Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Thursday, April 11, 2013

Bila Yaya semakin membesar

Alhamdulillah. Usia Yaya dah mencecah 10 bulan lebih. Hujung bulan ni 11 bulan. Bulan depan dah setahun. Sekejap je masa berlalu kan?? Masih terbau-bau lagi Yaya masa usianya hari-hari. Aishh.. Semakin membesar semakin anak ini pandai untuk menghargai masa bersama mummy dan daddy nya. Al-maklumlah Daddy dia makin sibuk. Waktu tak menentu kat rumah. Kadang pagi jumpa bila Daddy hantar Yaya ke rumah pengasuh dia. Petang kang sampai pagi esok tak jumpa. 

Contohnya hari ni. Semalam pagi Mr Daddy keje shift normal. Malam tadi jam 11 malam Mr Daddy kerja lagi. Sampai rumah 7.30 pagi. Hantar pada pengasuh jam 8.15 pagi. Berapa minit je. PAstu petang kang Mr daddy masuk shift lagi. Sampai malam. Balik rumah anak dah tido. Namun aku bersyukur, waima aku yang jaga dia siang malam. Yaya tetap mahukan Daddy dan Mummy dia. 

Kadang-kadang teruji jugak kesabaran aku. Bila Yaya mula tunjuk protes. Mula pandai pilih siapa dia nak. Mula pandai tunjuk perasaan tak puas hati. Di kala Daddy tiada di sisi. Dia mahukan Daddy. Yang hanya beberapa minit dia jumpa dalam sehari. Selalu jugak aku mengadu pada Mr Daddy. Tapi aku tahu Daddy pun rasa bersalah. Daddy hanya mintak kami bersabar. Aku paham tugas Daddy. Berkhidmat untuk negara. Memang Daddy bukan PDRM. Daddy bukan ATM. Tapi tugas daddy sama macam mereka. Menjaga keamanan. Lebih-lebih lagi menghadapi PRU ni. Masa Daddy banyak di pusat khidmat, di bilik gerakan dan melakukan rondaan. 

Bukan merungut ye. Hanya mencoretkan progress aku membesarkan Yaya. Semoga bila Yaya besar Yaya baca betapa mummy nye nak mengadu. Yang mummy nye tidak mahu hilang kesabaran yang satu itu. Ya Allah berikan aku kesabaran tinggi untuk mendidik anak dan bakal anak-anakku nanti.

Yaya... Sabar sikit ye. Daddy kerja sayang.  Oh ye. Sekarang aku dah tak banyak upload gambo kan. Sebab terlalu malas nak amik kamera gedebok snap gambar nak transfer. Percaya atau tak. Smartphone aku dah 2 mingggu tak bercas. Aku dah malas nk topup, malas nak fokus 2 henpon. Asik duk mengadap C3 je lah...

Tarikh mengundi dah diumumkan. Aku cuma berharap cuti Mr Daddy dan kawan-kawan seangkatan tidak dibekukan. Nak balik kampung. Lama sangat tak balik. Yang penting hujung bulan 5 nanti aku nak balik. Nak reunion ngan Geng SMKTL. Nak celebrate besday Yaya turn 1. Tak sabar rasanya. Sekarang tengah plan dengan makshu Fatin... Semoga semua plan menjadi. Amin~~

No comments: