besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Monday, April 15, 2013

Beyond HD punya pasal

Petang ni cina installer ASTRO nak datang pasang Beyond kat rumah. Tukar dekoder lama. Dengar memang syok. Beyond. tapi agak kesian kat anak dara aku. Daddy pergi potong BabyTV channel. ahuk ahuk. Memang boleh add on RM5 je kan. Mr Daddy cakap nanti akan kena potong jugak. Kena call astro berbagai-bagai. Baik potong sekarang.Uwaa.. Aku?? hanya pandang Yaya without objection. Hahahaha..

Macam bersetuju dengan Daddy sebab kalo aku bangkang nanti aku jugak kena call Astro. Adeh. Kesian Yaya tak dapat tengok Bugs Band dan Yeepa Yeepa Yeay dia lagi. Biar Mummy jelah nyanyi ek Yaya. Aku kena gigih download pulak nak umpan anak dara tu.

Tapi paling sentap bila cerita kat mak aku. Mak jawab "tengok je Indahnya Iman kat Oasis. Tenang jiwa" Gulp! Sentap beb. Baik mak. Akan ku perturutkan.

Duk sesaje kat opis terngiang-ngiang suara Yaya. Yaya panggil daddy "dede" tau. Panggil Mummy "me". Dah macam siam pulak aku rasa. Kadang-kadang dia tersasul panggil mama mama kat aku. Apa ajelah anak. Asalkan kamu membesar dengan baik. Mummy dan daddy syukur sangat,

No comments: