besday yaya

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Tuesday, April 30, 2013

Minggu ni!

Aku baru balik dari APC. Aku dapat APC? haruslah tak kan?? Belum layak. Cuti manjang tak cukup. Hahaha. Tahniah pada kawan-kawan yang dapat... Kambing golek okeh jangan dilupa. Adat kot kat department aku kalau sape-sape dapatAPC akan sponsor sikit untuk kambing golek. Hehehehe.

Oh ye. Esok cuti kan. Yess! Sekarang mood bermalasan masih berleluasa dalam diri kami. Nak pergi jogging kat Taman Tasik Cempaka. Yaya seronok bila kami amalkan jogging di hari cuti. Takdelah anak terperuk je kat rumah.

Oh ye 5 Mei ni mengundi kan. Plan asal aku nak balik bersama Mr daddy 4 haribulan petang. Tup-tup Mama Nor aka Pengasuh yaya nak cuti pulak Jumaat. AKu pmintak permission Mr Daddy nak balik awal. Lama sikit Onni dan Mashu dapat main dengan YAya. Mr Daddy akan menyusul kemudian. Aku tumpang BFF aku. Hehehe..

Sekarang nenek Mr Daddy tak sihat tau. Aku selalu update keadaan dengan Maksu Mr Daddy nak tau keadaan. Sedih pulak rasa nenek yang kitorang panggil Mok Esah tak sihat. Walaupun aku ni hanya cucu menantu bukanlah cucu kesayangan kan. Kesayangan ke?? Aku tetap rasa sayang dan risau pada Mok Esah. Rasa nak balik cepat je melawat beliau. Semoga Mok Esah cepat sihat dan kembali kuat macam sebelum ni. Yaya rindu moyang-moyangnya.... Tapi Yaya tak perlu menagih kasih kot. Kan. Lumrah kehidupan.

No comments: