013

Corat coret kosong

Kenapalah sangat malas sekarang nak ambik kamera. Nak snap gambar. Aishh.. Sangat-sangat malas. Tapi ada hati jugak nak share cerita kan. Yang penting rajin sikit untuk menaip. Oh ye. Syukur Alhamdulillah. Nak cerita perkembangan Yaya.

Petang semalam, Yaya cuba bertatih berjalan. Dari mana datang kekuatan dia aku tak tau. Dia bertatih sorang-sorang dari tempat Daddy nya baring ke kerusi aku duduk. sempat 3 langkah jugaklah dia berjalan. Mak nya sudah menjerit. Anak mengekek-ngekek. Moment paling indah bila melihat anak dah mulakan langkah nya. Alhamdulillah. Aku tak kisah cepat atau lambat. Yang penting Yaya melalui setiap perkembangan dengan baik.

Yaya dah tumbuh satu gigi kat bawah. aku perasan ada satu lagi gigi naik sebelahnya. Alhamdulillah. Cepat besar sayang. Aish.. Dah mula tak sabar nak meraikan ulang tahun kelahirannya.....

Kami dah ada hobi baru. Kami?? Kami laki bini. Hehehe. Once aku kan suka memasak. Sentiasa perlukan daun pandan, serai, daun kunyit, daun kari. Aku request kat Mr Daddy nak tanam menanam. YElah. Kami kan duduk rumah otak-kotak. Mana ada tanah subsidi diberikan untuk bercucuk tanam. Hehehe. So, aku suggest kat Daddy tanam je dalam pasu. Alhamdulillah Daddy dah setuju. Balkoni bilik tetamu jadi mangsa. Yelah. BAlkoni bilik kami dah ada ampaian. Takkan nak letak kat balkoni hall pulak.

So, progressnya sekarang,. Dah beli pasu. Cuma kekangan masa dari Daddy membantutkan projek. Hehehe. Daddy cuba cari masa yang sesuai. Hehehe. Salah satu untuk berjimat kan. Yelah. Sekali nak masak guna daun pandan. Beli secekak. Bayar seringgit. Guna sehelai dua je. Pastu selebihnya buruk gitu je.

No comments: