besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 9, 2013

Kisah Tukang Perabis~~

Tukang Perabis?? Apakah?? Kasar je bunyinye... Hehehehe. Tapi baik budinya. Istilah bagi seseorang yang tak suka membazir. Yess. Tepat sekali. Dialah Mr Daddy. Mr Daddy sangat tak suka membazir orangnya. Ini mak pun akui. Sebab kalo makan ape-ape walau di mana jua. Apa je dibeli Mr Daddy akan pastikan ianya habis especially makanan lah kan. 

Contoh paling best. Kalo aku beli apa-apa produk kesihatan atau pelangsingan. Tunggulah kalo aku tak makan secara konsisten. Tahan telinga dulu dengar bebelan dia. akan ada perkataan dia. Suka membeli tapi taknak makan. Aku dah biasa sangat dengar. Lepas tu. Tunggulah dalam masa 24 jam. Mesti dia akan tanya. "Kalo abang makan boleh ke??" Kuikui... Sangat comel okeh laki aku tu walau muka dia legend..

Masa pregnant dulu aku pernah beli Hi Goat. Susu kambing campur kurma lagi. Untuk kesihatan baby kan. Tapi malangnya aku ni kan "peminat" susu tegar. Memang tak boleh nak terima lah dengan susu ni. Seminggu kemudian Mr Daddy bising. Kenapa tak minum. Pot pet pot pet. Last-last dia tanya "Abang minum boleh ke?" Dah jadi rutin aku pulak bancuh susu tu untuk dia pagi-pagi. Hehehehe.

Paling latest. aku ada beli 2 kotak shake pelansingan. Perasa oren satu perasa epal satu. Dia membebel-bebel. Kenapa tak minum ni. Membazir bla bla bla.... Aku pun buat countdown. Bila dia nak tanya soalan azimat tu. Malam tadi dia tanya. "Kalo berat abang, perasa apa yang sesuai ek??" Tu diaa..... Kan aku dah cakap. Hahaha. Buat lawak sungguhlah hai.

Semalam aku ada beli Jus Perawan. Nak kembali perawan kah?? Ahax.. Aku sebenarnya nak tambah tenaga. Dah kat sebulan aku merepek kat Mr Daddy sakit badan. Yelah, since Daddy keje shift ni. Hidup aku tak keruan dah. Tu yang blog kejap rasa nak update. Kejap malas. PENAT! Kebetulan ada kerani kat department aku tolong belikan Jus perawan tu dengan harga murah. Aku grab je. Baru hari ni try minum.  

Biasalah mula-mula minum. Semangat lah kan. Dah memang jenis perangai aku. Nanti hilang dah semangat. Agak-agak Mr Daddy merepek bebel-bebel lagi tak?? Agak-agak dia nak cuba jugak tak.. Kui Kui.... Kita tungguuuuu.........

No comments: